umat Islam di tanah suci dah mula berpuasa Jumaat, maknanya sehari awal daripada kita
sayang, tak sempat aku merasai kenikmatan berpuasa di tanah suci, satu saat yang dinantikan ramai jemaah
aku pernah tanya seorang rakan jemaah yang pernah berpuasa di Mekah, apa rasanya?
katanya kalau hari biasa pun kita dah seronok, bulan Ramadan apatah lagi….beribadah tanpa perlu fikir benda lain
mungkin catatan abang blogger kita ni boleh beri serba sedikit gambaran bagaimana rasanya berpuasa di tanah suci Mekah ini;
Sememangnya seronok berpuasa di sana. Walaupun dengan teriknya panas mentari (± 43°C), siang yang lebih panjang dari malam, cuaca yang kering dan berjerubu, menyusupi lautan manusia namun tidak terasa akan keletihan mahupun lapar dan dahaga.
Berbuka dengan cara yang paling minima dengan hanya segelas air zam-zam dan beberapa butir kurma namun dapat bertahan sehingga selesai solat tarawih dan witir. Jam 11.30 malam baru pulang ke hotel untuk menikmati makan malam dan jam 1.00 pagi baru meletak kepala ke bantal. Sememangnya di sini bukanlah tempat untuk menikmati keselesaaan. Tidur yang minima, pukul 2.30am sudah bangun untuk bersahur dan seterusnya ke Masjidil Haram untuk solat subuh. Perlu menghayati matlamat dan tujuan ke sini.
Dengan berpuasa, banyak ‘amalan’ yang dapat kita lakukan dengan teratur dan sempurna. Jika tidak, setiap selesai sembahyang fardhu terpaksa bergegas balik hotel untuk makan pula.
Sebelum ke sini aku sentiasa membayangkan juadah berbuka yang pelbagai dijual, namun hampa. Pesta makanan hanya boleh didapati di negara kita .. di sini ianya mudah .. basic
Dalam perjalanan ke masjid, seringkali ada individu(pemilik restoren atau kedai atau orang kaya kot) memberi ‘habuan’ kepada jemaah, tetapi Masyaallah berebut-rebut orang ramai nak dapatkan ‘ration’ tersebut hinggakan tukang beri pun terpelanting kopiah.
Seronok melihat jemaah berbuka di Masjidil haram(sebelum ini sahabat sudah menyarankan agar berbuka di Masjid kerana barulah dapat menghayati ‘kesusahan’ sebenar dalam berpuasa). Hamparan ‘sepera’ plastik sudah di bentangkan selepas waktu asar lagi dihadapan karpet sembahyang dan sejajar. Sebelum pukul 6.00 petang jemaah sudah mengambil tempat dan kurma dan air zam-zam dihidangkan oleh petugas. Ada sesetengah tempat hidangan tambahan dari ‘hamba Allah’ diberi. Aku sering berbuka di tingkat atas(atas bumbong) kerana lebih selesa.
Di sini ramai Tok-Tok Arab membawa bekalan sendiri. Ada roti, laban, kurma baik punya, oren, teh, dll lagi untuk berbuka. Adakalanya dapatlah merasa kerana mereka tidak lokek untuk kongsi bersama jemaah bersebelahan.
Selepas ± 10 minit, para petugas akan membersihkan sisa makanan dengan menggulung plastik tadi supaya solat Maghrib dapat dilakukan dengan sempurna.
Kesempatan melakukan Tarawih 20 rakaat dengan doa qunut mengambil masa ± 2 jam namun tidak terasa detik berlalu. Imamnya pula Sheikh Saalih aal Taalib dan Sheikh Sudais, emm sedap sekali bacaannya bahkan adakalanya dia menangis. Ruang-ruang sembahyang sentiasa penuh dan sesak terutama pada hari Khamis dan Jumaat. – petikan dari http://saifudin-mtb.blogspot.com
pada yang berhasrat menyambut Ramadan di tanah suci, aku just nak bagitahu, harga semuanya naik terutama hotel
jadi tak hairanlah selalunya agency travel akan kenakan harga yang agak tinggi pada bulan puasa, nak dapat bawah RM7,000 tu sukar sikitla
aku juga sempat berchatting dengan blogger Haji Arshad dalam FB malam tadi
katanya berpuasa kat sini masanya panjang, bab berbuka ni makan ni kurma ngan air zamzam jelah….cuaca kat Mekah pula sangat panas ketika ini
pun begitu menurut Haji Arshad, ada kedai makan yang dibuka
” Kedai makan di tutup siang hari, akan dibuka selepas solat Asar hingga Azan pertama…makan kat tepi atau depan kedai saja, masa tu ramai penderma akan agihkan makanan percuma yang dipanggil Sabil,” kata beliau
untuk pengetahuan korang, Haji Arshad juga melalui blognya ada memberi peluang kepada pembacanya yang ingin bersedekah sempena Ramadhan ke Mekah
hasilnya, beliau dah berjaya kutip hampir 25,000 Riyal!
beliau minta aku ucapkan terima kasih pada yang sudi menderma, katanya orang Brunei tak ketinggalan dan jumlahnya juga besar
” Duit itu saya beli kurma dan saya serahkan ke empat buah masjid untuk berbuka sekitar Mekah, tiga buah masjid untuk orang Myanmar, satu masjid Saudi
” Ada juga yang saya bawa ke Masjidil Haram dengan anak-anak,” katanya
akhir sekali dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog marhaen aku ni, tak kisahlah kat pengomen tegar atau silent reader, semoga ibadah yang kita lakukan diterima Allah SWT, InsyaAllah
aku first day puasa ni nak tau tak sambut kat mana? sambut dalam penjara OK….buat apa dalam tu? InsyaAllah ada kesempatan aku akan ceritakan segalanya
SELAMAT BERPUASA DAN MENJALANI IBADAH TERAWIH YA…
Ust amin dan rombongan jejak rasul penginapannya saya sediakan.
selamat berpuasa juga kpd sdra dari saya …peminat tegar agaknya
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak to En. Syahril. Semoga bulan yang mulia ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat encik sekeluarga =)
Selamat Berpuasa, Insya Allah pd 15 Aug nie saya akan bertolak menunaikan Umrah. Hati saya berdebar-debar memandangkan Ini kali pertama saya menjejakkan kaki saya di Tanah Suci Allah ini ditambah pula saya kembara sendirian. Saya menyerahkan diri saya sepenuhnya kepada pengawasan Allah dan semoga Allah menjaga saya. AMIN.
ingin sekali rasanya dapat sholat dan berpuasa di masjidil haram, tapi kapan yaa… allah akan mengabulkannya. aamiin yarabbal alamin.