Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2011

tahlil di pagi Syahwal…

suasana pagi di rumah ini begitu berbeza rasa dan ‘jiwanya’

yang kanak-kanak lagi keliru, bukankah Hari Raya sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan…tetapi tidak di sini

kami anak beranak dan sanak saudara hanya menyediakan juadah yang seadanya saja

selesai saja solat sunat Aidil Fitri, kami mengambil keputusan untuk mengadakan majlil tahlil di kalangan kami adik beradik

kemudian destinasi yang pasti sudah tentu tanah tempat arwah mak disemadikan dua hari lepas

entahlah, kesedihan masih terasa, cukup terasa

hanya Allah yang tahu apa yang kami rasakan ketika ini, di saat ini, di pagi lembaran ini

Read Full Post »

sebuah kehilangan…

lagi sehari menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri, anak cucu dah mula memenuhi rumah nenek mereka di Kampung Air Baruk, Jasin, Melaka

masing-masing berharap dapat beraya bersama nenek tersayang, sama seperti keluarga-keluarga yang lain

cuma aku yang belum sampai, kerana masih ada sehari lagi untuk menguruskan kerja-kerja di pejabat

namun bila dah dikatakan takdir, tiada siapa dapat melawannya

si nenek tiba-tiba mengadu tidak sihat

bila dibawa ke Hospital Melaka, rupa-rupanya si nenek disahkan kena serangan jantung yang serius

dengan kuasa Allah, si nenek akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir

aku memandu bagai nak gila dari Kuala Lumpur…tak mengapalah, dapat juga menatap wajahnya yang terakhir sebelum jenazah dikebumikan…apa lagi yang nak dikatakan…

SAK: Arwah ibu mertuaku, Khadijah Md. Dan meninggal dunia dalam usia 77 tahun akibat serangan jantung, kurang 48 sebelum umat Islam menyambut lebaran, Al-Fatihah

Read Full Post »

alasan dia mudah, ” Bang, saya nak balik Penang raya, duit takdak”

itulah yang terjadi ketika umat Islam sedang berbuka puasa petang semalam, seorang mamat ni baeekkkkk punya tengah adjust nak mencuri sebuah motorsikal kat kawasan perumahan aku

kebetulan salah seorang jiran kami menyedari perbuatan itu dan terus memaklumkan kepada kengkawan berhampiran

memandangkan ‘kengkawan’ yang ada kat perumahan aku ni majoritinya AJK Gengster Kampung Pisang, so korang boleh bayangkan episod seterusnya kan, hehehehe

nasib baiklah diaorang masih ada hati perut nak serah mangkuk hayun ni kat polis, kalau tak mahu kena cincang 18 mamat ni!

tapi sebelum bapak polisi sampai, sendiri mau ingatlah…naik lunyai jugalah mamat ni ‘kena massage’

moral of the story…pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatih ke tanah juga

buat cik abang yang kantoi tu…selamat beraya di lokap balai polis PJ, pagi raya nanti persatuan penduduk kitaorang akan hantar lemang ngan rendang tok, rasalah sorang sikit yea

SAK: Gambar di atas dirakam oleh member gua si Aceh dengan menggunakan Samsung Galaxynya

Read Full Post »

memandu ke pejabat hari ini terasa macam ‘berat sebelah’

apataknya jalan masuk ke Kuala Lumpur tenang setenang tenangnya, tapi jalan ‘keluar’ dari pusat bandaraya mula menampakkan kegarangannya

seronok tengok warga kota pulang ke desa bertemu keluarga, sudah tentu kemeriahan menanti mereka

dalam pada itu, aku harap mereka yang tak dapat pulang atas pelbagai faktor seperti cuti dan gaji (hehehe), supaya janganlah rasa sedih

kita ni memang boleh boleh merancang tetapi kuasa Allah juga yang menentukan segalanya, yang pasti Dia tahu apa yang terbaik untuk kita semua

pada yang mendoakan aku seperti dalam komen-komen sebelum ini, aku ucap ribuan terima kasih betul-betul, betul-betul dari lubuk hati yang dalam

iskh tak sangka ada pembaca yang sanggup mendoakan aku, insan yang diaorang sendiri tak kenal, hanya kenal melalui tulisan je

apapun, semoga Allah merahmati kalian semua, aku juga doakan korang bahagia hendaknya dunia dan akhirat, Amin

jom balik kampunnnnggggg!!!!!

Read Full Post »

pilu…

ketika aku menulis entry ini, ia bukannya hari raya…ada beberapa hari lagi sebelum raya

namun saatnya cukup sedih dan memilukan…aku melutut dan memeluk emak serta kakakku, memohon keampunan dan minta dihalalkan apa yang termakan, terkhilaf dan sebagainya

kesedihan itu semakin menjadi disebabkan keuzuran aku lately ni, jadi di saat aku memeluk dan memohon kemaafan dari mereka, macam-macam perkara yang bermain di fikiran, macam-macam perkara yang terbayang di ingatan

sedar tak sedar, airmata aku menitis, jatuh satu persatu

istilah macho dah takde lagi, semuanya luruh, berderai

dan ketika aku bersalaman dengan emak tadi, aku dah tak mampu walau untuk menyebut satu patah perkataan, sebak sungguh rasanya

aku hanya dapat menggenggam erat tanganya, mencium pipinya

dan bagai mengerti apa yang cuba disampaikan oleh anaknya ini, emak hanya menjawab ringkas;

” mak halalkan…mak ampunkan…dunia akhirat …”

ternyata mak pun dah tak mampu berkata apa-apa. Di luar hujan turun dengan lebatnya

dan ia tiada beza dengan apa yang berlaku di dalam

Read Full Post »

aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang merokok

aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh mula merokok…asalnya sekadar sembunyi-sembunyi…sambil hisap sambil kulum Hacks, fuh macam duduk dalam aircond

kat rumah aku ada je terselit rokok, celah rak buku, celah periuk, celah paip bilik mandi pun ada!

alasan yang aku bagi kat mak aku ni jangan citerlah, sampai mak aku dah naik fed-up

namun aku tak pernah sampai ke tahap merokok di sekolah

tapi bila masuk ke kampus, aku dah mula ketagih hisap rokok Saleem, nyaman je tekak

bila ‘stok’ Saleem payah nak dapat kat hostel (maklumlah rokok pompuan), aku bertukar ke Marlboro sebelum ‘berhijrah’ ke Dunhill

campur tolak, daripada hanya suka-suka, aku dah merokok hampir 14 tahun – non stop!

aku tiada langsung niat nak berhenti, degil tahap dewa 18!

namun sejak beberapa bulan ni aku dah mula rasa sesuatu…aku kerap batuk, banyak kahak

tapi degil tetap degil, aku anggap benda macam ni perkara biasa je bagi perokok tegar macam aku ni

bagi aku, orang lain berpuluh tahun boleh hisap rokok, batuk pun tak pernah, jadi setakat baru 14 tahun ni kira OK lagi lah kot

tapi aku lupa kuasa Allah melebihi segalanya

dan kedegilanku akhirnya tewas apabila suaraku mula hilang, batuk aku semakin menggila

dan hasil pemeriksaan, sah, rokok yang sering menjadi peneman ketika aku berkarya, berborak dan bekerja…kini sedang dalam percubaan untuk MEMBUNUHKU!

aku kini terpaksa bergantung kepada antibiotik, suntikan, ubat dan sebagainya…sesuatu yang asing bagi aku selama ini

dan lebih memeritkan, semua itu terpaksa aku tempuh di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini

aku tak berani nak kata aku TAUBAT NASUHA dalam arena merokok, tetapi yang pasti aku dalam perjalanan ke arah itu sekarang

ishk, aku tak sangka betul aku akan lalui semua ini, entah apa lagi selepas ini

aku tak berani nak bagi nasihat lebey-lebey

kalau korang rasa aku sedang buat lawak, abaikan entry ini.

SAK: Mak, maaf…tak dengar cakap mak.

Read Full Post »

seksanya aku time ni....

sebenarnya untuk menjadi wartawan, kita bukan hanya perlukan kepantasan untuk berfikir, bertanya dan menulis, namun ada satu lagi ‘aset’ yang diperlukan tetapi jarang kita peduli….suara!

maksud aku suara bukanlah seseorang wartawan itu perlu bersuara soprano atau fasetto atau yang sewaktu dengannya

tapi memandangkan kita selalu ditugaskan untuk menemuramah personaliti VVIP, kualiti suara sebenarnya adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan

suara yang terlalu kuat ketika bertanya soalan kekadang boleh ditafsir sebagai berlagak atau kerek, suara terlalu lembut pula DIHARAMKAN sama sekali

bukan apa, dalam satu-satu sidang akhbar, adakalanya sampai 15-30 orang wartawan yang hadir, so kalau suara ala-ala control ayu, maknanya confirm takde siapa yang akan layan soalan kita

baik bagaimana pula kalau sakit tekak atau hampir hilang suara, pendek kata macam suara itik serati? Yang ni confirm kes naya

itu yang terjadi kat aku pagi tadi

disebabkan batuk, aku hampir kehilangan suara tetapi disebabkan ada tugasan, nak tak nak pergi jugalah

korang bayangkan, dengan suara yang 40 kali ganda lagi serak daripada Ramli Sarip, aku terpaksa menemubual seorang VVIP ni dengan bos aku

wawancara hampir sejam tu terasa dekat 20 jam lamanya!

nasib baiklah VVIP tu tak bantai gelak dengar suara itik serati aku tu, mesti dalam hati dia tertanya, apa kenalah dengan suara mamat reporter ni

lagi best sebab bos aku banyak cover aku masa tanya soalan, kuranglah sikit ‘lelah’ aku

iskh, bila dikenang balik, rasa macam nak sembunyi bawah kerusi je kalau jumpa VVIP tu lagi lepas ni

nasib, nasib….

 

Read Full Post »

hari ini kita sebagai umat Islam menyambut Nuzul Quran, amenda agaknya tu ye

aku sendiri takdelah ilmu yang tinggi untuk mengupas mengenainya, jadi aku sertakan sini sikit, sana sikit daripada apa yang aku baca dari panel penyelidikan Yayasan Sofa yang tersiar dalam Utusan Malaysia beberapa tahun lepas

baik, perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah

‘Al-Quran’ pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia

dalam erti kata lain, Nuzul Quran mengimbau sejarah penurunan al-Quran, mengingatkan umat Islam tentang keagungan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar ini

sebenarnya Allah SWT berkuasa menurunkan al-Quran tanpa melalui perantaraan sesiapa, tetapi Allah telah menghendaki al-Quran itu diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s untuk disampaikan kepada insan pilihannya, Nabi Muhammad SAW kerana rahsia agung yang terdapat di sebaliknya

Rasulullah SAW pula bukan sahaja berjaya menyampaikan wahyu tersebut dengan sempurna bahkan Baginda SAW mengaplikasi dan mencernakan setiap wahyu tersebut dalam segenap tindakan dan perbuatannya sehinggakan akhlak Baginda dinobatkan sebagai al-Quran

justeru, nabi SAW adalah gambaran al-Quran

menceritakan tentang kebesaran al-Quran bermakna menceritakan tentang keindahan akhlak baginda SAW

maka tidak wajarlah kita mengadakan sambutan Nuzul Quran tetapi meminggirkan insan pilihan yang menjadi penyebab kita dapat memahami dan menikmati keindahan al-Quran tersebut

Di antara mukjizat al-Quran adalah Allah SWT sendiri menjamin penjagaan terhadap isi kandungannya hingga kiamat

sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk mencemarkan dan mengubah kandungannya, al-Quran tetap terpelihara seperti mana yang dapat kita lihat hari ini

Allah berfirman: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. (al-Hijr :9)

Al-Quran disampaikan daripada satu generasi ke satu generasi melalui kaedah yang cukup sistematik, terperinci dan menyeluruh.

selamat menyambut Nuzul Quran aku ucapkan pada pembaca blog ini yang beragama Islam, semoga kita semua dibawah kerahmatannya, Insya Allah.

12.15 Malam
Damansara

Read Full Post »

seperti mana yang pernah aku tulis sebelum ini, perkenalan aku dengan Ustaz Abdullah memang memberi sejuta makna dalam kehidupanku

walaupun kami dari cabang yang berbeza, Ustaz Abdullah berlatarbelakangkan agama manakala aku di bidang kewartawanan, namun Alhamdulillah kerjasama kami nampaknya menjadi

dalam kes mengeluarkan pesakit Melayu dari gereja dua tahun lepas, Ustaz Abdullah yang mendedahkan segala-galanya…dan aku meneruskan pendedahan itu di dalam akhbar dan internet hingga usaha itu membuahkan hasil

dengan beliau juga, kami berjumpa ‘orang-orang besar’ untuk membantu para pesakit ini, ada yang benar-benar membantu, dan ada yang cakap saja berdegar-degar, tapi hampeh!

namun kehebatan orang macam Ustaz Abdullah, beliau tidak pernah putus asa

bukan orang berpenyakit saja dibantunya, bahkan dia juga menjaga anak yatim yang cukup besar jumlahnya

tak cukup dengan itu, beliau juga berusaha membawa anak-anak yatim ini hingga ke Mekah di samping menjadikan mereka tahfiz dalam Al-Quran, sungguh besar jasa ustaz muda ini

itu belum campur kerja2 NGO yang beliau lakukan sampai ke Kemboja, Vietnam dan merata lagi

bahkan beliau juga sering ke Tebing Barat dan membawa rakyat negara ini menziarahi Baitul Muqaddis

disebabkan itu aku rasa jadual ustaz yang bakal dapat Phd dari UIA tak lama lagi ni lebih ketat dari jadual Perdana Menteri sendiri

nak dijadikan cerita, setelah hampir dua tahun tidak bertemu, Allah baru-baru ini mempertemukan kami dalam satu majlis berbuka puasa di restoran Bora Asmara, Sungai Pencala

semuanya terjadi secara kebetulan dan tidak dirancang, apalagi kami pun berpeluk sakan seolah-olah lebih 20 tahun tidak bertemu

pertemuan dengan beliau sebenarnya lebih ‘enak dan menyelerakan’, biar pun di depan mataku ada lebih 50 juadah makanan yang sedang menanti untuk dilahap

ya aku cukup kagum dengan beliau, tiada perkataan yang mampu aku ungkapkan

speechless.

 

Read Full Post »

Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.

Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.

Sejujurnya saya tidak mahu prejudis atau berprasangka kepada mana-mana pihak, apatah lagi sekiranya mereka mendakwa mereka melakukan kerja amal dan sebagainya.

Cuma saya teringat pada satu peristiwa yang berlaku kira-kira dua tahun lepas di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.

Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.

Gereja ini juga dikenali sebagai White House (walaupun bentuknya jauh berbeza dari kediaman Presiden Amerika yang terletak di Washinton itu)

Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.

Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’

Ya, saya kagum dengan usaha itu.

Cuma yang agak ‘menggerunkan’, hampir sebahagian daripada mereka yang berlindung di dalam premis itu adalah orang Melayu, orang Islam!

Selama ini saya hanya mendengar ramai anak Melayu yang berlindung di dalam gereja, majoritinya mereka yang daif dan berpenyakit.

Katanya ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu.

Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini.

Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.

Mereka tinggal di dalam bangunan yang dipenuhi mubaligh Kristian, mereka berkumpul di dewan ‘syarahan’ Kristian, dan bilik tidur mereka juga dihiasi dengan gambar Jesus seperti mana yang saya katakan tadi.

Saya rasa penganut agama Kristian juga akan merasa tidak selesa sekiranya perkara itu terjadi kepada penganut mereka….apa perasaan mereka agaknya jika saudara seagama mereka tinggal di bangunan yang dipenuhi Ustaz, berkumpul di dewan solat dan tidur di bilik yang dipenuhi ayat suci Al-Quran yang bergantungan.

Alhamdulilah, dengan inisiatif seorang guru agama terkenal, Ustaz Muhammad Amin, pada 13 Julai 2009, saya  dan rakan-rakan serta sekumpulan NGO yang diketuai oleh Muhammad sendiri bertolak ke gereja berkenaan dengan berbekalkan satu misi- mengeluarkan semua pesakit Melayu dan Islam dari gereja itu.

Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ

Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’

Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV

Melihat saja kelibat mereka, saya hampir menitiskan airmata, kesemua mereka yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu

Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad

Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi oleh masyarakat sekeliling

Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat

Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga

Untuk pengetahuan anda, saya sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan

Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh

Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut

Saya tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya

Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang demi seorang anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.

Saya berharap dalam membantu golongan yang memerlukan, sama ada kerana penyakit, kedaifan dan kemiskinan, kita sebagai umat Islam kena betul-betul membantu dalam erti kata yang sebenarnya.

Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.

Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini

Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena memnghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.

Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.

Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.

Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.

Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.

Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.

Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.

Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.

Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.

Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.

Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.

Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.

Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!

Inilah cerita saya. Bukan kisah dongeng. Bukan dusta semata. Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: