aku merasa sebak pagi ini apabila dimaklumkan pahlwan negara, Datuk Temenggung Kanang anak Langkau meninggal dunia pagi tadi dalam usia 65 tahun akibat serangan jantung
pada mereka yang tidak tahu siapa insan ini, Kanang adalah bekas anggota tentera Rejimen Renjer Diraja yang tubuhnya hampir musnah dirobek peluru komunis namun semangat juang yang tinggi menyaksikan bagaimana dia bangun daripada rebah dan kembali berjuang hingga beberapa anggota komunis mati ditangannya yang berlumuran darah!
KETIKA bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempur dengan segerombolan pengganas komunis di Perak tahun 1980, Kanang ditembak tiga kali berturut-turut oleh pihak musuh.
Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya. Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya.
Kanang yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, sementara menanti bantuan tiba, cekal menggagahkan dirinya memapah seorang anggota bawahannya dari menjadi mangsa tembakan menggila komunis.
“Akibat tembakan itu saya terpaksa dirawat selama setahun,” katanya.
Anugerah tertinggi Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) diterimanya hasil pertempuran dengan komunis di Perak, Februari 1980.
Setahun sebelumnya beliau menerima pengurniaan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberaniannya menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.
” In the ensuing fire fight, he brought down one communist but took three enemy bullets on himself, one nearly splitting his stomach open.
He poured salt on where the bullet had entered and exited his abdomen and tied his shirt around it to prevent his intestines from spilling out. He then administered a shot of morphine into his arm and another to a ranger injured by an undetected booby trap which had exploded nearby.With his pain lessened Kanang continued firing on the enemy until the rest of his company came to his rescue.- General (R) Datuk Seri Zaini Mohd Said
selamat jalan perwiraku!




Pingback: walau perut dirobek peluru namun lawan tetap lawan…itulah Kanang anak Langkau |
Selamat bersemadi buat seorang pahlawan…
Takziah… Masa saya Tingkatan 2 (1991), ada baca buku kisah Kanang Anak Langkau pemberian bapa saya… Sangat berbangga punyai perwira seperti beliau..
May His Soul Rest In Peace..Jasamu tetap dikenang..Idup Iban!
dulu masa form 4 atau 5 ada novel komsas Kanang anak langkau… skrg x sure sama ada digunakan lg atau x…
Jasa dan pengorbanan beliau mengharumkan nama negara
pejuang sejati sukar dicari ganti
Rip pahlawan Negara jasa mu di kenang
jasamu dikenang sebagai seorang pejuang
Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau.
Pahlawan negara yang banyak berjasa demi keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia. Jasa yang tidak ada tolok tandingan. Pergorbananmu tetap dikenang sampai bila bila. Harimau mati meninggalkan belang, Kanang mati tinggalkan jasa.. bersemadilah pahlawan negara. Negara ini sudah terlalu banyak terhutang budi padamu Pahlawan Kanang.
http://airmata-darah-keringat.blogspot.com
Bersemadilah dengan aman pahlawan negara jasa mu dalam membebas Malaysia dari jajahan amat berharga ..Tanpamu kami mungkin tak kan hidup bebas dari jajahan .
PERGINYA SEORANG LAGENDA PAHLAWAN TERBILANG YANG BERNAUNG DIBAWAH PANJI REJIMEN RENJER DIRAJA,ATM,BUMI KENYALANG DAN TANAH TUMPAHNYA DARAHKU MALAYSIA.PENGORBANAN DAN KEBERANIAN MENDIANG HARUS KITA SEMATKAN DIDADA SEBAGAI WARIS UNTUK MENJAGA TANAH AIR YG TERCINTA INI.SALUTEEE…
PERGINYA SEORANG LAGENDA PAHLAWAN TERBILANG YANG BERNAUNG DIBAWAH PANJI REJIMEN RENJER DIRAJA,ATM,BUMI KENYALANG DAN TANAH TUMPAHNYA DARAHKU MALAYSIA.PENGORBANAN DAN KEBERANIAN MENDIANG HARUS KITA SEMATKAN DIDADA SEBAGAI WARIS UNTUK MENJAGA TANAH AIR YG TERCINTA INI.SALUTEEE…
TAKZIAH KEPAHLAWANNYA DAN KEBERANIAN BELIAU TIDAK PERNAH PUDAR DARI INGATAN KAMI DAN AKAN DIKENANG SAMPAI BILA2 DARI BATALION KE8 REJIMEN RENJER DIRAJA (PARA) KEM TERENDAK UNIT LAMA MENDIANG SLUTE
Last Salute…
Masa aku masuk tentera 1980, dia idola kami, selamat jalan Encik, Dato tetap dalam ingatan kami.(Tabik Hormat dari aku bekas Staf Sarjan KKD ATM)
takziah…. tapi saya rasa sarjan(B)apot(orang asli) dari 69 komando(tracker) lagi hebat…sumpah!
Good By My Hero….RIP….
Good By My Hero….RIP
Selamat bersemadi seri pahlawan negara Datuk Kanang. Saya amat berbangga dengan kegagahan mu dalam pertempuran menentang pengganas komunis seperti semua Anak Malaysia baca dalam artikel mu….. Pengorbanan mu akan tetap kami kenang dan sampaikan pada genenrasi kita yang akan datang…. Agi Idup Agi Ngelaban sigi amai berguna ke semua Bangsa Malaysia….
kanang patut dikenang dgn jasa2 nya ,tak kira la siapa pun yg dulu nya berjuang demi keamanan negara tercinta malaysia ini,zaman kanang ada kominis,tapi zaman skrg sudah tak ada,perjuangan tetap diteruskan juga demi negara bangsa dan agama,siapa pun yg menjadi rakyat malaysia patut berbakti pada negara tak kira siapa???? tentera , polis , bomba ,kastam.tak kira badan2 berunifon dlm malaysia patut berjuang demi negara malaysia tercinta ini,
May his soul rest in peace… – Saya suka gambar yang teratas sekali tu kerana ketika saya bertemu dengan beliau semasa Perbarisan Hari Kebangsaan beliau sudi untuk memberikan pose tersebut…
Sinu meh kami meda pemati pejuang negara, tang tuhan lebih agi sayau ka iya. kami besampi ngambi tuhan nempat ka iya enggau org ti kudus.
salute untuk mendiang
Selamat beserara ngagai bujang berani….”agi idup agi ngalaban”…
Linus ak Ligas. (Sarawak)
Belum ada ganti pergi seorang pejuang tanah air…..
Bujang berani sigi enda mati diujung senapang…………….kanang langkau…
Pulai meh bujang berani ngagai nengeri batang mandai…………..Nuan sigi dikenang nyadika peransang bangsa iban rebak dudi………
SAMA-SAMA MEH KITAI BESAMPI KA AKI KANANG,ARAP KA IA BEJALAI BA MENOA BARU PULAI KA MENOA ASAL KITAI BUKIT SIBAU ENGAU ATI TI LANTANG BETEMU ENGAU BALA KELING,BUNGAI NUING,SIDA LAJAK ORANG KA BEBERITA BANGSA KITAI….LALU MADAH KA PENGIDUP KITAI TI DI DUNYA LALU MERUAN MANTU ANAK UCHU BANGSA…..KEJANG KE JEMAH ILA..OooHaaaa…OooHaaaa…OooHaaa…
SAYA SSJN BERSARA DARI 5 RAMD MENGUCAPKAN TAKZIAH PADA KELUARGA PAHLAWAN DATUK KANANG
Pahlawan Negara Yang Terbilang. Pengorbanan yang tidak ternilai . Penghormatan ini juga dipanjangkan kepada semua anggota pasukan keselamatan yang telah berjuang demi mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta.. sangat-sangat terharu.
Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Mendiang Datuk Temengong Kanang Anak Langkau. RIP Pahlawan Negaraku. Jasamu akan terus dikenang dan akan sentiasa menjadi inspirasi setiap perajurit negara masa kini dan akan datang.