Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2012

entry kali ni aku nak cerita aktiviti-aktiviti yang aku dan hampir 1,800 orang penumpang yang lain buat sepanjang berada di atas kapal Superstar Virgo ni

mungkin ramai yang tertanya-tanya, mesti boring melancong atas kapal ni, apa sangat nak buat pun selain makan dan tidor

OWHHHH TIDAK-TIDAK-TIDAK- SAMA-SEKALI

aku tak tau la kapal lain (termasuk kapal TLDM), tetapi di atas SuperStar Virgo, mereka dah rangka macam-macam aktiviti sampai korang leh muntah hijau wa cakap lu

semua aktiviti-aktiviti yang dirancang ini dibuat dalam satu jadual yang kemudiannya akan dihantar ke bilik korang setiap hari

so terpulanglah mana satu korang nak pilih, nak join semua ke, nak join separuh-separuh ke, taknak join langsung pun takpe

amenda aktiviti itu…CEKIDAUT!

yang jenis enjoy ‘cucuk langit’, ada Galaxy of the Stars (live music, dance lounge ngan cocktail), Out of Africa (Karaoke), The Lido (Show lounge), Star Club dan Celebrity (Vodka club lounge)

yang suka beriadah pula, ada Apollo Spa and Fitness Centre (spa), Parthenon Pool Amphitheatre (main chess saiz jumbo ngan ping pong),Universal Gymnasium (Gymnasium), Parthenon Pool (Outdoor swimming pool, jacuzzi (4), sunbathing), Aquaswim (Jet current exercise pool) dan Star Track (jogging)

yang suka shopping, ada Art Gallery, Ports O’Call and Star Boutique (Onboard shopping)

yang suka main game, ada Starlight Video Arcade

yang bawa anak-anak pula ada Computer World dengan Charlie’s Child Care Centre (Children’s playroom and nursery)

suka make up? ada Oscar’s Salon (Hairdressing and beauty salon)

yang suka membaca dan menulis, ada besar punya library kat dalam tu

adeh penat aku nak menaip!

hah yang ni pun ramai orang tanya aku, betul ke dalam kapal tu ada kasino

jawapan aku mudah jelah…what do u expect kan…owner kapal ni pun suku sakat Genting Highland punya syarikat, MEMEYYYYY aah…

adalah aku masuk kasino tu sekejap, saja nak tengok macam mana rupanya….besor giler OK

lebih kurang lima minit berlegar-legar kat situ, aku pun chowlah

aku ni jangan kata kasino, main chess pun aku tak reti!

mesin slot pun ada

ermmm, bab kasino ngan mesin slot ni letak tepi dululah…banyak lagi atas kapal tu yang menarik untuk diterokai

OKlah aku nak gi aerobik dulu…satu, dua, tiga, satu lagi yah! yah! yah!

Read Full Post »

antara malam-malam yang dinantikan waktu belayar dengan kapal Star Virgo ini adalah makan malam Gala atau Gala Dinner

Gala Dinner ni kira makan besarlah di mana semua penumpang dikehendaki memakai pakaian yang formal, ala-ala macam orang kaya le citernya ni

nasib baiklah aku dah dimaklumkan lebih awal masa booking tiket hari tu, so terpaksalah aku punggah balik almari kat rumah, cari kot asam pedas yang dah lama aku tak pakai tu

lega kerana masih muat (aku siap hantar dry cleaning OK hehehe)

tapi ingat, bukan boleh main terjah aje nak pergi Gala Dinner ni, setiap penumpang perlu buat reservation dulu masa atas kapal

korang kena tetapkan nak makan kat restoran mana…hajat hati aku nak makan kat restoran yang sama dengan Kapten kapal, sekali dia makan kat restoran masakan western, alamak, takkan aku nak join pulak, dah tentu NON-HALAL

so aku decide nak makan di Restoran Taj (satu-satunya restoran yang ada sijil Halal atas kapal SuperStar Virgo ni)

Restoran Taj

walaupun baru pukul 4 petang, aku dah beratur buat tempahan di auditorium LIDO…maklumlah kita kan Muslim, kena dia letak aku kat restoran Cina tak ke naya!

Lido Theatre

oh yea, lupa nak beritahu, masa Gala Dinner ni lah korang berpeluang nak beramah mesra dengan Kapten kapal

mula-mula dia dan pegawai kanan dia akan beratur dan sambut kehadiran kita

pergh, masa ni aku rasa macam Sultan Brunei pun ada gak hehehehe

kalau berminat, korang boleh bergambar ngan dia, aku takle buat macam tu, abih boreh je bergambor ngan Mat Salleh (patriotik tak?)

say cheeseeeee!!!!!!!!!!

lepas acara sambut menyambut tu, kami dipelawa untuk menonton persembahan akrobatik, silap mata dan berbagai lagi kat dalam auditorium utama

awal-awal lagi muka aku dah tercegat dalam auditorium tu hehehe

aku tak fokus sangat sebab mata dah terbayang dinner kejap lagi

then tibalah masa yang ditungu…MENTEKEDARAH TIME!

masa ni aku tengok minah-minah salleh ngan amoy-amoy semua bukan main vogue dan grand lagi pakaian diaorang, dah macam fashion show pun ada gak

sumpah aku tak kenal amoy-amoy nie, sumpahhhhhhhh

adalah sorang dua passenger dari Malaysia…pakai kebaya lagi dik non

aku pun tak nak mengalah gak hahahah

macam taukeh balak tak?

campur aku adalah kot 3-4 orang Malaysia kat atas tu, leh jadi duta kecil ni

makan malam tu memamg superb!

beriani macha, beriani!

lepas habis dinner, ramai yang sambung gi ‘yamseng’ kat disko, tapi aku ni kan budak kampung (macam lagu Jimmy Palikat)

aku just pergi balkoni, sedut rokok sebatang dua, layan angin laut yang gila babi sejuk tu sebelum menghempaskan badan di katilku yang maha empuk

then kot ke mana, kemeja pun ke mana

sedar-sedar matahari dah menyuluhkan sinarnya…ngalahkan orang mabuk todi!

Read Full Post »

ni part yang PALING RAMAI tanya aku bila naik kapal SuperStar Virgo ni, makanan mahal tak? makanan HALAL tak?

untuk pengetahuan korang, bila naik kapal ni, korang akan boleh makan ENAM KALI SEHARI…PERCUMA!

(maknanya harga tiket korang dah kira sekali dengan harga makanan)

lantak koranglah nak pilih makanan macam mana, ikutlah selera tekak dan lidah korang

kat atas kapal ini ada tiga buah restoran di mana korang boleh makan sampai pengsan

Restoran Mediterranean (tiada hidangan babi), Restoran Bella Vista (makanan barat) dan The Pavillion (makanan Cina)

yang dua tu (Bella Vista ngan Pavillion) tak boleh le kan, dan kalau korang  ragu-ragu dengan Restoran Mediterranean tu, depa still ada serve makanan vegetarian

jangan risau, setiap restoran dapur dan pinggan mangkuknya berasingan, tak campur

amboy chef Star Cruise ni siap tunjuk sijil Halal JAKIM lagi

yang betul-betul siap ada sijil HALAL adalah Restoran Taj (makanan India)

macam-macam ada seperti beriani, kari kambing, kari lembu,roti canai, masala, tandoori etc

Restoran Taj…ada sijil HALAL

yang ni kena bayar tapi kalau korang buat arrangement awal, still dapat makan free, just bayor air je

ada banyak lagi restoran atas tu,

  • Noble House (makanan Cina)
  • Samurai Restaurant (Japanese food)
  • Blue Lagoon (Southeast Asian food)
  • Palazzo (Italian fusion restaurant)
  • The Taverna (Snack bar)
  • Bellini (Liquor bar)
  • Café Gelato (desserts!)

restoran-restoran ni korang kena bayar dan taraf ‘kehalalan’ dia aku tak jaminlah yea

tapi kalau korang tanya aku, makan kat Restoran Mediterranean dan Restoran Taj tu pun dah boleh buat korang tergolek kekenyangan, dah tak payah nak berangan makan kat restoran lain

acara ‘mentekedarah’ akan bermula dengan early morning food, breakfast, lunch, high tea, dinner dan last sekali – supper

yang jenis tekak Melayu macam aku ni tak payah risau langsung, nasi goreng ada, nasi lemak ada…tapi jangan tanya petai atau jering lak, soalan tu Kapten kapal pun confirm tak reti nak jawab!

cuma satu kat atas kapal ni meja makan takleh nak booking-booking yea, dia kira first come, first served

elok gaklah sebab boleh juga sembang-sembang dengan passenger lain, time ni dah tak kira apa pun status korang

amoy Singapore lorhhhh

part seterusnya aku nak cerita acara makan malam khas iaitu Captain Gala Dinner

yang ni memang ‘grand’, siap Kapten akan sambut kita dan kita sendiri pun kena pakai pakaian rasmi/formal

tungguuuuuuuuuuu……

Read Full Post »

bila dah diarahkan berkumpul dengan segera, apalagi kelam-kabut la aku berlari ke tempat yang diarahkan

apatah lagi aku dimaklumkan yang semua DIWAJIBKAN hadir, risau gak kang tak pasal-pasal diaorang halau aku kuar pada kapal, tiket dah bayar tau

rupa-rupanya ada taklimat keselamatan (safety drill) di mana semua penumpang, tak kira status, jutawan ka, Tan Sri ka, Tiang Seri ka (macam aku) KENA DAN MESTI dengar serta berikan perhatian

kami semua diberikan penerangan mengenai peralatan keselamatan, peraturan dan prosedur yang perlu kami patuhi andaikata berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini

kami juga diberitahu yang peralatan panas, hotplates dan seterika elektrik tak boleh dibawa masuk ke dalam kapal (bab ni aku lega sikit kerana 99 peratus baju aku adalah t-shirt Cap Ayam aku tu je hehehe)

dengar sini lanun-lanun sekaliaaannnn!!!!

kami juga dimaklumkan mengenai Station Muster..ia adalah tempat berhimpun yang perlu kami pergi jika ada kecemasan

turut ditunjukkan video keselamatan, dalam erti kata lain sejibik macam dalam flight la, bezanya kat kapal ni korang kena betul-betul beri tumpuan sebab Kapten jeling je kalau korang macam wat dunno masa demonstrasi tu

lagi pun kapal laut ngan kapal terbang lain dik non, jangan main syok sendiri je

kami juga diberitau yang Kapten kapal ada kuasa penuh untuk menghalau (atau bahasa lembutnya ‘menegur’) setiap penumpang sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan, termasuk MENEGAH mereka daripada masuk ke dalam kapal tu

kami juga diberitahu supaya mereka yang bawa anak supaya jangan membiarkan anak-anak mereka berlari-lari dekat koridor terutama waktu malam agar ‘privasi’ penumpang lain tidak terganggu

bab ni aku nak gelak pun ada gak kerana aku perhati ramai couple macam tersenyum-senyum je bila Kapten cakap macam tu

elehhhhh, aku tahu le maksud diaorang tu…memang ramai yang naik kapal laut ni tujuannya nak memadu kasih asmara pun

takpe, biar diaorang nak memadu asmara, aku lak dah tak sabar nak memadu asmara ngan kapal SuperStar Virgo ni, tak sabar menikmati tubuhnya, meratah layarnya, menakhluk haluannya, chewah!

Read Full Post »

hehehehe

lama lak aku tak wat entry jalan-jalan ni, tetiba terbayang masa gi jenjalan naik kapal Star Cruise Virgo

walaupun destinasi tak jauh sangatlah iaitu Singapore – Penang – Phuket je, tapi bagi aku kalau korang kaki melancong, korang kena try gak sekali seumur hidup

memang, melancong naik kapal ni adalah satu pengalaman yang takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila

aku bermula dengan pergi ke Wisma Genting yang terletak kat Bukit Bintang, di situ ada syarikat pelancongan Resort World, alah company kapal ni le

pakej aku tu harganya lebih kurang RM1,500++ seorang, lepas buat bayaran semua, aku pun bertolak ke Singapore, sajer nak naik jauh-jauh sikit, dapatle duduk lama atas kapal hehehe

yang best tu aku gi Singapore naik bas ekspress je dari Puduraya (jimat kos sikit)

dipendekkan cerita, aku pun sampai di Singapore Harbour Front (tempat kapal berlabuh) kira-kira pukul 12 tengah hari

nasib baik ada signboard berbagai, kalau tak letih gak nak mencari mana tempat kapal tu parking

so takdelah aku macam beruk masuk bandor je, maklumlah, aku kan orang kampung huk huk huk

sebenarnya aku cuak juga sebab inilah first time aku naik kapa laut, bukan apa, tertanya-tanya juga, adakah proses dia sama macam naik flight?

rupanya sama je konsepnya, kena check-in macam kat airport je

sampai je kat kaunter check in, ada anak patung besar lambai-lambai tangan kat aku, alamak aku dah rasa teruja

nilah tempat check in tu, kalau ko tengok Uncle Ah Beng ni teruja, aku pun dua kali lima jugak!

perasaan panik nak naik kapal laut sikit-sebanyak hilang bila tengok macam mana penumpang macam aku ni disambut, meriah beb, siap dapat welcome drink lagi

inilah anak patungnya, yang akak tu aku tak kenal ye sebab aku cilok gambar ni kat pakcik gugel hehehe

tapi muka orang Asean ni boleh kira ngan jari, yang ramai adalah Mat Salleh dan pelancong India

awek-awek Mat Salleh ni jangan citerlah, belum naik kapal lagi masing-masing punyalah seksi (aku tak dapat bayangkan masa atas kapal nanti, ops!)

masa check in, aku diberikan satu kad ala-ala kad kredit, di atas kapal ni penggunaan wang tunai tidak dibenarkan, korang boleh belanja apa saja guna kad ni masa atas kapal,  nanti bila nak balik baru gi bayar ikut berapa jumlah yang korang spend

inilah contoh kadnya…

kalau tak bayar, bersedialah dihumbankan ke laut oleh pak guard-pak guard Gurkha yang jaga kapal tu hehehehe

dari tepi aku dah nampak rupa kapal yang bakal membawa aku belayar macam Kate Winslett dalam Titanic tu…mak datuk, besar dan sngat chantekkkk OK!

kalau korang rasa tak cantik, meh aku letak gambar atau rupa kapal ni dari udara pula

amcam, betul tak?

lupakan bab itu, sekarang ni misi nak cari bilik aku pulak

untuk pengetahuan korang, SuperStar Virgo boleh membawa lebih kurang 1,900 orang penumpang

harga dia ikut bilik, kalau ada balkoni tiket dia paling mahal, diikuti bilik ada tingkap dan bilik langsung takde tingkap

so nak amik yang ada balkoni tak mampu, nak amik yang takde tingkap pula tak syokla, so aku decide amik yang ada tingkap…bayar lebih sikit pun takpela, bukan selalu kan (ayat pujuk hati)

ruang jalan kaki menuju ke bilik

mungkin korang tertanya-tanya, besor tak bilik aku?

terus terang cakaplah, janganlah nak berangan lebih kalau naik kapal laut ni, lainlah kau ambik pakej mewah

bilik aku ni agak kecil, tapi yang menariknya semua ada, almari, tv, toilet, meja, kerusi…sebiji macam hotel biasa cuma ia direka dlm skala yang ‘comel’

bilik aku juga terletak di tingkat atas, kena amik lif

pemandangan dari atas tingkat bilik aku, sayuppp jeee

oh ye, meh tengok kamar aku selama empat hari ni

nilah bilik aku, nampak simple tapi ‘bagi aku dah kira OK sangat le tu sheikh…

masuk je dalam bilik, apalagi, melompat-lompat lah aku hehehe

macam tak percaya je aku akhirnya dapat naik kapal mewah ni , impian aku sejak sekian lama

tapi baru nak letak buntot, ada satu kejadian yang betul-betul buat jantung aku berdegup kencang...BUNYI SIRENLAH PULAKKKK

melalui corong pembesar suara, Kapten kapal minta kami semua berkumpul di dek dengan kadar segera!

adooooyyyyyyy, ni yang aku tak gemar ni, takkan belayar pun belum, dah ada emergency???

memang potong stim

part 2 nanti aku citer naper tetiba jadi macam tu…tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

bye-bye!

Read Full Post »

salah seorang pelakon India yang bagi aku ‘brilliant’, Aamir Khan dah berlepas baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan ibunya, Zeenat Hussin dan sedara mara diaorang

baguslah, syukur kerana  Aamir ada inisiatif itu di sebalik ‘huru haranya’ dunia perfileman Bollywood itu

bercakap mengenai Aamir Khan ni, kita takkan lupa filem hebat beliau terutama filem Three Idiots itu

filem boxoffice itu mengisahkan tiga orang sahabat Farhan Qureshi (R. Madhavan), Raju Rastogi (Sharman Joshi), dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan) yang belajar di Imperial College of Engineering yang memang cukup popular di India

cerita ini merupakan cerita lawak tetapi dalam lawok ada juga part-part yang sedih

watak Aamir Khan memang menjadilah, muka selamba sahaja bila bercakap, tapi memang lawak la

jenis hendak memberi nasihat kepada orang dengan cara memerli, siape yang kena tu, memang menusuk kalbu

satu lagi filem Lagaan

Lagaan lakonan Aamir Khan, Gracy Singh, Suhas Paliskar, Paul Blackthorne dan Rajesh Vivek mengisahkan bantahan penduduk sebuah kampung di India apabila penjajah British ingin menaikkan cukai tanaman sebanyak sekali ganda

penduduk kampung yang diketuai oleh seorang pemuda sedia berlawan kriket dengan pertaruhan sekiranya mereka menang, cukai itu akan dihapuskan

walaupun tidak tahu cara permainan itu, mereka belajar kerana menyedari cukai yang dikenakan telah membuatkan mereka tertindas

filem yang mendapat pujian karyawan filem India itu telah mewakili India ke beberapa festival antarabangsa

kalau korang pernah tengok kedua-dua filem, korang tentu dapat merasakan betapa hebatnya Aamir Khan, pelakon yang ada ‘class’ tersendiri

semoga beliau dan keluarganya mendapat haji yang mabrur, Amin.

Read Full Post »

kalau arwah abah masih hidup, aku rasa dia mesti terkejut apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh pergi sejauh ini dalam Piala Malaysia

lebih 25 tahun arwah dalam tentera, jarang dia bercakap mengenai bola sepak dalam ATM, yang bermain di bibir dia hanyalah menembak, kawad, menembak, kawad dan itulah yang sering diulang-ulang

untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mantap, kita bukan hanya memerlukan pemain yang tinggi skilnya semata-mata, tetapi ia juga memerlukan komitmen pimpinan dan pelaburan wang yang bukan sikit jumlahnya

dan nampaknya ATM sedar hakikat ini, mereka tahu yang kehadiran mereka di padang tidak boleh lagi hanya sebagai ‘penyeri’ atau pasukan belasahan

mereka tahu mereka perlu angkat jenama ATM lebih tinggi dari itu, lebih gah dari sebelumnya

dalam hal ni tak boleh tidak, aku angkat topi pada pak Menteri dan Panglima ATM sendiri kerana memberi perhatian serius kepada pasukan bola ATM, merencana dan seterusnya merealisasikan hasrat warganya sendiri untuk melihat sebuah pasukan bola sepak yang hebat dan bertenaga seperti mana yang kita lihat sekarang

kalau ikut sejarah, nak tergelak pun ada jugak

Sebelum Liga Semi Pro (tahun 1989) dan Profesional (tahun 1996) di mana semua pasukan negeri termasuk ATM dan PDRM layak bertanding, pencapaian terbaik ATM hanyalah pada tahun 1949 sewaktu muncul Naib Johan dan pada tahun 1966, juga Naib Johan

lepas tu hampeh (mungkin sibuk dok kejar komunis kot hehehe)

apapun malam ini kita menunggu – adakah sejarah akan tercipta untuk sekian kalinya di mana ATM akan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama?

atas kertas apalah sangat ATM ni berbanding pasukan Kelantan, tetapi bola itu bulat sheikh

kalau dulu aku cukup teruja bila lihat askar tembak M16, kali ni aku tak sabar nak tengok askar rembat gol!

betul le bukan semua pemain ATM adalah anggota tentera, tetapi Kelantan pun bukan semua pemain adalah anak negeri hehehehe

dan sebagai anak tentera, tanpa syak lagi, ATM adalah pilihan aku untuk muncul juara Piala Malaysia kali ini

AGI IDUP, AGI NGELABANNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!

Terkini: Nampaknya keputusan malam tadi menyebelahi Kelantan apabila berjaya menewaskan ATM dengan 3-2. Tetapi yang pasti semua orang tahu ATM telah berjuang mati-matian sebelum terpaksa mengakui nasib dan kehebatan menyebelahi pasukan Pantai Timur tersebut. Syabas Kelantan. Syabas ATM. Syabas bola sepak Malaysia!

Read Full Post »

dah dekat seminggu tak blogging

gatal pulak tangan nak menulis….mula-mula ingat nak pencen dah

hari ni aku nak cerita pasal kartun

dunia animasi atau kartun kat Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya sekarang dikenali sebagai Filem Negara

kalau korang perasan, filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil

ia ditayangkan pada tahun 1983, masa tu aku sekolah rendah lagi

pastu muncullah Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba

gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri animasi TV pertama, Usop Sontorian oleh Kamn Ismail (pada tahun 1993)

manakala filem cereka animasi pertama, Silat Lagenda yang diarahkan oleh Hassan Muthalib ditayangkan pada tahun 1998

kalau korang perasan, nama Hassan Muthalib ni sering disebut dalam filem2 Mamat Khalid, malah dia juga dikenali sebagai Bapa Animasi Malaysia

(steady Pak Hassan)

karya beberapa kartunis juga telah diadaptasi kepada bentuk animasi antaranya karya Lat yang menghasilkan Kampong Boy

terkini, siri animasi Upin Ipin begitu dikenali di seluruh negara, watak dua orang adik beradik kembar yang ceria membuatkan siri ini tidak bosan untuk ditonton oleh penggemarnya

siri Upin Ipin ini juga menjadi identiti buat negara kita kerana begitu dikenali di negara-negara jiran antaranya Indonesia dan beberapa negara lain, budaya Melayu dan Malaysia yang diketengahkan menjadi tunjang kejayaan siri animasi ini.

bukan sekadar hiburan semata-mata, isu dan persekitaran kampung yang dipaparkan dalam siri ini cukup untuk kita mengimbau kembali kenangan serta cara hidup sebenar di kampung.

budaya Melayu yang ditonjol sebenarnya sudah cukup membuatkan siri ini diangkat sebagai salah satu identiti negara

DAN BARU-BARU INI  ini aku berkesempatan pergi ke ‘kampung’ Upin dan Ipin, maksud aku tempat di mana kartun itu dihasilkan

ia terletak di Seksyen 13, Shah Alam (betul-betul belakang TESCO yang dekat Stadium Shah Alam tu)

kat situlah bagaimana semua watak, gambar, lukisan dan segala mak nenek, dari A sampai Z, tentang Upin dan Ipin ini dibuat

jom tengok cemana krew dan staff mereka bekerja

(semua gambar kredit kepada blog ayuarjuna)

kalau nak beli merchandise atau segala cenderahati untuk anak-anak, sebelah pejabat diaorang siap ada Butik Upin dan Ipin, belilah apa nak beli pun

kalau rasa lapar, depan tu ada pulak Restoran Upin dan Ipin, apalagi sesi melantaklah pulak kan!

YANG PENTING, JOM KITA TENGOK SIAPA SEBENARNYA ‘UPIN DAN IPIN’ NI

.

.

.

inilah adik Asyiela Putri yang ‘meminjamkan’ suara dia untuk watak Upin dan Ipin yang terkenal dengan ‘trademark’  betul, betuul, betuuulllllllllll tu

dan yang paling penting, jom tengok pakcik diaorang, tapi pakcik diaorang pemalu sikit, gambar pun takde, kartun pun takde, suara pun takde

AMBEK KOOO!!!!

Read Full Post »

sedang boring dok lepak sensorang kat hotel ni, aku teruja melihat satu klip dalam You Tube

ia mengenai majlis konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini

korang tahu jelah, majlis konvo ni memang membosankan…semua kena jaga tertib…pastu nak tunggu giliran sanak sedara kita nak dapat skrol tu aduhai, boleh menguap 40 kali!

tapi masa konvo kat UM aritu, siswa siswi diaorang yang dapat Ijazah Sarjana Muda Seni Tari sudah bikin ‘havoc’

diaorang sempat menari lagi sebelum terima ijazah atas pentas, mungkin ada yang rasa benda ni macam ‘weird’ semacam je, tapi bagi aku ia memang COOL!

nasib baik aku takde kat situ, kalau tak – confirm aku bantai gelak guling-guling, mampuslah protokol tak protokol hehehehe

cuma aku rasa student Seni Tari OKlah kot kalau buat macam tu, kalau budak Medic yang buat camtu, confirm orang ingat dia bakal doktor wad gila hahahaha, jangan marah abang doktor, gurau-gurau je

ke apa pandangan korang?

 

Read Full Post »

siapa tak gembira kalau dapat pergi luar negara

tapi bagi aku pergi kerana kerja, LAIN ‘feelnya’ berbanding pergi sebab jenjalan

aku ni bersyukurlah kerana walaupun tak sehebat mana, tak sekaya mana, ada  jugalah berpeluang melihat tempat orang

negara kaya pernah pergi, negara miskin pernah pergi, negara huru-hara pun aku pernah sampai

ramai orang kata pergi atas nama kerja tu tak syok, tapi ada kelebihan gak beb

selalunya kalau pergi sebab kerja, at least makan-minum, penginapan dan tiket kapal terbang dah tentu tanggung beres

hanya bawa badan ngan pasport je kata orang

kalau company tu kaya lagi best, silap haribulan dapat duduk hotel bosar-bosar, naik flight pun yang kerusinya ‘lebar-lebar’ hehehe

tapi yang tak bestnya ‘peluang’ nak jenjalan tu kuranglah sikit, selalunya bila company hantar kita pergi luar negara dah tentu dengan harapan kita akan bawa hasil kerja yang memuaskan, kalau setakat ‘suam-suam kuku’ je maknanya itulah kot kali terakhir kita terpilih, pastu bye-byelah kan

kita sendiri bila dapat trip sebab atas nama kerja ni, selalu rasa cuak kot-kotlah misi itu gagal dilaksanakan seperti mana yang diharapkan

berbeza pula kalau gi jenjalan atau holiday, dah tentu kita dapat enjoy puas-puas, pergi sana, pergi sini

tapi yang tak tahan tu, duit le, semuanya SENDIRIAN BERHAD…ngan flight lagi, ngan hotel lagi…paling haru kalau negara yang kita pergi tu currency diaorang gila-gila punya mahal

last-last bila pergi tukar duit kat money changer, dapat kat kita cukup-cukup je, nak jalan lebih-lebih pun pikir dua tiga kali

pendek kata ada pro dan kontralah dalam hal ini

actually back to basiclah…kita kena bersyukur…ada orang yang tak pernah pergi oversea pun ada, jadi kalau kita diberikan peluang pergi tu, gunakanlah sebaik mungkin, sebijak mungkin

ukur baju di badan sendiri, kalau saiz XXL macam aku ni nak pakai T-shirt saiz S, dah tentulah koyak rabak jadinya

dapat sikit, kita belanja sikit…dapat banyak kita jimat-jimatkanlah…lainlah kita ni anak taukeh balak ke, itu citer lain le kan

okeylah, aku nak check in dulu, jaga diri hiasi peribadi yea…chow!

(catatan ini dibuat sejurus sebelum pintu daftar masuk dibuka dan aku bakal diterbangkan oleh seekor burung besi sebentar lagi…ke sebuah negara yang bernama antah-berantah!)

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: