Allahyarham Rosli Khamis (LOLOQ) Allahyarham Datuk Ishak Baharom
Al- Fatihah
Posted in Uncategorized on January 30, 2008| Leave a Comment »
Posted in Uncategorized on January 30, 2008| Leave a Comment »
Tepat jam 7 pagi esok maka berangkatlah aku ke Jakarta. Kota penuh kekalutan tetapi tetap menjanjikan ketenangannya yang tersendiri.
Pemergian aku kali ini agak berbeza dengan sebelumnya. Pelbagai perkara berlaku lately ini yang membuatkan aku perlu berfikir panjang di bumi yang pernah dijajah oleh Belanda ini.
Yang pasti Yanto akan menanti aku di Airport Sukarno-Hatta dengan mobilnya. Yanto seperti biasa akan melayan aku seolah-olah aku lah Raja di bumi ini, satu penghormatan yang tak pernah lekang sejak dulu lagi.
Aku merindui Ancol, aku merindui Tanah Abang, aku merindui Mangga 2 dan macam-macam lagi.
Jakarta, tunggu, aku datang!
Posted in Uncategorized on January 30, 2008| 1 Comment »
korang ni betullah…tak serik-serik. Kan dah kena tangkap, nasib baik aku tak bagi penyepak, hish, geram aku!
Posted in Uncategorized on January 30, 2008| Leave a Comment »
1. I/C
2. Kad Maybank, Bank Islam, CIMB, BSN (err…yang bakinya paling MINIMUM ittewww)
3. Dompet GUCCI (yg boleh dipertikaikan keasliannya)
4. Duit secukup rasa
5. Medical Card
6. Driving License
7. Dunhill ‘ 20
8. Hanphone Nokia dan Motorola (Siri paling murah)
9. Kunci keter
10. Lighter (kekadang terambil orang punya, hehehe)
SAK: Kalau salah satu daripada benda ni aku TERTINGGAL, alamat bengong ler sekejap
Posted in Uncategorized on January 29, 2008| 4 Comments »
muka pecah rumah pun ada ubat beb…
nak gi planet pun boleh…Sheikh Muszaphar, any comment from u kah?
aku pun tak faham bil ni…
aku tak tahu sapa tiru sapa..Starbuck Amerika ke Setarbak Indonesia, yang pasti warung ni ada mee bakso (Starbuck ada ke?) .
.
sebab tu la aku suka gi Indonesia
Posted in Uncategorized on January 29, 2008| Leave a Comment »
JIKA ego selalu dikaitkan dengan pemimpin yang hebat dan berkarisma, lelaki ini tidak pernah membenarkan mimik muka menguasai wajahnya.
Walaupun pernah menjadi jeneral tentera bertaraf lima bintang dan menjadi pemimpin paling lama mengepalai Republik Indonesia iaitu selama 32 tahun, lelaki ini sebenarnya seorang yang sangat merendah diri.
Percaya atau tidak, selama lebih tiga dekad menjadi pemimpin agung, beliau tidak pernah membina apa-apa patung atau arca dirinya. Malah, tiada taman atau jalan di republik itu yang diberikan nama sempena namanya.
Nama Suharto mula disebut apabila pasukan tentera di bawah kepimpinannya pada tahun 1945 berjaya menguasai semula Yogyakarta dalam masa enam jam dari tangan Belanda.
Tetapi salah satu daripada kejayaan besar Suharto ialah apabila mengamankan Indonesia setelah membersih dan membubarkan Parti Komunis Indonesia.
Walaubagaimanapun, pemutihan diktator Suharto sehingga menjatuhkan hukuman mati kepada individu yang walaupun hanya disyaki komunis, sedikit-sebanyak mencalar imejnya.
Apapun selamat jalan Pak Harto, kami rakyat Malaysia tetap mengkagumi anda!
Posted in Uncategorized on January 28, 2008| 3 Comments »
Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan dan duka perpisahan
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini… pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada
( Khalil Gibran 6 Januari 1883 – 10 April 1931 merupakan seorang seniman, penyair dan pengarang)
Posted in Uncategorized on January 26, 2008| 3 Comments »
Posted in Uncategorized on January 26, 2008| Leave a Comment »
————————–
AKU tahu aku ini bodoh sebab itu aku dilahirkan sebagai lembu, tapi pernah tak korang terfikir tanpa aku, macam mana Ramly Burger nak kaya (buat burger lembu), macam mana ‘anu’ korang nak power (sup torpedo) dan macam mana tokey lembu nak wat untung (raya korban)
Pun begitu, bila aku fikirkan balik, aku tidaklah sebodoh mana kerana at least aku tak makan rasuah (orang politik), aku takde sifat dengki (macam orang Melayu) dan aku tak culik budak (macam Sharlinie).
Dan kalau korang tak percaya yang manusialah sebenarnya yang lebih lebih bodoh, kau tengok gambar aku kat atas ni. Selama ini aku yang bawa orang pergi sawah, ini aku pulak yang dibawa naik kereta, seat belakang lagi beb!
Jadi, salahke kalau aku kata aku ‘kurang’ bodoh berbanding spesis yang tengah baca blog ini, glurp!
SAK: Ada aku sepak gak lembu sekor ni…
Posted in Uncategorized on January 25, 2008| 5 Comments »
AKu bersyukur kerana sejak hari pertama berkerja, aku tidak pernah memasang niat lain macam segelintir pekerja. Niat aku hanya satu, memberi yang terbaik tanpa mengenal masa, penat dan lelah.
Tetapi seperti biasa juga, aku tidak memerlukan speaker dan mikrofon untuk menjerit meminta penghargaan atau simpati tentang kerja yang aku kerjakan.
Aku pernah menghadapi konflik dengan keluarga kerana terlalu memikirkan kerja, aku pernah hampir dicederakan, juga kerana kerja. Aku pernah demam hanya kerana kerja…tetapi yang pasti aku takkan mati hanya kerana terlalu banyak kerja.
Aku tak pernah mengeluh kerana kerja, aku takkan menyesal kerana kerja, ini kerana kerja yang aku lakukan selama ini sudah sebati bekerja dalam denyut nadi dan nafasku
Kini aku dalam persimpangan, tetapi aku tak mampu memikirkannya kerana tengah bekerja
Tetapi aku juga manusia biasa, adakala aku gembira, adakala aku berduka…dan adakalanya aku cukup terasa!
Ya, memang, aku cukup terasa sekarang. Yang pasti aku tidak akan terus bekerja dalam keadaan ‘terasa’.
Dan kini otak aku tengah bekerja, bekerja menafsir apa sebenarnya tujuan aku ‘dikerjakan’
Kepada mereka yang hendak ‘mengerjakan’ aku, hanya satu benda yang ingin aku katakan;
‘Aku takkan membina rumah di tepi pantai kalau aku gentar dipukul gelombang!’
SAK: Maaf, aku stop dulu kerana nak sambung kerja
WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.