Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2013

InsyaAllah bila saya kembali saya akan update blog ini…doakan saya pergi dan pulang ye.

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul…Dialah pemimpin agung kita, selawat dan salam buat Baginda Rasulullah…

dsc00771

 

* penulis di makam Baginda di Masjidil Nabawi, Madinah beberapa bulan lalu

Read Full Post »

 

Picture_006

Berdasarkan kedudukannya sebagai bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) Allahyarham Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid layak diberikan tawaran memegang pelbagai jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta. Keupayaannya terbukti apabila Salleh berjaya menyerap cabaran di peringkat awal penubuhan BSKL pada 1980-an. Semua cabaran ini bukanlah mudah di atasi jika tanpa perancangan dan strategi yang rapi. Sesungguhnya BSKL cukup gah pada zaman Salleh Majid.

 

Senang cakap, Salleh juga boleh membolot kekayaan jika beliau mahu, tetapi beliau tidak berminat. Lelaki bertubuh tinggi dan kurus itu ada prinsip hidupnya tersendiri. Prinsip dan semangatnya mengatasi kepentingan untuk mengaut kekayaan peribadi. Oleh sebab itu, kehidupannya selepas tamat berkhidmat di BSKL Salleh cukup sekadar sebagi pesara biasa. Beliau bebas melakukan mengikut kehendak hatinya.

 

Banyak syarikat besar yang mempelawanya menjadi pengerusi syarikat, tetapi ditolaknya. Salleh tidak mahu “diperkudakan”. Beliau sendiri kecewa melihat banyak bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersara menjadi boneka orang lain. Menjadi pengerusi syarikat, tetapi hanya menjadi alat semata-mata untuk dapat kontrak kerajaan.

- petikan Dewan Masyarakat Feb. 2012

PAGI tadi sempurnalah pelancaran buku bertajuk ‘101 Saranan Salleh’ yang menghimpunkan artikel tulisan arwah

buku tersebut mengandungi 101 artikel Mohd. Salleh yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia dari tahun 2009 hingga 2011.

ia memuatkan pandangan dan komen arwah terhadap isu-isu ekonomi dan kewangan konvensional dan Islam, saham amanah, kesan gejala ekonomi terhadap masyarakat, sikap orang Melayu berhubung aktiviti ekonomi dan kewangan serta perkembangan bursa saham dan amanah saham

pada yang ingin mendalami dan suka subjek keusahawan, bagi aku inilah buku yang WAJIB BELI kerana arwah Salleh bukanlah calang-calang orang

secara peribadi, aku meminati tulisan Salleh ini sejak dibangku sekolah lagi

walaupun aku bukanlah di kalangan mereka yang ‘celik ekonomi’, belajar ekonomi pun hanya peringkat ‘basic’ masa sekolah dulu, tetapi arwah berjaya menulis dengan bahasa yang paling mudah sehinggakan kita yang tak tau apa kejadah pasal dunia kewangan pun boleh menghadamnya dengan senang sekali

itulah kelebihan Salleh

bagi aku beliaulah genius Melayu dalam bidang ekonomi, seorang pejuang bangsa dalam skopnya

memang betul, walaupun mempunyai kemampuan untuk kaya raya, arwah memilih menghambakan dirinya untuk hidup sederhana tetapi ‘berkat’

arwah lebih suka menulis, mengajar dan mencurahkan pengalaman dan kepandaiannya dalam bidang ekonomi kepada bangsa serta rakyat Malaysia daripada sibuk mengira ‘ringgit and cents’  sehingga ke akhir hayat

yum_1770-copy

atas sebab itu, sewaktu meninggal dunia tempoh hari, aku yang ketika itu masih dalam rawatan, sanggup ke rumah ibunya di Hulu Kelang untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada Allahyarham, klik DI SINI

aku juga sebelum ini pernah menulis mengenai arwah, klik DI SINI

kalau korang masih tak dapat ‘nak tangkap’ apa yang aku maksudkan, belilah buku ‘101 Saranan Salleh’ itu…pasti korang akan temu jawapannya.

508502d0edbd3_101_saranan_salleh-salleh_majid_(_rm_45.00_)

Al-Fatihah Datuk Mohd. Salleh Abd. Majid.

 

 

Read Full Post »

jangan hina agama saya!

pendidikan-agama-islam

pada hari ini, dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan…saya merayu kepada semua, dari penyokong kepada penentang, dari akar umbi kepada pemimpin, dari NGO kepada parti politik

sama ada Pakatan Rakyat maupun Barisan Nasional (BN), sama ada perayu maupun mereka yang bersimpati, sama ada atas pagar ataupun yang enggan ambil peduli

tak lama lagi kita akan berhadapan dengan satu pilihan raya yang cukup sengit, cukup getir dalam sejarah kemerdekaan negara

semuanya akan bermatian berusaha kekal atau merampas Putrajaya dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada

namun saya berharap sangat, dalam apa taktik, strategi dan perkiraan…TOLONG JANGAN DISENTUH SENSITIVITI AGAMA

agama, waima Islam, Budha, Kristian atau apa saja, bukan barang dagangan atau komoditi yang boleh dijual beli, yang boleh dijadikan alat untuk memancing undi

agama terlalu suci sifatnya bagi para pengikut

parti dan pemimpin boleh datang dan pergi tetapi agama tak mungkin, ia akan kekal sebagai panduan dan harta paling berharga bagi setiap insan di dunia

niat tidak menghalalkan cara…niat untuk berkuasa bukan bermakna kita boleh memanipulasikan atau menggunakan agama mengikut acuan dan selera kita

Islam dan politik, sebagai contoh, tidak boleh dipisahkan – tetapi pada masa yang sama, ia tidak boleh diperkuda serta  diperkotak-katikkan

tidak salah untuk memperjuangkan Islam melalui medium politik namun jangan sewenang-wenang mengelirukan para pengikut hanya kerana tamakkan kuasa atau kertas undi yang berharga itu

kalau perlu pertahan, pertahanlah walau dengan darah dan airmata…kalau dibolehkan bertolak-ansur, bertolak-ansurlah, kalau dibolehkan kompromi, kompromilah

kita ada Al-Quran, kita ada hadis…ini panduan kita, ia merangkumi semua aspek tanpa perlu ‘mazhab baru’ yang belum tentu selari dengan kemahuan agama Islam itu sendiri

Insha Allah…kalau betul niat, gaya dan cara, kemenangan pasti memihak kepada kita

itu janji Allah kepada mereka yang ikhlas dan bersabar, Wallahualam….

SYAHRIL A. KADIR, Petaling Jaya.

Read Full Post »

POLITIK

quote-politicians-are-the-same-all-over-they-promise-to-build-a-bridge-even-where-there-is-no-river-nikita-khrushchev-243835

Read Full Post »

TUN NIASPULAU NIAS, Sumatera, Indonesia – Adik Mahathir Mohamad yang kematian ibu bapa sejak kecil akan ke Malaysia dan tinggal di Asrama Anak-Anak Yatim Yayasan Al Bukhari di Alor Star. Dia akan bersekolah di sana atas biaya yayasan tersebut sehingga berusia 18 tahun seperti dihasratkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali bersama anak-anak yatim di tempat baru dan dalam suasana yang berbeza dengan tempat lahirnya di Nias.

Mahathir diiringi oleh pengasuh panti asuhan Al-Wasliyah dan Mohd. Norlizan Ali, pegawai tadbir Impian Mulia Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat    Yayasan Bukhary yang terlibat dalam menguruskan kebajikan termasuk anak-anak yatim dan warga emas.

Mengikut jadual, Mahathir akan berlepas ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang dari Medan esok (Isnin) selepas segala urusan membuat visa dan dokumen perjalanannya selesai.

Selain terharu kerana terpaksa meninggalkan kawannya di Panti Asuhan Al-Wasliyah, Mahathir juga berasa sedih kerana mendapat khabar idolanya Dr. Mahathir sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Menurut Pimpinan Panti Asuhan Al-Wasliyah, Yuharmon Harefa, Mahathir dan bersama 36 rakannya mendoakan agar bekas Perdana Menteri cepat sembuh.

” Tun Mahathir telah banyak membantu kami untuk membangunkan panti asuhan selain memberikan perhatian khusus kepada Mahathir.

” Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang masih menghulurkan sumbangan bukan sahaja kepada panti asuhan tetapi juga kepada mangsa gempa bumi di Nias,” katanya.

” Semalam kami masih menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Utusan Malaysia yang disampaikan oleh Datuk Ahmad Talib selaku Pengerusi Media Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,” kata Yuharmon.

Bekas Perdana Menteri mempunyai hubungan istimewa dengan anak-anak yatim dari Nias setelah dipertemukan di Kuala Lumpur selepas bencana gempa bumi berkekuatan 8.7 skala Richter yang mengorbankan lebih 800 jiwa penduduk serta memusnah puluhan buah rumah.

Mei lalu, Dr. Mahathir dan isteri melawat anak-anak yatim di Panti Asuhan Al-Wasliyah Mahathir bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta menyampaikan bantuan.

Demikian dekatnya bekas Perdana Menteri dengan Mahathir, anak-anak yatim panti asuhan dan penduduk Nias.

Anak yatim itu diberi nama Mahathir oleh ketua kampung selepas ibu bapanya meninggal dan diletakkan di bawah penjagaan panti asuhan itu sejak kecil.

Kisahnya bermula apabila bekas wartawan Utusan Malaysia, Syahril Abdul Kadir bersama jurugambar secara kebetulan bertemu anak yatim yang memiliki nama dan bin yang sama dengan bekas Perdana Menteri di sebuah panti asuhan ketika membuat liputan gempa bumi di Nias.

Kanak-kanak itu diberi nama Mahathir Mohamad oleh bapa angkatnya kerana kagum dengan Dr. Mahathir.

Dari situ bermulanya ‘hubungan simbolik’ yang menjalinkan Mahathir dan Dr. Mahathir, antara Nias dan Kuala Lumpur dan antara rakyat Malaysia dengan penduduk Nias.

Musibah yang melanda penduduk Nias menarik simpati rakyat Malaysia, UMNO dan berbagai pertubuhan sukarela untuk menghulurkan bantuan wang ringgit, keperluan makanan, pakaian selain misi bantuan kemanusiaan di kepulauan yang tidak begitu dikenali sebelum gempa itu berlaku.

Namun bagi anak yatim bernama Mahathir itu kini merasakan dirinya tidak lagi seperti anak yatim kerana mendapat perhatian istimewa daripada bekas Perdana Menteri, rakyat Malaysia dan Utusan Malaysia.

* artikel ini ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia, Sopha Sulaiman pada 7 Oktober 2007

————————————————————————————————————————

itu kisah kira-kira enam tahun lalu

persahabatan aku dengan Pak Harefa bukan sekadar seorang rakan, malah lebih jauh dari itu

ab90.0

sebab itu setiap kali bila aku ke Indonesia, aku pasti akan menghubungi dia dan sekiranya aku berada di Sumatera, walau sejauh mana sekali pun, walau terpaksa menaiki bot yang berbelas jam lamanya dari Pulau Nias, dia tetap akan mencariku

bila kami berjumpa, dia akan memelukku dengan erat

walau lebih tiga tahun tidak bertemu, dia tidak akan lupa menelefon bertanya khabar walaupun dia pernah berkata;

” Sekali saya menelefon Pak Syahril dari Indonesia, sehari duit gaji habis,” katanya sambil ketawa

dan hari ini aku menelefon Pak Harefa setelah aku lihat ada lebih 10 missed call dari telefon bimbitnya

” Pak Syahril…maaf, ini isteri Pak Harefa, dia meninggal dunia kelmarin,” katanya perlahan….

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Read Full Post »

75053_10151168357621167_956041453_n

bagi aku melodi yang indah itu sangat subjektif sifatnya…tak semestinya melankolik, mendayu-dayu, tak semestinya juga melalak dan menjerit-jerit

namun lately ni aku tengok pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) semangat lenyap dan hilang tradisi itu

dalam kesemua lagu ‘terbaik’ yang dapat melangkah ke peringat akhir, boleh kira dengan jari lagu yang menepati ciri-ciri tersebut

mungkin bunyi ayat aku ni keterlaluan, terutama aku bukanlah ‘ah-lil-muzik’ tetapi itulah yang aku rasa, dan aku rasa aku tidak keseorangan

kalau direnung sejarah final AJL, aku dapat rasakan kualiti lagu yang berjaya ke peringkat akhir semakin ‘sunyi’ dari irama yang menarik, lirik yang puitis dan susunan muzik yang memukau

kalau ada pun yang menarik hanyalah pentas, konsep, mutu cahaya dan bunyi (light and sound) yang dipersembahkan oleh tenaga produksi, selain itu rasanya ia ‘biasa-biasa’ sahaja

apapun tahniah kepada mutu kerja pihak yang terlibat dalam ‘mewarnakan’ AJL, menjadikannya terus seronok untuk ditonton dan prestij dalam dunia seni hiburan kita…bukan mudah, kudos to TV3

tapi ingatlah, itu cuma kosmetik, yang kita hendak cari dalam AJL adalah lagu yang terbaik…mungkin definisi lagu terbaik bagi aku BERBEZA daripada definisi lagu terbaik di telinga orang lain dan ‘ah-lil muzik’ semestinya

ya, mungkin juga aku makin tua, telinga makin kurang derianya, makin ketinggalan memahami lagu, minat dan inspirasi anak muda…mungkin juga.

SAK: Penutup AJL semalam bila ‘otai-otai’ rock mempersembahkan lagu ‘evergreen’ mereka membuatkan mulut aku pun terikut sama…aaarrgghhhh, ni yang nak pi karaoke jamban nih!

Read Full Post »

filem DARAH SATRIA

darah-satria

pada tahun 1983, aku masih kecil tetapi suatu hari arwah abah telah membawa aku pergi ke sebuah panggung wayang bernama DALIT yang terletak di Komtar, Pulau Pinang

memang aku waktu itu agak ‘blur’, kerana arwah jarang berbuat demikian..rupanya dia membawa aku menonton sebuah filem berjudul Darah Satria

rupanya tontonan aku tidak terhenti di panggung wayang DALIT, sehingga kini, walaupun menerusi YouTube, aku tidak pernah bosan menonton filem itu walaupun dah berpuluh tahun usianya

darah-satria

tiada apa yang istimewa tentang filem arahan Datuk Aziz Sattar itu kecuali satu…IA MEMBAWA PENGARUH BESAR KEPADAKU KERANA IA MENGAJAR KISAH SUKA DUKA PASUKAN KESELAMATAN KITA DALAM MEMERANGI MUSUH DAN PETUALANG YANG BERNAMA KOMUNIS!

menariknya tentang filem Darah Satria, ia tidak menggunakan peralatan canggih, CGI dan macam-macam efek seperti filem sekarang, tetapi ia sudah cukup untuk memperlihatkan kepada kita, atau setidak-tidaknya, memberi gambaran bagaimana kehidupan seorang anggota tentera dan cabaran suka duka yang mereka lalui dalam perjuangan mereka

filem ini juga  ada unsur cinta yang melankolik dan jenaka, tetapi ia tidak sedikit pun mencacatkan objektifnya sebagai sebuah filem ketenteraan dan filem patriotik yang terunggul di zamannya

aku bukan seorang pengkritik filem atau terdidik dalam disiplin sinematografi…tetapi apa yang aku lihat dalam Darah Satria sudah cukup untuk memberitahu yang keamanan yang kita kecapi sekarang…TERLALU MAHAL HARGANYA!

 

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,194 other followers

%d bloggers like this: