
rasanya dah ramai yang pulang dari kampung halaman masing-masing untuk memulakan tugas seperti biasa mencari rezeki
masing-masing membawa 1,001 kenangan pulang beraya di kampung, pastinya ada yang gembira, ada yang berduka dan tak kurang juga yang TAK RASA APA-APAPUN (terutamanya yang tak puasa)
yelah bulan puasakan bulan beribadah, Raya pula adalah satu bentuk kemenangan setelah sebulan lamanya menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu segalanya
kalau dah puasa pun entah ke mana, nak rayakan kemenangan apa kejadahnya
cakap pasal Raya baru ni, aku pun ada kenangan tersendiri macam korang semua hehehe…cuma takdelah lama bercuti pun
persiapan pun seadanya saja, aku sendiri sehelai baju baru pun tak beli, hanya ‘recycle’ apa yang ada terutama baju Melayu
kebetulan akulak tak reti pakai baju Melayu ni lama-lama, selalunya lepas Zohor je aku dah buka dan pakai baju biasa
sampin lagilah, seingat aku dah lebih lima tahun aku tak beli sampin, apataknya setahun dua kali je pakai sampin, pertama Raya Aidil Fitri, kedua Raya Haji

itupun adalah kot dalam setengah jam, pastu semuanya terburai hehehe
bab makan lagi spoil, entah naperlah lidah aku ni takleh masuk makan ‘tipikal’ Raya seperti ketupat, rendang, lontong semua tu, lemang pun setakat lima enam hiris je aku telan

bila pergi beraya, aku buat-buatlah ‘eksyen’ ambik itu ambik ini (nak jaga hati tuan rumah), pastu perlahan-lahan aku ‘passing’ pinggan aku kat anak buah yang lain
cuma tahun ni, sebab Bank Negara dah kuar duit baru maka aku pun cubalah sedaya-upaya isi angpow ngan wang kertas jenis baru tu, sajer nak bagi budak-budak seronok

actually, tahun demi tahun aku perasan, sama ada sedar atau tidak, ‘trend’ menyambut Raya pun sebenarnya dah makin berbeza
contohnya dulu kalau balik kampung terutamanya yang keluarganya besar, toilet akan jadi masalah sebab masing-masing berebut nak mandi terutama pagi Raya
tapi sekarang ni yang jadi masalah adalah PLUG pulak, apataknya, dah makin ramai yang pakai gajet seperti Ipad, Iphone, Galaxy Tab, BlackBerry dan macam-macam lagilah

amekawww
kekadang dalam satu famili, abih anak-beranak, Paksu, Pakngah, Palong pakai gajet, malah atuk ngan nenek pun dah pandai pakai handphone sampai plug kat rumah FULL HOUSE, berselirat kabel charger di sana sini!
begitu juga trend pakai kereta saiz besor-besor, panjang-panjang dan lebor-lebor macam MPV
sampai tempat parking yang dulu boleh muat tiga empat biji kereta, sekarang ni kalau dah masuk Alphard dua biji sebagai contoh, padat jadinya
dulu kalau bab mercun ngan bunga api ni, budak-budak cukup teruja, tapi sekarang ni tak mainlah mercun katak atau bunga api lidi tu

pergh!
depa la ni main mercun ala-ala nak sambut Merdeka la pulak, punyalah kuat bunyinya, macam-macam bentuk yang terhasil sampai orang kat Besut pun rasa macam duduk kat Dataran Merdeka!
dan yang paling tak best, banyak rumah yang aku pergi, anak beranak diaorang buat layan tak layan je bila kita datang, diaorang lebih concentrate layan internet, FB ngan main game, mak bapak diaorang jelah yang sibuk ke dapur dan melayan kita yang datang berziarah ni
dan aku sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan, kalau hari Raya kedua tahun lepas aku dikejarkan ke wad ICU, pada hari Raya kedua tahun ini pun begitu, cuma takdelah sampai masuk ICU, tapi dekat sejamlah juga aku kat wad kecemasan

nasib badan…
semuanya gara-gara masalah saraf periferal di kaki aku ni, sempat jugalah kena suntik kat bontot!
apapun Alhamdulillah raya tahun ini tidaklah sebegitu perit macam tahun lepas
segalanya berjalan lancar tanpa ada banyak masalah, jalan raya pun smooth je, syukur pada Allah kerana tak banyak berlaku tragedi kemalangan sepanjang musim Raya tahun ini
suatu hari di hari Raya….
Like this:
Like Loading...