jangan hina agama saya!

pendidikan-agama-islam

pada hari ini, dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan…saya merayu kepada semua, dari penyokong kepada penentang, dari akar umbi kepada pemimpin, dari NGO kepada parti politik

sama ada Pakatan Rakyat maupun Barisan Nasional (BN), sama ada perayu maupun mereka yang bersimpati, sama ada atas pagar ataupun yang enggan ambil peduli

tak lama lagi kita akan berhadapan dengan satu pilihan raya yang cukup sengit, cukup getir dalam sejarah kemerdekaan negara

semuanya akan bermatian berusaha kekal atau merampas Putrajaya dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada

namun saya berharap sangat, dalam apa taktik, strategi dan perkiraan…TOLONG JANGAN DISENTUH SENSITIVITI AGAMA

agama, waima Islam, Budha, Kristian atau apa saja, bukan barang dagangan atau komoditi yang boleh dijual beli, yang boleh dijadikan alat untuk memancing undi

agama terlalu suci sifatnya bagi para pengikut

parti dan pemimpin boleh datang dan pergi tetapi agama tak mungkin, ia akan kekal sebagai panduan dan harta paling berharga bagi setiap insan di dunia

niat tidak menghalalkan cara…niat untuk berkuasa bukan bermakna kita boleh memanipulasikan atau menggunakan agama mengikut acuan dan selera kita

Islam dan politik, sebagai contoh, tidak boleh dipisahkan – tetapi pada masa yang sama, ia tidak boleh diperkuda serta  diperkotak-katikkan

tidak salah untuk memperjuangkan Islam melalui medium politik namun jangan sewenang-wenang mengelirukan para pengikut hanya kerana tamakkan kuasa atau kertas undi yang berharga itu

kalau perlu pertahan, pertahanlah walau dengan darah dan airmata…kalau dibolehkan bertolak-ansur, bertolak-ansurlah, kalau dibolehkan kompromi, kompromilah

kita ada Al-Quran, kita ada hadis…ini panduan kita, ia merangkumi semua aspek tanpa perlu ‘mazhab baru’ yang belum tentu selari dengan kemahuan agama Islam itu sendiri

Insha Allah…kalau betul niat, gaya dan cara, kemenangan pasti memihak kepada kita

itu janji Allah kepada mereka yang ikhlas dan bersabar, Wallahualam….

SYAHRIL A. KADIR, Petaling Jaya.

About these ads

4 Comments

Filed under Uncategorized

4 Responses to jangan hina agama saya!

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

  2. cg zaki

    sabda rasulullah yang bermaksud: aku tinggalkan dua perkara..sesiapa yang berpegang kepadanya tidak akan sesat selamanya..iaitu al-Quran dan Sunnahku..
    ..persoalannya..
    i..apakah kita berpegang dengan pesanan rasulullah itu..atau
    ii. apakah kita mengikut orang-orang yang berpegang dengan pesanan rasulullah tiu..

  3. j.hariss

    Setuju dgn c. zaki. sendiri pikir la.

  4. Adi

    Saya tak pernah ambik kisah pasal ni, sehingga minggu lepas. Ada kawan saya dari sarawak, pos sesuatu di web facebook.

    “agama sesuatu yang sensitif, jadi berhati-hati lah bila berbicara..”

    “hari ini TV sering mainkan isu agama kristian,hampir tiap hari. Mungkin sebab milage politik, tapi sedarlah kami di sarawak disini juga tersentuh.. jangan main api”

    kita sampai terlupa kawan kita di sarawak..

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s