Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?
Rasanya ramai dah tahu yang pendakwah dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini telah menunjukkan bakat dalam bidang muzik dengan bermain gitar dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada malam tahun baru tempoh hari.
Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.
Khabarnya berpuluh ribu orang telah hadir menyaksikan persembahan tersebut.
Namun rupa-rupanya tindakan Ustaz Azhar bermain gitar telah menyebabkan beliau dihentam teruk dalam internet, kononnya perbuatan tersebut haram dan beliau sebenarnya ejen Yahudi.
Penulis memandang berat tuduhan sebegitu kerana ia dibuat tanpa disertakan nas serta hujah yang meyakinkan.
Mungkin benar ada pendapat Ustaz Azhar yang mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengah pihak namun untuk terus menganggapnya ejen Yahudi sebagai contoh, adalah satu tuduhan yang melampau.
Benar, Ustaz Azhar bukan lulusan Al-Azhar, bukan mempunyai sijil agama yang berlambak-lambak, namun yang pasti beliau mempunyai ilmu yang tinggi berkat kesungguhannya menuntut ilmu agama dengan tok-tok guru dan ulama yang terkenal
Kalau betul beliau salah, kalau betul beliau sesat, sudah tentu dah lama beliau disenaraihitamkan oleh jabatan agama, sudah tentu beliau dilarang menyampaikan kuliahnya di merata-rata tempat di seluruh negara.
Berbalik kepada isu bermain gitar ini, seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar menggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam.
Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan.
Inikan lebih baik daripada menyambut tahun baru dengan konsert hiburan, menari, dan lain-lain yang boleh melalaikan kita.
Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.
Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.
Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut:
“Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi…Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya.”
Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash’ari dan telah berkata: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud.”
Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi.
Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.
Dari sudut sejarah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.
Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin).
Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam.
Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar).
Al-Farabi adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis suatu karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami.
Jadi atas huraian tersebut, penulis tidak nampak di mana salahnya Ustaz Azhar waktu bermain gitar tersebut.
Yang salah mungkin kita yang tak habis-habis ada sifat dengki dan iri hati sesama manusia, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)



Kita yang “tak tahu apa2″ seharusnya tak perlu nak bagi pandangan berlebihan dalam soal ustaz nie main gitar… Sedangkan yang menghina tu pun mungkin peminat muzik, fanatik dengan mana2 artis atau gitaris… Tapi hanya sebab ustaz nie “ustaz” so nak kritik berlebihan… Hanya Allah yang berhak menghakimi, siapa kita yang cuma meminjam roh dan nyawa dariNya…? Biarlah ustaz tu main gitar dalam dakwah, mungkin itu cara dia untuk mudah mendekati masyarakat dalam dakwah…? Kita tak tahu, kan..? Moga2 semua dakwahnya lebih mudah diterima masyarakat… Aminnnn…
Otak tahap busuk…gitu je la pikirannya…low class sungguh!!
Kesian kat ustaz tu, dituduh yahudi? Mudah2an makin bnyk pahala utk dia.
cetek betul pemikiran org msia nie,,,main gitar pon jd isu,,hahahaaaa apa depa igt ustaz kna pegang kitab ja nk ceramah,,islam itu mudah jgn la dok wat susah sgt ..
org yg kata tu mmg xtau apa.. komen ikut sedap dia je..
begitulah tomahan yang dilemparkan oleh golongan munafikun, apa terima kasih kepada ustaz serta semua pihak yang menjayakan program alternatif untuk tahun baru. benar kata sdr, program ini adalah lebih baik daripada hiburan yang melalaikan serta pergaulan bebas yang menjadi adat menyambut tahun baru setiap tahun.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا
Maksudnya : “Apabila dikatakan kepada mereka : “Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul”, niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.” An Nisaa (4) : 61
وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْأَوْنَ عَنْهُ وَإِن يُهْلِكُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Maksudnya : “Dan mereka melarang (orang lain) mendengarkan Al-Quran dan mereka sendiri menjauhkan diri daripadanya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyadari.” Al An’am (6) : 26
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ
Maksudnya : “Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Qur’an) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.” Al Mu’minuun (23) : 71
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُواْ اللّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya : “Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” At Taubah (9) : 67
kepada puak2 munafikun, perlu diingatkan walaupun ulama bukan nabi TETAPI ulama yang betul2 melaksanakan tugasnya adalah pewaris-pewaris nabi sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasullullah SAW. Di dalam Al-Quran pula dinyatakan.
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Maksudnya : “Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Faathir (35) : 28
Ya Allah! Selamatkan kami daripada fitnah golongan munafik, fitnah orang2 sesat dan fitnah dajjal.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam : Maksudnya: “Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross)dan perkara-perkara jahiliah… * (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy).
Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz: Maksudnya: “Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengankebesaranNya dan kekuasaanNya…*
Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang telah berkata: Maksudnya: “Kubah itu haram, dannu itu haram, ma‘azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram”(Hadis riwayat Ahmad)
Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)”.
Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma‘azif”.
Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup” (Hadis riwayat Ad-Dailami)
Manusia memang ada baik dan buruknya – yang baik, memuji – yang buruk, asyik mengutuk – jangan dilayan. Sebagai orang waras, kita pertimbangkan dgn teliti, baru buat keputusan – Gerak geri kita kerana ALLAH.
ejen yahudi yang macam mana? Bermain gitar dgn berpakaian jubah dan serban? Yahudi tak pakai jubah dan serban. Tapi kalau ejen nak perkenal teknologi canggih kpd kita rasanya tak salah atau menjual rahsia bagaimana mereka menang dalam perang Arab-Israel dan bagaimana mereka menganyang mesir dalam perang mereka. Dalam hal begini negara islam berterimakasih kpd Pakistan kerana satu-satunya negara islam mempunyai teknologi peluru berpandu nuklear. Kalau tidak semua umat islam berdosa kerana ia adalah fardhu kifayah. Jangan ada pulak nanti berkata belajar bahasa hebrew masuk neraka! walhal ramai orang melayu memberi nama pada anak mereka mengikut nama bani israel. Oh….Bani Israel dan yahudi tak sama…???
tak belah mana2 puak.
benda disangka buruk….masayarakat2!!!
tak payah peduli la mende2 camni. sape la la percaye. skarang zaman orang bijak pandai, budak2 pun tau mende2 camni fitnah
ustaz ni pun selalu hentam umno,nik aziz pun dia kutuk.jadi terimalah balik
Orang terlampau tinggi ilmu pengetahuan mampu memberikan komen, tapi caranya berhemah bukan macam tu. di mana kebijaksanaan orang ni ye ??