Dari Jabir bin Abdillah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Solat di masjidku ini lebih utama 1,000 solat daripada solat di masjid selainnya, kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih utama 100,000 dari solat di masjid selainnya.” Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah, dan disahihkan al-Albani (Kitab Irwauul Ghalil cetakan al-Maktab al-Islami hal 341 hadis no 1129 juz ke 4).
Maknanya, pahala solat di Masjid Nabawi lebih banyak iaitu 1,000 kali daripada pahala solat di masjid selainnya. Sebab itulah kat masjid ini, walau terpaksa bertongkat, walau terpaksa berpimpin, orang akan datang berduyun-duyun mengerjakan sembahyang di dalamnya
itu belum dicampur ibadah lain yang dikerjakan seperti membaca A-Quran dan sebagainya
ketika aku melangkah kaki ke dalam Masjid Nabawi, inilah kali pertama aku beribadah di dalam masjid yang sebegitu besar, sebegitu luas mata memandang
kalau kat Malaysia, paling besar yang pernah aku masuk ialah Masjid Sultan Salahuddin kat Shah Alam, masjid tu boleh tampung kira-kira 20,000 jemaah
tapi Masjid Nabawi, MasyaAllah…
luas lantai dasarnya saja kira-kira 98,000 meter persegi yang dapat menampung 167,000 jemaah, lantai atas (sky roof) pula seluas 67,000 meter persegi, ia dapat menampung seramai 90,000 jemaah
apabila halaman masjid dipenuhi jemaah sembahyang, maka Masjid Nabawi dan halamannya dapat menampung 650,000 jemaah pada musim biasa (low season) dan lebih 1 juta jemaah pada musim haji atau bulan Ramadhan (high season)
Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa
ia belum dengan ‘kehadiran’ 230 tiang setinggi 5 meter setiap satu dan 10 buah menara, enam di antaranya setinggi 99 meter!
————————————————————————————–
masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut
kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam
tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl)
Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut
kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali
setelah Rasulullah saw keluar dari Quba’ menuju ke kota Madinah,orang ramai berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing
namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan
unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini
selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Insyaallah, di sinilah tempatnya”
Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah
keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi
atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat
Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu
——————————————————————————–
dan disebabkan terlalu luas jugalah, ramai jemaah yang ‘pening’ kerana mereka masuk pintu lain tetapi end up dengan keluar di pintu lain
sebab itu, dalam ‘keghairahan’ nak beribadah, janganlah sampai terlalu gopoh hingga lupa pintu keluar/masuk masjid
kalau setakat lupa pintu mungkin bagi sesetengah jemaah ia bukan isu besar, tetapi bagaimana pula kalau lupa mana letak kasut/ selipar?
bagi aku ini yang ‘paling perit’!
betul, ramai jemaah yang membungkus selipar mereka dan dibawa sekali ke ruang solat, tetapi adakalanya kita tak sampai hati, terutama kalau jemaah lain bersujud (dan selipar kita pula terkena kepala/ dahi mereka)
aku sendiri sebenarnya tak begitu gemar membawa selipar ke ruang solat (walaupun berbungkus), rasa macam tak ‘proper’ je, maklumlah kita kat Malaysia jarang buat macam tu
Alhamdulillah di Madinah aku tidak berhadapan dengan masalah hilang selipar, tapi pernah terjadi, aku lupa dekat pintu mana aku letak selipar aku tu
dekat semua pintu jugalah aku redah, bayangkan
akhirnya hari itu orang penat bersolat dan berzikir kat masjid, akulak penat cari selipar, hah, padan muka aku!
kalau nak cerita pasal Masjid Nabawi ni sampai bila pun tak habis, omputih kata Seeing Is Believing
dan tak lengkap bercerita tentang masjid ini kalau tak sentuh mengenai Makam Rasulullah SAW dan Raudhah…nanti aku cerita lagi, bagaimana bulu roma aku ‘meremang’ sebaik saja melangkah kaki ke Raudhah, dan bagaimana aku dihambat perasaan sedih dan hiba yang amat sangat tatkala berhadapan dengan makam junjungan besar kita itu…Allahu Akbar….








Assalamualaikum En. Syahril,
Sorry kalau saya “tertinggal keretapi” kat sini. Tapi boleh cerita macam mana ya encik terpilih ke sana? Memang dah plan lama ke, or just last minute punya decision?
Asalammualaikum w.b.t..
En Syahril,seronok dan terasa sebak bila baca kisah perjalanan umrah En.Syahril ni..oh ya..Rasulullah s.a.w bukan Rasullullah s.w.t…
tkasih makcik ana, appreciate!
ada ‘cerita’ di sebaliknya, nanti saya akan kupas ye kak
Smg selamat pg blik n dterima sgala amalan…dgn sbr n ikhlas Allah SWT akan mdhkan..tetamuNya mustahil akan dhampakan..jgn lp blik nt jdlah duta kpd sunnah Rasulullah SAW..anyway 2thumbs up 4 the articles bout ur journey..keep blogging bro!!
wa jr: terima kasih tuan
Reblogged this on IrEnEaLiA bLoG.