Umrah Orang Berdosa (Bhg 31): pembesaran Mekah dan ‘air tangan’ anak Melayu

foto terbaru pembesaran Mekah dan Masjidil Haram (pix Haji Arshad)

sebenarnya bukan sikit jemaah yang merungut mengenai keadaan di Mekah sekarang ni yang tengah pesat membangun dan dibangunkan

tapi Alhamdulillah, ramai yang menerimanya dengan positif…demi untuk kebaikan jemaah itu sendiri atau paling tidak pun untuk anak cucu kita yang akan datang

macam yang aku ceritakan sebelum ini, Mekah khususnya sekitar Masjidil Haram bagaikan zon perang, banyak bangunan yang telah, sedang dan akan dirobohkan

debu berterbangan bagaikan ribut padang pasir, kekotoran, lecah, lopak dan segala macam yang seangkatan dengannya sudah tidak boleh dielak

secara tak langsung kos untuk menunaikan umrah/ haji juga telah melambung tinggi disebabkan keterbatasan jumlah hotel yang tinggal

banyak yang telah diruntuhkan, hotel yang mahal pun sekarang belum menjanjikan keselesaan…kerana yang wujud sekarang pun kebanyakannya agak jauh dari Masjidil Haram

hotel yang murah apatah lagi, jauh dan semakin jauh dari masjid

memang situasi di Mekah sekarang agak mencabar baik dari segi fizikal, mahupun dari segi ‘poket’ jemaah itu sendiri

tapi terus-terang aku katakan, sama ada suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat yang pemodenan dan pembesaran Mekah sudah tidak boleh dielak lagi terutama bagi menampung jumlah kemasukan manusia yang semakin meningkat

dianggarkan sejumlah tiga hingga lima juta umat Islam membanjiri Tanah Suci hanya pada musim haji sahaja

untuk pengetahuan korang, sejak awal tahun 2008 lagi kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram dilakukan di samping menaik taraf kemudahan di Padang Arafah dan Mina

inilah Mekah dalam beberapa tahun akan datang

dan untuk pengetahuan korang, seorang rakyat Malaysia turut terpilih sebagai salah seorang panel yang bertanggungjawab dalam usaha untuk meluaskan kawasan Masjidil Haram

beliau yang dimaksudkan ialah pensyarah dari Jabatan Seni Bina dan Arkitek Alam Sekitar (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ismawi Zen

Dr. Ismawi mengetuai barisan panel arkitek berwibawa dari Arab Saudi, Turki, Algeria dan Lebanon yang bertanggung jawab menggubal satu wawasan bagi merangka garis panduan untuk merencanakan bagaimana seharusnya pembangunan semula Mekah.

Dr. Ismawi Zen

dalam temubualnya di Utusan Malaysia tidak lama dulu, Dr. Ismawi berkata, di bawah panel ini terdapat 16 syarikat arkitek antarabangsa dari 13 negara seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan, Jepun, Jerman, Perancis, Switzerland, England, India, Afrika Selatan serta Malaysia

“Setiap arkitek ini akan membentangkan kertas kerja masing-masing yang menyentuh aspek-aspek seperti ketuhanan, kerohanian, kemasyarakatan, mesra alam serta material dan teknologi yang digunakan.

“Di samping itu, aspek kesederhanaan juga menjadi asas utama agar selaras dengan falsafah Islam yakni kesederhanaan itu adalah tanda kebenaran,” ujarnya.

Apa yang boleh digambarkan ialah Masjidil Haram akan berubah menjadi lebih luas, mesra alam, selamat. Reka bentuk baru itu harus tidak menyumbang kepada pemanasan global, pembaziran, keselamatan pada waktu kecemasan dan mempunyai sentuhan kerohanian apabila berada di dalam masjid.

Aspek penting lain seperti pengurusan pembuangan sisa pepejal, pengangkutan dan pengurusan berkaitan air zamzam turut dipertingkatkan. Selain itu binaan tidak boleh melindungi pandangan jemaah terhadap Kaabah, terutama ketika sedang melakukan ibadat tawaf.

Namun yang paling penting nilai sejarah kota yang menyimpan seribu satu kisah dan sejarah itu tetap dipertahan dan dipelihara sehingga ke akhir hayatnya. (petikan temubual Utusan Malaysia)

aku dan warga Malaysia yang terlibat dalam pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram

SEMASA berada di Mekah, rakan blogger Haji Arshad telah membawa aku bertemu sekumpulan warga Malaysia yang kini menjadi antara tim pemodenan dan pembesaran Mekah seperti mana yang diperkatakan itu

ternyata bukan seorang dua saja rakyat kita yang terlibat, ramai rupanya, aduh bangga aku sebagai anak Malaysia, sebagai anak Melayu

antaranya projek menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait

aku dipertemukan dengan Wan Nazri Wan Aria, jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu

selain Wan Nazri, ada 14 tenaga pakar juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah

antara anak Melayu yg terlibat dalam pembinaan jam besar di Mekah

untuk rekod, menara jam itu sekarang adalah tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat

pada satu malam tu, Haji Arshad bawa aku ke sebuah rumah yang didiami seorang konsultan yang juga dari Malaysia, Hj Muhammed Rus namanya

rumah Haji Muhammed  Rus

keluarga Haji Arshad ngan Wan Nazri pun ikut sekali

seronok sungguh kerana bertemu dengan mereka, siap ada jamuan lauk-pauk Melayu lagi, aduh menariknya….maklumlah selama ni kat sini asyik mentekedarah nasi Arab je

siapa kata orang Melayu tak hebat?

masa kat rumah Haji Muhammed Rus ni, ada jurutera Melayu, konsultan Melayu, juru ukur bahan Melayu

projek yng mereka handle pulak bukan projek buat sekolah atau buat longkang, projek pembesaran Mekah tu sheikkhhhh!

Hj Muhammed Rus dan wife

di rumah Hj Muhammed Rus

walaupun hanya lebih kurang setengah jam je lepak di rumah diaorang, sebab aku pun dah sibuk nak berkemas balik Malaysia, tetapi dah nama Melayu, budi bahasa dan layanan diaorang memang dahsyatlahkan, sampai aku lak naik segan dibuatnya

kehebatan anak-anak Melayu di Mekah ni membuatkan aku teringat kata-kata Laksmana Hang Tuah - TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!

About these ads

13 Comments

Filed under Uncategorized

13 Responses to Umrah Orang Berdosa (Bhg 31): pembesaran Mekah dan ‘air tangan’ anak Melayu

  1. Massniera

    Thnks to blogger! Terima kasih juga kerana sudi datang ke rumah kami… Lain Kali jemput datang lagi ya…

  2. tkasih kembali puan…la puan pun baca blog saya ke?

  3. Cantik nya isteri tuan rumah
    secantik budi nya seindah bahasa nya,syukran

  4. ropi

    saya sangat teruja dengan catitan syahril dimana saya telah mengikutinnya dari sari 1 sehinggalah sekarang
    terima kasih bro..
    En. Syahril ada tak alamat email wan nazri wan aria dah lama saya tak berhubung dengan dia. last sekali dia sekeluarga datang rumah kat kulai 4 tahun lepas.

  5. Salina

    Saya memang bangga menjadi orang Melayu..

  6. bro ropi, tkasih kerana sudi baca, nanti saya usahakan emel tu

  7. Halid bin Sarif

    Setakat ni aku belum pernah baca trevelog umrah yg sebaik blog syahrilkadir ni. Ringkas, padat, menyentuh perasaan…Uhuks. Seolah2 aku pun berada di sana. Hebatnya ko Syahril !!

    Aku salah sorang silent reader blog ni. Tak pernah miss. Hehehe… Aku doakan ko sentiasa sihat, selamat dan dirahmati Allah. Terima kasih Syahril… Blog ni bagai terapi bagi aku bila tengah2 blurrr…

    Teruskan bro… Aku tetap setia.

  8. Allahuakbar Tuan Halid, tinggi sgt tu pujian yg sy terima, saya hanya menulis seadanya tuan, kalau baik di mata tuan, saya bersyukur sgt2….

  9. muhammad

    salam.

    saya ada cadangan berkaitan dengan menara jam itu.

    apa kata jika arah jam itu dapat ditukarkan kepada arah ‘anti-clockwise’?

    barulah selari dengan pusingan tawaf dan alam semesta.

    wallahualam.

  10. wn

    salam saudara shahril..ini email saya ..tolong sampaikan kepada saudara ropi..wannazri.wanaria@yahoo.com

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s