Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2012

nilah Business Class MAS…ada bran?

maaf, kalau korang baca blog aku, korang akan perasan yang aku suka tulis pasal kapal terbang

actually bukan sebab aku selalu naik kapal terbang (siapalah akukan hukhukhuk), tapi entah kenapa aku cukup ‘teruja’ dengan pesawat

kalau korang tahu mana-mana blog yang penulisnya minat menulis perkara yang sama, tolong beritahu ek, confirm aku akan mengadap blog tu hari-hari hehehe

nilah seat Regional Business Class aku ,TQ Utusan Malaysia (Medan – KLIA)

sebelum kita bercerita tentang topik di atas, terus terang aku katakan, sepanjang hidup aku, hanya SEKALI aku berpeluang merasa terbang dengan Business Class (Regional), itupun company lama aku sponsor, sebabnya bila aku tak dapat balik raya coz tiket flight abis masa tengah buat liputan gempa bumi di Sumatera

kebetulan ada satu seat kat Business Class yang kosong, so dia tolong ‘upgrade’ seat aku, harapkan aku upgrade sendiri manalah mampu dik non ooi

ala bukanlah jauh pun, Medan je…baru nak syok feeling-feeling VIP, dah sampai airport, adehhhh

actually dalam kapal terbang ada satu lagi kategori iaitu First Class, yang ni takyah aku cerita kot, terlalu jauh dari impian rasanya ahaks

berbalik kepada cerita Business Class ni, keistimewaannya bermula dari kaunter check-in lagi

belum masuk dalam perut pesawat kita dah rasa macam VIP…apataknya ada kaunter khas untuk check-in (takyah beratur panjang), dapat lepak kat lounge khas yang macam restoran 5 star tu


Imigresen punya kaunter pun ada khas untuk kita

bila kat dalam pesawat lagilah special…tempat duduknya luas, dapat pelbagai amenities yang branded dan makanan yang pelbagai (sampai nak muntah dibuatnya)

CLARINS lagi OK, dulu Aigner (pix Shazawanihamid.com)

yummy!!

pendek kata kau mintalah apa saja kecuali awek pramugari pasti krewnya akan cuba tunaikan

bila dah landing pun masih ada keistimewaan…korang akan dapat turun dulu berbanding berpuluh passenger seat Economy yang dok beratur kat belakang tu, lupa nak beritahu, masa panggil boarding pun kita yang pegang tiket Business Class ni yang akan dipanggil dulu

tapi tulah, perbezaan harga confirm macam langit dan bumilahkan…naik First Class lagilah jauh bezanya

aku ambil satu contoh dahlah iaitu harga tiket dari KL ke London (maklumlah orang Malaysia ni cukup minat gi sana)

kalau kelas Economy harganya lebih kurang RM2,500 sehala, tapi kalau naik Business Class, harganya boleh melambung jadi RM7,000 sehala!

aku bercerita pasal benda ni sebab semalam empat pegawai Yayasan Pelajaran Mara(YPM), dihadapkan ke mahkamah kerana mengemukakan butiran palsu berhubung pembayaran tiket kapal terbang, dua tahun lepas

keempat-empat tertuduh (takpayahlah sebut nama, aku tak gemar sikit bab ni) didakwa menggunakan dua dokumen yang mengandungi butiran palsu iaitu Ringkasan Borang Tuntutan Perbelanjaan/Penyelesaian Pendahuluan Lawatan Rasmi Bulan April 2010 dan Resit Rasmi Sri Kedawang Travel & Tours (W)Sdn Bhd tanpa tarikh berjumlah RM12,125

mereka didakwa mengesahkan dan mengaku membayar RM12,125 bagi tiket kapal terbang kelas perniagaan pergi-balik ke Jepun yang mana jumlah sebenar adalah RM3,500 iaitu kelas ekonomi

kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Kewangan, Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi, Yayasan Pelajaran Mara, antara 18 Mei 2010 dan 3 Jun 2010, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama, jika sabit kesalahan

yang bestnya jawatan masing-masing hanya setakat pegawai kanan je, hanya seorang yang level Manager

yang bab menipu tu satu hal la, persoalannya, macam mana YPM boleh bagi tiket mewah sebegini kepada jawatan-jawatan tersebut, ke memang diaorang layak?

kalau memang depa entitle dapat tiket Business Class, aku ‘tabik spring’lah kan, ‘pemurah’ betul majikan diaorang

tak mengapalah, kalau Yayasan Pelajaran Mara mampu, nak kata apakan, kang orang kata kita jealous pulak

tapi kata member aku yang sorang ni lagi best – CERITALAH APAPUN, SO FAR AKU TAK PERNAH PULA DENGAR PENUMPANG NAHAS KAPAL TERBANG ‘HIDUP’ HANYA DISEBABKAN DIA DUDUK KAT BUSINESS CLASS

hehehehe, bab tu no komenlah kan….mamak, teh tarik satu!

Read Full Post »

prospektus Felda, mau kelabu mata nak membaca ni, tebal benor

kita semua kena berwaspada terhadap skim-skim pelaburan palsu yang menggunakan pelbagai helah bagi memperdayakan pelabur yang semakin meningkat kebelakangan ini

bagi aku senang je, kalau ada skim pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam masa yang singkat, kita dah kena DOUBLE CHECK syarikat itu

sebab itu kita semua kena baca prospektus sesebuah syarikat sebelum nak buat keputusan untuk melabur, bukan apa, takut lepas labur - IA LEBUR!

untuk pengetahuan korang, sesebuah syarikat itu perlu mendaftar prospektus diaorang dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum mengedarkannya pada pelabur

mengapa prospektus tu penting dan kita kena baca, jawapannya mudah saja

ia bagi memudahkan kita mendapat semua maklumat berkaitan skim pelaburan yang ditawarkan serta risiko-risiko pelaburan

dari situ baru kita boleh membuat keputusan yang berlandaskan maklumat mengenai pelaburan mereka

kalau syarikat tu tak bagi prospektus diaorang macam mana?

senang, gi minta! kalau tak diberi juga….dah jangan buang masa, batalkan je rancangan nak melabur kat company tu, abis cerita

bercakap pasal prospektus ni, petang tadi aku pergi majlis pelancaran prospektus Felda Global Venture Holding (FGVH)

maklumlah, FGVH dijangka disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun ni, menarik tu!

PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak tiba dengan kereta rasminya, Perdana Executive Limousine kira-kira pukul 12.30 hari

panjangnyeeeee keter Datuk Seri Najib

menarik ucapan Najib..dia kata penyenaraian (FGV) ini mencatat dua detik sejarah untuk FELDA

pertama, penyenaraian terbesar di Asia pada tahun 2012, kedua, ia IPO kedua terbesar di dunia selepas Facebook

cuba cari aku hehehe

aku ni terus terang cakaplah, sedih gak bila dikatakan yang tanah peneroka MUNGKIN TERGADAI dengan penyenaraian ni

senang cakaplah, kita ada seribu satu alasan untuk menghalang penyenaraian Felda ni tapi janganlah tipu makcik dan pakcik kita kononnya tanah mereka mungkin tergadai, itu tak betul, besar dosa beb kalau dok wat fitnah tak tentu hala ni

tadi lepas pelancaran prospektus tu, aku sempat borak kejap dengan sorang ‘orang besar’ Felda ni, dia ni aku kenal dah lama, tak sangka pangkat dia dah besor, dulu rasanya taraf manager je

kata dia, percayalah, Felda tidak akan kurangkan sedikit pun apa yang peneroka terima sebelum ini

bonus produktiviti pun dapat, duit raya, pinjaman perumahan dan banyak lagi bantuan akan tetap diteruskan seperti biasa

lepas tu aku pun bangkitkanlah pasal kerisauan peneroka ni, dia jawab mudah je, ia tidak akan membabitkan pajakan tanah milik peneroka sebaliknya hanya tanah di bawah kelolaan kumpulan

” Keseluruhan tanah yang dimiliki Felda adalah sekitar 860,000 hektar, lebih kurang 500,000 hektar adalah di bawah pemilikan peneroka.

“ Tanah yang diuruskan Felda adalah sebanyak 360,000 hektar dan bahagian ini yang akan dipajakkan kepada FGVH.

“ Dalam erti kata lain kita tak ganggu langsung, walau seinci pun tanak peneroka,” katanya

aku diam je…nak cakap lebih pun tak boleh gak, terpulanglah pada peneroka nak buat pilihan, aku cuma PENEROKA BANDAR je, ahaks!

Read Full Post »

mak ooi besornyeeee

ya kita semua tahu yang masa dinanti telah pun tiba

akhirnya pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380 milik MAS dah pun mendarat di KLIA petang semalam

actually banyak syarikat penerbangan lain contohnya Emirates dan SIA dah lama terima pesawat jumbo jet ni, kita je yang dapat lambat

dekat lima tahun jugalah menunggu, nasib baik aku bukan CEO Mas, kalau tak dah lama aku saman Airbus sebab lambat buat kerja

tapi aku difahamkan yang Airbus dah bayar pampasan lebih RM300 juta pada MAS sebab kelewatan itu, hah tau pun takut

dah macam Gua Niah enjinnya nie

takpelah, ada hikmahlah kot, yang penting selamat, dapat cepat pun kalau skru sana sini tercabut pun watpe kan

berbalik pada pesawat yang tiba semalam tu, terus terang aku agak frust sebab nampak macam tak ceria je warnanya, bajet kena potong ke ni?

betullah, yang penting bukan warna/ cat tapi berapa ramai yang beli tiket, warna dan grafik yang menarik pun tak guna kalau seat lebih banyak kosong daripada terisi

tapi kena ingat, imej sangat memainkan peranan…dia membawa ‘branding’ sesebuah syarikat, ia juga secara tidak langsung membawa nama baik negara

rupa-rupanya aku difahamkan yang sampai semalam tu bukan perfect lagi, sabor ye, banyak lagi rupanya nak kena ‘touch up’

pesawat ini akan kembali ke Toulouse, Perancis untuk kemasan terakhir pada 6 Jun, dengan warna dan hiasan korporat MAS yang baharu dan semua perkara teknikal akan diselesaikan

kemunculan komersil pertama superjumbo itu ditetapkan pada 1 Julai dengan perkhidmatan KL-London tiga kali seminggu (MH002/MH003) sebelum memulakan penerbangan harian pada Ogos

ooohhhh, patutlah kusam semacam je

tak sabo juga nak tengok final touch pesawat nie, lebih daripada itu, tak sabor nak merasa naik kapal terbang yang bagak giler ni

kalau saper-saper nak sponsor, aku alu-alukan…tak dapat economy, first class pun jadilah, larikkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!

mungkinkah ia akan menjadi begini?

ATAU

begini?

.

yang pasti BUKAN MACAM KAT BAWAH NI

.

.

.

Read Full Post »

geng-geng aku masa di AUSMAT, UITM Shah Alam…seronok tgk ramai dah berjaya

masa aku belajar dulu, kuliah kami di Australian Matriculation (AUSMAT) UITM, seksyen 2 Shah Alam

kebanyakan budak yang ‘ngaji’ kat situ adalah student yang tgh buat persediaan ke ‘obersi’ dan matrikulasi

aku sendiri pun tak tahu macam mana leh tercampak kat sana, aleh-aleh dah jadi student kat situ hehehehe

kat sana aku leh dikatakan macam ‘Azroy’ versi tembam ler sebab memanjang usung ‘awek’ ke sana ke sini

nama awek aku SITI SHARIFAH YAMAHA BINTI MAT REMPIT

masa kat Ausmat tu, hanya dua orang student naik motor Yamaha TZM, bukan nak kata hebat tapi senang citer orang kenal lah

maknanya andai kata orang nampak mat motor TZM tergolek kat area tu, takde orang lain, sama ada aku atau pun member aku, Amir namanya

dipendekkan cerita satu hari TZM aku dicuri orang, sedih tak tau nak katalah, dekat seminggu gakler aku meroyan

TZM aku hilang waktu tengah parking kat rumah member aku di Pandan Indah, masa tu tgh cuti semester

nak dijadikan cerita polis berjaya menemui motor aku kat area Ampang

nasib baik tak lerai, tapi beratus jugalah nak repair

memandangkan polis berjaya menahan suspek yang mencuri motor aku tu, so pada satu hari aku dikehendaki hadir di Mahkamah Majistret Ampang sebagai saksi

dalam hati aku berkata, janganlah aku bertembung ngan mamat yang curi motor aku, confirm penumbuk sulung akan melayang kat muka dia!

masa tarikh perbicaraan tu, pepagi lagi aku dah sampai, sementara perbicaraan bermula, aku belilah surat khabar, saja tengok-tengok kot ada berita yang menarik (masa tu aku lum jadi wartawan lagi)

mahkamah punyalah padat, macam-macam kes, ada kes samun, ada kes tipu, kes curi besi paip pun ada

sambil-sambil tu aku jeling-jelinglah kat kandang pesalah, nak juga tengok muka malaun yang rembat awek kesayangan aku tu

tiba-tiba ada sorang budak tegur aku, aku bajet dalam Form 2 kot budak ni

” Abang datang kes apa,” tanya budak ni

” Kes motor dik,” kata aku…’Hah kau pula kes apa?”

” Macam abang gak, kes motor,” kata dia sebelum bersalam dengan aku

aku pun salam balik sambil tersenyum, dalam hati aku berkata, pandai mak bapak kau didik kau, bersopan sungguh

kemudian dia pinjam paper yang aku beli

lebih kurang setengah jam, seorang anggota polis memanggil nama aku

aku pun angkat tangan

lepas tu dia sebut satu lagi nama, kali ni budak tu pula yang angkat tangan

” Kamu berdua sila masuk ke bilik Majistret,” kata Sarjan tu

aku dah tak sedap hati, apa kejadahnya pulak kami berdua yang dipanggil masuk

” Hah eloklah dua-dua dah ada di sini, awak Syahril, inilah budak yang curi motorsikal awak tu,” kata majistret berkenaan

budak tu kelihatan terkejut, aku lagilah terkejut

aku betul-betul jadi macam INCREDIBLE HULK, darah aku tak semena-mena naik mencanak, celaka sungguh, rupa-rupanya dia malaun yang rembat motor aku!!!!

budak tu pun tak sangka rupanya akulah owner motor tu

untuk pengetahuan korang, dia dah dijamin mak bapak dia masa kena sumbat dalam lokap tempoh hari, patutlah dia tak bergari dan pakai baju biasa, bukan macam suspek-suspek lain

dan disebabkan dia masih budak bawah umur maka dia dianggap pesalah juvana, sebab tu perbicaraan hanya dijalankan dalam kamar majistret, hampeh betul!

kes kami berjalan tak sampai 10 minit sebab dia ngaku salah, hukuman takdelah berat manapun, hanya diperintahkan berkelakuan baik, adoyyyy buang masa aku je datang court

tapi lepas keluar dari kamar majistret, aku memang dah pasang niat NAK HAYUN buang sebijik dua kat muka budak tu

seolah-olah dapat ‘tangkap’ apa yang aku rasa, anggota polis tadi tetiba boleh bersuara;

” Hah lepas ni jangan kau belasah budak ni pulak, elok-elok dia dah lepas, silap haribulan kau lak yang masuk ke dalam!,”

aku pun buat-buat senyum je, tapi budak tu lagi cekap..baru aku nak toleh tengok-tengok dia dah cabut dulu, macam lipas kudung dia larik

aku cari dia sampai ke sudah tak jumpa – kalau dah malaun tu, malaun jugak, cisss!!!

Read Full Post »

ramai orang kata zaman sekarang ni anak muda kita dah tak hirau halal haram, semuanya MAIN BOH saja

tapi bagi aku yang tak berapa nak ‘alim’ ni, kenyataan itu ada benar dan pada masa yang sama ada salahnya

bercakap soal maksiat ni, jangan sekarang, dari zaman Nabi dulu pun dah ada

mungkin orang kata dulu tak banyak macam ni, mungkin ada betul dan mungkin juga ada salahnya kenyataan tersebut

bagi aku, jangan cepat sangat nak menghukum anak muda hanya berdasarkan apa yang kita tengok di TV, akhbar waima di internet sekalipun

realitinya, aku cukup bangga kerana sebenarnya masih ramai di luar sana, anak-anak muda yang masih tinggi akhlak dan budinya, masih tebal iman dan rohaninya, masih kukuh takwa dan amalnya

jumlah setiap tahun kemasukan pelajar ke institusi pengajian agama dalam dan luar negara masih lagi ‘meriah’, jumlah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama masih lagi tinggi, tidak pernah terjejas walaupun dimomokkan dengan pelbagai dakyah hiburan yang tak bertepi

lebih membanggakan sekarang ini sudah ramai anak-anak muda yang memilih untuk menjadi pendakwah, satu profesion yang dulunya hanya dimonopoli pak-pak lebai yang sudah lanjut usianya

kehadiran Ustaz Don, Ustaz Kazim, Ustaz Fathul Bari (sekadar menyebut beberapa nama) yang masih muda dan berpendidikan tinggi ini menjadi bukti kita tidak ketandusan pendakwa atau ulama muda

Ustaz Don

Ustaz Kazim

Ustaz Fathul Bari

begitu juga kehadiran Ustaz Azhar Idrus, walaupun beliau sendiri tidaklah ‘sebegitu muda’, namun kemampuannya menarik sebegitu ramai ‘crowd’ anak muda dalam setiap majlis ilmunya, cukup mengkagumkan dalam erti kata yang sebenarnya

Ustaz Azhar

aku tahu, ada di antara nama yang aku sebut di atas dikaitkan dengan nama parti-parti tertentu, tetapi bagi aku yang paling utama ilmu agama yang mereka kongsi, sama ada mereka pilih ‘bulan atau dacing’ itu adalah hak mereka sebagai rakyat di negara ini

benar, mereka mungkin orang UMNO dan mereka mungkin orang Pas, tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh bercakap tentang Islam, kalaupun seorang Budha hendak bercakap tentang Islam, apa salahnya?

selagi mereka tidak menyimpang, selagi mereka bercakap benar, selagi mereka berhujah atas landasan Al-Quran dan hadis – silakan

cuma aku berharap benar agar jangan dijadikan agama sebagai pentas atau medan untuk mengecap populariti atau sokongan politik, benar Islam itu universal sifatnya, merangkumi semua perkara di langit dan di bumi, tidak terkecuali bab berkaitan dengan politik dan pemerintahan

tetapi bimbang juga, takut-takut kerana terlalu ghairah mengejar undi dan kedudukan, politik pergi nombor satu, Islam jatuh nombor dua!

ingatan ini adalah untuk diri aku dan kita semua

maaf, aku mungkin betul dan aku mungkin silap, Wallahualam.

Read Full Post »

aku hanya mengetahui kewujudan blog  http://miera301.blogspot.com daripada seorang pembaca blogku di Brunei tidak beberapa lama dulu

penulis merupakan biras kepada seorang guru, Norma, yang disahkan menghidap kanser dalam otak sebaik saja melahirkan anak pertamanya, Rafiq kira-kira dua tahun lalu

sejak birasnya  itu jatuh sakit, penulis blog bernama Munirah atau Moon ini mengabadikan hampir setiap tulisan di dalam blognya itu mengenai keadaan kesihatan Norma

Normah ketika peringkat awal dikesan menghidap kanser

menelusuri tiap patah perkataan di dalam blog tersebut, ternyata Moon terlalu menyayangi Norma

diceritakan dalam blognya mengenai perkembangan kesihatan Norma, ketabahan Talib (Lib) yang juga suami Norma, anak Norma…dalam erti kata lain segala-galanya tentang Norma

anak Norma, Rafiq

malah Moon pernah dijemput dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) untuk berkongsi kisah mengenai birasnya itu

namun seperti janji Allah, setiap kita pasti akan merasai mati dan itulah hakikat yang tak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa

akhirnya pada 23 Mei lalu, tepat jam 1 pagi, Norma akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir

berikut adalah petikan dalam entry terbaru di blognya;

jenazah Norma

Moon nampak bahagian katil Norma di tutup ngan langsir …nampak Mak ,  Talib n Kak Yan duk baca Yassin . Kawan Talib pun ada sama . Moon nampak Norma dah di tutup . Talib bukak selimut tew n Moon tgk Norma dah pun di bersih kan . Semer wayar2 n tube2 dah di cabut ….wajah Norma bersih n putih je tak nampak pun cam dia sakit ..hidung nya pun dah di sumbat kapas …badan pun nya dah di baluti kain putih . Moon usap dahi nya n terus cium Norma . Masa tew wajahnya masih panas …mmg rasa nak nangis tp di tahan . Terus bacakan Yassin …Moon tgk Talib sangat tenang . Dia bacakan Yassin utk isteri nya ..Lib …sesungguhnya Lib mmg tabah . Mungkin ini la yg Norma nantikan n harapkan dr Lib  .

Kak Lib sedih sangat tapi Lib syukur Norma pergi dengan aman . Lib sedih tapi Lib tak tau asal Lib tak ley nangis

Moon turun plak kat parking sebab Sutan duk tunggu Isk n Yaya . Sutan plak naik n teman kan Talib .  Norma terus di bawa ke tempat mandi utk di mandikan . Kol 5 am semer dah siap . Sutan turun n amik kereta pergi ke bahagia belakang hosp di mana van jenazah dah tunggu . Norma telah selamat di mandi kan di kafan n di sembahyang kan .

Van jenazah terus gerak ke Pontian and kami follow dr belakang . Talib singgah umah amik baju2 dia sebab dia mmg sehelai sepinggang . Dia masuk umah dia cam blur …dia masuk umah dia cam tak tau nak wat apa . Sutan suh dia gie basuh badan cepat2 amik wuduk n pack baju cepat2 . Moon tlg amik kain baju kak Yan .Lepas subuh kami gerak ke Pontian .

jenazah allahyarhamah tiba dengan selamat . Lepas tew kami plak sampai dlm kol 10 lebey . Masa tew rumah Norma dah penuh ngan sanak saudara n sahabat handai  . Nampak Talib duk di sisi Norma …dia sampai dulu

Mama n Rafiq lom sampai …jap jap call Mama , Mama ada mana dah tew . Mama sampai kol 12 30 ….terus naik cepat Mama bawak Rafiq cium Mama …

Rafiq ….cium Mama Norma ….Rafiq meh cium meh …

Rafiq cam tahu je Mama dia dah tak da . Masa nih 1 umah sebak bila tgk Rafiq di sisi jasad Mama nya . Rasa nya nih la saat paling memilukan bila nampak Rafiq …anak kecik yg tau apa apa pun . Tahu ke dia itu la kalli terakhir dia akan nampak Mama nya .

sob sob

Jenazah allahyarhamah selamat di kebumikan selepas Zohor . Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar . Saat nampak wajahnya di dalam keranda ….wajahnya tenang . Bersemadi la dengan tenang adik ku . Moon ngan Umi duk perati Talib ….rasa sangat simpati kat dia . Jap jap umi lap mata ….Moon tahu Umi amat sedey . Tapi itu lah …mati itu pasti cuma kita tak tahu bila .

Lib kuat kan semangat Lib …yer mmg luka di hati Lib besar but it will heal Dik , bukan mudah utk kita lupakan pasangan kita …insan yg kita amat sayangi yg kita belai setiap hari  …Lib kena kuat utk Rafiq . Norma mahukan Lib jaga amanatnya baik baik .

Lib dah lakukan tanggungjawab Lib pada isteri Lib dgn sebaik mungkin . Dr hari Lib nikahi nya hinggalah akhir hayat nya Lib ada di sisi nya . Pasti Norma tahu yg Lib sayang sangat kat dia sebab dia pun amat mencintai Lib …tapi Allah lebih sayangkan dia dan sama sama la kita doakan kesejahteraan nya di sana .

Kehilangan Norma amat di rasai n hati ini mulai rindu padanya . Kalau Moon nih hanya biras dh mula rasa rindu apa tah lagi suami nya …mak nya …adik abg n kakak nya misti dia org lagi rindu …

Teringat kata kata Talib

Rafiq ketika dibawa menatap jenazah ibunya buat kali terakhir

Lib doa kat Allah jadikan la aku org yg beriman ….supaya aku dapat berjumpa dengan isteri ku nanti di syurga
Akak simpan la gamba2 tew semua nanti Lib boleh tunjuk kat Rafiq ..biar dia kenal Mama dia

SAK: Al-Fatihah buat Cikgu Noormawati Mohd Rasif (bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Benut). Teringat kata-kata penyair terkenal, Kahlil Gibran – “Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan”

Read Full Post »

pengalaman sebagai wartawan ini memang ada pahit dan manisnya, tak terkecuali aku

dan di antara pengalaman paling mengujakan sewaktu menjadi wartawan dulu adalah peluang untuk menaiki kapal induk antara yang paling besar di dunia iaitu Charles De Gaulle milik Angkatan Tentera Laut Peranchis

mungkin korang tertanya-tanya, apa kejadahnya kapal induk ini

kapal induk (carrier vessel, CV) adalah kapal perang yang boleh memuatkan pesawat pesawat pejuang tempur dalam jumlah besar

tugasnya adalah memindahkan kekuatan udara ke dalam armada angkatan laut sebagai pendukung operasi-operasi angkatan laut

selain itu juga digunakan sebagai pusat komando operasi dan sebagai kekuatan detterence atau memberikan efek gentar pada lawan

sebagai kapal yang membawa pesawat, kapal induk memiliki keupayaan tempur yang lebih tinggi dibanding jenis kapal perang lainnya

pembuatan kapal induk selain memerlukan biaya yang sangat besar tentu juga memerlukan teknologi yang sangat canggih terutama kapal induk yang bertenaga nuklear

sebab itu bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila sehingga kini hanya ada empat negara saja di dunia yang memproduksi kapal induknya sendiri, negara itu ialah Amerika Serikat, Britain, Perancis dan Rusia. Jepun pada Perang Dunia II pernah membuat kapal induk yang cukup banyak dan canggih, namun setelah Perang Dunia II, Jepun tidak pernah lagi membuat kapal induk

Angkatan Laut Perancis setakat ini hanya mempunyai dua buah kapal induk saja iaitu Charles de Gaulle dan Jeanne d’Arc

tapi Jeanne d’Arc sebenarnya adalah kapal induk untuk helikopter saja

untuk pengetahuan korang, kapal Charles de Gaulle yang aku naik ini adalah satu-satunya kapal induk bertenaga nuklear yang dibuat di luar Amerika Syarikat

atas kapal itu ada 800 anggota komando, 1,350 orang anak kapal dan 500 tan alat persenjataan

dari segi stok makanan yang ada dalam itu, ia boleh tahan selama 45 hari tanpa perlu berlabuh kat mana-mana pelabuhan

saiznya?

panjangnya 261.5 meter, lebarnya 64.36 meter dan beratnya…42,000 tan!

pendek kata kapal ni macam pekan terapunglah

ni baru kat tempat repair jet je, besor kan?

berbalik pada pengalaman aku itu, memandangkan ia kapal nuklear, maka kapal pengangkut pesawat itu tidak dibenarkan berlabuh, sekadar nak lalu kat Malaysia bolehlah

jadi aku dan beberapa orang VVIP termasuk Panglima TLDM dan Tengku Budriz (ex-husband Fauziah Latiff) diambil dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke kapal tersebut dengan menaiki helikopter EC-725 milik Tentera Udara Perancis.

nilah helikopter yang kami naik

mula-mula aku ingat ia Super Puma, rupa-rupanya baru aku tahu yang EC-725 ni actually adik beradik Super Puma juga

apa yang aku boleh bgtau kat sini, heli ni memang best giler compared dengan Nuri yang aku juga pernah naik dulu.

Orang Perak kata, berdesup perginyeeeee!

cuma aku agak terkilan, disebabkan ‘misscommunication’, jurugambar yang sepatutnya pergi ngan aku tak dapat ikut sama

tapi ada hikmahnya juga, kami dilarang sekali ambil gambar kat atas kapal tu, setakat atas deck bolehlah, apa barangkan?

untuk kemudahan pihak media, wakil Tentera Laut Peranchis membekalkan sendiri gambar-gambar kapal mereka itu

kawalan keselamatan cukup ketat, mungkin mereka takut ada di antara kami adalah ‘spy’ yang menyamar jadi wartawan kot

pergerakan kami sentiasa diawasai komando mereka, aku sampai naik rimas dibuatnya

namun yang paling membuatkan aku teruja apabila kami diberikan kesempatan menyaksikan demonstrasi bagaimana kecekapan pilot jet pesawat pejuang Rafale mereka mendarat dan berlepas dari atas kapal tersebut

fullamakkkkkk, kalau sebelum ini aku tengok adegan itu dalam filem-filem Hollywood saja, tapi kali ini ia berlaku betul-betul depan mata beb!

untuk pengetahuan korang, Charles De Gaulle boleh mengangkut lebih kurang 40 buat jet Rafale sekali jalan, ini belum termasuk pesawat pengintip E-2C Hawkeye dan helikopter SA365 Dauphin

walaupun aku cuma berada atas kapal itu dalam 45 minit saja, tapi rasanya memori yang terpahat dalam ingatan tak mungkin hilang sampai bila-bila kecuali ditakdirkan aku kena penyakit Alzheimer la kan

yang best, kekadang bila lepak di kedai kopi ngan kengkawan, aku ada juga cerita pengalaman ini, tapi daripada 10 orang itu, seorang pun tak percaya cerita aku, hahahahak

tak mengapalah, biarlah ia tersimpan kemas untuk aku bercerita kat anak cucu aku nanti, itu pun kalau anak cucu aku percaya, silap aribulan depa ingat atok depa ni pun kelentong juga hehehehehehe

Read Full Post »


semenjak dua menjak ni aku asyik cerita tentang UTK je, tapi tahu tak korang sebenarnya Jabatan Penjara pun ada unit komandonya sendiri

mungkin mereka tidak sehebat pasukan komando angkatan bersenjata yang lain, tapi aku berani jamin, keupayaan mereka juga setanding kalau pun tidak lebih baik dari pasukan yang lain

aku sangat bertuah, kerana rasanya adalah antara wartawan terawal yang berkesempatan mewawancara dan seterusnya mendekati pasukan ini yang dinamakan Trup Tindakan Cepat (TTC)

ketika itu aku bertugas sebagai penerbit kanan sebuah syarikat penerbitan produksi yang bertanggung jawab menyediakan dokumentari untuk Astro

aku ingat lagi, bersama rakan setugas, Ahmad Fazlan (kini penerbit di MobTV) kami telah mendapat kepercayaan eksklusif daripada Jabatan Penjara untuk membuat penggambaran di bilik akhir, demonstrasi cegah rusuhan oleh unit UKP Penjara (macam FRUlah) dan TTC semestinya

masa tu kami bawa host terkenal Dang Suria Zainuddin sebagai pengacara, nasib baiklah masa tu dia dah nak kahwin ngan suaminya sekarang, kalau tak confirm aku kenyit mata


antara yang aku tak boleh lupa adegan di mana Dang Suria diculik oleh seorang banduan, kalau siapa yang masih ingat dokumentari itu pasti tidak lupa bagaimana ia nampak macam seolah-olah ‘real’ bebenor

walaupun ia cuma demonstrasi, pucat jugalah muka Dang Suria ketika itu

pada babak inilah, kami membawa masuk TTC yang kemudiannya menunjukkan aksi kecekapan mereka menyelamatkan tebusan, memang gempak beb!

tapi untuk pengetahuan korang, ada satu insiden yang memang membuatkan semua orang kecut perut, ketika penggambaran dilakukan, entah macam mana silapnya, seorang anggota TTC boleh tercampak keluar dari trak pikap yang sedang bergerak sewaktu adegan kejar mengejar dengan si penculik

tapi itulahkan, namapun komando, brader TTC tu selamba je bangun walaupun kepalanya berdarah-darah disebabkan tercampak kat tengah jalan raya!

anyway, bercakap pasal TTC ni, ia ditubuhkan bagi meningkatkan tahap keselamatan penjara khusus dalam pengurusan banduan berisiko tinggi

kesemua anggota unit itu telah menjalani latihan selama tiga bulan di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang, Melaka

unit itu telah diberi latihan khusus bagi menghadapi sebarang ancaman dan kejadian luar biasa melibatkan banduan akhir, banduan berprofil tinggi dan kumpulan terancang termasuk Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

anggota unit itu telah didedahkan dengan pelbagai kepakaran dan kemahiran termasuk teknik tempur tanpa senjata, menembak jarak dekat, pengendalian bahan letupan, menyelamat tebusan dalam bangunan dan luar bangunan serta dalam kenderaan selain risikan dan menyamar

memandangkan mereka ini hanya bertugas di dalam penjara, tak banyak sangat orang luar yang tahu mengenai kewujudan mereka

kalau korang nak jumpa diaorang senang je, pertama korang kena buat jenayah bagi membolehkan korang ‘daftar diri’ kat mana-mana penjara di Malaysia ini

kedua, masa kat dalam tu, korang pakat culik atau bunuh siapa-siapa yang duduk kat sana

aku berani jamin, kalau dua syarat itu berjaya korang penuhi – CONFIRM KORANG AKAN JUMPA ABANG-ABANG TTC NI!

Read Full Post »

Erti Masjidil Haram

Ia tidak menjemukan. Saya sukakan pandangan ini.

Setiap kali melangkah masuk di sini, saya pastinya tewas dengan perasaan sendiri. Ia seolah-olah baru semalam berlalu. Dulu, ia bukan tempat yang mahu saya singgah.

Agaknya ramai orang mempunyai perasaan ketakutan untuk menunaikan fardhu haji. Saya tidak terkecuali. Kenapa ia begitu bergantung kepada laluan kehidupan masing-masing.

Saya misalnya, tidak mahu ke Mekah dan Madinah kerana memikirkan saya seorang yang sangat jahil. Tidak tahu membaca al-Quran, tidak pandai berdoa dalam bahasa Arab malah amal ibadat harian yang sangat tidak memadai berbanding dengan nikmat yang dianugerah Allah.

Maksudnya, saya masih belum bersedia.

”Saya takut tidak nampak Kaabah,” juga terlintas di fikiran. Ramai orang bercerita tentang pembayaran tunai terhadap kesalahan dan kesilapan yang berlaku di Tanah Haram. Saya khuatir Allah akan menghukum saya di sana.

Malah cerita-cerita sesat di Masjidil Haram, Arafah dan Mudzalifah menjadi perbualan mereka yang pulang daripada menunaikan fardhu haji.

Natijahnya, saya yang jahil akan sentiasa berfikir betapa segala yang buruk itu akan tertanggung di bahu saya.

Kenapa?

Sayalah yang layak dibalas sedemikian rupa sesuai dengan sikap dan amalan lampau yang tidak langsung menggambarkan saya bersyukur kepadanya.

Malah, sifat angkuh dan sombong dengan tidak mengaitkan setiap kejayaan yang dicapai dengan kekuasaan Allah menyebabkan saya terfikir yang sayalah salah seorang calon yang akan menerima segala pembalasan apabila berada di Tanah Suci.

Segala perasaan ketakutan ini diterjemahkan melalui kata-kata sinikal kepada isteri – Roza – yang sentiasa mengajak saya menunaikan fardhu haji – ketika usia muda – semenjak tahun 2000 ketika berusia 36 tahun.

Ajakan-ajakan yang dipandang remeh malah tidak langsung mahu saya pertimbangkan.

”Yang, kita muda lagi. Mati lambat lagi,” kata-kata yang disambut dengan wajah pilu oleh Roza. Cuma beliau tidak berbalas cakap, apatah lagi untuk mengutuk atau menghina kejahilan saya.

Biasanya, perbualan tentang fardhu haji berakhir begitu sahaja tanpa sebarang nilai yang bermakna.

Pada masa yang lain, saya boleh mengeluarkan kata-kata yang bernada main-main, ”Yang, kalau kita menunaikan fardhu haji pada usia muda, balik nanti sukar untuk kita melakukan dosa”.

Roza hanya berdiam diri. Langsung tidak menjawab dengan kata-kata apabila dimain-mainkan permintaannya.

Namun jauh di sudut hati, saya sebenarnya berada di dalam ketakutan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya mahu menunaikan rukun Islam yang ke lima dan kembali semula ke Malaysia dalam suasana baru bergelar haji.

Saya fikir ibadat haji memerlukan manusia bertukar menjadi insan yang lebih baik, lebih hampir dengan Allah dan menjadi contoh kepada mereka yang lain. Perasaan ini – sebenarnya – bermain-main di fikiran ramai manusia biasa-biasa seperti saya.

Namun kekuasaan Allah mengatasi akal fikiran manusia. Saya dan Roza menunaikan fardhu haji pada 2006. Ia menjadi titik permulaan baru dalam kehidupan.

Hari ini, saya mengulang-ulang tempat yang menjadi ketakutan luar biasa pada suatu masa dahulu!

Ampunkan daku ya Allah.

- petikan dari blog http://muhdkamil.org/

 

Read Full Post »

Nama: DSP G/10958 Abd Razak Mohd Yusof

Jawatan: Pegawai Gerakan Khas (Komando 69) Bukit Aman

Lokasi Temubual : Kediaman Pegawai Polis Hulu Kinta

aku dalam entry sebelum ini pernah menulis mengenai seorang pegawai polis, yang bagi aku antara yang hampir ‘perfect’ pernah aku jumpa

terus terang aku katakan, dia bukanlah ‘calang-calang’ pegawai polis

DSP Razak asalnya adalah guru silat, karate dan taekwando yang mendapat pendidikan agama dari sekolah pondok di negara ini dan pesantren di Indonesia

dalam polis, dia diiktiraf pakar penembak tepat (snipper) dan antara penerjun payung terbaik (gaya bebas) yang pernah dilahirkan oleh PDRM

selain itu, DSP Razak juga terlibat dalam berpuluh-puluh operasi khas menentang penjenayah seperti kes culik, kes rompak, kes senjata api dan kes jenayah berat yang lain

apa yang aku cukup kagum dengan DSP Razak ini, di sebalik imej pegawai polis yang digeruni penjenayah itu, dia sebenarnya cukup mesra dan murah dengan senyuman, sangat merendah diri

kalau dia memakai pakaian biasa, mati hidup balik kita tak sangka yang dia tu seorang anggota komando

aku menemubual Razak beberapa tahun lepas, masa tu beliau masih lagi berpangkat ASP

aku ngan Tuan Razak

tak lengkap berbual dengan Razak kalau tak sentuh kes Al-Maunah, salah satu operasi yang menaikkan nama beliau serta imej PDRM

untuk rekod, pada 2 Julai, 2000 sekumpulan kira-kira 15 orang anggota Al-Ma’unah yang memakai uniform lengkap tentera melarikan lebih 100 senjata dan beribu-ribu peluru dari dua kem tentera di Gerik dan menahan empat tahanan ketika bersembunyi bersama-sama 13 lagi rakan mereka di Bukit Jenalek

Mereka membunuh dua daripada tebusan itu sebelum menyerah diri kepada polis pada 6 Julai

untuk pengetahuan korang, Kejayaan pihak keselamatan mengadakan rundingan dan menumpaskan kumpulan Al-Ma’unah tanpa sebarang pertumpahan darah dalah pengalaman berharga bagi Razak

Beliau, yang masih berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando di Ulu Kinta, Perak, telah dilantik sebagai Timbalan Komander dan ditugaskan memasuki kawasan kubu kumpulan Al-Ma’unah untuk menembak gas pemedih mata.

“Setibanya ke kawasan ditetapkan, kira-kira 30 meter dari kubu musuh, saya dan anggota membuat perancangan teliti supaya tembakan gas pemedih mata sampai ke sasaran dan tidak tersasar ke pasukan sendiri akibat tiupan angin,” katanya

Abdul Razak yang menerima pingat SP pada tahun 2001, berkata ketika memasuki kawasan kubu kumpulan itu, beliau telah terserempak dengan timbalan presiden Al-Ma’unah, Zahit Muslim yang sedang mengambil air sembahyang.

“Apa yang terlintas di hati saya pada ketika itu ialah agar Zahit menyerah. Saya tidak henti-henti berdoa supaya beliau berbuat demikian tanpa perlu berlaku pertumpahan darah.

“Tiba-tiba Zahit terpandang saya yang sedang mengacu senapang ke arahnya. Dia terus memberi salam dan berkata jangan tembak kerana dia adalah mujahidin,” katanya.

Abdul Razak berkata salam Zahit itu dijawab dan menyatakan beliau tidak akan menembaknya dan meminta lelaki itu menyerah diri.

“Sebelum itu saya telah berunding dengan ketua kumpulan itu, Mohamed Amin Mohamed Razali dan dia bersetuju untuk menyerah diri dengan syarat dibenar bersembahyang dahulu,” katanya.

Abdul Razak berkata bagaimanapun selepas Mohamed Amin selesai bersembahyang, dia tiba-tiba melompat sambil berkata tidak akan menyerah diri dan sanggup mati syahid, dan perkataan syahid itu pula turut dilaung anggota kumpulan yang lain.

“Saya agak terkejut dengan situasi itu, namun bernasib baik selepas berbincang semula dengan Mohamed Amin, anggota kumpulan itu akhirnya bersetuju untuk menyerah diri secara aman,” katanya.

Abdul Razak berkata rundingan selama dua jam itu menghasilkan kejayaan bermakna kerana tiada setitis darahpun yang tumpah dan bersyukur adengan rampasan senjata itu berakhir dengan aman.

“Namun tragedi itu telah meninggalkan kesan menyedihkan apabila dua anggota keselamatan iaitu detektif Kpl R. Sagadevan dan Truper Mathew Anak Medan, yang menjadi tebusan, maut,” katanya.

- ini aku petik dari BERNAMA

inilah wajah Amin tidak lama sebelum dijatuhkan hukuman gantung

kalau korang nak baca butiran perdebatan Razak dengan Amin masa tu korang boleh pergi ke sini;

http://www.freewebs.com/shamzanafamily/

dalam temubual aku dengan Razak, beliau kata antara perkara paling sedih dalam kes berkenaan apabila ada ahli politik yang tanpa usul periksa menuduh kes itu sebagai SANDIWARA

bila aku tanya mengenai tuduhan itu, aku tengok wajah Razak betul-betul ‘down’ habis, macam nak nangis pun ada, mungkin kerana terlalu sedih mengenangkan nasib orang kita yang terlalu mudah menuduh itu dan ini sedangkan Razak dan rakan-rakannya ‘setengah mati’  berhadapan dengan Amin yang ketika itu lengkap bersenjatakan rifel automatik

sebelum aku menutup entry ini, apa kata kita lihat sedikit ‘resume’ Razak, pegawai yang dituduh terlibat dalam ‘sandiwara’ itu:

dilahirkan pada 10  Februari 1963 di Batu 6, Telok Mas, Melaka dan  dibesarkan di Langgar, Alor Setar, Kedah dan merupakan  anak kepada pasangan Haji Mohd Yusoff bin Haji Salleh (bekas anggota polis  berpangkat Sarjan: 26969) dan Hajjah Bashah binti Din (surirumah). Beliau memang  amat berminat dalam Ilmu Agama/Ketuhanan serta Ilmu Persilatan Melayu. Pada  seawal usia 9 tahun lagi, beliau telah mempelajari Ilmu Persilatan Melayu &  berjaya menghafal sejumlah ayat-ayat Al-Quran serta  Hadis.

 Kerajinan beliau ‘menadah kitab’ dan mempelajari  agama di pondok-pondok pengajian Islam sekitar Kedah serta sikap ‘neutral’nya  untuk tidak cenderung dalam mana-mana parti politik  tanahair telah menjadikan beliau seorang yang disegani dan dihormati di tempat  beliau dibesarkan (Langgar Limbong).

Menurut Razak, orang yang banyak memberi inspirasi kepada beliau ialah guru tasawufnya sendiri  iaitu ‘Abah Anom’, Pengetua Pesantrean Suryalaya, Tasek Malaya Indonesia.

Beliau berjaya menamatkan pengajiannya  hingga ke peringkat STPMdi Kolej Sultan Abdul Hamid  dengan pencapaian 5P dan sekarang melanjutkan pelajaran beliau di Unversiti Pertahanan Angkatan Tentera dalam Diploma Lanjutan – Pertahanan Strategik yang  dijangka tamat dalam bulan Jun, 2010.
 
Beliau telah memulakan kerjaya dalam PDRMpada 14/09/1986 sebagai Inspektor Percubaan di PULAPOLdan menjalani Kursus Asas Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak. Setelah tamat latihan, beliau telah  diserapkan ke Unit 69 Komando PPH (VAT 69/UTK).  Berdasarkan minat kepada tugas yang lebih mencabar beliau dengan sukarelanya  mengikuti pemilihan awal dan seterusnya menjalani latihan Asas Unit 69 Komando  PPH, yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Beliau telah lulus dengan jayanya dan diiktiraf sebagai  anggota Komando pada 18/07/1987.

 Bagi melengkapkan kemahiran, beliau telah  menghadiri beberapa siri kursus dan latihan, antaranya ialah
 

1. Kursus Rappeling dan Abseiling.
   2. Kursus Asas Payung Terjun dan Para Bebas.
   3. Kursus Platun Komander, anjuran SLPPPH, Ulu  Kinta
   4. Pathfinder; anjuran PULPAK, A.T.M Sg.Udang  Melaka.
   5. Pengiring Keselamatan/Pengawal Peribadi.
   6. Counter-Terrorist Team (CTT).
   7. Kursus Menyelam Taktikal.
   8. Disaster Management di Maktab Polis Kuala Kubu  Baru.
   9. Kursus Pemusnahan Jerangkap Samar anjuran SLPGA Ulu  Kinta.
  10. Special Operations Techniques anjuran SOCPAC,U.S  Army.
  11. Bengkel Penulisan Kertas Staf anjuran Maktab Pegawai Kanan  PDRM.
  12. Bengkel Negotiation Skills anjuran Maktab Pegawai Kanan  PDRM
  13. Hostage Negotiation Skills anjuran Anti Terrorist Assistance   Program di Louisiana Police Academy, Amerika Syarikat.
  14. Kursus Critical Incident Management anjuran Anti Terrorist Assistance Program di Louisiana State Police Academy,
      A.S.
  15. Hostage and Crisis Negotiation Skills anjuran PDRM bersama    Metropolitan Police Service New Scotland Yard di Kuala
      Lumpur.
  16. Kursus Counter Maritime Interdiction, anjuran Naval Special Warfare   
        – Unit 1, US Navy SEAL.
  17. Kompeni Komander ; yang merupakan kursus tertinggi anjuran Pusat   Latihan Pasukan Gerakan Am.
  18. Kursus Incident Response for Crisis Management yang dianjurkan oleh  Maktab Pegawai Kanan Polis, Cheras.

Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam  unit 69 Komando,beliau telah ditugaskan di pelbagai squadron dan cawangan:

1.Sepanjang bertugas dalam Unit 69 Komando, beliau  telah terlibat dengan pelbagai bentuk operasi samada di hutan belantara, di  bandar, di sempadan dan perairan negara,  antaranya:
 

Atas keberaniannya dalam Ops Subuh, Razak  dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa  oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung  Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam  Shah Al Haj pada tahun 2001. Antara pingat-pingat lain yang diterima atas jasa  dan bakti beliau ialah :

1. Pingat Seri     Pahlawan Gagah Perkasa yang  merupakan anugerah yang tertinggi     sekali dan yang paling kanan dalam senarai  keutamaan Anugerah Persekutuan.
   2. Kerajaan negeri Kedah telah menganugerahkan beliau dengan ‘Darjah      Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah’.
   3. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan ‘Pingat    Keberanian Terbilang’
   4. Beliau telah dianugerahkan ‘Bintang Khidmat Terpuji’ oleh  Kerajaan Negeri Melaka.
   5. Kenaikan Pangkat Secara Medan oleh Ketua Polis Negara pada 03/08/2000.
   6. Tidak kurang dari 30 Surat Penghargaan’ dari   pembesar-pembesar negeri, negara dan penganjur karnival serta sukan.

wajah terbaru Razak (kanan sekali)

next aku nak share pengalaman menemubual seorang bekas UTK yang cukup digeruni di Lembah Kelang suatu ketika dulu, sampai ada penjenayah kata, jangan sampai bertemu si polan ini, kalau bertemu – CONFIRM KITA MATI!..ermmm….nantilah senang-senang ye….kerja kat ofis pun berlambak, aku banyak menulis masa tengah malam, masa tu idea tengah ada, tak esok, tahun depan…

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 269 other followers

%d bloggers like this: