Trip Myanmar (bhg 1)

apa khabar korang semua?

lama betul aku tak menulis kat blog ni, korang pun tahulah masalah kesihatan yang aku hadapi tu bukan saja membuatkan fizikal aku menjadi agak lemah, bahkan idea menulis pun actually agak terbantut

Alhamdulilah, berkat doa korang semua, aku masih boleh bernafas di bumi Allah ini

bercakap pasal bumi Allah ini, baru-baru ini aku berpeluang mengunjungi sebuah negara yang orang Barat anggap sebagai termundur di wilayah Asia iaitu Myanmar bersama dengan beberapa orang sahabat

actually ini kali kedua aku ke Myanmar, kali pertama dulu setakat lepas kat sempadan je

dipendekkan cerita, dengan menaiki pesawat MAS, kami pun meluncur ke udara kira-kira pukul 10 pagi

dalam pesawat sempat jugalah mengadap nasi lemak, actually ada roti canai sebagai pilihan tapi biasalah perut Melayu hehehe

lepas makan, kami diberi borang Imigresen dan kastam negara itu untuk diisi

kira-kira dua jam setengah, kami pun mendarat kat Yangoon International Airport

mak ooi, first impression lagi aku dah rasa tertipu oleh dakyah-dakyah orang Barat sebelum ini

airport Yangoon tu punyalah besar, saiz dah nak sama macam KLIA sheikh, mundur apa kejadahnya!

tanpa cerita banyak kami terus check-in di sebuah hotel yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari situ

besar biliknya…kira-kira RM150 semalam, itu pun dah kira mewah, persis 5 star beb

lepas makan our guide terus bawa kami ke bandar Yangoon…padat dan sesak dengan kenderaan yang bertali arus

yang kelakarnya, kenderaan left hand drive ngan right hand drive sama banyak, confirm keliru kalau memandu di sini

satu fakta menarik…motorsikal diharamkan masuk ke bandar ini kecuali posmen, menurut guide kami, ia telah mengurangkan kadar jenayah dengan begitu drastik sekali, wow!

bandar Yangoon

destinasi pertama dah tentulah kedai makan, actually kedai halal tak susah kerana orang Islam adalah penduduk kedua teramai di Myanmar selepas Budha

yummy!

restoran yang kami singgah menghidangkan briyani…terus terang inilah briyani paling sedap yang pernah aku makan!

nasinya lembut, kambingnya tiada bau hamis langsung, harga lebih kurang RM7 sepinggan, kira mahal jugalah untuk penduduk tempatan tetapi tetap penuh dengan pelanggan

kerana tak mahu buang masa, guide kami terus bawa kami ke pasar Bogyoke, pasar ini terkenal kerana ia menjual pelbagai jenis cenderamata seperti lukisan dan batu permata

untuk pengetahuan koranng, batu permata Myanmar cukup terkenal di seluruh dunia kerana keaslian dan mutunya yang tiada tandingan

tapi kalau takde ratusan dollar takpayah datanglah, buang karan je, namun untuk window shopping tu bolehlah

aku hanya rembat t-shirt ngan sedikit cenderamata je sebagai kenangan…satu lagi fakta menarik, walaupun menjual permata dan segala mak nenek perhiasan, tapi aku tak nampak pun CCTV

kata guide aku, itu semua tak perlu kerana kalau ditangkap, penjara di sana tidak menyediakan makanan seperti kat negara kita, pandai-pandailah tanam sayur atau apa yang boleh kat dalam tu, dalam erti kata lain silap hari bulan boleh mampus kering kat dalam sel, yewwwwww!!!

ini sekali gus menimbulkan perasaan gerun pada mereka yang nak melakukan jenayah, macam best je idea tu kan?

lepas pusing-pusing kat sana, kami melawat pula makam Bahadur Shah Zafar

dia merupakan maharaja India terakhir yang mati dalam buangan di sini

Maharaja India terakhir, King Bahadur Shah

dia ‘dicampakkan’ oleh British ke sini kerana dikatakan mengancam kerajaan Inggeris di India

selain makam allahyarham, turut dikebumikan di tempat yang sama adalah isteri dan anaknya

disebabkan agak letih kerana terus berjalan lepas sampai di Yangoon, kami pun pulang ke hotel

sebelah malam kami makan di sebuah restoran makanan laut halal yang terkenal di bandar itu iaitu Restoran Phai Lin

macam-macam kami rembat termasuk itik panggang dan sebagainya, on the way balik hotel sempatlah menikmati panorama Yangoon waktu malam

meriahnya macam kat Bukit Bintang beb

dan bila sampai bilik terus buat aktiviti paling best, membuta!

kesimpulannya hari pertama saja sudah menghidangkan pelbagai aktiviti menarik untuk diteroka di bumi Myanmar, part kedua nanti aku cerita dengan lebih lanjut…tungguuuuuuuuuu……

11 Komen

Filed under Uncategorized

11 Responses to Trip Myanmar (bhg 1)

  1. Perghhhh burma sungguh dasat!kelasss

  2. Alhamdulillah, makin sihat nampaknya…
    macam best saja Mynmar ni! Selalu orang dok pi Vietnam…
    errrm….

  3. GRUTCH

    serius tak sangka Myanmar looks like that..mmg aku terpengaruh sgt2 dgn dakyah Barat..

    look forward to more write-ups on your trip, bro..

  4. syukur sbb bro dah sihat. one of your best articles. wa rasa lu lebih layak jadi Menteri Dalam Negeri la bro

  5. Whoaa..sangat menarik. tapi part yang paling menarik pasal takde cctv tue. Memang penjara kat Malaysia nie patut wat camtu. takyah sediakan makanan. Kurang ckit orang nak wat jahat..

  6. Apis

    Itu kan town bro…dulu masa pergi buat interview workers…nah kau…macam masuk area mistik rupanya….nak terkencing terberak pun kena tahan…tapi bab nasi beriyani tu memang setuju…sedap gila…hehehehe
    Terkenang member Burma masa sekolah St David Melaka dulu punya adik pompuan hehehehe

  7. Alhamdulillah…nampaknya saudara Syahril semakin sihat. Saya pernah tinggalkan komen semasa entry ke Myanmar melalui sempadan dulu. Saya juga ada mencadangkan agar rakan2 semua pergi melalui jalan udara iaitu dengankapal terbang dan turun di airport Yangon. Nampaknya apa yg saudara Syahril tuliskan didalam entry ni, itulah kebenarannya. Disana duit mereka nilainya lebih rendah dari kita dan bila kita bawa duit mereka “berbundle2″ letak saja atas meja makan, tak ada sesiapa nak curi. Memang negaranya kurang maju tetapi jika kita amati betul2 banyak yang boleh kita ambil pengajaran darinya. Kini kerajaan Myanmar mula buka ruang untuk dunia luar…silap2 mereka akan maju lebih cepat dari kita…. :) tak sabar nak tunggu entry ke2 nanti.

  8. Lagi satu Phai Lin merupakan restoran yang famous untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam makan. Ramai rakyat Malaysia makan disana. Kalau hotel pulak saya choose Park Royal. Dekat dengan Bogyoke Market..tapi kebersihan masih perlu di pantau ;)

  9. fieha

    wow…dah sihat dah ..makin chubby n montel!!! bestnyer pergi Mynmar..ada bawak balik ole-ole ker??

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s