pengalaman menjejakkan kaki di atas kapal perang Charles De Gaulle

pengalaman sebagai wartawan ini memang ada pahit dan manisnya, tak terkecuali aku

dan di antara pengalaman paling mengujakan sewaktu menjadi wartawan dulu adalah peluang untuk menaiki kapal induk antara yang paling besar di dunia iaitu Charles De Gaulle milik Angkatan Tentera Laut Peranchis

mungkin korang tertanya-tanya, apa kejadahnya kapal induk ini

kapal induk (carrier vessel, CV) adalah kapal perang yang boleh memuatkan pesawat pesawat pejuang tempur dalam jumlah besar

tugasnya adalah memindahkan kekuatan udara ke dalam armada angkatan laut sebagai pendukung operasi-operasi angkatan laut

selain itu juga digunakan sebagai pusat komando operasi dan sebagai kekuatan detterence atau memberikan efek gentar pada lawan

sebagai kapal yang membawa pesawat, kapal induk memiliki keupayaan tempur yang lebih tinggi dibanding jenis kapal perang lainnya

pembuatan kapal induk selain memerlukan biaya yang sangat besar tentu juga memerlukan teknologi yang sangat canggih terutama kapal induk yang bertenaga nuklear

sebab itu bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila sehingga kini hanya ada empat negara saja di dunia yang memproduksi kapal induknya sendiri, negara itu ialah Amerika Serikat, Britain, Perancis dan Rusia. Jepun pada Perang Dunia II pernah membuat kapal induk yang cukup banyak dan canggih, namun setelah Perang Dunia II, Jepun tidak pernah lagi membuat kapal induk

Angkatan Laut Perancis setakat ini hanya mempunyai dua buah kapal induk saja iaitu Charles de Gaulle dan Jeanne d’Arc

tapi Jeanne d’Arc sebenarnya adalah kapal induk untuk helikopter saja

untuk pengetahuan korang, kapal Charles de Gaulle yang aku naik ini adalah satu-satunya kapal induk bertenaga nuklear yang dibuat di luar Amerika Syarikat

atas kapal itu ada 800 anggota komando, 1,350 orang anak kapal dan 500 tan alat persenjataan

dari segi stok makanan yang ada dalam itu, ia boleh tahan selama 45 hari tanpa perlu berlabuh kat mana-mana pelabuhan

saiznya?

panjangnya 261.5 meter, lebarnya 64.36 meter dan beratnya…42,000 tan!

pendek kata kapal ni macam pekan terapunglah

ni baru kat tempat repair jet je, besor kan?

berbalik pada pengalaman aku itu, memandangkan ia kapal nuklear, maka kapal pengangkut pesawat itu tidak dibenarkan berlabuh, sekadar nak lalu kat Malaysia bolehlah

jadi aku dan beberapa orang VVIP termasuk Panglima TLDM dan Tengku Budriz (ex-husband Fauziah Latiff) diambil dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke kapal tersebut dengan menaiki helikopter EC-725 milik Tentera Udara Perancis.

nilah helikopter yang kami naik

mula-mula aku ingat ia Super Puma, rupa-rupanya baru aku tahu yang EC-725 ni actually adik beradik Super Puma juga

apa yang aku boleh bgtau kat sini, heli ni memang best giler compared dengan Nuri yang aku juga pernah naik dulu.

Orang Perak kata, berdesup perginyeeeee!

cuma aku agak terkilan, disebabkan ‘misscommunication’, jurugambar yang sepatutnya pergi ngan aku tak dapat ikut sama

tapi ada hikmahnya juga, kami dilarang sekali ambil gambar kat atas kapal tu, setakat atas deck bolehlah, apa barangkan?

untuk kemudahan pihak media, wakil Tentera Laut Peranchis membekalkan sendiri gambar-gambar kapal mereka itu

kawalan keselamatan cukup ketat, mungkin mereka takut ada di antara kami adalah ‘spy’ yang menyamar jadi wartawan kot

pergerakan kami sentiasa diawasai komando mereka, aku sampai naik rimas dibuatnya

namun yang paling membuatkan aku teruja apabila kami diberikan kesempatan menyaksikan demonstrasi bagaimana kecekapan pilot jet pesawat pejuang Rafale mereka mendarat dan berlepas dari atas kapal tersebut

fullamakkkkkk, kalau sebelum ini aku tengok adegan itu dalam filem-filem Hollywood saja, tapi kali ini ia berlaku betul-betul depan mata beb!

untuk pengetahuan korang, Charles De Gaulle boleh mengangkut lebih kurang 40 buat jet Rafale sekali jalan, ini belum termasuk pesawat pengintip E-2C Hawkeye dan helikopter SA365 Dauphin

walaupun aku cuma berada atas kapal itu dalam 45 minit saja, tapi rasanya memori yang terpahat dalam ingatan tak mungkin hilang sampai bila-bila kecuali ditakdirkan aku kena penyakit Alzheimer la kan

yang best, kekadang bila lepak di kedai kopi ngan kengkawan, aku ada juga cerita pengalaman ini, tapi daripada 10 orang itu, seorang pun tak percaya cerita aku, hahahahak

tak mengapalah, biarlah ia tersimpan kemas untuk aku bercerita kat anak cucu aku nanti, itu pun kalau anak cucu aku percaya, silap aribulan depa ingat atok depa ni pun kelentong juga hehehehehehe

About these ads

6 Comments

Filed under Uncategorized

6 Responses to pengalaman menjejakkan kaki di atas kapal perang Charles De Gaulle

  1. Ada anggota prempuan x?

  2. Anonymous

    dah lama aku brhajat nak naik carrier ship. Tkda rezki

  3. mmg best dan amat berharga pengalaman itu….;-)

  4. wan rosida in da house hehehe

  5. akmal

    kan best law malaysia ada 1 je yg berkuasa diesel.

  6. malaysia patut beli 2 kapal pengangkut pesawat jenis helicraft, awacs dan utk pesawat tempur ringan cam hawk100/200. utk aircraft xperlu sbb kos tinggi dan perlu maintain 100% .. kalu gabungan 3 negara brunei ,malaysia dan indonesia beli sebuah aircraft besar cam kuznetsov bg imbangi kuasa bangsa melayu di asia.. komen sy ..hrp bg cadangan

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s