Feeds:
Posts
Comments

6 polis terkorban semporna

PADA 2 Mac 2013, enam pegawai dan anggota polis telah dibunuh kejam kerana mempertahankan Sabah daripada pengganas Sulu.

Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka.

Leher Lans Koperal Salam Togiran hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.

Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada.

kal_84

Pada 19 Februari 1980, PW Kanang anak Langkau terlibat dengan pertempuran dengan gerila komunis di Tanah Hitam, Perak. Dalam pertempuran itu, dia telah ditembak sebanyak tiga kali. Peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan!

Mereka adalah sebahagian daripada catatan sejarah negara. Walaupun dari Borneo, mereka berjuang mati-matian untuk mempertahankan semenanjung. Walau dari semenanjung, mereka sanggup diseksa dan dibunuh demi mempertahankan orang-orang Borneo.

Kerana apa? Kerana kita orang Malaysia. Mereka tidak bercakap pasal Sabah atau Perlis. Mereka berjuang atas satu nama iaitu MALAYSIA.

Selamat Hari Malaysia untuk kita semua, walau di mana kita berada.

nota: tidakkah kita merasa malu mahu melaga-lagakan dan bermain sentimen sesama kita sedangkan mereka telah sanggup mempertaruhkan nyawa demi kebebasan dan keamanan yang kita nikmati ketika ini?

10673123_10152655755968050_2110471647_o

Okay, MATTA Fair tengah berlangsung sekarang

aku dah grab ticket ke Perth, Australia this coming December

ada geng2 blogger atau reader blog SAK di Perth tak?

mungkinkah kita boleh berjumpa…see u there!

 

p1010003

Abah, hari ini Hari Merdeka. Masa abah meninggal, keranda abah tak ada Jalur Gemilang. Tak ada menteri atau panglima yang datang. Nama abah pun tak ada siapa yang dendang. Tapi abah tetap pahlawan bagi kami.

Orang tak tahu abah selalu tak ada kat rumah kerana asyik di perbatasan, orang tak tahu yang mak selalu berendam air mata takut abah dah tak pulang dari hutan.

Orang tak tahu kita susah kerana gaji askar tak besar, orang tak tahu kita terpaksa berpindah randah dari semenanjung hingga ke Sabah kerana menurut perintah.

Orang tak tahu kaki abah sampai pecah sebab asyik berkawad, orang tak tahu abah dah berjuang sejak zaman darurat.

Tapi tak mengapa abah, kerana mak dan adik beradik semua tahu apa yang abah perjuang dan apa yang abah pertahankan.

Abah, selamat Hari Merdeka. Di sinilah lahirnya sebuah cinta…cinta abah pada negara dan cinta kami pada semangat dan perjuangan abah.

Namun Abah, percayalah - ” aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata. …namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri demi cinta ini….”

Tenanglah di sana abah…Al-Fatihah.

nota: Allahyarham Pegawai Waran 2, Abdul Kadir Manaf (Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja)

 

1559629_10152535845718050_4111901130282835177_n

Sahabat dan rakan-rakan sekalian, Malaysia, pemimpin dan kita semua sekali lagi ditimpa musibah bila MH17 diserang hingga habis kesemua di dalamnya kemungkinan menemui ajal.

 

Ketahuilah, tidak ada musibah yang Allah timpakan kepada hambaNya, melainkan ia sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya.

 

Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah, bahkan semakin besar musibah yang Allah berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah kepada hamba tersebut.

 

Rasulullah SAW bersabda,

 

“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka, maka barangsiapa redha, maka baginya keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari Allah”
(HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

 

Nota: Di atas ini adalah gambar juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin.

 

264990_101153040055483_330919967_n

RAMADAN tiba lagi

namun aku agak sedih kerana kami masih menumpang surau sementara, entah bila mampu memiliki surau sendiri

sejak aku terlibat dalam dunia blogging dan FB, jarang sangat korang akan tengok aku ‘merayu, merintih’ untuk mendapatkan derma atau sumbangan

tapi kali ini, dengan rasa rendah hati, aku merayu sekiranya ada di antara korang yang teringin untuk menambah ‘saham akhirat’, bantulah kami untuk menjayakan rancangan membina surau baru bagi menggantikan surau sedia ada di kawasan perumahan kami

sekali lalu, mungkin ada yang merasakan bahawa untuk membina surau bukan payah sangat pun, letaknya pula di ibu negara, pasti PETIK JARI saja untuk membangunkannya

drawing

tapi hakikatnya tidak semudah itu, kos bahan binaan semakin meningkat, apatah lagi kos upah jentera, kos pekerja dan segala jenis kos lagi

nak harap sumbangan penduduk, mungkin boleh tapi ia sudah tentu mengambil masa sedangkan ahli kariah makin ramai, surau makin uzur

pun begitu, Alhamdulillah, tabung surau kami dah mula ‘bergerak’ hasil inisiatif ahli jawatankuasa dan juga orang perseorangan yang mahu melihat projek surau baru kami itu berjaya direalisasikan

Alhamdulillah, sewaktu dan AJK surau pergi jumpa Ust. Don, dia pun sedia membantu

Alhamdulillah, sewaktu aku dan AJK surau pergi jumpa Ust. Don tahun 2012, dia pun sedia membantu

aku bersyukur, dalam pada dok pening bagi memikirkan dana yang diperlukan, sekurang-kurangnya benda paling asas iaitu kerja-kerja pembersihan kawasan, penebangan pokok-pokok dan kerja-kerja meratakan tanah telah pun bermula

kos21

nampak macam simple, tapi kerja-kerja begini pun dah menelan berpuluh ribu ringgit

Alhamdulillah, dah mula meratakan tanah...

Alhamdulillah, dah mula meratakan tanah…

nasib baik hasil gotong royong masyarakat setempat dapatlah mengurangkan sedikit kos

surau kami bernama Surau Al-Qudwah, terletak di Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling Jaya, Selangor dah telah pun mendapat kelulusan daripada pihak-pihak bertanggung jawab terutama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk didirikan

Doc1 tn

ketika entry awal dulu aku mengumumkan mengenai pembinaan surau ini, ramai yang hantar emel meminta nombor akaun aku, Alhamdulillah… baca DI SINI

begini sajalah, di sini aku sertakan terus nombor akaun surau kami itu, tak perlulah melalui akaun aku, kalau boleh aku tak mau satu sen pun sumbangan masuk ke akaun peribadi aku tu, lebih afdhal…sekurang-kurangnya takdelah aku dipersoalkan di akhirat nanti kalau berlaku apa-apa

manalah tahu aku terambil gi beli rokok, mau kena panah petir hahahahaha

baik ini nombor akaunnya,

Infaq Pembinaan Surau Al-Qudwah
No Akaun : 8600643879 CIMB

481698_101146743389446_1511237780_n

sebelum aku menamatkan entry ini, aku tinggalkan korang dengan ayat ini

“ APABILA SEORANG ANAK ADAM MATI, NESCAYA AKAN TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA, SEDEKAH JARIAH ATAU ILMU YANG MEMBERI MANFAAT ATAU ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN KEBAIKKAN UNTUKNYA KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPANYA “

Wallahualam.

image

image

image

image

Umrah Kedua…

14042010975

INSHA ALLAH dalam masa beberapa jam lagi aku akan menaiki pesawat ke Madinah untuk mengerjakan umrah buat kali kedua

tiada apa yang nak dibanggakan sama ada kali pertama, kedua atau berapa kali pun ke tanah suci

yang penting adalah keikhlasan kita untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh kepada-Nya, dan hanya untuk-Nya

cuma sudah tentu darjah dan barokah beribadah di tanah suci ini tidak sama kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri

tiada apa yang aku harapkan selain daripada Allah menerima ibadah dan taubatku, insan yang penuh kesilapan dan dosa ini

tak mampu nak tulis banyak-banyak…cuma berdoa agar segalanya dipermudahkan di tanah suci nanti

pada kesempatan ini aku memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada coretanku mengguris perasaan atau menyakitkan mata yang membaca

sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari aku sendiri

salam,

SYAHRIL A. KADIR

Petaling Jaya, Jun 2014

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,206 other followers

%d bloggers like this: