Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2012

82499c3850f811e2992f22000a1fb823_7

setiap tahun yang kita lalui pasti ada episod suka duka, sedih pilu dalam diri  masing-masing

bezanya ada yang tahun ini lebih banyak sedih, atau tahun ini lebih banyak happy

yang pasti pabila saja tahun baru menjengah, kita selalu berdoa dan mengharapkan Allah kurniakan apa yang terbaik

secara ringkas tak banyak yang aku kenang dan ingat benda yang berlaku pada 2012 ni walaupun ia baru saja berlalu

cuma 2012 adalah tahun paling bersejarah dalam hidup aku kerana Allah telah memberikan nikmat yang cukup besar iaitu memberi peluang pada aku menjejakkan kaki ke tanah suci, tanah yang dinamakan Mekah dan Madinah

dsc00917

segala kenangan dan catatan ringkas di sana telah aku coretkan dalam entry berjudul Umrah Orang Berdosa, boleh tengok arkib di bulan Jun dan Julai 2012, dekat 45 siri rasanya

terima kasih pada semua yang membantu merealisasikan impian tersebut, hanya Allah dapat balas jasa korang…InsyaAllah aku tak lupa wajah-wajah itu

terima kasih bro Azhar, Roy, Haji Arshad dan semuanya

begitu juga pembaca-pembaca blog ini (byk kalau nak disenaraikan satu persatu) – termasuk silent reader – yang tak jemu2 bagi semangat dan galakan untuk aku terus menulis

semoga 2013 menjanjikan sesuatu yang lebih tenang dan membahagiakan, untuk aku, untuk korang, untuk kita semua.

AMIN YA ALLAH.

Read Full Post »

fantasy

kerajaan baru-baru ini menyatakan hasratnya untuk mendapatkan guru dari India untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah negara ini

aku tak taulah apa kayu ukur yang digunakan tetapi bagi aku – its a big NO-NO!

cukuplah dengan budaya percakapan MANGLISH (Malaysia English) yang sekarang ni punya banyak digunakan di negara kita, aku tak sanggup pulak lepas ni nak dengar loghat TAMISH (Tamil English)

sebenarnya tidak ada sentimen perkauman dalam hal ini, bagi aku antara kelebihan orang India adalah penguasaan bahasa Inggeris yang cukup bagus, kekadang kita tengok depa ni mai dari estet pun tapi bila bab speaking, memang keles!

cuma bagi aku mempelajari bahasa Inggeris bukan setakat menguasai ‘grammar’ dan ‘vocabulary’ semata-mata, ia lebih pada itu

antara perkara yang paling penting adalah SEBUTAN sesuatu perkataan, atau kita panggil ‘pronunciation’

aku nak kongsi pengalaman aku sikit

227326_11291938049_3131_n

masa di bangku sekolah dulu, aku sangat bertuah kerana dapat mempelajari Bahasa Inggeris daripada guru dari England sendiri

aku masih ingat namanya…Mr. George

masa tu aku bersekolah di Sekolah Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu

2455379189_4dc2c5fe6d

Mr. George dan isterinya, kedua-dua dari Yorkshire, England, mengajar kami segala-galanya mengenai bahasa ini tetapi antara benda yang PALING DITEKANKAN beliau adalah bab ‘pronunciation’ tadi

bayangkan, majoriti daripada kami yang pekat dengan loghat Terengganu tiba-tiba diminta bercakap dalam bahasa Inggeris dengan telor British, pergh!

itu lebih 20 tahun, tetapi walaupun tak berabuk mana penguasaan Bahasa Inggeris ku sekarang, sekurang-kurangnya banyak benda yang Mr. George ajar masih ‘melekat’ dalam fikiranku hingga ke hari ini

antara teknik yang Mr. George ajar adalah mendengar dan menyebut perkataan itu secara berulang-ulang, sampai tersembur abis baik air liur dia, maupun air liur kami!

berbalik pada pengambilan guru pada India ni, bayangkan betapa ‘harunya’ anak-anak kita nanti bila bahasa Inggeris mereka ‘bergulung-gulung’ sebutannya, kalau cikgu India dari Malaysia OK lagi, ini cikgu India yang Madras mari tau!

citer banyak tak guna…bayangkan kalau anak kita diajar lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star’ oleh cikgu dari India…nak tahu macam mana? nak tahu macam mana? tengok jelah klip bawah ni hahahahahaha

Read Full Post »

379452_10151308606808050_606671979_n

semalam aku ke Seremban bagi menghadiri seorang lagi anak saudaraku melangsungkan perkahwinannya

di kesempatan itu dapatlah berbual panjang dengan adik-beradik, sanak saudara yang jauh dan dekat

banyak topik yang kami bualkan tetapi yang paling hangat adalah lepas seorang, seorang rupanya sudah dan bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke luar negara

sebelum ini abang iparku bertugas di Mozambique, bahkan lama sebelum itu seorang lagi abang ipar dan kakakku dah berhijrah ke Jeddah, Arab Saudi

dah nak masuk umur pencen barulah masing-masing pulang ke tanah air

sekarang ini seorang anak saudaraku berada di Paris dan terbaru, abang aku, Zainal pula bakal berhijrah ke Turkeministan bulan depan

Zainal sebelum ini pernah bertugas di Sudan

itu belum campur rakan-rakan baik aku yang bersepah di luar negara demi mencari rezeki di bumi Allah ini

sebenarnya nampak macam seronok kerja di luar negara tetapi aku pasti tak banyak sikit pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa mereka tempuh

sedangkan kita yang duduk di tanah air sendiripun macam-macam kerenah yang terpaksa kita hadapi apatah lagi di bumi yang segala-galanya asing itu

yang pasti aku cukup kagum dengan mereka kerana sanggup mengambil risiko untuk bekerja di negara orang

bukan mudah tetapi aku percaya pasti ada kemanisan di sebalik kesukaran yang mereka lalui

yang pasti Islam sendiri menggalakkan kita berhijrah, sama ada secara fizikal maupun spiritual

aku sendiri dari dahulu memasang niat untuk mencari rezeki di luar negara dan niat itu tak pernah padam

perancangannya sudah ada cuma perlaksanaannya saja belum lagi

mungkinkah 2013 menjanjikan sesuatu?

biarlah ia menjadi misteri…suatu hari nanti kalau blog aku ni ‘lain macam’ je bunyi jalan ceritanya maknanya aku dah masuklah ke fasa itu

apapun biar di mana aku berdiri, di mana aku bertapak…aku pasti akan kembali ke sini kerana inilah bumi tempat tumpah darah, inilah bumi yang paling bertuah

hujan emas di bumi orang, hujan batu di bumi sendiri…Wallahualam.

Read Full Post »

ke_01.2

semenjak dua menjak ni cerita Durian Crepe atau lidah Melayunya bunyi ‘krip’ ni kecoh habis satu Malaya

FB aku pun penuh dengan cerita kuih ni, yang dok promosi Durian Crepe ni jangan citerlah

yang pelik tu, sejak dua menjak ni je dok dengar pasal Durian Crepe ni, dulu takde pulak dengar pasal benda tu

yang aku tau Crepe ni macam benda bergulung, ala macam ketayap ngan popiah le

Crepe ni kat tempat Mat Salleh selalunya diisi dengan gula halus, cip coklat, krim vanila, keju, sayur-sayuran, daging atau telur

selidik punya selidik, Durian Crepe ni lebih kurangler bentuknya cuma kulitnya nipis manakala isi dalamnya akan dilapiskan dengan krim whipping dan juga isi durian

owh gitu, baguslah, nampaknya isi durian dah dipelbagaikan…takdelah hanya berkisar kat bubur ngan pulut je

tapi ceritalah macam mana sedap pun, macam mana menggiurkan pun, hakikatnya aku memang tak makan

mana taknya, benda paling asas iaitu durian ni sendiri pun memang aku tak makan dari azali

ramai orang kata aku rugi sebab tak reti makan durian, hilang nikmat dunialah dan macam-macam lagilah

tapi nak wat camne, lidah ngan tekak dah memang takleh masuk

CUMA, jangan sesekali offer aku  ‘artocarpus integer’….atau kiter panggail CEMPEDAK, baik yang mentah maupun yang goreng

Cempedak

aku memang HANTU CEMPEDAK! pantang aku dengar kat mana dusun cempedak yang buahnya sedap, confirm aku sampai!

kalau ada mana-mana orang yang teringin nak cipta resepi CEMPEDAK CREPE bagitaulah, confirm akulah customer pertama diaorang hehehe

tapi yg sedih sikit cempedak ni ada musimnya…bagus jugaklah, kalau tak satu hal siang malam aku dok bedal cempedak, sampai kentut pun bau cempedak, pergh!!!

Read Full Post »

4478901737

cuti umum Krismas semalam aku lepak sekejap dengan rakan-rakan lama aku

banyak benda yang dibincang dan diperbualkan, masa tu dah nak pukul 5 petang

tiba-tiba salah seorang rakanku, Shuhib mengeluarkan topik mengenai nasi kandar Penang

” Lama pulak tak rasa nasi kandar Penang, daripada kita berbual kat sini apa kata kita drive gi Penang, lepas ‘soru’ kita baliklah KL semula,” katanya

kami kemudian berpandangan sama sendiri, tetiba kesemua empat orang kami dengan spontan menjawab: CHANTEKK!!!

dua lagi rakan, Nazir ngan Pak Khalid pun nampak dah teruja

aku pun tanpa citer banyak, terus sambar kunci BMW hitam Shuhib dah terus start kereta

541812_10151301621313050_686834522_n

kami hanya berhenti sekejap di Tapah sebelum sampai di terminal ferri Butterworth kira-kira jam 9 malam

memandangkan masing-masing dah kelaparan, kami tak citer banyak terus menuju ke Nasi Kandar Line Clear yang terkenal satu Malaysia tu

7224927016_3bc01a9379_b

actually ada banyak kedai nasi kandar yang sedap di Penang ni, tapi sebab semua dah ‘kebulur’, kami terus ke situ sajalah, dekat dengan town so senang nak cari

473899_10151301745213050_1234277774_o

seperti biasa, orang dah berbaris panjang di Line Clear, bila tiba je giliran kami berempat, kami tibai cukup-cukup hahahah

165005_10151301756553050_1371910378_n (1)

kari, udang, telur, bendi semuanya sekali hentam, glurppppp!!! Alhamdulillah

lepas mentekedarah di Line Clear, kami terus ke Hard Rock Cafe, Batu Feringghi

473796_10151301982543050_92530761_o

rehat jap layan live band, kemudian masing-masing pekena capuchino sorang segelas

tepat jam 1.30 pagi, kami bertolak semula ke Kuala Lumpur dan sampai di perumahan kami kat Damansara ni kira-kira pukul 5 pagi!

inilah kerja gila yang tak pernah aku dan kengkawan aku buat…dari KL pergi Penang kemudian patah balik semata-mata sepinggan nasi kandar

sempoyyyyyyy……

Read Full Post »

Bekas Presiden Parti Gerakan Malaysia Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Country Resort di sini pada 4.45 petang semalam

LKY500_0054

kalau sejarah politik Malaysia boleh ditulis, aku akan cakap sejak Merdeka kita hanya ada tiga pemimpin yang akan dikenang antara pemimpin yang paling paling kelakar dan boleh buat ‘lawak kering’ walaupun dalam iklim politik penuh dengan ketegangan dan tidak menentu

mereka adalah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Samy Vellu dan Keng Yaik semestinya

di kalangan kami rakan-rakan wartawan, Keng Yaik dikenali sebagai Menteri ‘air liur’

bukan bermaksud dia ni cuma Menteri yang pandai berjanji tapi hampeh, bukan begitu

tapi memang Menteri air liur dalam erti kata yang sebenarnya…ini kerana air liurnya sering TERSEMBUR bila bercakap atau berucap

yang best tu, dia sendiri pun sedar benda tu

sebab itu setiap kali bila ada sidang akhbar, dia boleh tahu sama ada wartawan yang ada depannya itu wartawan baru ataupun wartawan senior

” You mesti reporter baru sebab ‘berani’ duduk depan saya, reporter lama mesti mau duduk jauh punya,”

itulah ayat yang sering dia sebut sampai kami boleh ingat sampai ke hari ini

Keng Yaik juga seorang menteri yang kuat merokok, jadi sebelum sidang akhbar bermula, siaplah kita ‘makan’ asap yang keluar dari mulutnya

” Orang TV jangan rekod (rakam) dulu, saya mau smoking, lepas habis smoking boleh tangkap gambar,” katanya dalam pelat Cina yang agak pekat sambil tersengih

dalam bab buat lawak, selain Samy Vellu, Keng Yaik memang CHAMPION wa cakap lu

kalau sidang akhbar tu takde orang gelak, maknanya bukan Keng Yaik lah kan

aku nak kongsi satu kisah benar lepas Barisan Nasional kalah teruk pilihan raya ke 12 dulu

masa tu Tan Sri Koh Tsu Koon dah nak letak jawatan sebagai pemangku Presiden Gerakan atas alasan bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut

tapi Keng Yaik tak bagi…tau dia kata apa kat reporter?

“Saya beritahu Tsu Koon supaya diam dan teruskan.Saya bersarapan dengan beliau hari ini. Berenang bersama beliau. Cuma saya tak tidur dengan beliau. Itu dengan isteri saya sajalah,” katanya yang sempat wat lawak masa tengah tension tu

pada hari terakhir beliau memegang jawatan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi , ramai reporter pergi serbu pejabat dia

maklumlah, dia di antara menteri paling lama pegang jawatan, so dah tentu para wartawan nak tahu perasaannya

Keng Yaik jawab mudah je;

“Bye bye. Lepas ni, kamu tak akan lagi dapat air daripada saya,” katanya sambil ketawa

walaupun aku wartawan jenayah, tapi sempat jugalah kena hantar membuat liputan sidang akhbar beliau kalau ada function yang berkaitan dengan jenayah cyber, internet dan sebagainya…masa tu dia Menteri yang jaga komunikasi dan multimedia ini

ada sekali tu asignment di Hotel Hilton…ramai reporter tanya dia pasal lesen 3G yang ketika itu baru lagi kat negara ini

cara dia jawab soalan ‘provokatif’ tu akan aku kenang sampai bila-bila

” Apa sibuk-sibuk 3G sana, 3G sini…itu handphone you guna untuk call dengan jawab call sudahlah, apa pasal mau ada videolah, mau tengok kawan lu punya mukalah, haiyyyyaaaaaa!!!,”

itulah Keng Yaik, yang sentiasa menceriakan kami para wartawan dengan lawak-lawak keringnya

yang pasti, jasanya pada negara bukan kecil…selamat jalan Tun, yes we will miss u…….

SAK: Hari ini juga menyaksikan kami kehilangan seorang wartawan muda, Azim Shahrudin (wartawan Harian Metro) akibat komplikasi paru-paru di PPUM. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

 

Read Full Post »

ni lah mamat yg bernama Putera Alwaleed itu

ni lah mamat yg bernama Putera Alwaleed itu

kira-kira 10 tahun lepas, satu kajian menunjukkan jika harta kekayaan tujuh orang yang paling kaya di dunia diagih-agihkan kepada seluruh umat manusia, kemiskinan akan terhapus dari muka bumi ini!

menurut majalah Forbes yang setiap tahun mengeluarkan senarai orang-orang yang terkaya di dunia, jumlah kekayaan mereka ketika itu ialah AS$204.8 bilion (RM737.28 bilion)

baik itu kajian tahun 2003, bayangkan kekayaan yang mereka miliki sekarang?

dan sebab dah terlalu super duper kaya, mereka mula berbelanja tak ingat dunia

antaranya hartawan Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal Alsaud

untuk pengetahuan korang, Alwaleed yang juga anak saudara kepada pemimpin Saudi, Raja Abdullah dan antara orang terkaya di dunia

mamat ni memang stylo!

Alwaleed memiliki pegangan dalam Citibank, Twitter dan News Corporation milik Rupert Murdoch, dan beliau disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang ke-29 terkaya di dunia dengan aset bersih bernilai AS$18 bilion (RM55.8 bilion)

terbaru nak tau apa dia buat…dia bantai tempah jet peribadi jenis A380 yang paling besar di dunia sekarang ni!

MBB1f03e1_airbus

jet itu dilaporkan akan diserahkan kepada jutawan itu menjelang tahun baharu 2013

beliau menempah jet berharga kira-kira 240 juta pound (RM1.1 bilion) itu tiga tahun lalu

pesawat Airbus A380 itu telah diubah suai oleh sebuah syarikat hiasan dalaman, Design Q

ia sekali gus menambah aset mewah kepunyaan Alwaleed, selain kapal layar mewah yang digunakan dalam filem James Bond serta pesawat Boeing 747 dan Airbus 321

pesawat tersebut dilengkapi dewan mesyuarat dan dewan konsert, bilik mandi ala Turki serta ruang solat yang mempunyai lantai automatik yang bergerak mengikut arah kiblat

pesawat dua tingkat itu mampu memuatkan seramai 800 penumpang serta menempatkan ruang garaj kereta Rolls-Royce milik Putera Alwaleed

tetamu juga boleh melihat pemandangan di bawah pesawat setelah dinding dan lantai pesawat diubah menjadi skrin gergasi

jurucakap Airbus berkata, Putera Alwaleed merupakan individu pertama membeli pesawat mewah itu

jom kita tengok pesawat yang dia tempah itu, then korang nilai sendirilah…

Saudi Prince Alwaleed bin Talal

Saudi Prince Alwaleed bin Talal

A3805

article-1190780-053533AA000005DC-991_964x526

dan last sekali yang ini, walaupun takde kena mengena tapi aku nak tunjuk jugak

.

.

.

bini dia, Puteri Ameerah

bini dia, Puteri Ameerah

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 292 other followers

%d bloggers like this: