meratapi Nadirah, menangisi Nurin, mengenangi Sharlinie….

kita dikejutkan lagi dengan berita pembunuhan seorang kanak-kanak kecil yang tidak berdosa…kali ini mangsanya bernama Nurul Nadirah Abdullah, 5 tahun

rupanya misteri penemuan mayat rentung beberapa hari lalu terjawab apabila DNA ibu Nurul Nadirah sepadan dengan DNAnya

ini bukan kes pertama culik dan bunuh melibatkan kanak-kanak

mana mungkin kita lupa beberapa tahun lalu apabila kanak-kanak berusia 8 tahun, Nurin Jazlin dibunuh, diseksa secara seksual sebelum disumbat ke dalam beg

kita juga tak mungkin lupa bagaimana adik Sharlinie hilang lenyap sehingga ke hari ini disebabkan perbuatan manusia berhati syaitan

sepanjang aku bertugas sebagai wartawan jenayah, aku dapat melihat sendiri bagaimana menderitanya keluarga mangsa bila anak mereka diperlakukan begitu

mereka meraung, merintih dan meratap hampir setiap hari mengenangkan nasib permata hati mereka

dan aku tahu, kita tak perlu menjadi seorang wartawan pun untuk merasai kesedihan yang sama

kadang-kadang aku terdiam seribu bahasa bila bertemu dengan mereka

nota dan pen seolah-olah terlalu berat untuk ku pegang, mulut aku seolah-olah terkunci, melihat airmata mereka sudah cukup untuk membuatkan aku lemah, apatah lagi untuk kembali ke pejabat dan menaip berita mengenainya

semasa kes Sharlinie dulu, jangan kata polis, kami yang wartawan ni pun sama-sama meredah belukar dan rumah kongsi dalam usaha mencari kanak-kanak malang itu

aku dan rakan-rakan wartawan jenayah sewaktu menyertai misi mencari adik Sharlinie empat tahun lepas

betullah kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

bayangkan kalau Nadirah, Sharlinie atau Nurin adalah anak kita sendiri…bagaimana ya?

Nauzubillah.

About these ads

14 Comments

Filed under Uncategorized

14 Responses to meratapi Nadirah, menangisi Nurin, mengenangi Sharlinie….

  1. Takziah utk keluarga mangsa. Anak2 skg x kira lelaki/perempuan kena diawasi sepanjang masa.

  2. zura arif

    Maaf…saya tak mampu membendung airmata bila terbayangkan anak sendiri diperlakukan sebegitu…Ya Allah..Dugaan begini untuk keluarga arwah, Kau Maha Mengetahui..Semoga mereka tabah..

  3. Reentartnenas

    agreed. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
    semoag kesah ini terus menjadi pengajaran utk ibu bapa dan juga masyarakat. kite perlu lebih prihatin. seperti biasa, hopefully dpt tangkap la si pembunuh tuh.

  4. hafiz badri

    Saya sangat sedih mendengar berita2 yang tak sepatutnya ada ini..Astaghfirullahalazim..apa dah jadi dengan masyarakat kita sekarang ini? bunuh dan bakar orang seolah2 perkara biasa..mintak dijauhi perkara2 sebegini dari kita..berwaspadalah sentiasa, Semoga keluarga mangsa-mangsa terutama ibu bapa mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Amin

  5. fieha

    Takziah..untu kelurga mangsa…minta di jauh pekara sebegini terjadi lagi…Ya Allah..sedih sungguh rasa hati…

  6. Moga Allah melindungi kita semua dari manusia yang zalim..

  7. Mama eja

    Sbg sorang ibu sakit sgt bila dpt tau kes mcm ni…byk ,manusia yg ikut trlunjuk iblis laknatuAllah…moga pmbunuh tu d hukum setimpal n d hukum seberat2nya d akhirat nt..

  8. mereka meraung, merintih dan meratap hampir setiap hari mengenangkan nasib permata hati mereka…tibalah masanya pihak polis buat perubahan untuk mengawal keselamatan awam

  9. sangat2 tak faham apa motif si pembunuh ni..siapa mereka & apa tujuan. Takziah kepada keluarga adik ini. semoga mereka tabah dengan ujian yang Allah berikan ini…

  10. tak tahu nak komen apa tentang kes2 sebegini..speechless. Tidak ada perkataan selayaknya untuk menggambarkan perasaan..membuatkan lidah kelu, fikiran beku..jari kaku..

  11. Eva

    Al fatihah kepada mangsa HARAP HARAP pembunuh itu Akan dihukum gantung sampai mati. kami kanak kanak dapat rasakan kesakitannya

  12. syafieza

    Pembunuh adik Nadirah mmg syaitan la… klu yer pun pembunuh tu berdendam dgn keluarga arwah, kenapa anak kecil yang tak berdosa tu yg menjadi mangsa? Sudah la bunuh, bakar pulak. Lg 1 yg sy tak boleh terima kanak2 5 tahun disuruh pergi ke kedai seorang diri utk beli mi segera dan telur, budak tu 5 tahun bukan 15 tahun. Kita sebagai ibubapa kena peka/prihatin ttg keselamatan anak2 bkn sibuk dgn fb. Bila dah jd mcm nie menangis mengelupur pun dah tak guna. Apa-apa pun Takziah buat keluarga arwah dan Al- Fatihah buat adik Nurul Nadirah.

  13. shila

    salam..sy ske bce apa yg dtulis dalm ni..dan sy nk thu lbh lanjut bknaan dgan kes ni..nak mntk email en. boleh??tqvm..

  14. hamba Allah

    saya masih mengharap adik sharlinie berkeadaan berbaik saja walau dimana saja berada,pembunuhan adik dirang adalah paling sadis kerana sudahlah dibunuh malah rentung lagi pada usia yg baru 5tahun, kerana motif dendam untuk perkara yang kecil saja,kejamnya dunia

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s