Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2011

ni lah bangunan baru Karangkraf (pix credit to gayour)

petang tadi aku ke Kompleks Karangkraf di Shah Alam, ia agak nostalgik kerana aku sendiri pernah bertugas sebagai penyunting kanan di akhbar Sinar Harian (terbitan syarikat tersebut)

bezanya bangunan yang aku pergi tadi lebih besar dan lebih cantik dari bangunan sebelumnya

 aku ke sana untuk membuat liputan bersejarah iaitu pertemuan di antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Al-Tantawi

kedua-dua mereka berkongsi satu pentas bagi membicarakan topik Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman

panasssss!!!!

memang best kerana kedua-dua mereka cukup bernas dan hebat dalam mengutarakan hujah masing-masing

walaupun aku bukanlah minat sangat kat Khairy ni tetapi aku kena akui, beliau cukup hebat dalam berhujah dan berdebat…sampai satu ketika pengacara majlis pun kena ‘smash’ dengannya kerana tersalah bagi soalan, hahahaha

Nasaruddin pun apa kurangnya, ini pertama kali aku tengok beliau berhujah secara ‘live’, memang ada tokoh, aku rasa dia layak kalau Pas nak cari pengganti Hj. Hadi di masa depan

dan yang paling membuatkan aku teruja semestinya Dr. Asri Zainal Abidin

beliau yang turut diundang ke majlis itu berjaya memberikan hujah seimbang tanpa menyebelahi mana-mana pihak

Pas pun beliau hentam, UMNO pun beliau hentam tapi yang nak tergelak tu, ada satu ketika, pengerusi majlis pulak yang hentam dia…tapi Dr.Asri tetap ‘cool’ dan berhujah dengan penuh keyakinan

 apapun memang best kalau ada forum macam ni lagi di masa hadapan, bukan nak cari siapa handal atau siapa hebat tapi kita nak dengar pandangan daripada kedua-dua pihak, so barulah adil

sama ada kita setuju atau tidak dengan hujah mereka, terpulanglah pada penilaian masing-masing

tahniah Sinar Harian, tahniah KJ, tahniah Nasaruddin, tahniah Dr. Asri, SALUT!

Read Full Post »

macam istana dulu-dulu

aku dah tahu kewujudan Restoran Al-Rawsha ni dah lama, apatah lagi bangunan macam istana lama ni selalu menggamit mata aku setiap kali lalu dekat bulatan Kampung Pandan

tapi entah kenapa, lidah aku tak begitu kena dengan makanan ala-ala Arab ni, satu-satunya makanan ala-ala Arab yang aku boleh telan rasanya khebab la kot, itu pun kalau teringin sangat nak makan baru aku beli

tetapi sumpah, aku memang teringin sangat nak ‘melantak’ kat restoran ni, apatah lagi ramai yang dok puji nasi brianinya sedap ya amat

aku bukan saja teringin nak makan, tetapi teringin nak tengok lebih dekat lagi restoran yang punyalah besar gedabak ini

so bila seorang ‘VIP’ ni nak belanja aku kat sana, dengan ‘malu-malu alah’ terus aku angguk tanda setuju jelah kan hahahaha

bila masuk ke dalam, ternyata memang luas tempat ini, dua tingkat dan mempunyai ruang khas kalau nak bersantap dalam bilik berhawa dingin

saujana mata memandang...

then what about the food?

ermm what do u expect bila makan makanan Arab, dah tentu melimpah ruah ler portionnya

korang tengoklah gambar bawah ni

seekor ayam diletaknya, bila mau abis makan daa....

last-last disebabkan punyalah banyak nasi dan lauknya, maka dengan rasminya kesemua makanan itu terpaksa ‘ditapau’ ler jawabnya

bungkus jelah untuk kengkawan

price?

aku rasa agak berbaloi dah tidaklah semahal yang disangkakan, actually jauh lebih murah daripada restoran-restoran Barat kat KL ni

so tepuk dada tanyalah selera

tak bagi menu pun takpe, aku tak faham langsung makanan dalam ni

bagi aku yang memang ‘kureng’ dengan makanan Arab ni, cukuplah sekali, tetapi andai kata ‘tersinggah lagi’, confirm taknak dah aku order nasi beriani

dah tak sanggup dah nak melantak nasi beriani kambing yang dagingnya dekat separuh pinggan dimasukkan ke dalam nasi itu!

darah tinggi! darah tinggi!

burrrppppppppppp…..Alhamdulilah.

Ahlan Wa Sahlan ya Syeikhhhh....

Read Full Post »

rupanya selama ini piring satelit Astro (yang macam kuali itu), Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Measat) beli dekat syarikat AV Asia untuk dibekalkan ke rumah kita

tetapi baru-baru ini Measat dah tak beli piring tu dari syarikat AV Asia, diaorang beli pula dari Tele System Electronic (M) Sdn Bhd

tak puas hati dengan keputusan itu, syarikat AV Asia minta mahkamah menghalang Measat daripada membeli piring satelit daripada Tele System kerana mereka mendakwa Measat menggunakan maklumat sulit milik mereka hingga membolehkan Astro melancarkan produk Astro B.yond High Definition (HD).

keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah tadi menolak permohonan injunksi AV Asia itu sekaligus memerintahkan AV Asia membayar kos RM50,000 kepada Measat dan kos RM10,000 kepada Tele System bagi permohonan injunksi itu.

dalam saman itu, AV Asia mendakwa Measat telah mendedahkan maklumat sulit kepada Tele System yang sebelum itu adalah syarikat yang menghasilkan reka bentuk piring satelit Measat dan melakukan ujian ke atas piring itu.

AV Asia menyatakan pada Mei 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mencadangkan Measat menjalankan kajian terhadap penggunaan saiz dan reka bentuk piring satelit itu bagi mengurangkan gangguan transmisi satelit semasa hujan

Syarikat itu kemudiannya berkata pada Jun 2008, ia meminta sebuah syarikat Jepun, Maspro, menjalankan kajian dan pembangunan untuk membangunkan piring satelit yang berdaya tahan terhadap hujan bagi pasaran Malaysia

AV Asia mendakwa ia dan Measat ketika itu telah menandatangani “perjanjian tidak boleh dedah” bertarikh 1 Ogos, 2008 berkaitan dengan pertukaran maklumat sulit

Pada Februari 2009, Measat telah memberitahu AV Asia bahawa ia akan mengeluarkan tempahan pembelian kepada AV Asia sebaik sahaja syarikat itu menandatangani kontrak vendor Measat.

AV Asia mendakwa pada Mei 2009, Measat sebaliknya mempelawa pembida untuk mengemukakan tender untuk membekalkan piring satelit kepadanya yang serupa dengan apa yang terkandung dalam “perjanjian tidak boleh dedah” itu.

hayyyyooooo, pasal piring pun boleh bergaduhkan

apapun, depa bergasak macam mana pun kat mahkamah, masalah kita sebagai pelanggan masih lagi tak selesai-selesai…bila hujan saja – “service currently not available”, pergh!

Read Full Post »

Read Full Post »

hari ini aku nak gelak guling-guling

apa tidaknya, rupa-rupanya dah ada pihak yang dakwa merekalah ‘hero’ dan paling kuat bekerja masa berlaku kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa baru-baru ini

ini statement mereka;

“Petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai,” kata  Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban

- petikan daripada Harakahdaily.net

.

hahahahaha, bila orang Pas cakap macam tu, apalagi bengangla orang UMNO

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz ketika dihubungi oleh berkata, sekiranya Pas mahu bukti, tanyalah OCPD Kajang siapa yang menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan dan siapa yang menguruskan jentera jengkaut yang digunakan sepanjang operasi membantu mangsa.

“Saya nak tanya dia, nampak tak mesin jentera tu kat atas?  Dia tahu tak siapa yang uruskan perkara tu? Demi Allah, saya tidak tidur sehingga keesokan harinya kerana terus ke bilik mayat menguruskan jenazah. Sebab itu saya tidak berada di kawasan perkuburan”, katanya di sini.

- petikan daripada UMNO-Online

terus-terang aku katakan, kalau dah orang politik tu politik jugalah, tak kiralah orang Pas ke, orang UMNO ke, lebih kurang sama je mentaliti dan budayanya

bagi akulah, apalah sangat yang nak dihairankan siapa paling ramai datang tolong, siapa yang uruskan jentera dan jenazah, siapa paling hero atau tidak, yang penting ialah kita nak selamatkan anak-anak yatim tu

kalau nak cakap pasal hero, kita semua rakyat Malaysia adalah hero, ini kerana walaupun ada di antara kita tiada di situ, namun kita juga mengirimkan bantuan berbentuk ‘doa’, itu juga satu bagi aku satu bentuk ‘bantuan’ yang cukup tinggi nilainya

aku rasa kita semua rakyat Malaysia memang menyanjung tinggi bantuan yang diberikan, justeru orang Pas ka, orang UMNO ka, kedua-duanya tak perlu risau tentang itu

andai pun ada yang terlepas pandang, bagi aku yang penting bukan penghargaan daripada manusia, tetapi penghargaan dari Allah Subhana Wata’alla

kalau dah mula nak persoalkan itu dan ini, ia bukanlah ikhlas namanya bang, kalau benda jatuh kategori tak ikhlas, sia-sialah jerih perit korang tu

dan kalau nak sangat berrcerita tentang siapa yang kerja lebih dan siapa yang ‘hero’ dalam peristiwa itu, mungkin gambar-gambar di bawah ini boleh menjawab dan menceritakan segalanya, Wallahualam.

(credit pix to http://mazidulakmal.com)

SAK: Aku jarang dengar anggota bomba dapat pingat daripada Sultan sepertimana anggota polis dan tentera, gaji mereka juga tak sekencang dua pasukan beruniform itu, tapi jasa dan pengorbanan mereka cukup besar pada agama, bangsa dan negara kita. Merekalah ‘the unsung heroes’ yang selalu kita lupakan…anda ingat Hari Bomba? Takpelah, rasanya di Malaysia ni hanya orang bomba tahu Hari Bomba, orang lain, harammmm (termasuk aku)

Read Full Post »

ni lah kuihnya, yummmyyyy!!!

hari ini aku nak wat entry ‘lite-lite’ saja, maklumlah sejak akhir-akhir ni ‘sesak nafas’ dibuatnya dengan pelbagai peristiwa yang melanda negara

sebagai seorang wartawan, kekadang aku sendiri ikut terbawa-bawa dengan masalah itu, apatah lagi bila diarahkan untuk membuat liputan mengenainya

actually entah apa sebabnya, lately ni aku rindu dan teringin benor nak makan kuih kegemaranku…Cik Mek Molek

Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu

 ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng

sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah atau memancut-mancut dalam mulut kita…kalau tengah panas, mau sawan kita sekejap!

walaupun aku bukan orang pantai timur, tapi aku cukup ‘hantu’ dengan kuih ini

aku difahamkan, kuih ni diberi gelaran Cik Mek Molek kerana ia berbentuk bujur, licin dan molek

walaupun senang je buat kuih ni tapi bukan semua boleh menyediakannya dengan baik

kekadang aku frust kerana ada kuih Cik Mek Molek yang aku beli terlalu keras, macam kunyah tanah liat

ada juga penjual yang cukup kedekut taruk gula, sampai tawar je rasanya

tak kurang juga ada penjual yang gagal ‘membentukkan’ kuih itu dengan baik sehingga rupa kuih Cik Mek Molek tu dah macam rupa kuih Cik Mek Tergolek!

entah bilalah aku dapat menikmat lagi kuih yang menjadi kegilaan aku sejak kecil ni…errr, ada tak yang sudi buatkan untuk aku?

.

SAK: Teringat lagu Dato M. Daud Kilau bertajuk Cik Mek Molek, senyumlah, senyumlah, ahaiiiiii Cik Mek Molekkkkkkk

Read Full Post »

pagi-pagi buta lagi aku dah sampai ke lokasi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

ini kerana Perdana Menteri dijangka terus ke lokasi tragedi sebaik saja tiba dari Amerika Syarikat

aku ingat aku dah awal, rupanya ada wartawan yang dah standby sejak pukul 7 pagi

cuaca panas terik, bila sampai polis trafik dah tahan tak bagi masuk sebab kawasan parking dah dikhaskan untuk rombongan VVIP

so aku pun melencong dari sana sebab nak cari parking, mak datuk punyalah jauh

nasib baik ada seorang pakcik ni tunjuk jalan short cut, tu pun naik bukit turun bukit, kena cross rumah orang, lalu tepi kolam ikan pastu barulah sampai kat rumah anak yatim tu

masa aku dan jurugambar tiba, orang ramai asyik renung kami berdua, mau taknya, berpeluh dah macam orang baru lepas mandi wa cakap lu

then bila aku tengok rumah tu, sayu rasa hati…di sinilah 16 orang adik-adik yang meninggal dunia tu bermain, belajar mengaji dan bergelak ketawa antara sesama mereka

kini tawa riang mereka sudah tiada lagi…Alhamdulilah Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar mengumumkan yang kerajaan akan bina semula rumah tu di kawasan yang lebih selamat

sebelum beredar, aku sempat berpaling sekali lagi ke rumah anak yatim itu, terasa macam adik-adik ini masih berada di situ…Al-Fatihah.

kisah lanjut mengenai artikel aku klik di sini ; http://mynewshub.my/2011/05/24/pm-wants-orphanage-rebuilt-on-different-location/

Read Full Post »

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di  Felcra Semungkis, Batu 14 di sini yang ranap dalam kejadian tanah runtuh semalam dibina tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Pihak berkuasa tempatan itu tidak pernah menerima permohonan bagi membina bangunan terbabit sebelum ini.

“Kalau mereka mohon untuk membuat rumah ini sekarang, pasti tidak diluluskan kerana keadaan cerun yang terlampau curam iaitu melebihi 70 darjah,”

- kata Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman

 .

Kerajaan akan memastikan mereka yang ingin memajukan sesuatu kawasan perlu mengikuti setiap perkara dalam garis panduan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pihak berkuasa termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pula akan membuat pemantauan di kawasan-kawasan berisiko.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihenti asalkan pemilik tanah dan pemaju mematuhi syarat-syarat teknikal tersebut.

- Menteri Wilayah Perseketuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

.

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat, Selangor bukan sahaja dijadikan sebagai rumah yang menempatkan anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa  tetapi turut digunakan untuk tujuan lain

Sehubungan itu, katanya, kementeriannya masih belum dapat memastikan status sebenar rumah kediaman tersebut.

“Jadi, kita tidak tahu rumah itu digunakan untuk apa dan ia bukan rumah anak yatim kerana ramai yang bermastautin di  situ,”

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

 

Jabatan Kerja raya (JKR) diminta segera mengkaji dan meneliti kawasan cerun sekitar kawasan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, jika terdapat ketidastabilan cerun.

Kawasan itu dipercayai telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh namun tidak dilaporkan.

“Kita minta JKR pergi melihat kawasan itu…sekiranya berlaku tanda-tanda tidak stabil, kita akan beritahu pihak yang berkenaan.

“Pihak kami akan siasat. Jika ini tanah persendirian, kita akan bantu. Sekiranya di bawah bidang kuasa JKR, kita juga akan bantu,”

- Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor

.

.

SAK: Maaf Tuan, saya mahu muntah.

Read Full Post »

Al-Fatihah…

Read Full Post »

sehingga malam ini, aku masih berada di lokasi kejadian tanah runtuh itu

hujan masih turun dengan lebat, terdengar sekali-sekala kilat sabung menyabung

ratusan anggota pasukan mencari dan menyelamat sudah ada kat sini

wartawan dalam dan luar negara juga sudah berada di tempat kejadian

kami semua dah basah kuyup, lapar dan digigit nyamuk…tetapi apalah sangat berbanding lebih 20 orang adik-adik kita yang masih terperangkap dibawah tanah runtuh itu

andai kata nyawa mereka sudah diambil, ya kita pasrah tetapi bagaimana yang masih hidup?

sudah tentu mereka sedang mengerang kesakitan, sudah tentu mereka sedang menggigil kesejukan

ya Allah, selamatkanlah adik-adikku ini…

Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 269 other followers

%d bloggers like this: