Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2008

KISAH 1

SEORANG wanita yang ‘terlanjur’ baru-baru ini melahirkan anak luar nikah, malangnya anak yang tidak berdosa itu meninggal dunia.

Dia yang tidak tahu apa yang harus dilakukan bertindak meninggalkan bayi yang sudah tidak bernyawa itu di dalam beg plastik dan bersamanya diselitkan satu nota ringkas. Alhamdulillah bayi itu sempat ditemui orang ramai sekaligus menyelamatkan jenazahnya dari diratah anjing liar.

Al-Fatihah adik Nur Ain Atikah bt Abdullah

nota yang ditemui bersama mayat adik Nur Ain Atikah

KISAH 2

 Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia- komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hati En. Syamsul berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427)

Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini.  Jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

“Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang
tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri.

Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya,” menurut En. Syamsul.

Tambahnya,  satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku.
Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah
(talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di
telingaku suara seseorang berkata:

“Dua bidadari syurga sedang menunggunya. .. janganlah kamu risau.”

                         

   ( beberapa jam sebelum adik Alesha menghembuskan nafasnya yang terakhir)

KES 3

SEKALIPUN berat hati melepaskan pemergiannya, tetapi itulah hakikat yang harus dilalui penyampai radio Hot fm, Faizal Ismail, 32, dan isteri, Nor Azlina Ahmad Din, 32, apabila bayi lelakinya, Adam Haikal Iman meninggal dunia akibat kegagalan jantung, jam 5.30 pagi semalam.

Kegembiraan menyambut kelahiran anak kedua selepas lima tahun menanti, nyata hanya sementara apabila bayi berusia 12 hari itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Choh, Rawang pada jam 12.30 tengah hari.

Faizal berkata, selepas dilahirkan pada 17 April lalu di Hospital Sungai Buloh, Adam Haikal seperti bayi normal lain yang hanya dikesan menghidap penyakit kuning.

“Selepas enam hari ditahan di Hospital Sungai Buloh bersama ibunya yang disahkan menghidap darah tinggi, arwah kemudian dibawa pulang ke rumah. Namun beberapa hari selepas itu arwah dikesan menghidap penyakit kuning lagi.

“Bimbang dengan keadaan itu, saya membawanya menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Putra Sungai Buloh. Hari kedua di hospital itu, sakit kuningnya dikesan agak tinggi. Justeru, kami diminta merujuknya ke Pakar Kanak-Kanak dan Jantung, Hospital Tawakal.

“Ketika mendapatkan rawatan di hospital itu, tahap kuningnya sudah menurun, tetapi doktor memaklumkan jantungnya menghadapi masalah degupan tidak normal.

“Kata doktor, masalah anak saya rumit kerana ada bahagian injap jantungnya tidak lengkap,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anaknya.

Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) ini berkata, walaupun dimaklumkan doktor mengenai masalah anaknya itu, dia dan isteri tetap menaruh harapan anaknya selamat dan sihat semula.

“Bagaimanapun awal pagi tadi (semalam) doktor menghubungi saya memberitahu keadaan bayi kami kritikal. Selang 10 minit kemudian, saya dimaklumkan Adam Haikal sudah meninggal dunia.

 

“Memang saya amat sedih mengenangkannya. Ditambah pula di saat dia hendak ‘pergi’, saya dan isteri tidak bersamanya kerana berada di rumah.

“Apapun, semuanya ketentuan Tuhan dan saya sekeluarga akur serta reda dengan takdir Ilahi,” katanya.

Katanya, kehadiran Adam Haikal cukup dinantikan mereka sekeluarga, malah anak sulung, Nur Khairina Iman, 6, sudah memilih namanya.

“Isteri saya sudah tentu orang paling sedih dengan pemergiannya maklumlah selama sembilan bulan bayi itu dalam kandungannya. Malah, sepanjang hamil, isteri saya juga mengalami alahan teruk hingga sering dimasukkan ke hospital.

“Anak saya dilahirkan secara pembedahan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan dan beratnya pula hanya 2.17 kilogram,” katanya.

Read Full Post »

 

 

aku memulakan pagiku dengan satu senyuman dan harapan, tetapi berita pagi ini merentap segalanya

pada mereka yang syuhada, tempatmu bukan di sini, tempatmu di syurga pasti, Allahu Akbar!

GAZA: Lima beranak Palestin, iaitu empat kanak-kanak berusia setahun hingga 5 tahun dan ibu mereka mati dibunuh tentera Israel yang membedil sebuah rumah ketika keluarga berkenaan sedang bersarapan dalam keganasan terbaru rejim Zionis di Semenanjung Gaza, semalam.

Seorang pejuang Palestin turut mati dalam operasi rejim Zionis berkenaan.

Kanak-kanak itu – Mussab Abu Maateq, setahun; Hana Abu Maateq, 3; Rudeina Abu Maateq, 4 dan Saleh Abu Maateq, 5, mati bersama ibu mereka apabila rumah mereka dibedil kereta kebal Israel di di Beit Hanoun, kata doktor di Hospital Kamal Radwan.

Ini menjadikan seramai 443 orang, kebanyakannya rakyat Palestin, mati sejak Israel dan Palestin melancarkan semula rundingan damai dianjurkan Amerika Syarikat, November lalu.

Jurucakap tentera Zionis itu mengesahkan askarnya melakukan operasi di Beit Hanoun, satu lagi bandar di utara sempadan Gaza yang menjadi lokasi pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke kawasan Israel.

Read Full Post »

aku betul-betul terkejut bila RTM jemput blogger kontroversi, Raja Petra dalam programnya bual bicaranya.

what do u expect bila interview orang macam Raja Petra kan…apalagi berkarung-karunglah kerajaan kena hentam dalam program tersebut

aku bukannya apa, sepanjang aku hidup, aku tak pernah dengar kerajaan kena hentam dalam RTM, aku ulang, dalam RTM ok!

dan apa yang berlaku semalam sesungguhnya telah mencipta satu sejarah, dan lebih tepat, boleh masuk dalam Malaysia Book of Records

mungkinkah Menteri Penerangan yang baru ingin bawa perubahan atau mungkinkah RTM sendiri silap pertimbangan, aku tak tahu

yang pasti pengacara program tersebut kow-kow kena titik, kerajaan kow-kow kena kutuk, pemerintah kow-kow kena belasah oleh seorang yang bernama… Raja Petra.

SAK: AKu macam tak percaya siot!

Read Full Post »

Melayu mengalah lagi..

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Hishammuddin Tun Hussein secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.

Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 merupakan faktor yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

(komen Utusan Malaysia)

TERNYATA beberapa isu kebelakangan ini membuatkan Awang resah terhadap kepentingan dan maruah Melayu.

Senarionya seperti terkena satu demi satu tamparan ke muka, yang menampakkan kuasa politik Melayu mudah dicabar.

Sudah begitu banyak Melayu mengalah mengakibatkan kian kuat asakan daripada pergerakan politik bukan Melayu.

Bagi masyarakat Melayu akar umbi, salah satu persoalannya ialah apakah para pemimpin Melayu sudah hilang keberanian dalam menjaga kepentingan Melayu?

Malah ada persepsi UMNO kini lesu memperjuangkan agenda Melayu ketika parti-parti bukan Melayu lebih kelihatan gagah dan menyerlah dalam agenda kaum mereka. Benarkah?

Awang tiada jawapan tetapi berharap – tidak. Apatah lagi terlalu banyak petunjuk yang memperlihatkan orang Melayu masih jauh ketinggalan.

Lihat sahaja kompleks perniagaan dan lot kedai di seluruh negara, masih dikuasai oleh satu kaum sahaja. Siapa yang kuasai aktiviti ekonomi di bandar dan pekan sementara kedudukan Melayu pula di mana?

Maka Awang sangat berharap UMNO akan memperhebatkan agenda Melayu tanpa teragak-agak dan takut kepada sesiapa.

 

Awang – Dah penat beralah.

 

Read Full Post »

 

Aku bersama Ogy dan anak-anak buahku yang menjayakan program terbaru Astro RIA, Cerita Artis Malaysia (CAM)

aku sangat bangga dengan kesungguhan anak-anak buahku menghasilkan program terbaru untuk Astro RIA iaitu Cerita Artis Malaysia (CAM)

pada yang tidak tahu, CAM adalah program di mana kita memaparkan semula kejayaan, kisah pahit manis dan kisah2 eksklusif artis top tanah air yang ada di antaranya tidak pernah diceritakan di mana-mana media

fokus kita adalah artis yang telah lama atau lebih dulu merasai pahit maung dan asam garam dunia hiburan seperti Noor Kumalasri, Ogy, Awie, Amy Search dan ramai lagi

dalam episod pertama yang menampilkan Noor Kumalasari, rating Astro RIA melonjak gila-gila babi dan ini sangat menggembirakan aku dan pimpinan syarikat

apatah lagi bila mengetahui yang bukan senang hendak ‘menyelongkar’ balik kisah silam seseorang selebriti kita

ini belum dicampur dengan kos pembelian footage, karenah artis, karenah birokrasi, karenah itu dan karenah ini

Pernah dalam satu mesyuarat, ada di antara produser CAM yang menangis kerana terlampau tension dengan pelbagai halangan yang terpaksa mereka hadapi sepanjang menghasilkan dokumentari ini

kini penat lelah mereka berbaloi, namun cabaran sebenarnya baru bermula…nak capai rating tinggi memang sukar, tetapi nak maintain rating yang tinggi itu lagilah sukar

Tahniah guyzzzz!

SAK: CAM disiarkan setiap hari Isnin pukul 6.30 petang. Ulangannya korang kena check dengan magazin Astro korang. Selamat menonton, pasti tak rugi!

Read Full Post »

 

Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam Oktober 2006 berkata, beliau datang ke negara ini bukan kerana wang tetapi menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia.

“Kenapa anda semua takut untuk mengambil tindakan kemanusiaan untuk (membantu) anaknya (Altantuya) yang paling kecil? Apakah anda tidak tahu malu?

“Saya ke mari bukan untuk wang, saya hanya mahu pertolongan kemanusiaan. Di manakah tanggungjawab kemanusiaan anda semua? Saya mahu tanya semua ini,” kata Shaariibu Setev dengan nada tertekan.

Beliau yang kelihatan marah kemudian menepuk meja dan berkata “sudahlah” dalam bahasa Mongolia. Beliau segera meninggalkan sidang media tersebut.

Ucapannya diterjemahkan oleh Munkhsaruul Mijiddorj (foto atas: kiri), seorang peguam bersama Pusat Kebangsaan Menentang Keganasan (NCAV), sebuah badan bukan kerajaan di Mongolia.

Hadir sama di sidang media itu, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk timbalannya Dr Syed Husin Ali dan naib presiden R Sivarasa.

Sebelum itu, Setev mempertikaikan media Malaysia yang didakwanya tidak cuba menyiasat lebih mendalam kemusykilan yang timbul berhubung kes anaknya itu.

“Apakah anda tahu bahawa bahan letupan yang digunakan oleh pegawai-pegawai polis ini datangnya daripada tentera? Ia bukannya sebilah pisau. Bahan letupan ini seharusnya digunakan untuk negara lain (musuh) tetapi sebaliknya ia digunakan terhadap anak saya!”   /MSIAKINI

SAK: Sabar, sabar…bicara belum habis Prof

Read Full Post »

 

Gila-Gila sudah genap 30 tahun umurnya pada 1 April lepas. Mungkin Gila-Gila kini tidak gah seperti 10 tahun dahulu tetapi ia masih lagi berjaya bertahan sehingga sekarang.

Sering dikatakan majalah ‘sampah’ oleh orang yang kurang mengerti, saya langsung tidak setuju. Masakan Pak Samad Ismail dan arwah Pak Sako mahu menulis untuk majalah picisan dengan kandungan tidak bermesej?

Inilah tempat kelahiran ramai tokoh-tokoh seni tempatan seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Rejabhad, Dato Lat, Imuda, Ujang dan ramai lagi. Antara karikaturnya yang popular ialah “Lagak A. Mahmud” ( Fatah Ngah ), “Ayop Anak Tulakang” ( Nan ), “Pendekar Mato Tiga” (Don), “Tiga Segi Empat Segi” (Kerengge), “Perwira Mat Gila” ( Rejabhad ), “From Taiping With Love” (Rasyid Asmawi).

Tulisan dan karikatur sentiasa sinis dan penuh makna dan pengisian. Siapa tidak ingat akan watak Atuk, Aca, Jibam, tiga dara pingitan dan yang paling popular, si maskot Gila-Gila, Profesor serba Tahu.

Baru-baru ini, Gila-Gila nampaknya telah menerima kembali Ujang ke sidang redaksi setelah lama ‘menghilangkan’ diri. Malah, hampir separuh dari pelukisnya kini mengingatkan kita kepada Gila-Gila semasa zaman kegemilangannya dulu.

Kepada Gila-Gila, semoga panjang umur.

(tq syed syahrul)

SAK: Sempat baca Gila-Gila masa tengah sakit lepas berkhatan dulu

Read Full Post »

aku melayari blog Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abd Rahman Dahalan (husband pembaca berita NTV7, Nor Azlina Awang Had).

Ceritanya agak menarik untuk kita kongsi bersama, apatah lagi untuk mengetahui debaran dan perasaan yang dirasakannya apabila pertama kali melangkah ke Dewan Parlimen sebagai Yang Berhormat..ikuti kisah YB muda ini. 

Hari ini 3hb April 2008 adalah hari taklimat Parlimen kepada semua ahli-ahli Parlimen. Walaupun program bermula jam 830 pagi, tetapi saya sudah berada di perkarangan Parlimen seawal jam 8 pagi lagi kerana takut terkandas dalam kesesakan lalulintas yang sering berlaku di Kuala Lumpur, lebih lebih lagi program tersebut bermula pada awal pagi hari berkerja. Saya tak mahulah hari pertama saya di Parlimen saya datang lewat.

Setibanya saya di perkarangan Parlimen, saya tidak terus masuk ke bangunan Parlimen kerana orang masih tidak ramai. sementara menunggu, saya melihat YB Sallahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS masuk dengan kereta Honda CRV yang dipandunya sendiri sekitar jam 810 pagi. Orangnya mempunyai perwatakan lembut tetapi terkenal dengan kekerasan pendiriannya.

Tepat jam 830pagi, saya pun mengorak langkah masuk kedalam. Saya sebelum ini sudah beberapa kali melawat Parlimen sebagai pegawai kepada Dato Seri Hishammuddin setiap kali beliau menjawab soalan di Parlimen. Tetapi kali ini saya rasa lain semacam sahaja. Saya merasakan setiap langkah saya menghampiri bangunan Parlimen pada pagi yang hening itu begitu berat sekali. Terasa sekali betapa kali ini saya ke Parlimen dengan satu tanggungjawab memikul amanah rakyat Kota Belud yang jauh nun beribu ribu batu. Suara orang Kg Kulambai, orang Kg Taun Gusi, orang Kg Kiau seperti membisikkan sesuatu ketelinga saya bahawa mereka mahukan ahli Parlimen mereka masuk melangkah ke dalam dewan dengan penuh rasa keinsafan dan tanggungjawab.

Lantas saya membetulkan cara saya bergerak supaya menegak dan menghayun tangan seolah olah saya menuju ke medan perang sebagai seorang Jeneral yang perlu menunjukkan ‘kejaguhannya’ agar tidak diperlekehkan oleh ahli-ahli Parlimen yang sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat.

Ada juga kawan-kawan yang menasihati saya. Kata mereka, hari pertama ke Parlimen sama seperti hari pertama masuk sekolah. Perlu awal-awal lagi tunjuk bahawa kita tidak takut atau gentar agar tidak menjadi mangsa ‘buli’ oleh senior-senior yang lain terutamanya oleh wakil rakyat pembangkang. Tetapi percayalah bagaimana kuatnya sekalipun saya cuba untuk ‘berlagak’ jaguh, saya terasa amat kerdil sekali bila berada dalam bangunan Parlimen pagi itu. Apa tidaknya, saya berada dalam bangunan yang menyaksikan banyak sejarah. Di situlah Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Lee Kuan Yew, Syed Jaafar Albar, Tun Fuad Stephen, Tun Sambanthan berentap dan berbahas tentang isu-isu panas yang menentukan ‘hidup mati’ negara Malaysia dari zaman kemerdekaan lagi. Teringat episod konfrontasi Malaysia – Indonesia, pemecatan Singapura dan macam macam lagi. Kalaulah dinding-dinding dan tiang-tiang dalam bangunan itu boleh bercakap, tentu mereka akan katakan, ”Rahman, kamu janganlah nak ‘act’ sebab Parlimen ini sudah pernah menyaksikan ketangkasan berpidato pemimpin-pemimpin dulu. Kalau kamu nak ‘act’, alamat kamu akan ditelan hidup-hidup!! ”.

Selepas masuk kedalam dewan, semua ahli Parlimen mendaftar diri dan membayar yuran-yuran keahlian untuk persatuan yang di perlu. Saya awal lagi mendaftar.

Sewaktu mendaftar, saya terserempak dengan YB Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, ahli parlimen Tuaran dan Timbalan Presiden PBS. Saya tergelak juga apabila kami semua seperti murid darjah satu lagaknya. Mana nak ambil gambar ni?, Alamak, duit tak cukup untuk bayar yuranlah!, Beg saya ni kecil sangatlah!… Begitulah antara ungkapan anak-anak murid tahun satu parlimen ini.

Kemudian saya ternampak YB Salleh Kalbi, rakan saya Ketua Pemuda Silam yang sekarang menjadi ahli Parlimen Silam dan YB Datuk Sapawi dan YB Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin. Rasa macam di Sabah pulak seketika.

Dalam keceriaan kami dari Sabah bercerita, saya disapa oleh YB Datuk Shamsul Anuar Nasarah, ahli Parlimen Lenggong yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Selepas itu perbualan makin rancak diselang seli dengan ketawa dan jenaka. Masing-masing ucap tahniah sesama sendiri.

Ketawa dan keseronokan bercerita itu terhenti apabila ahli-ahli wakil rakyat pembangkang mula masuk untuk mendaftar. Antaranya ialah YB Lim Kit Siang, anaknya YAB Lim Guan Eng, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Datuk Ibrahim Ali, YB Sallahuddin Ayub dan YB Saifuddin Nasution. Entah kenapa mata saya tertumpu kepada mereka. Gaya mereka masuk dan cara mereka bercakap penuh keyakinan seolah-olah mereka sudah menguasai Parlimen. Hakikatnya BN masih menguasai Parlimen dengan 140 kerusi berbanding 82 kerusi mereka.

Dalam saya memerhati tindak tanduk ahli-ahli Parlimen pembangkang, saya ternampak YB Khairy Jamaluddin berbaris bersama YB Tian Chua dari PKR. Mereka ini sering berhentaman dalam media tetapi melihat mereka berceloteh, saya tidak dapat menahan rasa kemegahan saya bahawa demokrasi sememangnya masih hidup dalam negara ini.

Semasa waktu duduk mendengar taklimat, saya sedari YB Khairy duduk bersebelahan dengan YB Nurul Izza anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalahkan Datuk Seri Sharizat Jalil di parlimen Lembah Pantai. Apakah perdebatan dalam Parlimen oleh kedua-dua anak muda ini nanti akan ditunggu-tunggu oleh pemerhati politik tanahair?

Melihat keadaan dan karektor ahli-ahli Parlimen hari ini, betullah apa yang disiarkan oleh berita RTM jam 8 malam tadi bahawa Parlimen Ke 12 ini akan menjanjikan satu kelainan dibandingkan dengan yang dulu-dulu.

Sampai disini dulu….

Read Full Post »

cayalah Tun!

“The British used to call us lazy Malays, incompetent Malays, untrustworthy Malays. We couldn’t say a thing about you, so when I was in a position to say what I think about you, and then said it, you don’t like it. When you say it to us, you expect us to like it, we don’t like it but we don’t have a way for our voice to be heard,” he said.

Dr Mahathir said this during an interview in “Hard Talk” aired by BBC in London, Monday.

He admitted saying that Anglo-Saxon Europeans were proponents of war, slavery and the holocaust.

“Which is true… I am stating a fact. This is their character and I will continue to say so,” he said.

On democracy, Dr Mahathir defended the brand of the system being practised in Malaysia.

“It is not necessary that the system will work for everybody, but if they have a bad leader, even a democratic system will fail.

“You must remember that it is a democratic country that dropped the atomic bombs killing more than 200,000 people,” he said.

On questions regarding Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir said if Anwar were to become the new Prime Minister, he was welcomed to conduct a full and thorough inquiry on his (Dr Mahathir’s) so-called misdeeds.

“Well, he is welcomed to do so, but I hope that he finds people who are neutral, who are impartial, probably foreigners because I don’t trust people they are putting in charge of the people they don’t like,” he said.

Dr Mahathir was also asked whether he regretted what he did to Anwar.

“Why should I regret, he was arrested under the laws of the country, he was tried and sentenced by the court, if he was not wrong, I don’t think no matter what you think about the our judiciary, I don’t think he would have been sentenced to prison,” he said.

On the judicial system in Malaysia, Dr Mahathir vehemently denied that he appointed judges in the Supreme Court and stressed that he always had faith in the system.

“I didn’t appoint the judges, the judges were recommended by the chief justice, and my duty is to check whether they had any record or not, and after that it was presented to the King who then appoint the judges,” he explained.

He also commented the move by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to apologise and offering monetary compensation to judges removed during his time as “a political move”.

“It’s a political move, something a man who is very unpopular now wanting to show that he has to do something right,” he said.

Dr Mahathir also accused Abdullah of making use of the system in the worst possible way.

“Nobody can say anything against him, he has newspapers who duly report about him and how great he is, and he was misled by his own supporters into believing that he would win big in the recent election,” he said.

Asked why he choose Abdullah as his predecessor, Dr Mahathir said, “These people, they are very smart in hiding their true character, he was known as Mr Clean and I thought I should appoint a clean person to succeed me… although he was not the one with the highest votes (as vice president) in the party but I thought that he was older and I appointed him thinking that he is not going to do anything very wrong, but this man gives greater priority to his family rather than to the country.”

Dr Mahathir admitted openly in the talkshow that it was “a fundamental

lack of judgment on his part” to appoint Abdullah as the Prime Minister of Malaysia.

He was also asked why he could not keep quiet after he retired.

“Why should I, they are doing something very bad to my country and I should not let it happen.

“I would be irresponsible if I do that,” he added.

Read Full Post »

Mengejutkan, terharu, sedih namun itulah kehendak illahi yang perlu kita terima dengan redha. Penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.

Beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair. Rustam meninggalkan seorang isteri Rohani Zainal Abidin, seorang anak lelaki, Azrani, dan seorang anak perempuan, Ariani, serta seorang cucu, Arissa Azrani.

Difahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti.

Baru semalam saya membaca satu tulisan beliau. Beliau mengatakan bukan orang yang paling layak untuk bercerita tentang bapanya kerana masa bersama bapanya sangat singkat. Tapi benih yang baik akan melahirkan juga benih yang baik seperti beliau. Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.

Dalam usia 60-an beliau terus mendahului rakan-rakannya dalam menggunakan sepenuhnya teknologi internet. Lazimnya internet ini dikaitkan pengguna yang berusia muda, namun beliau menggunakan sepenuhnya teknologi ini kerana beliau nampak faedah yang sangat besar dan berkesan. Beliau dianggap antara “cendekiawan awam” yang penting di Malaysia dan pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya serta Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

Allahyarham merupakan seorang penulis yang prolifik, baik dalam Bahasa Malaysia mahupun Inggeris dan tulisannya meliputi pelbagai bidang seperti politik, isu-isu sosial, sejarah, budaya, statistik serta sastera.

Selain itu, beliau juga telah menghasilkan terjemahan karya-karya sastera dan bukan sastera. Antologi puisinya, Riak-Riak Kecil (1977) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan beliau pernah dianugerahkan “Hadiah Sastera Negara” dalam kategori esei dan kritik sastera bagi tahun 1988/89.
Antara buku-buku karya beliau termasuk Melayu Baru:Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992), Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993), Melayu Baru dan Bangsa Malaysia:Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993), Menjelang Reformasi (2004), Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004) dan Bercanda dengan Mahathir (2006).

(source beritapanas.blogspot)

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: