Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2012

terima kasih kerana tegur…

salam_tangan

memang sejak akhir-akhir ini aku jarang update blog ini, satu disiplin yang nampaknya aku dah mula langgar

sejak sekian lama, aku cuba juga untuk menulis walau sesibuk mana pun aku dengan urusan harian…kekadang sebelum tidur, aku mesti mengarang apa je benda yang terlintas dalam kepala otak aku ni

tapi yelah, kekadang idea ada – masa takde, masa ada- idea takde…pun begitu nampaknya blog aku tetap dikunjungi setiap hari dan jumlahnya tak pernah kurang dari 1,000 viewers, Alhamdulilah

maknanya akan ada je pembaca tetap yang akan buka blog merapu aku ni setiap hari walaupun ia agak bersawang sana dan sini, terima kasihlah atas sokongan korang, tanpa korang siapalah aku (ada macam ucapan artis Malaysia kalau dapat anugerah tak?) heheheh

bercakap pasal pembaca ni, jika dibandingkan dengan blogger tegar lain kat Malaysia, aku ni rasanya berada di ranking yang corot-morot la kot

tapi nampaknya dah ada yang mula perasan bila aku muncul kat public (erkkk…mungkin aku yang PERASAN LEBIH kot)

sebagai orang biasa, yang bukan artis, yang bukan public figure, kekadang tu nak tergelak pun ada juga bila tiba-tiba disapa

bukan sekali OK, banyak kali!

hah, jangan salah sangka, bukan aku nak UP diri aku eh, ini just nak share je

malam tadi ketika aku tengah dinner dengan rakan-rakan di sebuah restoran kat Kampung Baru, ada sorang brader tu jalan ke arah aku sambil senyum-senyum

tapi takkan aku nak senyum balik, entah-entah dia senyum kat orang lain, so aku pun buat dunno jelah

” Assalamualaikum, brader ni blogger Syahril tu ke,” katanya sambil menghulur tangan untuk bersalaman

macam nak tersembur kuah tomyam dalam mulut aku time tu

actually aku terharu giler beb, bukan sebab aku rasa aku glamer, tapi sebab tak semena-mena Allah dah kurniakan aku seorang teman walaupun selama ini dia mungkin hanya kenal aku melalui alam virtual saja

kalau dia terbaca entry ni, aku nak bagitahu betapa aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya walaupun hanya dengan ucapan salam dan bersalaman

bukannya apa, dalam kehidupan realiti kita sekarang, nak cari kawan bukan senang tapi kalau nak cari musuh, memang bersepah!

lepas ni kalau ada yang jumpa dan kebetulan perasan itu adalah AKU, jangan segan-segan untuk bertegur sapa

InsyaAllah, moga pertemuan dan persahabatan itu akan mengeratkan ikatan dan ukhuwah sesama kita, Aminnnnnn…..

Read Full Post »

MEKAH – Keadaan di sekitar Masjidil Haram kini semakin lengang selepas jutaan jemaah haji telah pulang ke negara masing-masing.

Menurut blogger Mohd. Arshad Ali, keadaan ketika ini juga cukup selesa kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah umrah terutama yang melakukan tawaf di keliling Kaabah.

” Ketika jemaah haji berada di Mekah, penduduk tempatan ramai yang tidak keluar kerana memberi peluang jemaah luar berada di Masjidil Haram.

” Masa inilah (sekarang) mereka menggunakan peluang tersebut untuk beribadah dengan keadaan yang cukup selesa selepas jemaah negara asing kembali ke tanah air mereka,” katanya yang juga pemilik blog hajiarashad.blogspot.com.

Arshad juga memaklumkan bahawa pintu Kaabah akan dibuka kepada orang awam memasukinya hari ini.

Pun begitu, katanya, peluang tersebut hanya kepada tetamu kerajaan, pembesar dan para diplomat asing.

” Setiap tahun pintu Kaabah akan dibuka sebanyak dua kali, peluang tersebut juga digunakan untuk mencuci ruang di dalamnya,” katanya yang kini menetap di sana.

Read Full Post »

wah lama pula aku tak update blog aku ni

actually aku ada je kat ofis, cuma ada beberapa hari ‘gi mengembara’ jap cari ilham hehehe

lately ni agak PANAS juga abang-abang polis kita yea gara-gara tiga anggotanya dituduh merogol awek Indon di Penang hari tu

inilah masalahnya bila ada manusia yang selalu gagal kuasa bila ia diamanahkan pada mereka

akhirnya yang malu dan mendapat kesan secara langsung adalah anggota-anggota yang selama ini berhempas-pulas menjaga nama baik pasukan

aku sedih bila masuk part ni, ini kerana perbuatan buruk dua tiga ekor pasti akan menyebabkan orang pandang hina pada pasukan polis

semalam ada satu kes di Subang Perdana

seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor patah lengan sebelah kiri dan retak tulang pipi akibat terjatuh dari bumbung sebuah rumah semasa menjalankan tugas menahan seorang penjenayah yang disyaki terlibat dalam samun melarikan sebuah kereta Toyota Hilux yang dilaporkan hilang pada 20 November lalu

mangsa, Inspektor Saiful Bahari bin Yunus, 28, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mempunyai seorang isteri yang masih dalam pantang

Inspektor Saiful Bahari mengetuai sepasukan polis dari D9 sedang menjalankan serbuan di sebuah rumah di Taman Subang Perdana Petaling Jaya yang dipercayai dihuni oleh sembilan lelaki

semasa pemeriksaan dijalankan di rumah tersebut, salah seorang daripada suspek yang ditahan telah melarikan diri ke tingkat atas menyebabkan mangsa bersama-sama seorang daripada anggota bertugas mengejar sehingga ke atas bumbung

hasil serbuan yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan ke semua suspek yang disyaki terlibat dan merampas beberapa kenderaan yang dilaporkan hilang sekitar Selangor serta tiga bilah parang panjang yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam melakukan kegiatan samun

kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun dan semakan ke atas air kencing yang dijalankan negatif manakala seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau iaitu jenayah samun

dengan tertangkapnya kesemua suspek tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun melibatkan Toyota Hilux di sekitar Selangor dan Pulau Pinang

tapi aku tahu…tak ramai yang ambil endah pun sama ada Inspektor Saiful ni mati ke, parah ke…yang orang dok ingat bab polis yang dok amik rasuah, dok merogol semua tulah

tapi nak kata apa, itulah lumrah manusia….kalau yang buruk tu sampai kiamat dok ulang-ulang, kalau yang baik tu jarang orang nak kenang

nasib badan…..

Read Full Post »

Read Full Post »

setelah empat hari melayari pelayaran, kini tibalah masa untuk aku menghabiskan perjalanan dengan kapal mewah yang sangat gedabak ini

terus-terang, rasa macam tak puas hati ‘meneroka’ kapal setinggi 13 tingkat ini, ya, 13 tingkat OK!

tapi pada masa yang sama, rasanya cukuplah kot…lama-lama sangat pun takut bosan pulak

kalau korang tanya aku, mestilah aku cakap BEST naik kapal ini, tapi yelah, nak komen lebih-lebih pun, aku sendiri tak pernah naik kapal lain

so sebagai first timer, what do u expectkan

cuma bagi aku, kalau korang kaki berjalan, why not sekali-sekala try naik kapal laut pulak instead of naik pengangkutan darat or kapal terbang

memanglah naik kapal laut ni amik masa lebih lama, tapi at least kat atas tu ada macam-macam benda untuk dibuat, takdelah terperap atas kerusi je kan

lagi satu, ia juga peluang untuk kita menikmati pemberian dan anugerah Tuhan pada kita…keluasan laut yang saujana  mata memandang, hembusan angin yang menderu, pukulan ombak yang mempersonakan, keasyikan melihat camar yang berterbangan, keindahan panorama sewaktu naik dan turunnya matahari, aarghhhhhh…tak dapat digambarkan dengan kata-kata

segalanya itu membuatkan kita bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan ciptaan yang tiada tolok bandingnya ini, sungguh!

pada malam terakhir pelayaran itu, aku macam tak mahu melelapkan mata

aku seolah-olah nak menikmati betul kurniaan Ilahi ini, apatah lagi selama ini aku hanya ‘terperangkap’ dalam hutan batu, hutan batu yang menyaksikan betapa rakusnya manusia mengejar kemewahan dan penghormatan dunia

hutan batu yang menyaksikan betapa manusia hanya mementingkan dirinya sendiri, sanggup menindas dan menzalimi manusia lain atas nama KEMAJUAN…atas nama PEMBANGUNAN!

mungkin ada yang melihat pelayaranku ini sebagai membuang masa, membuang duit

namun aku melihatnya dari sudut yang cukup berbeza..ya, cukup berbeza

selamat tinggal Superstar Virgo!

Read Full Post »

sorry yea dekat seminggu tertangguh entry naik kapal SuperStar Virgo ni

baik entry sebelum ni aku citer kapal kami di Penang…so dipendekkan cerita lebih kurang pukul 9 malam, kapal pun bergerak meninggalkan pelabuhan

kali ni pelayaran agak lama juga, kira-kira 10 jam, destinasi - PHUKET!

malam tu seperti biasalah aktiviti kapal rancak dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh para krew Starcruise

malam tu juga aku amik kesempatan untuk explore kapal ini semahu-mahunya

semua tempat aku pergi, daripada tempat simpan barang sampai ke pusat operasi kapal di mana terdapatnya ‘pilot’ atau jurumudi dan kawasan Kapten bertugas

nak pergi tempat Kapten ni ada syarat dia, takleh gi sorang-sorang…kita kena daftar dulu pastu baru dibawa ke sana oleh krew…safety reasonlah kan

mana tau ada di kalangan kami pengganas ke, pergi kat Kapten, culik pastu rampas kapal…tak ke haru???

so malam tu kiranya dekat pukul 4 pagi baru aku masuk bilik

tapi baru nak lena, rupanya kami dah sampai…tepat pukul 7.30 kapal dah pun merapati terminal feri Phuket

sebenarnya sehari sebelum tu kami dah diberi pilihan untuk memilih mana-mana pakej pelancongan bila tiba kat sini

yang ni optional, tak termasuk dalam harga tiket

ada yang pilih pakej pergi pulau-pulau sekitar Phuket, ada yang pilih pakej SHOPPING…macam-macam

memandangkan aku bukanlah teruja sangat nak jenjalan (aku sebenarnya lebih pada nak rasa suasana belayar je), aku hanya ambil pakej FREE N EASY

dalam erti kata lain, MEMANDAILAH AKU NAK BUAT APA PUN KAT SINI

para penumpang kapal kemudiannya dibawa naik bas terus ke Patong Beach

dah sampai!

pantai Patong

nak massage pun bolehkat sini 

aku just enjoy pemandangan sekitar pantai je…tengok pantainya yang bersih lagi indah (kononlah kan heheheh)

lepas tu aku gi shopping kat bazar cenderamata yang besar gedabak tu

tengah baiknya shopping, aku dirapati seorang pemandu teksi

dia bagi salam…dia kata dia Muslim dan boleh bawa aku pusing-pusing sekitar Phuket ni dengan teksi dia

bila tengok chargenya boleh dikatakan OK, aku pun setuju dan dia bawalah aku pusing-pusing

kemudian dia bawa aku singgah kedai tomyam untuk lunch, memandangkan dia Muslim, aku just harap kedai tomyam tu halal lah kan

BanSangDuan-Muslim-Restaurant

sebenarnya tak boleh lama pun kat Phuket ni coz kami semua perlu kembali ke kapal dalam pukul 4 petang

kira-kira pukul 3 petang aku pun kembali ke jeti, rasa badan dah melekit, penat pun ada juga

sampai bilik aku terus masuk toilet dan mandi semaunya…then aku tertidur kat katil empuk aku

sedar-sedar kapal dah pun belayar meninggalkan Phuket menuju pulang ke Singapura

pelayaran Phuket- Singapura ni amik masa lagi lama

bye-bye Siam…LA KORNNN….LEOW JOR KAN MAI!!!!

Read Full Post »

rasanya ramai yang menonton Anugerah Skrin di TV3 malam tadi

punyalah ramai ‘update’ FB masing-masing, mengulas itu dan ini

yang pastinya boleh dikatakan 90 peratus dok mengomel mengenai perjalanan anugerah itu

ops! aku enggan mengulas lanjut mengenai tema ASK termasuk apa yang ‘disumbatkan’ dalam majlis yang lebih tiga jam itu

bagi aku mudah saja…sesuatu majlis anugerah itu is about siapa yang dicalonkan dan siapa yang diangkat untuk menjadi pemenang, the rest is just cosmetic

dan bila bercakap tentang ‘cosmetic’ itu, sudah tentu ia tidak perlu berlebih-lebihan, lebih tepat…LESS IS MORE!

memandangkan aku masih dalam MC, aku tak berniat untuk membuka laptop dan update blog aku ini

tetapi bila program majalah TV terbitan stesen TV Al-Hijrah, Majalah Islam diumumkan sebagai calon program terbaik, aku tidak dapat menahan diri untuk menulis (walau kesakitan masih terasa di urat dan nadi)

program itu diterbitkan oleh Syafinah Othman

walaupun tewas, tetapi aku nak berkongsi juga apa yang aku rasa sekarang

Syafinah dan TV Al-Hijrah adalah dua nama yang mungkin asing bagi korang

tetapi sebagai bekas rakan sekerja, dan juga bekas staf di TV Al- Hijrah, aku cukup bangga dengan pencalonan tersebut

untuk pengetahuan korang, Syafinah adalah antara beberapa produser muda lain di TV Al Hijrah yang memulakan karier dalam bidang penyiaran ini dari ZERO!

walaupun mereka rata-ratanya adalah graduan Komunikasi, tetapi mereka telah bermula dari peringkat paling asas, tidak seperti mana graduan lain zaman sekarang yang hanya mengharapkan kedudukan, jawatan dan gaji yang besar walaupun ilmu dan pengetahuan yang dimiliki entah apa-apa

aku tahu perkara ini kerana Syafinah dan beberapa orang rakan-rakannya itu pernah kerja bawah aku

aku, Syafinah dan rakan-rakan krew masa di lokasi program Pemburu Hantu terbitan Astro beberapa tahun lalu

apa benda yang diaorang tak pernah buat…bancuh teh, angkat kamera, gulung kabel…semuanya diaorang dah pernah!

Syafinah sendiri, pernah jadikan pejabat itu rumahnya kerana terlalu nak mengejar dateline…tidur bawah meja dah kira normallah

kena maki hamun ni jangan cakaplah…kat lokasi kena maki hamun dengan orang, kat pejabat kena maki hamun dengan bos, kekadang dengan krew sendiri pun kena hentam

tapi itulah…berkat kesabaran dan kegigihan, demi minat dan mencari rezeki yang halal, mereka dah jadi penerbit yang menerbitkan kisah yang bukan calang-calang

dari blog Syafinah Othman (http://001beautifulcrazy.wordpress.com/)

Syafinah sendiri pernah bertugas membuat liputan di Bosnia Herzegovina, Mindanao dan terbaru baru pulang dari Syria kerana menerbitkan dokumentari mengenai peperangan saudara di sana

sebenarnya aku tahu di luar sana ada lebih ramai anak muda seperti Syafinah, malah mungkin lebih baik dari beliau….anak muda yang tinggi keazaman dan inspirasi untuk berjaya dalam karier masing-masing

semoga apa yang aku ceritakan ini akan memberi inspirasi pada kita semua…lupakan persembahan teater tadi, ada banyak lagi yang boleh kita belajar daripada Anugerah Skrin tadi, termasuk apa yang diucapkan oleh Pierre Andre;

tahniah pada yang menang, tahniah pada yang kalah…aku tidur dulu.

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,207 other followers

%d bloggers like this: