menziarahi arwah Datuk Salleh Majid

Arwah abah aku hanya seorang anggota tentera infantri pangkat rendah, tapi dia mempunyai perangai yang agak pelik…dia suka membaca dan tengok warta berita (dulu mana ada Buletin Utama kan)

kalau dia pulang daripada menjalankan operasi kat sempadan, perkara pertama yang dia akan buat ialah switch on tv hitam putih kami (manalah mampu pakai tv warna masa tu) sebab nak tengok siaran berita, kekadang baju celoreng dia pun lum sempat buka lagi.

Lepas tu dia akan bercerita kat kami apa saja perkembangan yang berlaku kat dunia ni, daripada isu skandal Watergate Presiden Nixon hinggalah cerita John Travolta, kami adik beradik yang masa tu membaca pun tak reti lagi menganga je mulut dengar dia bercerita

mungkin benda tu turun kat aku, hahahaha. Sayang, arwah tak sempat tengok aku jadi wartawan kerana dia lebih dulu pulang ke rahmatullah. Terus terang, kalau bukan kerana dia, mungkin aku sekarang ni dah ada kat Pusat Serenti kot!

berbalik kepada topik di atas, arwah pernah bercerita kat aku yang kami ada seorang saudara ‘yang bau-bau bacang’ bernama Salleh Majid.

Masa tu Salleh ni jadi pensyarah di ITM (sekarang UITM). Arwah pantang dengar nama Salleh Majid, dia pasti akan memuji mamat ni berbuih-buih mulut

menurut arwah, Salleh Majid ni genius Melayulah, pakar ekonomilah, orang hebatlah dan macam-macam lagi sampai aku pernah terfikir, apa kena dengan bapak aku ni!

namun dua puluh tahun selepas itu baru aku sedar apa yang abah asyik cerita kat aku dulu

Selepas berhenti dari ITM, Salleh mula menyertai bidang korporat dan sejak itulah namanya sering meniti di bibir orang-orang bisnis dan para pelabur

dengan kapasiti sebagai Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Salleh sering dijemput memberi ceramah sama ada dalam seminar tempatan dan antarabangsa, mahu pun di TV dan ceruk2 kampung

jangan terkejut, dia selalu gi ofis naik motor ok!

kelebihan Salleh adalah dia boleh menjelaskan isu ekonomi yang kompleks hingga orang kampung yang tak tahu apa-apa pasal saham pun boleh faham dari A sampai Z.

Tak lama dulu Salleh ‘hilang’ sekejap, katanya dia kena sakit buah pinggang, wallahualam

baru-baru ini aku terbaca satu artikelnya dalam Utusan Malaysia. My God! He is a damn good writer!

Dia boleh explain pasal masalah yang sedang Malaysia hadapi sekarang ini dengan begitu mudah, ringkas dan sangat menarik.

Ini antara pointnya yang menarik:

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Nampak tak, dia seorang pakar ekonomi tapi cara dia ulas macam duduk kedai kopi je. Ini bagi aku satu bentuk penulisan yang baik…tak perlu guna istilah ekonomi yang pelik-pelik, style dia simple and direct to the point.

Entry di atas sebenarnya telah aku siarkan sebelum ini.

di depan rumah keluarga arwah di Kg Pasir, Hulu Klang

Dan hari ini Salleh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HKL akibat kanser.

Alhamdullilah, sempat juga aku memberikan penghormatan yang terakhir kepada arwah di rumah ibunya di Kampung Pasir, Hulu Klang

semoga Allah menempatkan roh Allahyarham di kalangan mereka yang beriman, Al-Fatihah…

About these ads

15 Comments

Filed under Uncategorized

15 Responses to menziarahi arwah Datuk Salleh Majid

  1. serius bro, aku pon suka baca apa dia tulis, aku harap Allah beri rahmat kat Malaysia dgn meramaikan lagi orang jenis mcm ni, al fatihah

  2. Aku pun respek ngan dia..
    SUka baca penulisan dia kat Utusan dulu..
    Memang simple je ayat2nya

  3. mangchik

    Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Ayah Syahril RAMD ke dulu n brapa Melayu? NAma penuh ape?

  4. PW 2 Abd. Kadir Manaf…tak silap 25 RAMD

  5. mangchik

    tk. bnyk nau kat facebook group bekas RAMD dan bnyk btol gambar2 kenangan. Saja nak cari , macam fb group X 7RAMD..

  6. al-fatihah..semoga ada yg mewarisi kebijaksanaan arwah..

  7. Moon

    Bukankah Datuk Salleh Majid meninggal akibat sakit buah pinggang yang dialami semenjak 1990an. Walau bagaimanapun, takziah untuk keluarga beliau.

  8. Al fatihah

    p/s tuan tanah ni bila dah kurus nampak tinggi pulak….hehe maintainkan lah berat badan ni ye..comey

  9. kakyong juga menjadikan Dato Salleh majid sebagai idola.. suka caranya yg simple.. kita mudah nak faham… AlFatihah.

  10. Mie

    xda cadangan ka nak bukukan semua kolum penulisan dia kat dalam utusan malaysia tu?saya nak jadi org yg terawal memilikinya.. huhu

  11. Miss Ai

    alfatihah…pasal dia pi keja naik moto, aku pun sama gak, tp aku nak tau gak dia naik moto apa? aku punya confirm kapcai je hehehehe

  12. Mohd Salleh Kidam

    Saya dah sedekahkan Al Fatihah kpd arwah,iaitu sahabat saya yg kenal erti sombong. Satu hari saya dapat e mel darinya,siap dan lengkap biodatanya kpd aku, dia minta aku carikan kerja di Singapura ( NUS ) atau lain-laain yg setaraf dg kelulusannya,dia merajuk,org yg macam dia telah banyak berjasa kpd negara Malaysia,tidak dipedulikan apabila dia telah bersara, saya telah merisik dg kawan-kawan di Singapura yg berpotensi besar saya telah panjangkan CV Dato’ Salleh Majid kepada beberapa orang di Singapura, tetapi sayang, belum sempat usaha dilakukan beliau telah pun meninggalkan kita

  13. Boddin

    Kebiasaanya dan lumrah hukum, orang yang baik-baik akan terlebih dahulu mendahului kita pergi mengadap Pencipta, seperti juga yang telah berlaku kepada diri saya, mantan dekan Sekolah Sains Perpustakaan dan Maklumat, ITM, Allahyarham Professor Dr. Katni Kamsono Kibat. Meninggal dunia di usia 51 tahun akibat dilanggar oleh kereta sendiri yang disalah pandu mengundur ke belakang oleh pencuci kereta di pekan Ijok pada tahun 1998.

  14. Pingback: arwah Datuk Salleh Majid dan 101 saranannya… |

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s