filem DARAH SATRIA

darah-satria

pada tahun 1983, aku masih kecil tetapi suatu hari arwah abah telah membawa aku pergi ke sebuah panggung wayang bernama DALIT yang terletak di Komtar, Pulau Pinang

memang aku waktu itu agak ‘blur’, kerana arwah jarang berbuat demikian..rupanya dia membawa aku menonton sebuah filem berjudul Darah Satria

rupanya tontonan aku tidak terhenti di panggung wayang DALIT, sehingga kini, walaupun menerusi YouTube, aku tidak pernah bosan menonton filem itu walaupun dah berpuluh tahun usianya

darah-satria

tiada apa yang istimewa tentang filem arahan Datuk Aziz Sattar itu kecuali satu…IA MEMBAWA PENGARUH BESAR KEPADAKU KERANA IA MENGAJAR KISAH SUKA DUKA PASUKAN KESELAMATAN KITA DALAM MEMERANGI MUSUH DAN PETUALANG YANG BERNAMA KOMUNIS!

menariknya tentang filem Darah Satria, ia tidak menggunakan peralatan canggih, CGI dan macam-macam efek seperti filem sekarang, tetapi ia sudah cukup untuk memperlihatkan kepada kita, atau setidak-tidaknya, memberi gambaran bagaimana kehidupan seorang anggota tentera dan cabaran suka duka yang mereka lalui dalam perjuangan mereka

filem ini juga  ada unsur cinta yang melankolik dan jenaka, tetapi ia tidak sedikit pun mencacatkan objektifnya sebagai sebuah filem ketenteraan dan filem patriotik yang terunggul di zamannya

aku bukan seorang pengkritik filem atau terdidik dalam disiplin sinematografi…tetapi apa yang aku lihat dalam Darah Satria sudah cukup untuk memberitahu yang keamanan yang kita kecapi sekarang…TERLALU MAHAL HARGANYA!

 

About these ads

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 Responses to filem DARAH SATRIA

  1. dah lama tak tengok filem ni. suka dengan kelako badul time ni heehehe
    dengar lagu pun dah rasa bersemangat!!
    lagi satu filem cerita askar yang ed osmera jadi hero pastu kena jerangkap samar, pastu kudung kaki tu tajuk apa ekk. yg tu pun saya suka!

  2. owh tu prebet lapok tu puan

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s