Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2008

Duri dalam daging

Komen Tun Musa Hitam

Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dengan tindakan Dr. Mahathir itu, beliau melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini… duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya kepada Utusan Malaysia

Jawab Tun Mahathir

Tun Musa, apakah Tun Musa lupa Tun Musa jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 – 87 dahulu? Semasa Tun Musa jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun Musa telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun Musa kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun Musa masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun Musa menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun Musa supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun Musa kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun Musa bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun Musa sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun Musa untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun Musa tidak menyertainya. Tun Musa selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun Musa . Syabas Tun Musa . Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Komen Tun Syahril A. Kadir

Nampaknya cerita duri dalam daging ni makin panas sejak akhir-akhir ini

Bagi aku, kalau aku jumpa duri dalam daging, aku mesti belasah penjual daging tu kow-kow

Lepas tu aku report kat FOMCA atau persatuan pengguna yang lain

aku tak dapat bayangkan bila mak aku masak Masak Lemak Cili Api Daging, tetiba ada duri dalam daging tu, pergh! confirm 4 bulan aku masuk ICU

Moral of the story, kita jangan biarkan duri melekat dalam daging, kalau ada jugak, kita boikot makan daging, kita jadi vegetarian, lagi bagus pada kesihatan

Errr…ok tak komen aku?

Advertisements

Read Full Post »

SAK: Tidak lupa sampai mati, ini sumpah aku!

Read Full Post »

Keretapi Tanah Melayu (KTM) rugi RM188juta setahun

Pecahan kerugian : RM188 million (2001), RM140 million (2002), RM131 million (2003), RM87 million (2004), RM131 million (2005), RM104 million (2006) dan  RM116 million (2007).

Alasan sangat mudah : Kononnya sebab lebuh raya

Alasan yang perlu ditengok : Pengurusan lemah, keretapi lama, stesen yang tak bertambah

SAK: Hairan gak, bila aku nak beli tiket keretapi, katanya memanjang sold-out…musykil, musykil…errr, Tony Fernandes tak nak beli KTM ke, kita tukar jadi AirTapi, muhahaha

Read Full Post »

Petronas terpaksa membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysin Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Okestra ini dianggotai oleh hanya 5% rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah yang diimpot. Konduktor orkestra ini sahaja dibayar RM130,000 sebulan dan pembantunya RM50,000 sebulan (lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia)!

Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor MPO ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.

Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300, dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia (DR LOLO BLOG)

Petronas, betoi ka?

SAK: Gua pandai main bola lisut je.. 

Read Full Post »

 

(pic Pali Facebook)
Seorang suspek yang dipercayai dalang kes seorang suami dibunuh dan isterinya cedera,  ditembak mati di sini awal pagi ini.

Enam lagi rakan suspek turut ditahan bagi membantu siasatan polis.

Suspek sebelum itu menembak seorang pemegang status pemastautin tetap (PR), Sariningsi, 35, sebanyak dua kali di bahagian belakang badannya di Jalan Gombak Lama dan menembak mati suami wanita berkenaan, Annuar di kepala dalam satu kejadian di Kuang, Rawang

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, susulan itu, polis melancarkan gerakan dan berjaya mengesan suspek, Muhibuddin Ismuhu, 40-an yang terlibat secara langsung dengan kes tersebut.

Menurutnya, suspek dikesan sedang minum di sebuah restoran sekitar pukul 3 pagi di ibu kota dan bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan polis.

“Ketika berlari 100 meter dari situ suspek melepaskan tembakan dan polis membalas balik yang mengenai suspek menyebabkannya mati di tempat kejadian, di belakang sebuah pasar raya di ibu kota.

“Hasil pemeriksaan, polis berjaya menjumpai dua pucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam kes yang melibatkan suami isteri itu serta sepasang gari,” katanya.

 

Read Full Post »

” Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah”

(petikan http://www.chedet.com/2008/05/pengumuman-keluar-dari-umno.html)

Read Full Post »

nostalgia..

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: