hari ketiga kami di Yangon ini cukup istimewa kerana kami dikhabarkan akan ke sebuah kawasan yang dianggap antara paling suci untuk penganut Budha di negara berkenaan
walaupun ia cuma 160 kilometer dari Yangon, namun keadaan jalan yang tidak begitu sempurna membuatkan perjalanan dijangka mengambil masa hampir empat jam
so seawal pukul 7 pagi lagi kami dah siap kat lobi hotel
guide kami kemudiannya memberi penerangan ringkas mengenai tempat tersebut sebelum menaiki van
nama tempat yang akan kami tuju itu ialah pagoda Kyaikhtiyo, tempat dimana dipercayai menyimpan rambut Gautama Budha
oh yea, sebelum itu aku nak beritahu, ada pendapat yang mengatakan Gautama Budha itu sebenarnya Nabi Zulkifli, nama yang pernah disebut dalam Al-Quran
———————————————————————————————————————————————————————————-menurut Dr. Alexander Berzin, terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha, iaitu pada ayat berikut.
QS.95-At Tin
“Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”
Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa? Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi adalah tempat Budha mencapai Pencerahan Sempurna.
Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi.
Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang berarti “ia yang berasal dari Kifl”. “Dhul” berarti orang.
“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha).
Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur’an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan.
Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.
Yang menariknya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut.
entahlah, Wallahualam
————————————————————————————————————————————————————————————–
anyway, dipendekkan cerita, lebih kurang tiga jam setengah, van kami pun memasuki pekan kecil Kyaikhtiyo
dari bawah kami dah nampak dah pagoda yang dimaksudkan, ketinggiannya kira-kira 1,100 meter atas paras laut, atas bukit!
rupa-rupanya pagoda setinggi 7.3 meter itu terletak di atas sebuah batu emas
batu emas itu terletak betul-betul di tebing bukit, menjadikannya seolah-olah tergantung
ia dipanggil batu emas kerana penganut Budha yang datang ke situ menyalut batu itu dengan daun emas hingga menjadikannya kuning berkilauan
kenderaan lain tidak dibenarkan naik bukit berkenaan kecuali trak yang disediakan oleh pihak pengurusan pagoda, macam nak naik Bukit Larut kat Taiping tu le
trak itu pula bukanlah trak dalam erti kata sebenar, ia cuma lori pasir yang diletakkan kayu dibelakangnya untuk dijadikan tempat duduk
memang thrill beb naik trak tu, dahlah pemandunya bawa trak tu macam Micheal Schumacher, jumlah yang naik pula punyalah ramai, kami disumbat macam tin sardin!
bila sampai satu tempat nama Yathe Taung (iaitu selepas 45 minit perjalanan mendaki bukit), semua pelancong asing kena turun…kami kena menapak lagi sejam untuk sampai ke puncak, adoyyyyyyyyyyyy
nasib baiklah runding punya runding, si driver setuju teruskan perjalanan hingga ke atas
kami diberitahu kononnya pihak pengurusan terpaksa buat begitu demi keselamatan pelancong juga…ini kerana jalan ke puncak semakin sempit dan curam, mereka taknak tanggung risiko kalau berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini
tetapi hakikatnya depa nak bagi bisnes kat penduduk tempatan, apa taknya, kalau kami memilih untuk berjalan sampai ke puncak, kami terpaksa lalu pelbagai kedai cenderamata yang terletak di kiri kanan jalan, mau tak mau kena gak la beli satu dua souvenir, bijak-bijak
selain itu, mereka juga ada perkhidmatan ‘mengusung’ para pelancong yang kepenatan…kita kena bayar dekat-dekat USD 20 sorang jika nak guna perkhidmatan pengusung atau tandu ini, satu lagi lubang bisnes
dipendekkan cerita lagi, bila sampai ke pintu masuk pagoda, kami dikenakan sedikit bayaran, orang tempatan dikecualikan
akhirnya kami pun sampai ke puncak…dapatlah tengok batu emas dan pagoda yang diperkatakan itu
di kala penganut Budha sibuk beribadat di tempat suci diaorang tu, kami pula sibuk bergambor
kira-kira 45 minit berada di atas, kami pun beredar…tetapi jika tadi kami dapat ‘kowtim’ untuk naik ke atas dengan trak, kali ini masa nak balik, semuanya punah apabila mereka enggan lagi berbuat demikian…takut disaman kata mereka
akhirnya kami terpaksalah turun dari bukit itu dengan berjalan kaki, balik semula ke Yathe Taung…penatnya Tuhan aje yang tahu, dekat sejam baru sampai ke bawah
kaki aku ni bengkak macam batu beb…nasib baiklah ada kedai makan on the way nak turun tu, dapatlah rehat sekejap dan hilangkan dahaga dengan tibai air tebu
kemudian bila dah sampai Yathe Taung, barulah kami dapat naik trak tu untuk turun semula ke pekan Kyaikhtiyo
sekali lagi pemandu trak tu buat gila dengan memandu ala-ala F1 masa nak turun bukit, dah macam roller-coaster kami kat belakang trak tu
bila sampai ke bawah, muka kami masing-masing pucat lesi, rasa dah macam takde darah beb
dek kerana terlalu letih, kami terus terlelap sewaktu van meninggalkan Kyaikhtiyo untuk pulang semula ke bandar Yangon
sedar-sedar dah sampai pintu lobi hotel….indahnya pengalaman…..











Mmg bst pekena ayaq tebu dikala letih menapak,perghh!
pekena ayaq tebu selepas penat berjalan mmg suatu nikmat,perghh.nyaman dan sentosa.
Orang muda kena lasak berjalan…baru adventure sikit…hehehehe…
Tapi jaga makan minum bro…kesihatan penting.
Haha..itu lokok talak moleh tinggai maa..
haiyyaaaa cikgu hahahaha
thank you my man
mmg nikmat cik awang…
yer tak yer….kan main lagi eh ? penat2 pun berasap….
wahhh bestnya pengalaman….