Archive for February, 2008
bila si tempang lari dari penjara paling ketat kawalannya di S’pore, lawaknya…
Posted in Uncategorized on February 29, 2008| 3 Comments »
orang penting di belakang karierku sekarang
Posted in Uncategorized on February 25, 2008| 5 Comments »
FIRDAUS MOHAMMAD ZAINAL |
MANAGING DIRECTOR |
With his Mass Communication background, he has worked in almost all television station in the country. He started as a stringer for TV3 between 1996-1997 before joining Metrovision as a broadcast journalist in 1997-1998.
He started his own company in construction industry when Asia was hit by the economic crisis in 1998. He braved the hard times with steady perseverance.
He developed his interest in investigative reporting after joining ntv7 and worked in Edisi Siasat in 2003. He was one of the journalists who went to Southern Thailand at the height of the political crisis in 2004.
He teamed up with Zainal Rashid and through his company, Firdaus Maju Sdn. Bhd. they produced television programs for RTM dan Astro.
ZAINAL RASHID AHMAD
|
CHIEF EXECUTIVE OFFICER
|
HE started his career in journalism with Utusan Malaysia in 1993. After three years with the newspaper, he moved to Astro before joining ntv7. He developed the idea and concept of Edisi Siasat, the famous investigative reporting program for the station. The weekly program was well accepted by the viewers and he had his breakthrough.
While he was with the station, he went to Southern Thailand to cover the political crisis in the conflicting region. His report, Tak Bai, Tragedi Thailand was aired in Edisi Siasat and later won the coveted Anugerah Seri Angkasa for Best Television Magazine in 2004.
He then moved to TV3. He is also the first Malaysian journalist to enter Jerusalem and Tel Aviv. He filed his report on the Al-Aqsa Mosque for Majalah 3 in 2005.
Zainal Rashid is also a renowned and prolific creative writer. His short stories and poems had won 29 literary awards organized by Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kumpulan Utusan Melayu. He is 40 years old.
selamat bertanding Puan Mona Liza Hamzah!
Posted in Uncategorized on February 21, 2008| Leave a Comment »

di sini aku kembali
Posted in Uncategorized on February 21, 2008| 2 Comments »

THE company that was formed by journalists, who had worked with the print and broadcast media in this country, believes that journalists are the middlemen between the society and the world. They also believe that the locals should not fully depend on the reports of the international media which seldom represent their interests.
Thus, FMSB dispatched its journalists to crisis frontline and conflicting zone to get their firsthand report. They went to Afghanistan to follow the trails left by the war of more than two decades. They journeyed to West Bank and Gaza to see the hardships of the nationless Palestinians.
They proceeded to the Middle East and Central Asia before concluded their reports in Yogjakarta , Indonesia in aftermath of the shattering earthquake in 2006. Their travelogues were compiled in ZIARAH and aired on Astro Ria during Ramadan 1426H (between September to October 2006).
The company envisions producing television programs and documentaries of international quality. It wishes to be the most respected content provider in the country. Since October 2006, FMSB has targeted to house the best 100 creative people in the industry to fulfill the dreams.
On 27 th February 2007, Astro All Asia Networks Plc through its subsidiary Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) signed a subscription agreement in which AESB holds 50 percent stake in the company. Through this agreement, FM Production officially becomes the content provider for Astro.
Pesan Mak Aji…
Posted in Uncategorized on February 20, 2008| 2 Comments »
(Bapa kewartawanan Malaysia, Allahyarham Abd. Rahim Kajai)
Memang lumrah kalau wartawan dijemput menghadiri mana-mana majlis, akan diberikan cenderahati kecil seperti pen, rantai kunci, payung, kalendar, buku catatan, topi atau door gift yang sama atau agak istimewa berbanding tetamu lain. Dalam musim perayaan pula, syarikat-syarikat besar seperti syarikat penerbangan atau hotel-hotel akan menghantar hamper, kuih, dodol, limau atau makanan lain ke meja wartawan sebagai tanda terima kasih atas kerjasama dan publisiti yang diberikan sepanjang tahun. Makanan dan hamper ini biasanya dibahagi-bahagikan sesama mereka yang bertugas termasuk bos.
Bagaimanapun, tanpa cenderahati atau hamper atau makanan, cerita, berita dan publisiti tetap juga ditulis dan disiarkan di media. Lebih-lebih lagi kalau jenis berita yang boleh ‘jual’ media (ahak!). Mereka tak payah cari wartawan, wartawan yang akan cari mereka.
Tetapi, pemberian wang atau hadiah yang mahal-mahal kepada wartawan secara peribadi tidak boleh diterima sama sekali tanpa kebenaran syarikat kerana ia dianggap melanggar etika kewartawanan dan etika syarikat. Kalau pihak pengurusan mengetahuinya, wartawan berkenaan boleh diambil tindakan tata tertib. Kalau nak keluarkan duit juga, beli iklan atau ruang khas untuk keluarkan cerita mereka. Duit itu pergi pada syarikat, bukan wartawan.
Suatu waktu dahulu, wartawan dipandang tinggi kerana tugas mereka yang menjadi penyalur berita, penyampai maklumat, malah penggegar semangat juang dan semangat nasionalisme melalui tulisan mereka. Untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun-tahun 1950an dulu, wartawan ada peranannya. Laporan berbentuk penyiasatan atau investigative reporting yang dilakukan oleh wartawan, boleh meruntuhkan sebuah empayar atau organisasi seperti yang berlaku dalam skandal Watergate di Amerika suatu waktu dahulu.
Wartawan dulu juga dianggap hebat kerana dilihat bergaul rapat dengan orang penting dan kenamaan yang sukar didekati orang biasa. Tetapi, sama seperti profesion perguruan, wartawan kini dipandang rendah dan remeh oleh sebahagian anggota masyarakat. Kalau difikir-fikirkan, tak boleh juga menyalahkan sepenuhnya orang luar yang berpandangan begitu, kena salahkan sebahagian wartawan itu sendiri yang bersikap ‘sebab nila setitik rosak susu sebelanga’.
Sebenarnya, wartawan pun sama macam orang lain juga. Kalau ada guru, polis, doktor, peguam, kerani, ustaz, imam, ketua jabatan, ketua hakim (hehehehe!) atau menteri (hehehehe!) yang jujur dan yang menyeleweng, wartawan pun ada yang jujur dan ada yang menyeleweng. Sama macam mereka yang lain itu juga, wartawan pun ada yang amanah menjalankan tugas dengan niat menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan ada juga yang ‘main belasah’ saja untuk kepentingan diri sendiri.
Dalam dunia wartawan sama juga macam di organisasi lain, ada politicking, ada back stabbing, ada yang jadi mangsa dan ada yang jadi pemangsa. Ada wartawan yang sangat tajam pemikiran dan jauh pandangannya, ada juga yang jenis blur, malas, buat kerja asal siap dan tak buat homework dulu sebelum menulis. Sebab itu tidak adil membuat tanggapan buruk secara umum kepada semua wartawan.
Kepada adik-adik yang masih jadi wartawan macam Syahril (yang pernah ‘berasap’ apabila ada orang mengutuk wartawan) dan adik saya, jangan lekas putus asa, marah atau rendah diri jika ada orang memandang serong pada wartawan. Walaupun mungkin kecil, tetapi kita juga ada peranan penting kepada masyarakat. Tanpa wartawan, orang yang mengutuk wartawan itu nanti akan jadi katak di bawah tempurung, tidak akan tahu perkembangan semasa dunia. Tak nak tengok dan baca media tempatan dan nak tengok atau baca berita-berita CNN, Al-Jazeera, Reuters, AFP, Astro dan yang seumpamanya saja? Mereka itu pun wartawan juga! Ada yang betul dan ada yang tak betulnya!
Saya pernah jadi wartawan dan bukanlah mudah sebenarnya untuk jadi wartawan yang baik. Saya pernah melalui latihan intensif kewartawanan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) selama tiga bulan sebelum dipercayai untuk dilepaskan keluar bertugas. Pernah berhempas pulas selama empat tahun di ITM (sekarang UiTM) untuk mengejar sekeping pengiktirafan dalam bidang kewartawanan, pernah melalui pelbagai pengalaman pahit manis jadi wartawan dan pernah menang anugerah kewartawanan. Tetapi semua itu masih belum menjanjikan seseorang itu boleh menjadi wartawan yang baik.
Bagi saya, wartawan yang baik ialah yang ada rasa tanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya, bukan menulis untuk mensensasikan cerita, untuk melariskan akhbar/majalah semata-mata atau untuk mengejar populariti. Dan apabila kita rasa tidak berupaya menegakkan tanggungjawab itu lagi, maka tibalah masanya untuk berundur dan jadilah wartawan pencen macam saya!
(petikan dari http://makajiamatullah.blogspot.com)
ini sidang akhbar yang baru selesai malam tadi
Posted in Uncategorized on February 17, 2008| 7 Comments »
(Harakah) Tak syok ke kerja kat Sinar Harian?
Terus terang aku syok dan teruja
(Utusan) Ada masalahke dengan pengurusan?
Masalah memang ada tapi semuanya berjaya diselesaikan hasil perbincangan dan muafakat
(NST) Abis kenapa nak berhijrah?
Aku rasa inilah masa paling sesuai…rasanya aku dah sediakan platform, terpulang macam mana diaorang nak ‘run the show’, aku akan support dan bersedia bekerjasama jika diperlukan
(Metro) Kecil hati ke?
Muhahaha, apa barang nak kecil-kecil hati, ini zaman millenium la
(Berita Harian) Okey, kalau semua macam takde masalah, terus terang, kenapa nak blah?
Di mana tanah di pijak, di situ langit kita kena junjung. Justeru, kalau dah rasa tak boleh pijak tanah, jangan gatal nak junjung langit (err…apa aku cakap ni)
(Utusan Jawi) soalan terakhir, kau nak pi mana?
Itu soalan cepu mas tu, jawapannya….kita minum dulu, hehehe
hari-hari terakhir di Meja Jenayah
Posted in Uncategorized on February 17, 2008| 3 Comments »
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Mayat seorang wanita dipercayai rakyat tempatan ditemui terapung di sebuah tasik di Kampung Melayu Sri Kundang, Kuang, Gombak dekat sini hari ini.
Mayat itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi oleh seorang lelaki yang kebetulan ke tasik berkenaan untuk memancing.
Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Abdul Karim Abu Hassan memberitahu, siasatan awal mendapati kuku tangannya mengalami kecederaan.
Beliau menambah, keturunannya belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui tetapi dari segi fizikal, mangsa berkulit gelap, bertubuh sederhana dan berambut lurus.
‘‘Terdapat lukisan tatu sebesar duit syiling 50 sen pada dada mangsa dan pusatnya turut ditindik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Karim memberitahu, mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh, dekat sini untuk bedah siasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu menghubungi polis di talian 03-61265222 atau balai polis berhampiran.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Posted in Uncategorized on February 17, 2008| 1 Comment »
setelah beberapa bulan di akhbar Sinar Harian, tibalah masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal
keputusan ini tidak begitu berat, tetapi yang paling berat adalah meninggalkan adik-adik wartawanku yang sangat rajin dan berdedikasi
tetapi aku tak ralat. Tapak telah ku sediakan, lantai telah ku bentangkan, bumbung dan dinding semua telah ku dirikan
aku harap mereka akan menjaga ‘rumah’ ini agar ia tidak tumbang, aku berdoa ia akan terus tegak berdiri sampai bila-bila pun
pada adik-adikku, maafkan ‘bos’ mu ini jika ada yang terkasar, terminum atau segala-galanya
aku tak malu untuk mengaku koranglah sumber inspirasiku sepanjang aku di Sinar Harian
koranglah kekuatan aku dan koranglah juga sumber ilhamku selama ini
aku bangga menjadi sebahagian daripada korang
cuma aku ingin berpesan, untuk menjadi wartawan kita perlu berani, hati kita mesti besar dan jiwa kita mesti kuat
ingatlah, tanpa keberanian mimpi takkan menjadi nyata
paling penting, di mana langit di pijak, di situlah langit mesti kita junjung
lebih penting pada itu, walau dipisah tujuh lautan, dibelah tujuh angkasa, dihiris tujuh lapisan bumi, namun kita tetap bersaudara…itu sumpah kita!
Operasi Khalwat Valentine
Posted in Uncategorized on February 15, 2008| 2 Comments »
Encik, apa buat kat dalam tu, tak sejuk ke?
Laa…tengah pakai zip rupanya
.
.
.
yang ni lak tengah dilamun perasaan you
Happy Valentine Day, hehehe
kekasih (mengingati Cherating)
Posted in Uncategorized on February 11, 2008| 5 Comments »
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga ilusi.
~Usman Awang