Kebab Jalan TAR…’sedapnya’ kenangan
aku ni masa sekolah rendah banyak dihabiskan di Kerteh, Terengganu
lepas pencen dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), arwah abah menyertai Petronas, itu yang menyebabkan kami sekeluarga menetap di sana
so sekali sekala abah akan bawa kami ke KL sekiranya dia perlu menghadiri kursus di situ
dan seperti mana suri rumah yang lain, kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pasti menjadi pilihan apatah lagi sekitar tahun 80-an dulu shopping complex Globe Silk Store punyalah terkenal, jadi ketika abah berkursus, mak akan bawa aku berjalan-jalan di sekitar kawasan ini
dan di Jalan TAR jugalah, buat pertama kali dalam sejarah, aku makan sejenis makanan Arab yang dikenali sebagai KEBAB!
arwah abahlah yang membawa aku dan emak ke situ
kedainya kecil saja, betul-betul tepi dinding berhadapan panggung wayang Coliseum
tapi manusia yang datang punyalah ramai…lagi pun masa tu mana ada restoran kebab yang bercambah macam sekarang
seingatku, merekalah orang pertama berniaga kebab di KL ni
rasanya? memang sedap beb….korang tengok daging yang dibakar tu pun dah boleh kecur air liur
nak dijadikan cerita, bila aku bersekolah menengah di Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, rupanya salah seorang member aku, Alawiyah, adalah anak towkey kebab tu
dan kini, walaupun dah 26 tahun kedai itu dibuka (masa tu aku baru Darjah Tiga), ia masih mendapat sambutan daripada peminat kebab di ibu kota
setiap kali aku melintasi kedai tersebut, kenangan terus menerpa…kenangan bersama arwah abah semestinya!
kebab Jalan TAR…’sedapnya’ kenangan





Kisah di Thailand tuh pun sedap,ahak ahak
Ya betui…dia punya kebab memang terbaikk…aku baru dalam bulan lepas dok sembang dengan bini aku pasai kebab jalan TAR ni…awat dia tak meniaga dah haa?
I can testify the awesomeness of that kebab, really, it’s awesome!
alahai terliur..kena cari nih..
memang tengah mengidam nak makan kebab , awak pula menulis pasal kebab..aduhai!
Jalan TAR tak macam dulu..bila malam sangat meriah..sekarang dah kurang org..huhu…
Tuan SaK teringat Kebab ka atau anak Tokey kebaB?? pe cite dia skg!
Uih…sedap nampaknye…jadi ade lagi ke tak kebab tu sekarang ye?
Alawiyah tu apa habaq la nie,..
nasib baik tak kawin dgn anak tokey kebab, kalau tak…..mcm kebab la bdn awak tu…
sejak dok sabah ni, tak merasa kebab.