Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2011


hari ni aku nak menulis sikit, saja nak exercise sikit jari jemari aku yang dah kematu tapi kalau flow penceritaan aku agak lemah, maafkan aku yea, maklumlah sistem tubuh aku ni belum pulih sepenuhnya

baik, dulu masa aku melawat rakan-rakan aku di hospital, aku sering terlihat di katil mereka ada beg plastik kecil yang mengandungi air kencing (urine)

aku difahamkan, selalunya bila ada pesakit yang saluran kencingnya tersumbat, ia akan membuatkan pesakit itu gagal membuang air kecilnya seperti biasa

akibatnya, kesakitan yang teruk terjadi di perut bahagian bawah pesakit itu

untuk itu, sebuah “kateter” perlu dimasukkan melalui uretra ke punding kencing bagi membolehkan kandungan urin dikosongkan secara bantuan peralatan

dalam bahasa mudahnya, satu tiub akan dimasukkan melalui lubang kemaluan pesakit berkenaan, ouchhhh!!!

aku bukan nak melucah di sini, tapi bayangkan, lubang zakar tu bukanlah besar, hujung mancis lagi besar…tapi terpaksa DISUMBATKAN dengan tiub, ishk tak dapat aku bayangkan kesakitan yang terpaksa pesakit itu tanggung

nak dijadikan cerita, sewaktu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) baru-baru ini, seorang jururawat telah datang kepadaku kira-kira pukul 3 pagi

” En. Syahril dah berapa kali buang air kecil hari ini?,” tanyanya dengan suara yang lembut. Jangan ditanya cun ke idak, dalam ICU semua kena pakai topeng bro.

” Hari ni belum lagi nurse,” jawabku jujur. Masa tu aku belum dapat ‘tangkap’ maksud soalan itu.

” Ermmmm….kalau macam ni doktor mungkin kena pasang tiub, bahaya pada pundi kencing Encik,” katanya.

ALAMAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!

menyesal pulak aku jawab belum kencing, adoyyyyyyy, inilah benda yang paling aku nak elak last-last kantoi juga

” Actually saya boleh buang air macam biasa cuma badan je rasa lemah nak ke toilet,” kataku pada nurse tadi. Dia hanya diam seribu bahasa.

tapi lepas sehari, sehari aku tunggu nampaknya semua berjalan biasa je. Aku rasa mungkin nurse tu pun dah lupa mengenai peristiwa pagi itu

then satu pagi aku dimasukkan ke dewan pembedahan kerana perlu menjalani pembedahan

lepas dibius, aku pun dah tak sedar apa-apa hinggalah terjaga kira-kira tiga jam kemudian, masa tu dah kat wad

waktu tu wayar berselirat di badan, dah macam kena belit ular sawa

tetiba aku terasa ada seperti ada wayar di bahagian bawah tubuh aku…aku pun merabanya dengan teliti….

LAAAAAA, DIAORANG MASUKKAN JUGA TIUB TU UWAAAAAAAAAAA!!!!

yang peliknya, tak rasa sakit langsung di bahagian ‘anu’ aku tu, dan aku juga tak merasa macam nak buang air kerana air kencing automatik mengalir ke dalam beg yang tergantung di bucu kacil

tapi aku hanya pakai alat tu dalam tiga hari saja sebelum ianya ditanggalkan

masa nak tanggal tanggal ni pun ‘thrill’ gak, akak nurse ini dengan selambanya terus menarik tiub berkenaan macam orang tak bersalah

yang ni satu lagi pelik, tak sakit langsung!

last-last bila fikir balik, mungkin aku je yang yang perasan ngeri lebih-lebih tentang pemakaian urine catheter ni sedangkan ia bukanlah menyakitkan seperti mana yang digambarkan

OKlah aku stop dulu, panjang rasanya aku menulis ni, tapi kalau korang tanya tentang alat ini, aku tetap aku mengatakan…SCARRRYYYY SIIOOOTTTT!!!

SAK:  Nak gi tengok drama Jiwa & Lara heheheheh

Read Full Post »

menjawab persoalan.

memang benar, lama betul aku membiarkan blog ini bersawang

aku tak pernah begini kecuali jika ada tugasan yang mendesak…ini membuatkan ada yang mula berspekulasi

paling ramai meneka yang aku mungkin sedang sakit

sebenarnya aku tidak mahu bermain teka-teki lagi, ya, aku memang jatuh sakit

segalanya bermula pada Hari Raya Kedua baru-baru ini

entah kenapa, ketika sedang memandu aku tiba-tiba mula demam kuat dan muntah-muntah

sebenarnya simptom sebegitu dah mula aku rasai beberapa hari sebelum raya lagi, tapi biasalah bila pergi klinik, apalah sangat ubat yang kita dapat pun

berbalik pada cerita sakit tadi, aku kemudiannya terus ke sebuah pusat perubatan swasta (nasib baiklah aku ada insuran, masa ni baru rasa betapa pentingnya ada insuran)

di sana, dalam wad kecemasan, aku dimaklumkan oleh seorang pakar perubatan berpangkat Datuk yang aku perlu menjalani pembedahan pada malam itu juga kalau mahu nyawa aku diselamatkan!

Ya Allah!

masa tu aku rasa dunia aku gelap gelita…aku tak tahu nak cakap apa dah…tanpa disedari airmata aku mula menitis apatah lagi bila menatap wajah satu-satunya puteraku, Ammar yang sedang leka bermain Galaxy Tabnya

Ammar tak tahu apa-apa…bahkan kalau ditakdirkan aku meninggal dunia ketika itu pun, dia pasti ingat aku sedang lena

lebih menghibakan bila mengenangkan salah dan dosaku selama ini…boleh ke agaknya terampun dalam tempoh sependek ini

keadaan memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata

dipendekkan cerita aku kemudiannya ditahan di ICU selama empat hari dan di wad pengawasan selama 14 hari

tubuh aku ditebuk, dibedah….wayar berselirat sana-sini, berpain-pain darah dimasukkan ke dalam tubuh aku

sehingga kini aku dah kehilangan lebih 20 kilogram berat badan begitu saja (takyah diet kata member aku hehehehe)

owh tak kurang juga ada pengamal tradisional yang melawat aku memberikan hipothesis mereka masing-masing, ermmm…aku hormati pandangan mereka walaupun bila difikirkan balik, ada juga perkara yang ‘menakutkan’ dalam hipothesis mereka tu, phewwwww!

begitulah sedikit sebanyak jawapan kepada mengapa blog ini terabai sejak akhir-akhir ini

sebetulnya aku belum cukup tenaga untuk menulis seperti selalu tetapi aku sedang mencuba

kalau boleh, doakanlah aku agar pulih seperti sedia kala

salam.

Read Full Post »

syukur.

sejak Syawal, saya dah jarang, terlalu jarang update blog ini

tetapi saya ada banyak, terlalu banyak untuk saya kongsi…cuma saya tidak tahu untuk apa dan pada siapa untuk saya kongsikan semua ini

pengembaraan yang saya lalui sangat hebat…saya seperti berada di antara dua dunia

Allah membawa saya melalui ‘sedikit’ pengalaman itu, pengalaman yang tidak pernah saya lalui

walau sedikit, ia sudah cukup membuatkan saya perlahan-lahan melihat kembali kehidupan yang telah saya lalui selama ini

yang pasti saya sangat bersyukur, syukur dari hujung rambut hingga hujung kaki

terima kasih kerana setia singgah ke blog ini walau tiada apa yang tercoret sejak sekian lama

saya akan kembali!

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,194 other followers

%d bloggers like this: