Berdasarkan kedudukannya sebagai bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) Allahyarham Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid layak diberikan tawaran memegang pelbagai jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta. Keupayaannya terbukti apabila Salleh berjaya menyerap cabaran di peringkat awal penubuhan BSKL pada 1980-an. Semua cabaran ini bukanlah mudah di atasi jika tanpa perancangan dan strategi yang rapi. Sesungguhnya BSKL cukup gah pada zaman Salleh Majid.
Senang cakap, Salleh juga boleh membolot kekayaan jika beliau mahu, tetapi beliau tidak berminat. Lelaki bertubuh tinggi dan kurus itu ada prinsip hidupnya tersendiri. Prinsip dan semangatnya mengatasi kepentingan untuk mengaut kekayaan peribadi. Oleh sebab itu, kehidupannya selepas tamat berkhidmat di BSKL Salleh cukup sekadar sebagi pesara biasa. Beliau bebas melakukan mengikut kehendak hatinya.
Banyak syarikat besar yang mempelawanya menjadi pengerusi syarikat, tetapi ditolaknya. Salleh tidak mahu “diperkudakan”. Beliau sendiri kecewa melihat banyak bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersara menjadi boneka orang lain. Menjadi pengerusi syarikat, tetapi hanya menjadi alat semata-mata untuk dapat kontrak kerajaan.
- petikan Dewan Masyarakat Feb. 2012
PAGI tadi sempurnalah pelancaran buku bertajuk ‘101 Saranan Salleh’ yang menghimpunkan artikel tulisan arwah
buku tersebut mengandungi 101 artikel Mohd. Salleh yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia dari tahun 2009 hingga 2011.
ia memuatkan pandangan dan komen arwah terhadap isu-isu ekonomi dan kewangan konvensional dan Islam, saham amanah, kesan gejala ekonomi terhadap masyarakat, sikap orang Melayu berhubung aktiviti ekonomi dan kewangan serta perkembangan bursa saham dan amanah saham
pada yang ingin mendalami dan suka subjek keusahawan, bagi aku inilah buku yang WAJIB BELI kerana arwah Salleh bukanlah calang-calang orang
secara peribadi, aku meminati tulisan Salleh ini sejak dibangku sekolah lagi
walaupun aku bukanlah di kalangan mereka yang ‘celik ekonomi’, belajar ekonomi pun hanya peringkat ‘basic’ masa sekolah dulu, tetapi arwah berjaya menulis dengan bahasa yang paling mudah sehinggakan kita yang tak tau apa kejadah pasal dunia kewangan pun boleh menghadamnya dengan senang sekali
itulah kelebihan Salleh
bagi aku beliaulah genius Melayu dalam bidang ekonomi, seorang pejuang bangsa dalam skopnya
memang betul, walaupun mempunyai kemampuan untuk kaya raya, arwah memilih menghambakan dirinya untuk hidup sederhana tetapi ‘berkat’
arwah lebih suka menulis, mengajar dan mencurahkan pengalaman dan kepandaiannya dalam bidang ekonomi kepada bangsa serta rakyat Malaysia daripada sibuk mengira ‘ringgit and cents’ sehingga ke akhir hayat
atas sebab itu, sewaktu meninggal dunia tempoh hari, aku yang ketika itu masih dalam rawatan, sanggup ke rumah ibunya di Hulu Kelang untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada Allahyarham, klik DI SINI
aku juga sebelum ini pernah menulis mengenai arwah, klik DI SINI
kalau korang masih tak dapat ‘nak tangkap’ apa yang aku maksudkan, belilah buku ’101 Saranan Salleh’ itu…pasti korang akan temu jawapannya.
Al-Fatihah Datuk Mohd. Salleh Abd. Majid.




Respek Dato Saleh Majid. Dulu saya pinjam buku tulisan dia kat library. Saya belek, isi awesome tapi penulisnya saya tak kenal. Lepas lama tu baru saya tau dia tu ex pengerusi KLSE
Dia tak tulis pun pangkat Dato kat buku tu yang saya baca tu. Low profile betul. Sama cam buku kat atas ni. Kalau orang lain, tentu ambik peluang dan letak title bagai nak rak untuk lariskan buku.
Saya memang meminati arwah dari dulu lagi. Al Fatihah
Terima Kasih Saudara….saya telah memiliki naskah ini…amat meminati nukilan arwah…semoga dicucuri rahmat hendaknya…