Umrah Orang Berdosa (Bhg 15): selamat tinggal wahai Rasulullah…

Sesunguhnya Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang menzirahi kuburku tetaplah beroleh syafaatku”.

“Sesiapa yang datang mengerjakan haji tetapi tidak datang menziarahiku, maka sesungguhnya ia renggang dariku [bencikan aku].

SELEPAS empat hari berada di kota suci Madinah, bersolat di Masjid Nabawi, berdoa penuh harapan di Raudhah, menginsafi perjuangan para syuhada Uhud dan ‘bertemu’ junjungan besar Rasulullah di makamnya, tibalah saatnya untuk aku melaksanakan misi utama di tanah penuh barokah ini iaitu mengerjakan umrah di bumi Mekah Al-Mukaramah

siapa tak teruja, siapa tak suka…tetapi hati aku, dan aku pasti, hati semua mereka dalam rombongan ‘confirm’ akan merasa kesedihan dan kedukaan yang bukan kepalang sifatnya

dengan keberangkatan kami ke Mekah, bermakna kami terpaksa mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada Rasulullah, insan yang diciptakan sebaik-baik makhluk oleh Allah SWT

insan yang begitu menyayangi umatnya, insan yang begitu kasih kepada Penciptanya, insan yang tiada tolok bandingan

kehadiran Baginda memberi ‘cahaya’ kepada kita sebagai manusia seperti mana yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah al-Anbia ayat 107)

sehari sebelum berangkat ke Mekah, aku masih ingat dengan jelas, cuaca agak redup di Madinah

seperti biasa aku beratur panjang untuk menziarahi Makam Rasululullah di Masjid Nabawi

aku masuk ikut pintu Babus Salam, pintu ini terletak di sebelah kanan masjid

Babus Salam, pintu ke Makam Rasulullah

kira-kira 150 meter dari pintu ini, kita akan bertemu Raudah di sebelah kiri dan 50 meter selepas itu adalah makam Rasullullah (juga di sebelah kiri)

sebaik saja melalui pintu makam, mengucap salam dan berdoa, hati aku tiba-tiba merasai kesedihan yang amat sangat

seingat-ingat aku, kali terakhir aku merasai ‘kesedihan’ yang teruk ini adalah ketika arwah abah menghembuskan nafas terakhir lebih 10 tahun lalu

(sedih sebab putus cinta dengan sedih tengok Ombak Rindu itu lain OK!)

kali ini kesedihan yang aku alami itu terlalu dahsyat dalam erti kata yang sebenarnya, takde perkataan untuk aku gambarkan, hiba sungguh

aku tak malu untuk mengaku kat sini, aku menangis teresak-esak macam budak kecil

ia terjadi secara automatik, bukan dibuat-buat macam Azroy dalam Gila-Gila Remaja, sungguh!

aku terpaksa mempercepatkan langkah aku bila lalu depan makam, takut pula jatuh dalam kategori meratap, tak pasal-pasal nanti dianggap Syiah pulak

kalaulah pengawal Masjid Nabawi dapat tengok muka aku dalam CCTV diaorang, confirm diaorang akan kata…buruk benor nengok rupa budak gemok ni menangis!

anyway lawak, lawak jugalahkan tapi itu realiti yang berlaku kat aku masa tu

masa tu aku terbayang betapa hinanya aku, hanya pandai berselawat, tapi sunahnya selalu aku tinggalkan

pandai bersyahadah, tapi suruhannya selalu aku abaikan

dan paling membuatkan aku sebak, bila mengenangkan nasib aku…masih adakah peluang untuk aku bertemu Kau Ya Rasulullah, atau mungkinkah kedatangan aku ini rupanya adalah yang terakhir

malam itu aku sukar melelapkan mata, aku hanya sibukkan diri dengan mengemas beg pakaian

esoknya selepas Subuh, aku sekali lagi mengunjungi makam Rasulullah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Baginda, memang sunat kita berbuat demikian

inilah doa yang diajar kepada aku pada kunjungan perpisahan itu;

“ Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisahlah kita wahai Rasulullah. Amanlah dikau wahai kekasih Allah.

“ Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita sebagai hari terakhir denganmu untuk menzirahimu ataupun berada di sisimu. Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat walafiat dan selamat, jika ada umur lagi, Insya-Allah aku akan datang menemuimu semula.

“ Tapi jika aku mati dahulu, maka sekarang aku tinggalkan di samping ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah ke hari kiamat, iaitu pengakuanku yang sungguh-sungguh, bahawa tiada Tuhan lain yang disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah Tuhan yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya dan aku menyaksikan dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya.

“ Maha Suci Tuhanmu Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan”.

selepas mengaminkan doa itu, aku pun melangkah lemah keluar dari Masjid Nabawi

aku kemudian berpaling untuk kesekalian kalinya, dan aku tahu, InsyaAllah, Tuhan mendengar suaraku…

About these ads

9 Comments

Filed under Uncategorized

9 Responses to Umrah Orang Berdosa (Bhg 15): selamat tinggal wahai Rasulullah…

  1. Sedang kan dia Kekasih Allah, namun masih dia amat mengasihi dn merindui kita yg hina ini…disaat mahu berpisah roh dr jasad pun yg masih di fikiran nya ialah ummati, ummati, ummati…
    Saat berpisah dgn baginda, luluh nya hati..pedih bagai tersayat kulit dr daging, kemudian disimbah pula dengan cuka!
    Kerinduan yg xtertanggung, semoga dpt bertemu lagi…dan ubati lah dgn selawat utk nya xkira walau beratus kali sehari.. ( Ustaz Don menjadikan selawat atas baginda sebagai basahan lidah yakni perkataan yg sentiasa meniti di hujung lidah nya )

  2. Ju

    InsyaAllah , saudara akan sentiasa diberi masa, kesihatan & kewangan berkunjung ke Madinah lagi. Setiasalah berdoa selepas solat ,
    Harus mengamalkan suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah dan sentiasa mengamalkan/menghidupkan sunah Rasulullah . Alhamdulillah, Allah telah memberi segala kelapangan dapat berkunjung ke sini beberapa kali dengan mengamalkan apa yg dinyatakan tadi.
    Syukur ke hadrat Ilahi.

  3. Salina

    Sedihnya muka En. Syahril tu. Tak pernah saya tengok muka encik sesedih ini dalam gambar-gambar sebelum ni….

  4. Ril, memang patut hang dapat pi dulu, supaya balik hang boleh menyampai-nyampaikan cerita buat orang lain………. bilalah nak merasa ke sana !?!?!?……..

  5. syahazli: Allahu Akbar, kalau pun ada yang bagus tulisan aku bro, aku cuma pinjam sikit daripadaNya, yang lemah dan buruk masih byk lagi bro, semoga Allah ampunkan dosa aku dan kita semua…Amin…

  6. salina: hanya Allah saja yg tahu betapa sedihnya saya Puan masa ni

  7. ju: saya ingat kata-kata awak, tkasih ye…

  8. azah: i will, insyaallah….

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s