lagi sehari menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri, anak cucu dah mula memenuhi rumah nenek mereka di Kampung Air Baruk, Jasin, Melaka
masing-masing berharap dapat beraya bersama nenek tersayang, sama seperti keluarga-keluarga yang lain
cuma aku yang belum sampai, kerana masih ada sehari lagi untuk menguruskan kerja-kerja di pejabat
namun bila dah dikatakan takdir, tiada siapa dapat melawannya
si nenek tiba-tiba mengadu tidak sihat
bila dibawa ke Hospital Melaka, rupa-rupanya si nenek disahkan kena serangan jantung yang serius
dengan kuasa Allah, si nenek akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir
aku memandu bagai nak gila dari Kuala Lumpur…tak mengapalah, dapat juga menatap wajahnya yang terakhir sebelum jenazah dikebumikan…apa lagi yang nak dikatakan…
SAK: Arwah ibu mertuaku, Khadijah Md. Dan meninggal dunia dalam usia 77 tahun akibat serangan jantung, kurang 48 sebelum umat Islam menyambut lebaran, Al-Fatihah



takziah bro atas kehilangan ibu mertua pada bulan yang mulia ini. al-Fatihah
takziah bro, Allah lebih mengetahui
Takziah di atas kehilangan org yg dikasihi…
Takziah bang..Semoga rohnya dicucuri rahmat.
takziah bro…..lama tak melawat ke sini
salam takziah ye Syahril..!
al-fatihah..semoga rohnya tenang di sana… dan dicucuri rahmat-Nya..
slm takziah
moge roh arwah dicucuri rahmatNya
al Fatihah