
Komen Tun Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Walaupun mengakui sedih dengan tindakan Dr. Mahathir itu, beliau melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.
“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.
“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini… duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya kepada Utusan Malaysia
Jawab Tun Mahathir
Tun Musa, apakah Tun Musa lupa Tun Musa jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 – 87 dahulu? Semasa Tun Musa jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun Musa telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun Musa kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun Musa masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun Musa menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun Musa supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun Musa kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun Musa bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun Musa sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun Musa untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun Musa tidak menyertainya. Tun Musa selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun Musa . Syabas Tun Musa . Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.
Komen Tun Syahril A. Kadir
Nampaknya cerita duri dalam daging ni makin panas sejak akhir-akhir ini
Bagi aku, kalau aku jumpa duri dalam daging, aku mesti belasah penjual daging tu kow-kow
Lepas tu aku report kat FOMCA atau persatuan pengguna yang lain
aku tak dapat bayangkan bila mak aku masak Masak Lemak Cili Api Daging, tetiba ada duri dalam daging tu, pergh! confirm 4 bulan aku masuk ICU
Moral of the story, kita jangan biarkan duri melekat dalam daging, kalau ada jugak, kita boikot makan daging, kita jadi vegetarian, lagi bagus pada kesihatan
Errr…ok tak komen aku?
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »