amboi, kalau tengok tajuk di atas ada bunyi macam nak buat sajak pun ada juga
sebenarnya entry kali ini adalah mengenai kehidupan aku
aku tinggal di sebuah kawasan perumahan kecil di pinggir bandar raya(gambar di atas), bukan berstatus mewah pun
yang penting apa kemudahan yang ada di perumahan moden, kat tempat aku pun ada, Alhamdulillah
ada pak guard, ada swimming pool, ada parking sendiri, ada taman permainan kanak-kanak…kira OK lah tu kan
tidak seperti kebanyakan kawasan perumahan di Lembah Klang yang biasanya padat dengan penghuni dan kenderaan yang bersimpang-siur, kawasan perumahan aku ni boleh dikategorikan masih dalam keadaan tenang dan sedikit mendamaikan
jalan nak masuk pun hanya ada dua lorong je, satu untuk masuk dan satu untuk keluar
bersebelahan taman perumahan ini, adalah satu tapak kosong yang dipenuhi pohon-pohon yang merimbun, ala bukan besar mana pun
sebenarnya kawasan ini secara tidak langsung memberikan ‘oksigen’ yang cukup berharga buat penghuninya, terutama yang serabut kepala otak macam aku ni
tiba-tiba satu hari ada sebuah notis yang ditampalkan di papan kenyataan…katanya tapak kosong itu akan didirikan sebuah kawasan perumahan, jadi penduduk boleh kemukakan bantahan atau cadangan kepada majlis perbandaran sekiranya ada
nak bantah apa kejadahnya, bukan tanah kami pun, membantah perlaksanaannya ibarat anjing menyalak bukit jelahhhh, apatah lagi kami ni bukannya orang kaya, berkedudukan atau apa saja perkataan yang seerti dengannya
dan tadi bila aku pulang dari kerja, aku nampak dah ada showroom kat sini, dalam erti kata lain pemaju dah nak mula buka tempahanlah tu
rupa-rupanya bukan sekadar taman perumahan, kawasan ini akan didirikan pusat perniagaan termoden dan barisan kondominium super-mewah yang harganya silap haribulan boleh mencecah jutaan ringgit, pergh!
tak dapat aku bayangkan betapa ‘seksanya’ penghuni di sini bila kerja-kerja pembinaan bermula…dahlah jalan muat-muat dua lorong je, tapak tu pun bukannya luas bebenor
silap haribulan tempat aku ni confirm akan bertukar macam tin sardin!
tapi apa nak dikata, inilah harga yang perlu dibayar…manusia semakin rakus, tanah yang ada ibarat lombong emas yang rugi kalau dibiarkan begitu saja biarpun saiznya hanya sekangkang kera
ternyata, kedamaian yang kami nikmati selama ini kian tercalar, kian musnah dan kian terhakis roh dan jiwanya…aaarrgghhhhh……..



Assalamualaikum..
Saya faham apa yg saudara rasakan. Di tempat saya berada sekarang, aduhaiiii macam nak tercabut kepala otak. Kiri kanan semuanya sibuk bina kondominium. Bunyi bising, habuk, simen2 halus berterbangan melekat disetiap kereta….macam saudara tulislah. Bising/marah pun tak guna..projek tetap dijalankan. Betapa rakusnya mereka mengejar wang tanpa memikirkan keselamatan dan keteteraman orang lain.Sabar je lahhhh….
Rumah baru kat mana?