Biografiku…

   wupi

 Aku berasal dari Pulau Pinang dan hampir sedekad bergelumang dalam dunia kewartawanan. Memulakan karier sebagai wartawan kadet di Utusan Malaysia sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan wartawan ekesekutif di Meja Jenayah.

Sepanjang tempoh tugasan, aku telah membuat liputan di hampir kesemua negara ASEAN dan beberapa buah negara benua Afrika seperti  Afrika Selatan, Tanzania dan Zimbabwe.

Antara yang tidak dapat aku lupakan adalah sewaktu terlibat dalam membuat berita mengenai peristiwa tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias, Sumatera dan kejadian tanah runtuh di Selatan Leyte, Filipina.

Namun yang paling meninggalkan memori yang terindah adalah sewaktu berjaya melahirkan berita eksklusif temubual dengan pemimpin Al-Qaeda Indonesia, Ustaz Abu Bakar Bashir dan kisah anak yatim dari Pulau Nias, Mahathir Mohamad hingga aku berjaya menemukannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jawatan terakhirku di Utusan Malaysia adalah Penolong Ketua Meja Jenayah sebelum aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke media elektronik dan berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Kandungan Editorial, di sebuah syarikat penerbitan dokumentari tempatan dan antarabangsa

Di sana aku bertanggugjawab mengendalikan dokumentari bercorak penyiasatan, Expose, untuk siaran di saluran Astro Prima.

Kemudian aku sempat bertugas sebagai Penyunting Kanan merangkap Ketua Wartawan (Jenayah/ Laporan Khas / Bongkar)  di akhbar Sinar Harian terbitan Kumpulan Karangkraf sebelum kembali semula ke sebuah syarikat produksi sebagai Penolong Naib Presiden (Editorial).

Kini aku menjalankan khidmat perundingan editorial dan konsultansi secara sepenuh masa.

Selamat bertemu di alam siber! 

61 komen

  • Hmmm. Menarik apa yang diperkata. Teruskan penulisan!

  • updatelah biografi ni…apelah….

  • prjalanan hidup seorg wartawan yg sgt menarik..psti byk pengalamn & pahit maung cabaran spnjang brkarier sbgai penyalur mklumat kpd masyarakat, Syabas!! Truskan usaha anda…

  • tahniah! semoga karier anda berkembang lagi.

  • wow,kagum saya.tahniah!teruskan lagi dengan penulisan yang best2.

  • weeeee… masuk lah yeeeeee lamo menghilang… bila nak pekena teh tarik ekkkk

  • Citer psl kicap-carlberg…..
    Memang benar, keikhlasan dalam menuntut ilmu adalah amat penting dan wajib untuk kehidupan kita dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, hidup pasti tak akan bermatlamat dan orang akan pandang rendah pada kita. Kalau btul la artikel 2 asli, well done tuk student UniMAP coz terus berusaha untuk pencarian proses-proses kimia yang relevan dengan apa yang di pelajari dan dlm matlamat untuk kepentingan serta faedah untuk orang ramai. Mungkin bagi sesiapa yg bukan dlm bidang ini, kurang faham dan tidak tahu langsung (trmasuk saya sendiri) akan proses penghasilan kicap, penisilin, penisilin-G, insulin sama seperti proses Carlsberg. So, apakata kalau informasi2 berguna itu di sebarkan melalui rencana akhbar (cetak atau elektronik). Mungkin ade buku2 ttg proses trsebut tapi xsumer org nak bace buku yg saintifik sebegitu. As a result, gunelah pndekatan media sebagai sumber penyampai maklumat dan mesej supaya masyarakat tidak keliru atau salahtafsir sekaligus bertanggapan negatif terhadap suatu keje yg sbenarnya ikhlas utk di pelajari. Igtlah, sensitivity masyarakat jgn sesekali di jentik! Sehinggalh masyarakat faham dan boleh menerima maklumat yg benar2 sahih dan idealistik

  • hebat… baju pun kalerful sekarang.

  • abg..tukar lah gambar tew..berkurun..perlu kew asik2 gambar di meja jenayah bongkar sinar harian?
    hahaha..kewjiewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwiew

  • Salam,
    Sy mencari kawan lama saya yg dh 15 tahun terputus, dengarnya dia bekerja di Utusan Msia. Kalu kenal ler..

    Namanya Mir. Orang Kuala Kangsar Perak.Graduate dari UKM dan pernah tinggal dikamsis Dato Onn jaafar 1. ditahun sesi 92-93..kalau kenal plz inform me drradzuan@yahoo.com

    terima kasih in advance.

  • Anak Penerokahebat

    hebat….! falsafah hidup yang perlu dikagumi, memang benar…. musuh utama yang perlu diperangi ialah TAKUT…keneranian adalah segala-galanya!

  • Amboi…seriusnya dalam semua hal…apa kata a.syahril ringankan sikit minda dengan selitkan cerita dan topik-topik yang berkaitan dengan pengalaman pula. Btw, your are cool man…

  • halloo kawan… bila mau pekena teh tarik ekkk… lamau talak jumpa looo….. ko dah semakin slim kee semakin montel ekkk…. bagus juga kau punya blog ekk… tak ikut aku buat pendakian merdeka 2008 bermula 1 ogos ini… jom join mee

  • ada tgk kosmo keluaran sabtu lepas … anak aku sambut brithday di puncak kinabalu pada 16 jun lalu… maybee dia akan sambut brithday ke 10 tahun atau 12 tahun di puncak everest plak ekkk…. angan-angan aku ajo tuu… tapi kalau tanya dia mau ajo…. apa pun segala perkembagan semua ada dalam blog…oleh itu tgk-tgk lah blog kawan mu ini http://pensolo.blogspot.com

  • Steady la mamuuuu…ini mcm kalu tak la aku malu nak mengaku hang orang Penang, pasai la nie ada sorang brader kita dari Penang tue sudah bikin aku malu la…dia tue la yang menjadi tukang tender resignation letter terlama 2 tahun di dunia….apapun, aku bangga ngan hang dan semoga hang teruih menulis selama hayat nasi briyani Hammediah dan nasi kandar LineClear

  • salam..

    ingat saya lagi ker? saya dah jad badan bebas dan sekrng ni tgh tunggu offer kat sinar hrian yang nak bukak kat sungai siput (kawasan yang berjaya diputihkan selepas diklorok samy vellu tu).. ad org dlm ker? tolong ler rekemen …thanx

  • putu rasa.. hidup sebagai wartawan le memenatkan..
    tapi enjoy jugak kan?

    p/s..kita bukan cikgu le…

  • best bace blow wartawan nih…

    zaman cyber katakan..

  • Mamu, bila hang nak mai kunjongan hormat kat opis aku pula? Hari tu tak sempat belanja hang pon. Mai next time, aku kena belanja hang double.

    OK.

    Akhir kata. LxxxxUlah!

  • x rugi kenal..leh wat sembang-sembang..:P

  • nanti aku bersajak dan bersenandung, bleh la hantar kat ko yer? aku nak bayaran rm1000 untuk satu karya. kih3.

  • leh bagi sy emel abg khalid saleh pengacara mistik tue…

  • bagus la,teruskan,everybody want to go to heaven,but nobody want to die.bags,bagus…

  • salam,sy bkn nak komen2 ape..cuma nk dpt info ttg seorang ustaz dalam rancangan ekspo mistik,,us tu mempunyai kelebihan boleh brubat org yang tkene santau..bleh sy dptkan num tel dier..0199311274

  • hai bro, macam kenal je.1995-1996 study kat mana ???????

  • berminat nak jadi macam awak..penulisan dan wartawan satu pekerjaan yang penuh dugaan.

  • encik andika@saidi, kerja wartawan ni takde apa yang menarik pun, sama je, cuma bezanya kita tahu sehari lagi awal daripada orang lain kalau ada apa-apa

  • antara jenayah dan politik mana yang memenatkan???

  • Yeah we know you from Kadet Polis, SAB. See you on Facebook, dude! Jasbir Singh, Iqbal Akarbara, Sasikumar, Daniel Wong, Haidir, Syamsuriatina, Davinder, Fredrick, Loo Keen Ngee, etc. are all waiting for you there!!

  • Assalamualaikum,

    Saya kawan lama dari En. Zainal Rashid, asal saya dr Indonesia. Tp sudah beberapa tahun ini lost contact. Sekarang saya sudah tinggal di m’sia. Tak sengaja terjumpa blog saudara. Boleh tolong forwardkan msg saya ini kepada beliau? Minta tolong En.zainal sekiranya sudi untuk hantar email kpd saya, atau hubungi nombor talifon suami saya di 0123540114. Terima kasih atas bantuannya

    Wassalam

  • huhuhuhu…aku punnn gemukkkkk

  • Salam En Shahril,
    Saya tengah menjejaki kwn2 lama saya yg bertahun2 xjumpa,sekali tu ada nampak muka Harliza Ahmad yg seiras wajah dan nama kwn lama saya kat salah satu rancangan FMP.Bolehkah en Shahril tlg berikan saya email si Harliza Ahmad tu kpd saya @ ibrahimsons09@gmail.com

    Terima kasih.

  • Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari

  • emm…ni antara contoh orang melayu yang majukan diri,taklah selalu dok kat bawah..kaki bangsa lain..

  • salam,

    mesti banyak cabaran perlu tempuhi nak jadi wartawan berjaya.

  • teruskan perjuangan dalam kewartawanan!!!!

  • Assalamualaikum.

    Saya ada tengok segmen FMP dan saya terlepas untuk salin alamat emel FMP untuk menyatakan masalah saya… boleh tak Beri kan kepada saya alamat emel untuk saya utarakan masalah yang dihadapi oleh keluarga saya mengenai jin ini…

    terima kasih…

  • Wei bang, bang sekolah maner dulu? tgk bang pakai tie tuh macam kene je skolah tuh… KL ke?

  • Ye la sekolah kat mana dulu..saya TI penang 1986-87.Your bolg is amazing and interesting.

  • Tahniah, teruskan berkarya dan melaporkan berita berita yang berfaedah dan bernas. Negara semakin maju, rakyat semakin bijak insyaallah akhir nya kebenaran akan terserlah walaupun pahit pada mulanya. Sekali lagi tahniah saudara syahril teruskan usaha murni mu itu.

  • Salam.. watched u on tv9 yesterday. Wonder if u still remember me.. SAB, form 6, your former classmate. Nice getting 2 know u r doing great in your career. Masih berpuisi lagi ker..? Best of luck!

    kalau tgk muka mesti kenal nih! excitednya dapat tahu u komen kat sini!

  • syabas punya kareer yg mencabar dan menarik juga.. salamms dr me dikejauhanns

  • Biografi yang menarik!
    Teruskan perjuangan dalam penulisan
    Dulu masa sekolah berminat dalam penulisan…
    Konon-kononnye nak jadi wartawan
    Tapi…
    Skrg dah terberalih arah….menyimpang jauhnye….
    Ke perubatan hehehe

  • baru hari ini terasa tergerak hati nak baca biografi.. ingatkan ada lah.. makanan kegemaran apa.. minuman kegemaran.. warna kegemaran.. paggilan manja… ekekekeke.. eh eh itu zaman sekolah rendah adakan..? biodata!!

  • salam en. syahril..i really need your help to reach someone yg bleh tolong i. hopefully dapat bekerjasama dgn en. syahril..maybe bleh leave ur email or phone no at my email. saya akan cerita lebih lanjut…thanks for your attention

  • Salam saudara Shahril.
    Suka dgn gaya penulisan saudara + padat informasi.
    (Suka juge sebenarnye bace pengalaman2 seorang wartawan.)
    Teruskan berkarya dan berblog.
    All the best!
    - tiQa-

  • Salam En Shahril,

    Very proud of you. Hebat!

    -Nadiah NZ-

  • Salam Abang Shahril,
    Saya tgh find out story natrah, tetiba click your biografi, muka mcm kenal rupanya u samer sekolah with my sister-SAB. and sentimental valuenyer I tak pernah lupa ttg yourself bcoz time I got my SPM result U only one person give me present until now I keep it. The latest story about U bler nampak gambar kawin U kat newspaper,, story regarding Aceh, Tsunami and Adik Mahathir Mohamad…….touching gak. My sister still single. anyway good luck.Nice to see your biografi

    alamak dik, siapa eh? abang lupa betul nihhhhh, siapa ni, siapa ni, excited ni nak tahu

  • juraiha bt jusoh

    salam,malam ni saya terbaca biografi anda,hebat dan saya kagum sekali,sebenarnya apabila saya terpandang muka anda teringat pulak kat Dr azizan osman pakar rahsia tarikh lahir tu…..

  • Salam.. saya nak jemput Encik Syaril untuk menjadi salah seorang rakan saya di Facebook. Nak tau sebab apa… sebab saya tau saudara ni pun peminat Jamal Abdillah macam saya juga. Kalau sudi terimalah jemputan saya ni ….:)

  • INTAN SUHAYZA

    ABG,BLEH X ABG BG GAMBAR-GAMBAR PRAMUGARI DLM KPL TRBG,UNIFORM PRAMUGARI, & SUME YG BERKENAAN NGAN PRAMUGARI KT SYA SBB SYA NK BUAT FOLIO KERJAYA PASAL PRAMUGARI DKT SKOLAH..

  • taniah BRO.. you memang hebat , sebarkan berita yg benar sahaja.. tiada yang tidak benar melainkan yang benar… semoga berjaya dan terus berjaya

  • blog kita kembar!! jom exchange link fndrocka.wordpress.com

  • Dr. Nik Daliana Nik Farid

    Salam En. Syahril,
    Saya nak minta tolong..tahu tak di mana saya boleh dapatkan list sekolah/institusi pemulihan akhlak untuk remaja di sekitar KL / Selangor?

    Thanks
    Harap dapat reply ke email saya.

  • detak hati tak sanggup meraba hati yang tengah gundah, di tengah derasnya peradaban dunia…..


Tinggalkan jawapan