Lompat ke isi kandungan

A&W bakal lenyap tahun ini, sedihnya aku….

Januari 5, 2012

bagi aku, kalau nak kira air berkarbonat (atau orang Melayu panggil air gas)  paling sedap yang pernah aku hirup, bukanlah Coke, bukanlah Pepsi

tapi yang paling best ialah Root Beer A&W

kena pulak diisi dalam gelas kaca yang besar tu, fuh! meleleh airmata beb

kekadang aku sanggup drive berkilometer jauhnya semata nak rasa air Root Beer A&W, tapi takdelah selalu, mau kena potong kaki sebab kencing manis!

kalau ikut sejarah, A&W diasaskan pada tahun 1919

selepas peperangan dunia kedua, 450 francais telah dibuka dan kalau korang nak tau, A&W  merupakan pengasas kepada kaedah jualan secara pandu lalu (drive in)

cuma aku agak syahdu sikit kerana tak lama lagi A&W yang diasaskan pada tahun 1919 itu hanya akan tinggal kenangan semata-mata

menurut 24/7 Wall Street. com, berdasarkan perkiraan semasa, perniagaan restoran A&W adalah terlalu kecil dan tidak berdaya maju kerana tidak memiliki keupayaan untuk memasarkan jenama tersebut berbanding pesaingnya yang sudah lama bertapak, begitu juga mengatasi jenama-jenama baru lain seperti Burger King

berikutan kekangan itu, A&W juga tidak berupaya untuk mengendalikan pembelian makanan secara pukal, logistik dan pengangkutan berbanding pesaing-pesaing yang beberapa kali ganda besarnya

ini mengakibatkan A&W yang merupakan antara jenama paling berpengaruh, bakal hilang daripada pasaran dunia tahun ini

Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York

Jenama-jenama lain ialah Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, MySpace dan Kellogg’s Corn Pops

selamat jalan root beerku….

SAK: Minum ais kosong pun kena caj RM0.50 sen, tension aku!

10 Komen leave one →
  1. Hafidz permalink
    Januari 5, 2012 11:20 am

    Sama ler kiter….kalau tambah ais kerim lagu syok ooooo…
    Ini jer air gas yang aku minum tak kena batuk…
    Tapi kat Melaka A&W teramat kurangnya….

    Tuan syaril…apakata kita beli jer A&W ni…( angan2 hehehehe )

  2. Januari 5, 2012 12:45 pm

    Molek jg cdgan org atas tu..awak beli la A &W tu hehehehee

  3. Januari 5, 2012 3:46 pm

    saya pula baru-baru ni, ais kosong kena caj RM 0.99, dua tiga kali belek bil tu, tapi cashier tu cakap memang harga macam tu

  4. Januari 5, 2012 6:29 pm

    betul..air tu sedap…ngan mug dia yg sungguh classic itu…oh sedihnyaaa….

  5. Januari 6, 2012 12:26 am

    huwaaaaaaaaa…………tidakkkkkk!!!

  6. GRUTCH permalink
    Januari 6, 2012 12:54 am

    beer boleh minum ker? hehehe

  7. Eda permalink
    Januari 6, 2012 3:41 am

    sedih juge…bila root beer + ais krim tu klu tak da lg…..dgn onion ring sekali….aduhhh…ni buat terliuq ni…….

  8. Januari 6, 2012 9:03 am

    A&W ni masalahnye takde quality control. Arini makan ok, besok ayam goreng kering..beef bacon terbakar..haihh

    Cuma root beer float dia aje maintain sodap :)

  9. Januari 11, 2012 4:11 am

    okey lah tu air kosong kena 50sen… saya kena 70sen segelas… 5 gelas (utk lima org) dah RM3.50. tu belum plak govt tax depa caj lagik.. patutnya, pengusaha restoran tu dah caj 70sen, x perlu dah ada govt tax sebab rasanya dah lebih dari untung pun…

  10. teen_yali permalink
    Januari 21, 2012 12:36 am

    ala sedihnyer…mana ada air lain yg rasa sama mcm root beer A&W. At least perisa lain ada clon nyer…Coke dgn pepsi, 7up dgn sprite, 100plus dgn revive…tp root beer A&W tk der yg sama langsung dgnnya…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers