antara hari yang agak menyedihkan di Madinah apabila aku dan rombongan di bawa ke Jabal Uhud, bukit yang menyaksikan limpahan darah para syuhada yang berjuang demi mempertahankan agama kita yang tercinta ini
dari jauh lagi dah nampak bukit yang berwarna kemerah-merahan itu, seolah-olah nak memberitahu betapa di sinilah mengalirnya darah dan airmata mereka yang sanggup kehilangan harta dan insan tersayang demi mengejar keredhaan Illahi, Allahu Akbar…
satu perkara yang aku nak kongsi, kalau dilihat betul-betul, bentuk bukit itu seolah-olah wajah manusia, cuba teliti dan amati gambar di bawah
Jabal Uhud terletak lima kilometer (km) ke utara Kota Madinah, dan bukit ini dikatakan antara bukit yang dapat kita lihat di dalam syurga andaikata kita berjaya dimasukkan ke dalam jannah, InsyaAllah
ia seperti sabda Baginda;
” Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga. “
Jabal Uhud mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding bukit-bukit yang lain sekitar kota Madinah
bukit ini tidak bersambung dengan mana-mana rangkaian bukit dan terletak sedikit terasing
oleh sebab itu, Jabal Uhud dinamakan ‘Uhud’ yang membawa erti ‘satu’ atau ‘terpencil’
dan bila sebut Jabal Uhud, sudah tentu kita tidak akan lupa satu peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud
perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk, perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim
Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud
Bukit Uhud bergoyang kerana malu tubuhnya dinaiki makhluk yang paling mulia.
Bersabdalah Nabi SAW: “Isbat ya Uhud”. Tetaplah engkau wahai uhud. Bukankah makhluk yang paling mulia berada di atasmu bersama shahidain (dua sahabat yang akan syahid iaitu Umar dan Uthman).
setelah berundur di atas Bukit Uhud, Rasulullah di tempatkan di sebuah gua yang kecil yang hanya menempatkan empat orang di dalamnya
Rasulullah SAW terbaring tidak sedarkan diri manakala para sahabat berkubu di bawah bukit bagi menyekat serangan kaum musyrikin
setelah peperangan reda tentera Muslimin pun baliklah ke Kota Madinah
dulu jemaah boleh masuk ke gua kecil ini, tetapi sekarang dah tak boleh lagi, malah pintu gua juga sudah disimen oleh puak Wahabi di sana kononnya nak elak khurafat, aduh tak faham sungguh aku dengan puak-puak Wahabi ni, sabar jelah
Bukit Rumat
salah satu lokasi di sekitar gunung Uhud, ada yang disebut Jabal Rumat
sebuah bukit yang tidak terlalu tinggi dan merupakan bukit yg ditunjuk Rasulullah saw sebagai tempat pasukan pemanah dalam peperangan Uhud
Jabal Rumat adalah tempat penting, kerana di sanalah 50 pasukan permanah Islam bersiap membantu serangan, sehingga pasukan Islam menang pada tahap awal
tapi dari sana pula kunci kekalahan pasukan Islam pada tahap kedua, ketika para pemanah itu tergoda lalu turun gunung, berburu nikmat harta rampasan perang, yg sengaja ditinggalkan pasukan kafir
dan kerana itulah, pasukan Islam kemudian dikalahkan oleh counter-attack pasukan pimpinan Khalid bin Walid
disebabkan kesuntukan masa, aku hanya tengok dari jauhlah Bukit Rumat ni, tetapi aku tengok ramai jemaah lain yang berusaha menaikinya, hendak merasai pengalaman di bukit yang penuh sejarah ini barangkali
Makam Syuhada
di sinilah airmata aku mengalir dengan tanpa disuruh-suruh
bukan saja hiba kerana mengenangkan perjuangan para syuhada yang gugur dalam Perang Uhud ini, tetapi juga terharu kerana ‘penghuninya’ telah dijanjikan syurga oleh Allah sedangkan aku sendiri tak tahu apalah nasib aku di hari pembalasan kelak
kawasan ini berpagar, tetapi kita masih boleh melihat di dalamnya melalui lubang-lubang yang terdapat di pagar tersebut
aku ingin berkongsi cerita bagaimana Dr. Tariq Suwaidan dalam satu rancangan bersirinya, Story of the End telah menyatakan yang Sheikh Muhammad As-Sawwaf adalah salah seorang ulama yang dipilih untuk menguburkan kembali jasad syuhada Uhud
menurut Sheikh Muhammad As-Sawwaf jasad para syuhada Uhud tidak terusik dek tanah dan ulat-ulat miskipun telah menjangkau usia 1,400 tahun
Sheikh Muhammad As-Sawwaf berkata,
“Di kalangan mereka jasad Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib ra. Beliau sangat besar dan hidung serta telinga dipotong. Perutnya telah terbuka dan beliau meletakkan tangannya di situ. Apabila kami alihkan tangannya, darah memancut keluar seperti beliau baru sahaja meninggal dunia sejam yang lalu.”
dakwaan Sheikh Muhammad As-Sawwaf amat bertepatan dengan apa yang diceritakan dalam shahih Bukhari dan riwayat-riwayat para sahabat
Saidina Hamzah ra syahid setelah perutnya ditembusi oleh tombak Washyi daripada belakang tubuhnya
setelah itu, tubuh dan jasadnya dirosakkan pula oleh Hindun yang berdendam di atas kematian bapanya semasa Perang Badar
aku dan rombongan tidak berada lama di sini kerana cuaca sangat terik dan tiada pokok-pokok untuk berlindung dari kepanasan matahari
tapi biarpun sekejap, kenangan di Jabal Uhud pasti akan terpahat dalam memori untuk selama-lamanya…
” Salam sejahtera ke atas kamu sekalian wahai para syuhada Uhud. Ya Allah, berilah mereka ini semua balasan dari Islam dan kaum Islam dengan semulia balasan dan angkat tinggilah darjat mereka dan muliakanlah kedudukan mereka dengan keagunganMu dan kemurahanMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dari segenap yang sempurna. “











Setiap detik setiap saat,ia satu kisah yg panjang…
Perfect…!
masih sabar menunggu utk catatan di Mekah….terbayang-bayang kerinduan kepada kaabah. allahuakhbar.
Dah tak boleh masuk gua di Bukit Uhud tu, eh? Ruginya dia orang buat macam tu…
air mata turut mengalir membaca entri ini.. subhanallah. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ini..
Bagaimana pemahaman Wahabi di Malaysia?