Lompat ke isi kandungan

Harun Din Nafi Pindah Jin Dengan Bas!

Januari 25, 2012

Seingat penulis, kisah Ustaz Datuk Dr. Harun Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini.

Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu.

Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Harun dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan.

Dr. Harun kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas.

Kisah Dr. Harun Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai.

Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Harun memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini.

Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku?

Penulis yang sebelum ini ‘macam nak percaya’ dengan cerita itu lega apabila mendapat tahu yang ia CUMA DONGENG DAN PENIPUAN semata-mata!

Lebih melegakan lagi kerana penafian itu datang dari mulut Dr. Harun sendiri sepertimana yang tersiar dalam laman Youtube tidak lama dulu.

” “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengaku sering diminta untuk membantu kerja-kerja menghalau makhluk halus ini.

Namun begitu, katanya, ia dibuat melalui doa, zikir, tahlil serta bersembahyang hajat dan tidak lebih dari itu.

Dalam erti kata lain, katanya, penggunaan bas untuk memindahkan jin seperti yang didakwa itu tidak wujud sama sekali.

” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.

” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun.

Beliau kemudiannya meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan cerita ‘temberang’ tersebut.

Dr. Harun mengakhiri klip video berkenaan dengan meminta semua pihak agar menerima penjelasan beliau dan tidak mempercayai kisah yang tersebar sejak sekian lama itu. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

4 Komen leave one →
  1. pemerhatirakyat permalink
    Januari 25, 2012 2:48 pm

    Harun Din memang legend…sekarang jadi Timbalan Mursyidul Am PAS….bukti PAS pejuang sejati umat Islam hingga diikuti Ulama tersohor seperti beliau..Ismail Kamus..Taib Azamuddin..dan ramai lagi,,,

  2. Apis permalink
    Januari 26, 2012 6:25 am

    Jin tu api….terbakar la bas tu…betul tak?

  3. Januari 26, 2012 11:44 pm

    Reblogged this on memnizam.

  4. Januari 26, 2012 11:46 pm

    Entah dari mana mendengar cerita. Semasa Sek.Men. Tg. Lumpur, Kuantan mengalami fenomena histeria, pun saya mendengar cerita yg sama.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers