Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2011

lesu…

agak lama juga aku menghilang….baik dari penulisan mahupun sahabat dan taulan

sebetulnya aku ingin menjerit memberitahu dunia bahawa aku masih wujud, aku ingin menulis seperti dulu dan aku ingin bersama kalian seperti dulu

tetapi kaki dan tangan aku belum terungkai sepenuhnya daripada ikatan ini

aku masih perlu waktu, badan terasa lesu dan pemikiran agak ‘lembap’ sikit hehehehe

apapun Selamat Menyambut Maal Hijrah (kerja wish orang jelah aku lately ni)

InsyaAllah Tuhan bersama kita selagi kita tidak melupakan-Nya

aku terlalu sayang korang semua…hanya dalam doa aku mampu meluahkannya

jangan lupa aku.

Read Full Post »

pada yang mengenali aku, jangan terkejut pula dengan gambar kat atas…inilah aku setelah terpaksa melalui pelbagai dugaan sejak akhir-akhir ini

susut lebih 30 kilogram dalam tempoh hanya dua bulan lebih bukanlah sesuatu yang mengujakan, tetapi sebagai hamba Allah, aku redha dan akan terus berserah padaNya

dah nak sakit, nak buat macam mana….

sebenarnya entry ini aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha pada muslimin dan muslimat seluruh dunia

bersamalah kita berdoa agar mereka yang sedang berwukuf itu mendapat haji yang mabrur

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Wallillahilham.

Read Full Post »

air dalam peparu…

bila member-member tanya macam mana keadaan aku sekarang, jawapan aku dari dulu sampai sekarang ialah Alhamdulilah

yelah, aku nak cerita apa lagi…takkan aku nak meraung merintih sampai abis kuar air hingus

bukan apa, aku nak citer lebih pun orang kat luar sana susah nak faham

aku bagi contoh satu jelah, aku sekarang kena pakai sejenis botol atau dikenali pneumostat….hah, agak-agak ada yang tahu ke apa ke benda pneumostat tu?

pneumostat adalah sejenis botol kecil yang dipasang dengan tiub untuk mengeluarkan lebihan cecair daripada paru-paru

untuk itu, paru-paru aku telah ditebuk untuk dipasang pneumostat (ulang suara – DITEBUK), adoyyyyyyy!

jadi dah tentu pergerakan aku menjadi sedikit sukar, nak tidur susah, nak sandar payah…ini kerana terdapat botol yang menjadi ‘peneman setia’ 24 jam sehari hehehehe

ni lah rupa pneumostat tu...ngeri tak

apapun aku cukup berterima kasih kepada sahabat dan rakan taulan yang tak jemu-jemu mendoakan supaya aku cepat sembuh

nanti kita citer lagi ye…

Read Full Post »

SANTAU

Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara.

Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya.

Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.

Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain?

Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?

Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.

Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?

Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.

Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.

Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.

Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia.

Wallahu a’lam

Itu tulisan yang aku baca dari Datuk Dr Haron Din

Kenapa aku tulis pasal santau ek…entahlah, cuma ramai sangat yang dok bercakap pasal benda ni bila jumpa aku lately ni

Mungkin mereka mahu memberitahu aku secara ‘in-direct’ bahawa aku mungkin mangsa perbuatan itu

Takpelah, santau ke, bukan santau ker, aku serah semuanya pada Allah

Kerana aku percaya, tiada siapa, waima tok bomoh gred A pun, dapat menandingi kekuasaanNya jika ia tidak diizinkan

Ingat Kun Fa Ya Kun?

Read Full Post »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 270 other followers

%d bloggers like this: