beberapa tahun lepas aku menyaksikan sendiri bagaimana daripada sebuah kawasan lapang, telah didirikan satu bandar ‘pelik’ yang dinamakan Bandar i-City tak jauh daripada ofis lama aku di Seksyen 7 Shah Alam
yang aku maksudkan ‘pelik’ itu, bandar itu tetiba jadi terang benderang kerana ‘disimbah’ dengan pengcahayaan LED, warna kuning, warna merah, warna hijau, ceria sungguh!
masa tu ramai le rakan ofis aku dok bercerita kehebatan Bandar i-City ni namun aku takde nafsu langsung nak singgah walaupun pejabat lama aku sebelah menyebelah je ngan bandar tersebut
entah camana baru-baru ni aku tergerak hati nak singgah, masa tu malam weekend, kereta dah berbaris panjang, siap kena caj RM10 lagi satu kereta
bila dah masuk, ye aku akui, i-City sangat unik dan menarik, kalau tak takkanlah setiap minggu lebih kurang 70,000 orang datang ke bandar bercahaya ini
cuba korang bayangkan, actually pembangunan i-City ni baru 20 peratus, itu pun dah nampak ‘grand’, kalau siap sepenuhnya 2018 nanti, tak tahulah berapa ratus ribu pengunjung pula yang akan singgah
terbaru i-City telah memperkenalkan Taman Salji untuk membolehkan kita menikmati suasana musim salji seperti mana di kebanyakan negara-negara di Eropah, memandangkan waktu dah lewat, tak dapatlah aku nak cuba
aku ingat tak lama lagi aku nak try cemana rasanya
member aku beritahu sebuah firma Singapura akan bina sebuah pusat membeli belah bernilai RM500 juta di situ tak lama lagi, then i-City juga akan membangunkan sebuah butik hotel yang mempunyai 200 bilik, pusat data baharu dan juga apartmen pintar setinggi 32 tingkat
bila aku tanya staf-staf kat situ mana taukeh diaorang dapat idea buat bandar macam ni, diaorang kata ia digembeleng daripada konsep-konsep yang ditawarkan oleh Taman Tema Everland Samsung, Digital Pavilion dan Lotte World di Korea Selatan, owhhhhh, patutlah
apapun terus terang aku cakap i-City memang unik….sangat unik, cedatang! cedatang!





aku yang dok dekat ted dgn i city pun x pernah pergi secara rasmi lagi hehe..
jemputlah datang ke kedai saya di ict….taman jual lampu je yop ….deme cari je kedai teman no 2 sebelah burung2 yg deme dok tankap gambor tuh…..ce datang ce datang