Author Archives: syahrilkadir

About syahrilkadir

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan Dituduh subversi dan mengganggu keamanan Maka hanya satu kata: lawan! -- "Peringatan" 1987, Wiji Thukul (1963 - hilang 1998)

maut lepas pulang dari umrah…Al- Fatihah

IMG_5697

kisah yg cukup menghibakan…sahabat saya di Mekah, Yuzuan kehilangan ayah dan ibu saudaranya dlm kemalangan ngeri dgn lori balak di Merapoh semalam.

Arwah berdua baru sampai di KLIA dr Mekah selepas menunaikan umrah dan on the way balik rumah mereka di Kelantan.

Lihatlah klip ini, beg2 besar mereka bertaburan, arwah juga ditutup dgn kain ihramnya sebaik saja dikeluarkan bomba.

Makcik yg parah dlm video ini meninggal sehari kemudian. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah..sebak betul aku..

IMG_5700

 

jenazah ditutup dengan sejadah dr Mekah dan kain ihramnya

jenazah ditutup dengan sejadah dr Mekah dan kain ihramnya

gambar kredit kepada http://wwwaj601.blogspot.com

 

 

1 Comment

Filed under Uncategorized

lebih 3,000,000 pembaca…terima kasih!

197710_10150115277983050_4654621_n

rasanya dah dekat dua bulan aku tidak akftif mengemaskini blog peribadi aku ini

pelbagai peristiwa berlaku di seluruh negara kebelakangan ini, sebagai ‘tukang catat’, ia secara tidak langsung ‘merencatkan’ sikit catatan aku

aku terlibat secara langsung dalam laporan pencerobohan di Lahad Datu dan terbaru pilihanraya umum (PRU-13)

jadi sudah tentu tugas hakiki perlu diutamakan berbanding lain-lain

untuk lepas rindu menulis, aku lebih banyak membuat catatan mikro di Facebook, kebetulan gajet yang ada membolehkan untuk aku update waima sambil makan

kalau di blog, dah tentu agak sukar kerana ia memerlukan lebih masa sedangkan tugasa di pejabat pula perlu diberi fokus

cuma untuk catatan terbaru ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog Syahril A. Kadir, waima yang sekadar ‘singgah-singgah’

ini kerana tak sangka sejak aku mula berblogging, jumlah terkini pembaca aku dah melebihi angka 3 juta!

bagi blogger ‘cap Ayam’ dan sekadar suka-suka macam aku ni, jumlah itu sesuatu yang luar dugaan

actually dah ramai teman blogger aku yg dah pergi jauh lagi dari angka itu, tetapi yang sedih sikit ramai yang dah mula ‘bersara’

medium FB dan twitter nampaknya yang semakin menguasai berbanding blog

yelah, kekadang blogging ni nampak macam senang tetapi nak fikir entry2 baru kekadang bukannya mudah

lagipun nak menaip pepanjang ni memerlukan masa, tugasan di pejabat lagi, terperangkap dalam jem lagi, macam-macam!

tetapi aku percaya masih ramai yang suka baca blog, sayangnya penggeraknya semakin hari semakin berkurangan

apapun aku harap Allah berikan aku masa dan daya untuk terus menulis, itupun jika masih ada yang sudi membaca

terima kasih atau sokongan kalian…semua ini memberikan aku semangat untuk kembali berblogging

teruskan perjuangan!

9 Comments

Filed under Uncategorized

setiap hari adalah HARI IBU…

hari ibu bukan hanya sehari, ibu mesti diraikan setiap hari, kalau jauh cuba kerapkan berjumpa, kalau payah sentiasa titipkan doa

telefon biar dia dengar suara.ringankan tangan untuk hulurkan wang ringgit, walau dia dah tua, itu bukan bermakna dia tak perlu berbelanja

doa ibu paling berharga, sampai terus padaNya

kalau masih ada ibu, jangan ambil mudah…jangan menyesal bila dia dah digauli tanah

kita boleh mendabik dada, dah senang dan dah kaya, tapi semua itu tiadalah makna – kalau dirimu tiada dirahimnya

bersyukurlah kalau masih mampu memeluk ibu, ada orang hanya mampu melihatnya di nesan berbatu!

Syahril,
teratak bonda.

Leave a Comment

Filed under Uncategorized

Penipuan Licik MACAU SPAM!

946295_573155706049267_250528815_n

Cara penipuan ni cukup senang dan licik.

Anggota sindiket ini beroperasi dengan menyamar sebagai anggota polis, sama ada dari China atau Taiwan, dan memaklumkan kepada mangsa mereka yang akaun bank mangsa sedang disiasat bank pusat masing-masing dan mungkin akan dibekukan.

Setelah berjaya menakutkan mangsa mereka, seorang lagi anggota sindiket ini akan menelefon mangsa dengan menyamar sebagai seorang pegawai bank pusat yang berkenaan dan mempengaruhi mangsa untuk memindahkan wangnya ke sebuah akaun sementara.

Apabila duit itu dipindahkan ke akaun sementara itu, sindiket itu akan mengambil wang berkenaan dan duit kita pun – LESAP!

Sindiket ini beroperasi dengan menggunakan teknologi Voice Over Internet Protocol (VoIP) yang membolehkan mereka membuat panggilan telefon dari sini ke China dan Taiwan seolah-olah panggilan itu dibuat secara tempatan di negara berkenaan.

HABIS CERITA!

936405_573155809382590_663126721_n

936779_573154842716020_175408415_n

 

941848_573156026049235_1261754782_n

935368_573157316049106_571928261_n

Leave a Comment

Filed under Uncategorized

PRU-13: Mukhriz, Guan Eng, Idris Harun…dan Ali Rustam

%3D%3Futf-8%3FB%3FSU1HLTIwMTMwNTA3LVdBMDA0LmpwZw%3D%3D%3F%3D-738091

ada gambar Mukhriz memimpin solat jemaah, tapi aku memilih gambar ini. Kenapa? Ini kerana solat dah memang wajib pada semua umat Islam, tapi jawatan ini Allah dah pilih dia dari jutaan umat Kedah untuk memikulnya. Merayu sgt2 jalankan tugas ini dengan amanah, letak Allah paling atas dan utama. Majukan negeri Kedah sebaik mungkin, bantu golongan susah, tak kira apa ras atau agama. Kalau tokong perlu dibantu, bantulah. Kalau gereja perlu diperbaiki, baikilah. Kalau wat perlu dijaga, jagalah. Kepentingan Melayu, Islam dipelihara. Kepentingan bukan Melayu/ bukan Islam..jangan dirampas. Kami mendoakan yang terbaik, ingat, bila Allah letak kamu di situ, maknanya ada amanah yang kamu perlu laksanakan. Majulah Kedah, majulah Malaysia. Syabas Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

944362_618351774861594_1060312621_nWaima apa teori dan analisis pun, nyata majoriti Penangites telah memilih saudara. Hanya saudara yang mampu melenyapkan segala keraguan dan andaian. Walk the talk. Melayu perlu dibela, Cina perlu dijaga, India dan lain-lainnya perlu dibantu. Tanah di Pulau Pinang makin mahal. Harga rumah terus meningkat. Golongan berpendapatan rendah makin tertekan. Carilah jalan dan segenap upaya agar Penangites tidak terus tertekan dengan masalah ini. Orang Penang tak mahu jadi macam orang Singapura.Orang Penang tetap mahu jadi orang Penang. Saya rasa saudara mampu. Jadilah Ketua Menteri untuk semua..pegang sumpah itu! Selamat menunaikan amanah buat YB Joseph Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

ali idris

saya bukan orang Melaka tapi bukan sukar untuk melihat kesungguhan Pak Ali berkerja siang-malam untuk negerinya…cuma akhirnya Allah telah menentukan khidmat rasminya itu ditamatkan melalui satu proses yang cukup adil dan demokratik, bukan di tangan Bangla atau ditangan Nepal. Katalah apa saja, saya cukup terasa dengan ‘kematian’ Ali dalam PRU kali ini. Pada Datuk Idris, lulusan kejuteraan dari Texas, USA..anda akan dinilai selepas ini oleh lawan dan kawan.Ada perlu perlu jadi super-duper hebat berbanding Pak Ali kalau mahu terus berada di Seri Bendahara. Selamat menjalankan tugas, Datuk Idris Harun – Ketua Menteri Melaka yang baru.

3 Comments

Filed under Uncategorized

Wira ‘hitam’ dan ‘hijau’ yang menggerunkan di Lahad Datu

antara perkara yang menarik perhatian aku semasa di Lahad Datu tempoh hari adalah pakaian para anggota tentera dan polis kita sewaktu menjalankan operasi

aku rasa semua yang ada di sana juga perasan benda yang sama

mereka yang terlibat dalam operasi secara langsung kebanyakannya anggota-anggota elit seperti dari Gerup Gerak Khas (GGK), Unit Tindakan Khas (UTK), Komando 69, Paskal dan tidak ketinggalan Unit Gerak Tempur Marin serta para detektif cawangan Jenayah Berat (D9)

tidak kecuali unit-unit lain seperti RAMD, PGA dan banyaklah kalau aku nak senaraikan satu persatu

selalunya kita akan melihat mereka segak dengan pakaian unit masing-masing kecuali D9 yang biasanya berpakaian awam

kita akan lihat senario itu masa hari ulang tahun ATM, PDRM dan perbarisan Hari Kebangsaan

tetapi di Lahad Datu, kita akan berjumpa ‘mereka’ hampir setiap hari dan setiap masa

ada yang berceloreng, ada yang bertopeng, ada yang macam robot dan ada yang macam hantu pun ada!

selalunya yang macam ‘hantu’ ni penembak tepatlah atau SNIPER

maksud hantu tu bukanlah sebab muka mereka macam hantu tetapi sebab pakaian mereka yang ‘unik’

maklumlah sniper ni dia perlu jaga penampilannya agar tidak mudah dikesan oleh pihak musuh

mereka mungkin ada celah paya, celah belukar, celah hutan dan tempat-tempat yang kita tidak sangka!

jom kita tengok wira-wira ‘hitam’ dan ‘hijau’ ini….

c13sw

390193_10151543130037318_1589092441_n

555083_573953705948274_1706691141_n

544175_574595745884070_279538688_n

543091_582042685139376_1159523061_n

530061_475130799221580_201921019_n

486620_573953735948271_161390180_n

300203_582510418425936_953810464_n

181080_477260515675275_1798906342_n

displayimage1

487794_557669844253323_569885619_n

OK, nak tengok SNIPER macam yang aku kata tu?

.

.

TU DIAA!!!

TU DIAA!!!

images

Sniper_rifle

97478151

8 Comments

Filed under Uncategorized

kes Lahad Datu dan Strategi Lautan Biru

Gambar-Polis-Tentera-Lahad-Datu-11

satu lagi pengalaman menarik sepanjang aku bertugas membuat liputan di Lahad Datu ini adalah melihat betapa pasukan tentera dan polis kita boleh berjuang bersama-sama, boleh merangka taktik dan gerakan bersama-sama sampai ke peringkat boleh duduk minum dan berbual bersama-sama bagaikan satu keluarga

mungkin korang akan kata…aih, selama ni bukan macam tu ke?

kita jangan hipokritlah…terus aku katakan selama kita semua tahu askar ngan polis ni memang bersama-sama dalam banyak segi tetapi hubungan itu seolah-olah ‘ Teman Tapi Tak Mesra’

tapi takdelah sampai bergaduh macam kat negara jiran kita tu…ada negara jiran kita (malas nak sebutlah), tentera dan polis ni macam anjing dengan kucing, malah sampai ke peringkat bila si polis pukul askar,  si askar pulak balas balik sampai nak serang balai!

tapi nak buat macam mana, masing-masing ada tugasan tersendiri dan ego masing-masing, standardlah tu…sedangkan lidah lagi tergigitkan?

di Malaysia ini kita bertuah, askar dan polis saling menghormati contohnya masa komunis bermaharajalela dulu, kalau setakat nak harap polis rasanya sampai sekaranglah kita dok berperang dengan Chin Peng, begitu juga sebaliknya

frontpage

namun bila Datuk Seri Najib mengumumkan Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) yang membabitkan kerjasama antara pasukan polis dan tentera tidak lama dulu, hubungan yang aku cakap ‘teman tapi tak mesra’ itu bukan saja terkubur, malah mereka boleh berperang bersama-sama dengan penuh semangat di Lahad Datu ini seolah mereka bukan datang dari ATM maupun PDRM, tetapi datang sebagai satu pasukan!

ini bukan retorik, ini memang REAL

gabungan unit-unit di bawah PDRM antaranya Pasukan Gerakan Am, Gerak Khas, Vat69, Pasukan Gerakan Marin serta Unit Udara dan dibantu penuh komitmen oleh ATM  menyerlahkan kegagahan pasukan keselamatan negara sampai pengganas Sulu ini ‘mati akal’ dan berterabur lari! 

mayat pengganas Sulu sudah dibawa keluar

aku berani cakaplah, susah nak cari negara di dunia ini yang mana pasukan polis dan tentera mereka boleh sama-sama berganding bahu berperang macam yang kita lihat di Malaysia ni

untuk pengetahuan korang, melalui NBOS ni, antara pendekatan bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak ialah mengadakan rondaan bersama di seluruh negara untuk membanteras jenayah

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

sebab tu kekadang kita boleh tengok abang askar dan abang polis kita boleh meronda bersama-sama, boleh berlatih di bawah bumbung yang sama sampai boleh berkongsi pusat latihan dan meja makan beb, sesuatu yang ‘mustahil’ untuk kita lihat sebelum ni

ada satu ketika di Lahad Datu tu, askar kita boleh buat ‘surprise’ dengan menghadiahkan kek kepada polis sempena ulang tahun pasukan itu

480484_581316508545327_644563850_n-565x375

kita yang rakyat biasa ni bila tengok benda macam tu, rasa sungguh terharu dan gembira beb!

aku berharap benda ni akan kekal sampai bila-bila, bagi aku mudah saja, askar dan polis ini bagaikan ‘irama dan lagu’

578097_10151494401713050_2050043082_n

bak kata P.Ramlee kalau hilang salah satu darinya, rosaklah lagu, pincanglah irama

aku setuju sangat tentang itu!

1 Comment

Filed under Uncategorized

Cerita Dari Lahad Datu: Mengunjungi semula Kg. Srijaya Simunul, lokasi 6 wira kita dibunuh, dizalimi

601469_10151487058558050_1832078273_n

ramai pembaca yang dok follow blog aku ni tahu yang baru-baru ini aku telah terbang ke Sabah bagi membuat liputan mengenai insiden pencerobohan pengganas Sulu

namun semua tertanya-tanya, APA CERITA SENYAP JA, tak nak share sikit ke dalam blog?

sebenarnya aku terasa berat benar nak menulis mengenai tugasan aku itu, serius!

entah mengapa setiap kali aku nak menulis mengenai kisah Lahad Datu di blog ini, setiap kali itu jugalah aku terbayang wajah wira-wira kita yang terkorban dan tangisan keluarga mereka yang menyambut jenazah yang tersayang

jadi setiap kali bayangan itu menerpa, aku ‘gagal’ untuk mengatur jari-jemari aku di papan keyboard ini

lagipun aku rasa ramai di antara kita dah pun membaca mengenai kisah-kisah yang terjadi di Lahad Datu ini di internet mahupun di media massa , so rasanya tak banyak maklumat ‘tambahan’ untuk aku kongsikan

cuma untuk tidak menghampakan, aku rasa ‘bertanggung jawab’ untuk berkongsi satu dua cerita yang menyentuh perasaan aku selama bertugas di sana

antaranya sewaktu berkunjung semula ke Kampung Sri Jaya, Siminul di Semporna

semporna

semua orang tahu di sinilah enam pegawai dan anggota polis kita terkorban diserang hendap pengganas-pengganas Sulu beberapa minggu lalu

masa aku sampai kat simpang kampung tersebut, aku dan dua orang lagi teman singgah minum di sebuah kedai kopi

ketika kami duduk di sebuah meja yang agak tersorok, banyak mata yang memandang hingga membuatkan perasaan cuak dan bimbang mula timbul

tapi aku tak salahkan mereka…biasalah, mungkin mereka tertanya-tanya siapa pulak ni? Special Branch ke? C.I.D ke?

lagipun sejak kejadian itu, satu Malaysia kecoh pasal kampung mereka…silap haribulan di saat kami bimbang tengok mereka , mungkin mereka juga bimbang tengok kami…muka-muka yang tak pernah nampak sebelum ni!

hari juga makin gelap, dah Maghrib…kalau kat semenanjung Maghrib boleh consider cerah lagi tapi di Sabah dah kira malam dah tu

jadi perasaan kami semakin berdebar-debar, nak masuk ke tempat kejadian atau tidak

untuk makluman korang, ketika waktu beginilah pegawai dan anggota polis kita ditembak bertalu-talu oleh pengganas Sulu ini

yang kedua, kami difahamkan majoriti mereka yang tinggal di kawasan kejadian adalah pendatang tanpa izin Filipina, jadi tak mustahil dalam ramai-ramai mereka, terselit sorang dua pengganas Sulu tersebut, siapa tahu kan?

akhirnya kami nekad untuk masuk…tetapi sebelum itu kami menyimpan segala buku nota, kamera dan beg sandang yang kami dok usung ke hulu ke hilir itu dalam kenderaan pacuan empat roda kami

kami tak mahu kelibat kami dilihat sebagai wartawan atau anggota keselamatan, ini kerana ia akan meninggkatkan lagi risiko kepada serangan hendap puak ini

memandangkan kami tidak tahu selok belok dalam kampung itu, seorang penduduk warga tempatan yang kami temui di kedai kopi tadi setuju untuk menjadi ‘guide’

???????????????????????????????

masuk saja ke lorong menuju ke lokasi kejadian, bulu roma kami tiba-tiba meremang…aku sendiri tidak semena-mena terbayang wajah anggota kita yang diserang dan menahan sakit kerana diseksa dan sebagainya

macam ada satu ‘skrin’ di depan mata, semuanya terbayang, semuanya bagaikan jelas di pandangan

untuk mengelak daripada dicurigai, kami lebih banyak tersenyum dan mengucap salam setiap kali bertembung dengan penduduk kampung (yang hampir kesemuanya pendatang Filipina) yang keluar masuk dari lorong itu

Alhamdulillah, ternyata ‘taktik’ itu berguna…sekurang-kurangnya kami tidak dilihat seolah-olah satu ‘ancaman’ pada mereka

dan Alhamdulillah juga kerana rata-rata daripada mereka juga tersenyum dan membalas salam kami

tetapi dalam pada ‘cuak’ itu pun, ada perkara kelakar yang terjadi

untuk pengetahuan korang, Kampung Sri Jaya itu adalah rumah atas air yang dihubungkan dengan titi atau jambatan kecil

DSC01337

memandangkan ia merupakan kampung setinggan, keadaannya tidak tersusun dan terurus, jambatan atau titi kecil itu juga banyak yang rosak, dalam erti kata lain, kalau salah melangkah, alamat jatuh ke lautlah kami

so mata kami hanya memandang ke bawah saja takut terperosok ke bawah titi, dahlah gelap…nasib baik adalah sikit cahaya dari ruang tamu rumah-rumah di situ, kalau tidak macam apek dan Marjinah le kami

kami juga berjalan dalam keadaan terhoyong-hayang, maklumlah ini kali pertama masuk ke kampung air…tapi yang best penduduk di situ berjalan selamba je, ada yang sambil menolak tong gas lagi sedangkan kami macam dah nak terhumban ke laut gayanya

akhirnya sampailah  ke lokasi kejadian…rumah tempat anggota polis kita berlindung sewaktu diserang telah dikosongkan, begitu juga beberapa rumah berdekatan…kami ditunjukkan tempat pengganas dipercayai bersembunyi dan tempat dipercayai di mana anggota kita disembelih dengan kejam oleh pengganas tak berhati perut itu

???????????????????????????????

tanpa disedari, airmata aku meleleh kat pipi…sedih bercampur geram!

aku terbayang betapa seksanya mereka berjuang dan menahan kesakitan sewaktu mempertahankan tanah air yang tercinta ini

masa ni perasaan seram dan takut tidak ada lagi, yang ada hanyalah perasaan marah dan benci yang menggunung terhadap pengganas-pengganas tersebut

lebih kurang 10 minit berada di situ, penduduk kampung yang bersama-sama kami tadi berbisik dengan nada perlahan ke telinga aku;

” Sudahlah tu encik, tak perlu diingat lagi…dah takdir mereka mati di kampung ini, kita yang hidup ini kenalah mengambil iktibar tentang apa yang terjadi, kita berdoalah agar roh-roh mereka yang terkorban ini dicucuri rahmat-Nya,” katanya seolah-olah faham perasaan aku ketika itu

???????????????????????????????

kami kemudiannya melangkah longlai keluar dari kampung tersebut…perjalanan masih jauh kerana kami perlu pulang semula ke Lahad Datu

perjalanan dari Semporna ke Lahad Datu agak jauh juga, dua jam lebih masa yang diambil

yang pasti aku tidak boleh tidur malam itu, banyak perkara yang bermain di fikiran, ternyata perjuangan ini sangat mahal harganya kerana terpaksa dibayar dengan darah dan airmata…Allahu Akbar…

5 Comments

Filed under Uncategorized

Video kisah benar pengakuan pegawai polis yang ditembak, diseksa pengganas Sulu!

63899_410703752359429_1157582615_n

Tiga peluru, satu menembusi tubuhnya, tiga tetakan di kepala dan tiga tetakan di tangan.

21 jam bertahan, seluruh muka dan anggota badannya berlumuran darah yang sudah kering, dihurung lalat dan semut.

Inspektor Mohd Hasnal Jamil, anggota polis yang terselamat, hari ini pertama kali tampil bertemu media, berkongsi pengalaman ketika berhadapan pengganas Sulu di Simunul, Semporna.

SILA KLIK LINK DI BAWAH

http://www.tv3.com.my/beritatv3/ekslusif/Inspektor_Mohd_Hasnal_Kongsi_Pengalaman.html

http://www.tv3.com.my/beritatv3/ekslusif/Inspektor_Mohd_Hasnal_Kongsi_Pengalaman_Bahagian_3.html

1 Comment

Filed under Uncategorized

tenangnya melihat jenazah Dr. Uthman El-Muhammady…

DR. MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY

aku menerima berita pemergian tokoh pemikir Islam, Dr. Uthman El-Muhammady dengan perasaan yang cukup hiba dan sedih

aku tidak pernah berjumpa dengannya, apatah lagi berkesempatan berdiskusi dengannya secara berdepan

tetapi itulah dahsyatnya aura insan hebat seperti beliau…walaupun tak pernah bersua namun ilmunya sampai pada kita, walaupun tak pernah bertemu tetapi ‘suaranya’ didengari, walaupun tak pernah berhadapan tetapi ajarannya dapat dihayati

Dr. Uthman cukup dikenali kerana tahap keilmuannya yang cukup tinggi dalam mengupas 1,001 persoalan dalam Islam, masyarakat dan dalam tradisi ilmu itu sendiri

kalau tengok orangnya macam ustaz kampung saja, sentiasa berserban dan berjubah…kalau dalam TV itu senang saja nak cam sebab janggutnya yang oren kemerahan

tetapi ‘ustaz kampung’ ini jugalah yang mampu menjawab banyak persoalan dan menghuraikan banyak permasalahan yang melanda umat Islam, bukan saja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa

kebolehannya berhujah dalam bahasa Inggeris membuatkan Dr. Uthman sering dipanggil untuk menyampaikan dakwah, seminar serta kertas kerja di serata pelusuk dunia

justeru bila mendapat tahu yang beliau meninggal dunia petang semalam, entah kenapa hati aku begitu ‘meronta-ronta’ untuk menziarahi jenazahnya

sebaik sahaja habis kerja kira-kira pukul 11 malam, aku terus memecut ke Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Jalan Duta

299239_10151497994433050_620692963_n

ini kerana aku dimaklumkan beliau tinggal bersama keluarganya di situ

sesampainya di sana, bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut sedang memimpin bacaan tahlil di ruang tamu

312716_10151497691468050_495420808_n

di situ jugalah jenazah Dr. Uthman diletakkan…wangi saja ruang tamu rumah arwah (mungkin bau atar yang dipakai tetamu barangkali)

selesai saja  tahlil, kami diberi peluang oleh keluarga arwah untuk melihat wajahnya buat kali terakhir

Allahu Akbar, sebaik sahaja kain yang menutupi muka arwah disingkapkan, nampaklah wajah seorang ulama yang cukup tenang, putih dan bersih

580388_10151497707533050_2132435699_n

terharu aku melihatnya…tak nampak langsung tanda yang beliau meninggal dunia, persis orang sedang tidur saja, cukup-cukup tenang seolah-olah beliau telah redha dan bersedia untuk dipanggil  menghadap Tuhannya yang maha Esa

sebagaimana tenangnya beliau, begitulah tenangnya suasana rumah beliau, baik di dalam mahupun di luar

keluarganya dilihat cukup ‘steady’, ‘cool’ dan masih mampu melihat wajah insan kesayangan mereka itu  PERGI dengan tanpa perlu menunjukkan riak kesedihan yang melampau…mungkin berkat asuhan arwah

seronok dan bahagia sungguh aku melihat keluarga Allahyarham, mereka juga nampaknya redha dengan pemergian yang memilukan ini

480285_10151497998928050_579846006_n

kira-kira setengah jam berada di rumah Allahyarham, aku pun beredar

puas sungguh akhirnya dapat bertemu ulama yang aku cukup kagumi ini walaupun dengan hanya  melihat jasadnya saja

semoga Allah memasukkan beliau ke dalam golongan mereka yang beriman…Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fua’nhu, Al Fatihah..

NOTA: Allahyarham meninggal dunia ketika sedang membaca di bilik bacaannya…masih mengejar ilmu hingga ke akhir hayat…

13 Comments

Filed under Uncategorized