sebenarnya dalam banyak-banyak entry, seperti yang aku cerita sebelum ini, menulis mengenai pengalaman di tanah suci merupakan perkara yang paling PAYAH untuk aku nukilkan
paling takut sekiranya ada pembaca yang menafsirkan tulisan aku tu adalah usaha untuk UP DIRI atau nak bagitahu satu dunia yang aku ni ALIM orangnya
perasaan takut itu juga muncul bila mengenangkan ramai juga kenalan rapat aku yang membaca blog ini, mungkin mereka ingat aku nak tunjuk baik atau yang sewaktu dengannya
Alhamdulillah setakat ini, TIADA RESPOND NEGATIF yang aku terima, tapi manalah tahu hati orang kan…
seperti yang aku beritahu, apa yang aku tulis adalah lahir dari pengalaman dan pemerhatian aku yang cuma hanya sekitar dua minggu di sana
barangkali betul dan barangkali juga salah, maklumlah kita yang duduk kat Malaysia berpuluh tahun pun ada benda yang kita tak tau sebagai contoh, apatah lagi kalau baru sehari dua
so sekali lagi aku minta maaf sekiranya apa yang aku tulis ini salah, tidak tepat atau menyalahi fakta…tetapi apa yg boleh aku katakan, sebelum aku tekan button PUBLISH mengenai entry di tanah suci ini, Alhamdulillah aku ada mengkaji, bertanya dan membaca, basically tak perlu risau kot hehehe
sebab tu kalau korang perhati, aku tak banyak sentuh mengenai bab-bab ibadah tetapi lebih kepada cerita human interest, side story dan sebagainya
kalau nak lebih mendalam soal-soal ibadah ni, aku percaya, banyak lagi blogger-blogger, ustaz-ustaz yang menulis mengenainya dalam blog mereka..rasanya jelas kot?
orait, sambung lagi..
hari ni aku nak cerita mengenai pengalaman solat fardhu depan Kaabah, bagi aku menunaikan solat fardhu berhadapan dengan Kaabah merupakan kenangan yang cukup manis yang tak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata
sejak kecil lagi, sejak kali pertama kenal tikar sembahyang, aku percaya ramai daripada kita bersembahyang di atas sejadah yang mempunyai gambar atau lambang Kaabah, tak terkecuali aku
sebab itu masa di Masjidil Haram, aku seboleh-bolehnya nak solat betul-betul depan Kaabah, kalau boleh bukan dari jarak 200 meter, bukan 100 meter, tapi kalau boleh sejengkal dari Kaabah!
Alhamdulillah, Tuhan makbulkan…masa berjaya memasuki kawasan Hijir Ismail (betul-betul depan Kaabah) yang sangat ramai dan sesak itu, aku sempat beberapa kali menunaikan solat sunat dua rakaat di situ
kalaulah tak memikirkan nak bagi peluang kat orang lain nak berdoa/solat kat kawasan berkenaan, nescaya aku tak nak keluar dari situ
nikmatnya bersolat betul-betul depan Kaabah hanya Allah saja yang tahu!
walaupun berdepan dengan risiko dipijak, dihimpit dan ditolak jemaah lain, namun keindahannya tak dapat digambarkan
begitu juga bila masuk waktu untuk solat fardhu, memang ramai yang nak solat depan Kaabah tapi ia bukan mudah, apatah lagi kalau kita lewat, confirm saf yang berhampiran dengan Kaabah akan penuh dan kita akan diminta masuk semula ke dalam masjid oleh pengawal yang bertugas
bercakap mengenai solat depan Kaabah ini, ada yang tanya, adakah kita perlu tunduk ke bawah atau pandang terus saja ke depan menghadap Kaabah?
logik juga soalan ni, yelah alang-alang dah depan Kaabah, buat apa nak tunduk bawah lagi kan?
seorang jemaah dalam grup aku pernah ‘menegur’ aku sebab aku tunduk ke bawah bila solat depan Kaabah
” Kau dah ada depan Kaabah, tengok sana je dahlah, buat apa tunduk lagi?,” katanya dalam nada yang ‘agak tinggi’
aku actually bab ibadah ni jarang sangat nak ‘argue’ ngan orang, maklumlah ilmu aku takdelah setinggi mana
tetapi ramai ulama berpendapat DISUNATKAN memandang ke tempat sujud ketika solat
antaranya mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali
kerana diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk Kaabah, dan baginda tidak mengalihkan pandangannya dari tempat sujud sehingga keluar daripada Kaabah
namun, tidak ada larangan daripada melihat ke hadapan ketika solat, yang dilarang ialah mendongak ke atas
aku bukan apa bro, maklumlah kat depan Kaabah tu ramai orang lalu lalang, mana tahu kot-kot yang melintas tu Siti Nurhaliza ke, Neelofa ke, risau juga kot-kot ‘kekhusyukkan’ aku tu melayang entah ke mana
sebab tu aku lebih suka ambil pendekatan untuk memandang ke tempat sujud walaupun yang betul-betul berada di depan aku tu Kaabah
ke aku salah atau macam mana…boleh tolong bagi pandangan?




Alhamdulillah, Allah memang Maha Pemurah.Bersolat di kawasan Hijir Ismail bukan sesuatu yang mudah. Kawasan tu sering penuh terutama dengan jemaah wanita. Pengawal yang bertugas memang alert bila ada jemaah lelaki yang masuk kawasan tu. Silap2 haribulan dihalaunya keluar.
Alhamdulillah, Allah melayan ko sebagai tetamuNya. Dimakbulkan jua doa hambanya yg datang menghinakan diri…. Umrah orang yang berdosa.. Huhuhu.
Alhamdulillah saudara berjaya bersembahyang di Hijir Ismail. Bersembahyang di situ adalah sama bersembahyang di dalam Kaabah!!!
Alhamdulillah dapat solat dkt dgn kaabah…solat yg terbaik tgk ke bawah dan bukan tgk kaabah….wallahuklam.
Kita sunat pandang tempat sujud..betul spt yg sdra khabarkan…ramai shbat kita yg berpendapat spt kawan sdra tadi…………yg aulanya kita khusyuk dlm solat.Wallahu’aklam
semua entri pasal Umrah Org Berdosa sgt memberi impak pd saya.. Meronta2 nk pergi sana.. Bestnye.. Tp apakan daya belum rezeki
Tak pernah pergi tp rasa mcm rindu sgt
slm ramadhan
nani: tak mustahil nani akan sampai sana, doa byk2!
Kalau bro Syahril anjurkan pakej umrah nie…ramai yg nak ikut nie..
zaihan: ada 2 kemungkinan, ramai yg ikut, atau ramai minta refund balik hahaha
Betul la tu…
Reblogged this on IrEnEaLiA bLoG.
Kalau tak silap saya. Ada ustaz dalam tv al hijrah (rancangan madrasah syariah) bgtau sunat pandang bawah ketika solat, tetapi jika solat depan kabah disunatkan memandang kaabah. Wallahhualam..
Solat dalam pengertian bahasa bermaksud Doa.
Solat dalam pengertian istilah mendirikan solat dengan melakukannya secara perbuatan mengikut rukun, lafaz bacaan dan tasdiq (khusyuk, yakin, berserah) bermula takbir dan diakhiri salam serta mengikut tertib. Memandang ka’abah ketika solat tidak membatalkan solat, melainkan dengan niat yang lain. Sunnah Rasulullah adalah terbaik, ada hikmahnya disebalik solat dengan memandang tempat kita bersujud. Wallahua’lam misawwab.
Salam….mate dah kelat ni tapi rasa macam nak sendal dgn batang mancis nak baca sampai habis blog saudara ni…
….dalam perasaan yang bercelaru, rasa takut, gelisah mengenangkan dosa dosa lalu, mengenangkan kerdilnya diri disisiNYA, jahilnya kita dalam melakukan suruhannya… dan lagi lagi nak menunaikan umrah April nanti, bila baca pengalaman saudara ni,..timbul semula semangat yang berkobar kobar untuk menjadi tetamuNYA..untuk menjadi hamba yang diredhai, .kalau boleh nak pg esok…Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui
Salam….mate dah kelat ni tapi rasa macam nak sendal dgn batang mancis nak baca sampai habis blog saudara ni…
….dalam perasaan yang bercelaru, rasa takut, gelisah mengenangkan dosa dosa lalu, mengenangkan kerdilnya diri disisiNYA, jahilnya kita dalam melakukan suruhannya… dan lagi lagi nak menunaikan umrah April nanti, bila baca pengalaman saudara ni,..timbul semula semangat yang berkobar kobar untuk menjadi tetamuNYA..untuk menjadi hamba yang diredhai, .kalau boleh nak pg esok…Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui