Lompat ke isi kandungan

selamat jalan Kak Kamariah…wartawan mahkamah paling otai!

Januari 29, 2012

menjadi seorang wartawan Meja Mahkamah bukanlah semudah yang disangka

benar, mereka tidak perlu terkejar-kejar menghadiri sidang akhbar, mereka tak perlu sangat menelefon sana-sini untuk membuat susulan atau follow-up satu-satu isu atau bekerja hingga larut malam

namun menulis berita mahkamah tidak boleh sedap mulut atau sesuka hati, ia perlu berdasarkan fakta yang dikemukakan di dalam perbicaraan

untuk itu seseorang wartawan Meja Mahkamah kena faham betul-betul perjalanan satu-satu kes, paling penting, mereka kena faham istilah perundangan yang adakalanya bunyinya pelik-pelik….contohnya mala fide, bona fide, prima facie, habeas corpus dan macam-macam lagilah (sekadar menyebut beberapa istilah)

dalam hal ini aku sangat terhutang budi dengan seorang wartawan yang dikenali cukup otai di kalangan wartawan mahkamah, sehingga ada yang menganggapnya ‘Ketua Hakim Negara untuk wartawan’

namanya Kamariah Ahmad atau Kak Kay

apatak otainya, daripada dia masuk Utusan Malaysia pada tahun 1979 hingga pencen pada tahun 2009, Kak Kay hanya bertugas sebagai wartawan mahkamah kalau tak silap aku

maknanya 30 tahun beb dia jadi wartawan mahkamah!

boleh dikatakan banyak kes yang menggemparkan negara seperti kes Mona Fandey, kes Al-Maunah, kes Tan Sri Muhammad Taib – dialah wartawannya!

yang aku boleh terhutang budi tu bukan sebab apa, dengan dialah aku belajar bagaimana hendak menulis berita-berita mahkamah

walaupun aku wartawan jenayah, tapi setiap kali dia habis kerja, aku selalu akan pergi ke mejanya dan bersembang mengenai kes-kes besar yang pernah beliau tulis

yang bestnya, dia selalu menceritakan perkara-perkara ‘off record’ pada aku…maksudnya cerita ‘di sebalik tabir’ mengenai satu-satu kes yang tak dapat disiarkan untuk siaran

sambil-sambil tu, dia mengajar aku mengenai istilah-istilah perundangan yang sering digunakan di mahkamah…pendek kata dapat tutorial free lah

cuma ada satu hari tu hubungan kami agak ‘tegang’…semuanya gara-gara ada satu kes lemas di Sungai Kelangl berhampiran mahkamah dekat Dataran Merdeka

memandangkan ia berlaku berhampiran mahkamah dan kebetulan beliau ada di situ, aku harap Kak Kay dapatlah tulis berita itu tetapi sebaliknya dia tetap menyuruh aku yang ketika itu masih di pejabat untuk datang ke lokasi kejadian

rupa-rupanya dia hendak mengajar aku supaya jangan hanya mengharapkan diri ‘disuap’, sebaliknya kenalah berusaha untuk mendapatkan berita

akhirnya kami rapat semula, hubungan yang ibarat ibu dan anak itu bagaimana terputus bila aku berhenti dari Utusan Malaysia

yang pasti, walaupun agak pendiam, Kak Kay akan diingati sebagai seorang yang cukup mahir dalam tugasannya, mempunyai ‘contact’ yang cukup baik di kalangan ramai peguam dan hakim serta tak lokek ilmu

dan malam tadi aku menerima berita yang mengejutkan dari seorang teman, Kak Kay meninggal dunia di kediamannya kerana barah payudara

lebih sayu lagi, tiada siapa di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, kebetulan arwah memang tidak pernah berkahwin

Alhamdulillah, aku sempat menziarahi jenazah sewaktu hendak disembahyangkan di surau Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah malam tadi

sebak ni tak tau nak cakaplah bila tengok wajah arwah waktu nak dikafankan, Allah je yang tahu

ya, beliau sudah tiada, tapi jasanya tetap aku kenang sampai bila-bila

selamat jalan Kak Kamariah….Al-Fatihah.

8 Komen leave one →
  1. Januari 30, 2012 12:36 am

    :(

  2. mangchik permalink
    Januari 30, 2012 12:39 am

    inna lillahi a inna ilaihi raji’un

  3. Januari 30, 2012 1:53 am

    Kak Kamariah yg legend..al-fatihah..

  4. Januari 30, 2012 1:58 am

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.

  5. azim permalink
    Januari 30, 2012 3:40 am

    Al Fatehah untuk Kak Kay

  6. Januari 30, 2012 4:05 am

    Takziah kepada keluarga arwah. Selalu jugak baca berita perbicaraan mahkamah dlm Utusan hasil tulisan Pn. Kamariah Mohammad dulu

  7. Januari 30, 2012 1:23 pm

    As salam….

    Saya pernah mendapat tunjuk ajar daripada arwah semasa menjalani latihan praktikal di meja mahkamah, Utusan Malaysia di tahun 2002. Sungguhpun cuma 3 bulan, namun peribadi arwah sangat diingati…

    Al Fatihah…..

  8. rubiah nordin permalink
    Januari 31, 2012 4:22 pm

    Al fatihah, sewaktu bergelar kadet, aku memang sangat teruja untuk menulis di meja mahkamah..ketika itulah aku sering mendekati arwah..dengan nada suara yang semulajadinya perlahan, arwah memang sudi berkongsi ilmu tentang pemberitaan mahkamah..dan apabila aku bertugas di Foreign Desk, segala yang dipelajari daripada arwah aku gunakan..bukan mudah untuk memahami apakah itu ‘Supreme Court’..dan arwah juga bersungguh2 menasihati aku supaya belajar menulis berita2 mahkamah..al fatihah untuk arwah yang meninggalkan ilmu bermanfaat kepada ku..- RUBIAH NORDIN

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers