Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2008

Penggambaran bermula…

WALAUPUN kalau nak diikutkan penggambaran kami hanya akan bermula di Pulau Nias, tetapi kami merasakan waktu yang ada tidak patut dibiarkan begitu saja.

Yelah, datang ke sini pun atas nama tugas, bukan berjalan-jalan. Sebaik saja selesai makan tengah hari, kami mengambil keputusan untuk keluar memulakan penggambaran di sekitar kota Medan.

Memandangkan hari ini hari minggu, kenderaan di atas jalan raya tidak sebanyak seperti hari biasa dan ini sangat melegakan.

Dengan menggunakan dua buah beca bermotorsikal, kami ‘seputar’ kota atau bergerak mengelilingi bandar tersebut.

INILAH beca bermotorsikal yang membawa aku mengelilingi kota Medan

INILAH 'limousine' atau beca bermotorsikal yang membawa aku mengelilingi kota Medan, cantik tak?

Tempat utama tentunya di Istana Maimun, Masjid Agung, tugu peringatan Jenderal Achmad Yani dan berbagai lagi.

Walaupun kehadiran kami sedikit sebanyak mengundang ‘tarikan’ orang ramai yang menyangkakan kami sedang melakukan penggambaran sinetron, namun semuanya boleh dikatakan berjalan lancar.

Dapat pulak ‘pak supir’ yang ngam, kerja kami bertambah senang.

Razlin melemparkan senyuman manja di depan tugu Jenderal Achmad Yani (bukan Ahmad Dhani tau!)

Razlin melemparkan senyuman manja di depan tugu Jenderal Achmad Yani (bukan Ahmad Dhani tau!)

Penggambaran kami tamat kira-kira pukul 8 malam. Lepas dinner, masing-masing tercongok depan tv dalam bilik hotel.
Esok bermulalah segalanya apabila kami akan masuk ke Pulau Nias melalui pesawat Riau Airlines.
InsyaAllah kalau ada kesempatan kami akan update perkembangan penggambaran di sana.
Salam.

Read Full Post »

SEBENARNYA segan gak buat entry ala-ala catatan pengembara kali ini

Member-member aku bukan main lagi update blog dari Qatar, dari Moscow, alih-alih aku update dari Indon je, huaaarggghhh!!!! 

Tapi xda hal, kalau tak dulu aku pun sepatutnya ikut diaorang gak cuma banyak benda kat opis membuatkan aku ‘hold’ dulu, lepas Nias aku akan balik jap ke KL sebelum keluar lagi. Xpa, bak filem Tamil, hero kalah dulu, muhahahaha

Lega rasanya bila mendapat tahu gang2 aku yang lain dah selamat sampai destinasi mereka. Gud luck dan selamat bekerja guyzz.

Tapi bagi memastikan disiplin penulisan dipatuhi, aku tulislah juga sikit pun walaupun kat Indon je, hehehe

kami tiba di Medan, Indonesia tepat jam 1 tengah hari. Mendarat saja di lapangan terbang Polinia (yang sedang dibaik pulih akibat terbakar itu) aku dan Razlin terpaksa meninggalkan rakan-rakan di sebuah restoran di situ kerana terpaksa menapak punyalah jauh untuk membeli tiket kapal terbang ke Pulau Nias pula

Malang sekali kerana kami hanya dapat penerbangan pada hari Isnin kerana kehabisan tiket. Nampaknya pulau yang mundur itu semakin maju sekarang. Aku difahamkan sejak gempa bumi tempoh hari, Pulau Nias semakin membangun dek perhatian masyarakat antarabangsa.

Bayangkan daripada hanya satu penerbangan sehari, kini jumlahnya bertambah kepada empat. Kalau dulu hanya Merpati Airlines bersaiz Fokker 12 tempat duduk, kini berganti dengan Fokker yang boleh memuatkan lebih 50 penumpang. Kalau dulu hanya Merpati Airlines yang ‘sudi’ ke sana, kini Riau Airlines pun melebarkan sayapnya ke pulau terpencil itu.

Di sebelah petang, kami ‘menjenguk’ sebentar ke kota Medan. Aduh, sakit kepala otak dengan bandar yang berkepadatan 3 juta penduduk ini! Dengan jalan rayanya yang ‘macet’, orang bertali arus, hon kereta sana-sini, memang menyesakkan fikiran yang serabut ini.

Jangan hairan sekiranya kenderaan di sini banyak yang mewah-mewah dan kawasan kediamannya pula terdiri daripada rumah banglo-banglo besar, ini kerana ramai golongan saudagar keturunan Cina menetap di Medan.

Medan juga tempat tumpuan orang Malaysia yang hendak bercuti. Dalam erti kata lain, datang ke Medan ini tak terasa sangat datang ke Indonesia, macam kat Malaysia gak la.

Kami hanya di bandar sekitar dua jam saja sebelum pulang ke hotel semula. Lepas makan kat sebuah restoran nasi padang dan makan malam di sebuah warung tepi jalan masing-masing dah ‘flat’.

Sebelum tarik selimut, sempat jugaklah melihat gelagat anak-anak muda Indon berhibur dengan dangdut mereka. Sambil dok berfikir bahan yang hendak dirakamkan, sedar tak sedar, mata dah makin kecil.

Akhirnya tiba saat paling dinantikan, tidurlah, apa lagi, zzzzzzzzzzzzzzzz……..

Read Full Post »

DALAM pada aku bersiap-siap nak ke Indonesia, aku terus dihujani pertanyaan orang ramai melalui sms dan blog aku ni mengenai mengenai alamat para pengamal perubatan Islam yang disiarkan dalam rancangan tersebut

Memang aku dah nak gerak ke sana tapi tak sampai hati nak hampakan mereka yang menghadapi masalah gangguan jin dan iblis ni

Takpe, no hal. Untuk itu aku sertakan alamat beberapa pengamal yang pernah kami siarkan dalam episod-episod terdahulu

Nasihat aku, pada peminat rancangan ini, tunggu hingga ke akhir rancangan kerana kami akan siarkan alamat mereka yang terlibat di bahagian akhir setiap episod.

Oh ya, semalam satu tim kami telah berangkat ke Jakarta bersama pengacara, Khalid Salleh untuk merakamkan beberapa episod pengamal perubatan di sana.

Harapan kami agar semua peminat rancangan Expose Mistik akan terus melekat di Astro Prima kerana tiada apa yang lebih menggembirakan kami selain daripada mengetahui yang rancangan ini memberi manfaat kepada para semua penontonnya.

Ingat tagline kami, Paparan Kami, Tafsiran Anda!

USTAZ HUSIN JUSOH

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA

2213-D, KAMPUNG MAJU JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

TEL : 019 – 7643034 

 

USTAZ AZIZI MISBAH

PUSAT RAWATAN ISLAM GSHAHMISTERI

NO. 42, JALAN ITHNIN MAAROF, TAMAN LIAN SENG,

86000 KLUANG, JOHOR.

TEL : 016 – 749 5801

 

USTAZ DR BASHARUDDIN HJ PANJANG AHMAD

PUSAT PERUBATAN SEIRING SYARIAT ISLAM

NO18, JALAN 5/12C, PENJURU QIBLAT MASJID SAIDINA HAMZAH,

 KAMPUNG BATU MUDA,

51200 KUALA LUMPUR.

TEL: 019-313 8359

 

USTAZ MOHD HADI AHMAD TALHAH (PENGERUSI)

PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM MALAYSIA

LOT 4463, LORONG PENGHULU, GOMBAK SETIA,

53100 KUALA LUMPUR,

TEL : 03-6188 1789

 

 

 

USTAZ MOHD SUHAIMI ROZALI

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

NO 15, JALAN 3D/6, TAMAN SETAPAK INDAH, SETAPAK,

KUALA LUMPUR.

TEL : 019-269 1525

 

USTAZ DR HAJI JAHID HAJI SIDEK

PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH

LORONG BERINGIN, BATU 17, 48050 KUANG, SELANGOR.

TEL : 019-384 5666

 

MAS AYU

PUSAT PERUBATAN TRADISIONAL KEROHANIAN ISLAM

H5 – 0706, TINGKAT 7, APARTMENT PANDAN JAYA, AMPANG, KUALA LUMPUR.

TEL : 017-318 2199

 

USTAZ ABDUL MAJID HASSAN

PUSAT RAWATAN ISLAM NUR EHSAN

LOT 2894, LORONG BERINGIN, BATU 17, 48050 KUANG SELANGOR.

TEL: 017-364 6461

 

USTAZ FADZLY

PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUSTAQIM

LOT 24, SG SELIANG ATAS,

09600 LUNAS, KULIM, KEDAH.

TEL : 012 – 497 2877

 

 

USTAZ MALEK LADZIM

PUSAT RAWATAN TERAPI AL-QURAN DARUL HIKMAH

NO 17, TAMAN PULAI JAYA, KILOMETER 5, JALAN LANGGAR,

05460 ALOR STAR, KEDAH

TEL : 019-471 5253

 

UST MOHD SYAKIR MOHD EZMI

PUSAT RAWATAN AL-SYAKIRIN

LOT 195A LORONG HALBA, KG BAKAR KAPOR

08000 SG PETANI, KEDAH

019-5661848

 

USTAZ MOHD KHAIREY SAUDI.
LOT 5756 SIMPANG 4
TAMAN ADABI
KG BANGOL,
17500 TANAH MERAH
KELANTAN
 012-3603488

 

Read Full Post »

 

InsyaAllah jika tiada apa-apa halangan, maka esok aku akan berangkat ke Pulau Nias, Sumatera seperti mana yang telah dirancangkan hampir sebulan yang lalu.

Pemergian kali ini bukan saja untuk meneruskan misi kemanusiaan untuk anak-anak yatim di pulau yang teruk dilanda gempa bumi itu, tetapi pada masa yang sama bagi menjalankan penggambaran dokumentari yang berjudul ‘Nias’ untuk siaran Aidil Fitri di saluran ASTRO nanti.

Aku bertuah kerana bersama-sama aku adalah saudara Razlin K.P Hanafiah, graduan USM yang mempunyai pengalaman luas dalam pembikinan iklan dan dokumentari sambil dibantu dua jurukamera muda tetapi berbakat, saudara Ashraff dan saudara Azman.

Aku sendiri akan bertindak sebagai penulis skrip untuk dokumentari khas sebanyak dua episod yang berdurasi selama sejam setiap satu ini.

Halangan yang mungkin wujud adalah keterbatasan daripada segi kelengkapan kerana secara kebetulan, pada bulan ini hampir kesemua tenaga kerja kami terlibat dalam penggambaran di luar negara.

Semalam menyaksikan dua tim kami berlepas ke Mesir, Russia, Iran, Yemen dan Greek untuk menjalankan rakaman dokumentari khas ‘Alexander bukan Zulkarnain’ tajaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Dua tim produksi Expose Mistik pula kini berada di Singapura dan Sabah.

Berbalik kepada penggambaran dokumentari khas ‘Nias’ ini, kami akan berada di pulau terpencil itu selama hampir dua minggu. Ini kerana kami mengambil keputusan untuk bersama-sama merakamkan suasana Ramadan di kalangan penduduk minoriti Islam di wilayah berkenaan.

Kami juga bercadang untuk mengambil sedikit ‘risiko’ dengan menaiki bot selama 13 jam ke pulau berkenaan di samping 13 jam lagi dengan menaiki pacuan empat roda melalui jalan darat. Semua ini untuk memberi hasil yang terbaik kepada para penonton dokumentari ini kelak.

InsyaAllah, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis juga akan menyertai kami di sana bersama sekumpulan tokoh korporat untuk menyerahkan sumbangan derma rakyat negara ini kepada penduduk pulau berkenaan.

Aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang sudi menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim Pulau Nias setelah aku melancarkan kempen melalui blog ini tempoh hari.

Jangan bimbang dan ragu, aku akan cuba sedaya upaya agar setiap sumbangan yang mereka beri akan sampai betul-betul ke tangan mereka yang sepatutnya. Terima kasih juga kepada bos aku, saudara Akmal Radzlan kerana sudi menyumbangkan tiga bungkusan besar pakaian kepada anak-anak yatim.

Allah saja yang dapat membalas budi anda semua. Kepada yang tidak berkesempatan untuk menghulurkan sumbangan, jangan risau, tak dapat duit atau barang, doa anda pun sudah lebih daripada memadai.

Pada keluarga tercinta, jaga diri baik-baik. Jangan sedih bila berbuka puasa walaupun tanpa aku di sisi. Adatlah kalau dah masuk bidang media ini…

Akhir kata, doakan kami selamat pergi dan balik. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku akan kemaskini blog ini dari Indonesia.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan awal Ramadhan. Penduduk Permatang Pauh pula jangan lupa mengundi pada 26hb ini tau, hehehe

Wassalamualaikum.

Read Full Post »

CEO ku yang unik…

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF atau lebih glamour dengan nama CEO adalah orang nombor satu dalam satu-satu organisasi

Selalunya imej seseorang CEO dikaitkan dengan penampilannya yang ala-ala ‘cover macho’, sut mahal dan elegan, berkereta BMW atau Mercedes Benz, tinggal di kondo atau banglo mewah serta seantero dengannya

Tetapi tidak bagi CEO ku, Zainal Rashid Ahmad. Dia 360 darjah lari dari semua kriteria yang disebutkan di atas. Bukan lari sikit, tapi lari habis!

Butiknya ialah bazar malam di uptown, rumahnya rumah flat, keretanya kereta Perdana, jenama pakaiannya…bundle! Jangan salah anggap, bukan kedekut atau kedaung, gajinya ehem!ehem! tapi itu langsung tidak merubah stail, personaliti dan gayanya.

Basically entry kali ini bukan untuk membodek bos aku yang sorang ni, aku pun dok kena hentam jugak, cuma aku just nak share bout ‘the uniqueness of Zainal Rashid Ahmad’ ngan pembaca blog marhaen ini

Sedikit mengenai Zainal Rashid, dia dulu pun macam aku jugak. Dia bermula dengan wartawan cetak sebelum beralih ke wartawan penyiaran. Dari Utusan ke Astro, dari Astro ke NTV7 (dialah yang memperkenalkan Edisi Siasat yang famous dulu tu), kemudian dia ke TV3 (menggegarkan Malaysia apabila berjaya menyusup masuk ke Israel untuk membuat liputan Majalah 3 mengenai Masjidil Aqsa)

Peristiwa Tragedi Berdarah Tak Bai di Thailand yang dihasilkannya juga telah mengharumkan namanya di dalam industri ini hingga berjaya memenangi anugerah Sri Angkasa.

Zainal Rashid juga seorang cerpenis yang sering memenangi anugerah sastera tanah air. Banyak lagilah pasal dia yang tak mampu aku rangkumkan segalanya.

Nak tahu unik tak unik CEO aku ni, jom kita ‘intai’ pejabatnya, hehehe

Poster Bob Marley, Che Guevera, Sukarno, Hitler menghiasi ruang tamu

 

frame besar Bob Marley dan ayat 1000 dinar menjadi inspirasi!

 

seterika arang berusia berpuluh tahun diletakkan atas rak bukunya

ini semua koleksi topi raggae Bob Marley

poster para syuhada yang terkorban semasa menentang kezaliman Barat

 

frame besar mengandungi replika kad pengenalan arwah Tan Sri P. Ramlee

last but not least…koleksi puluhan kasut berbagai jenama dan warna.

.

.

So, unik tak? Inilah orangnya…

Read Full Post »

PERDANA MENTERI, DATUK SERI ABDULLAH Ahmad Badawi hari ini ‘buang tebiat’ dengan tiba-tiba memilih untuk naik komuter dari Serdang ke KL Sentral, Kuala Lumpur.

Tapi ‘buang tebiat’ beliau itu, pada aku, cukup tepat pada masanya (walaupun patut dah lama beliau buat macam ni). Yang ini aku memang puji, tahniah Pak Lah.

Lawak juga bila dilaporkan yang Pak Lah tak dapat tren pertama sebab orang terlampau ramai. Last-last bila naik tren yang seterusnya pulak beliau tak dapat tempat duduk. Aku dengar ramai gak yang nak bagi beliau ‘seat’ tetapi beliau pilih untuk berdiri seperti ratusan penumpang yang lain.

Aku rasa beliau saja nak buat ‘spot check’ sebab bos-bos KTM takda masa beliau naik komuter tu.

Dari KL Sentral, Pak Lah naik pula LRT sampai Masjid Jamek. Tapi seperti masa naik komuter tadi, yang ni pun beliau kena tunggu sebab LRT asyik penuh.

Meh kita dengar apa komen Pak Lah lepas naik komuter ngan LRT;

“Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang setiap pagi untuk pergi kerja. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, ialah, nampaknya macam tak ada sistem.

“Yang ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki,” Abdullah.

Hah tahu takpa Pak Lah. Inilah senario yang terpaksa kebanyakan warga kota terpaksa lalui tiap-tiap hari bosss…

Untuk Pak Lah, terima kasihla kerana sudi ‘tinggalkan’ Perdana V6 Executive anda seketika bagi menyelami masalah yang dihadapi warga kota macam kami.

Lepas ni, apa kata Pak Lah menyamar naik teksi pulak. Pak Lah boleh start dengan naik teksi kat Puduraya.

Tapi sebelum itu Pak Lah kena makan ubat sakit jantung Pak Lah dulu. Pastikan makan ubat dulu, saya ulang, makan ubat dulu.

Sebab confirm Pak Lah akan kena ‘heart attack’ bila berdepan dengan pemandu teksi KL!

Read Full Post »

DEBAT : KISAH BENAR DI SEBALIK KONTROVERSI TANAH DI PULAU PINANG

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon vs YAB Lim Guan Eng

(1)  Pada segmen-segmen permulaan debat, kedua-dua tokoh berjaya menonjolkan penampilan dan karisma masing-masing.

(2)  YB Lim mempersoalkan beberapa skandal tanah yang menimbulkan keraguan dan kenapa tindakan tidak diambil kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Tan Sri Dr Koh menjawap, kes tersebut sebenarnya telah beberapa kali disiasat oleh BPR dan beliau sendiri tetapi tiada bukti yang diperolehi. Oleh kerana itu, pegawai terbabit hanya diberi amaran. Malahan, kes tersebut telah dipanjangkan ke mahkamah.

(3)  Ini menimbulkan rasa tidak puas hati YB Lim Guan Eng dan menganggap Tan Sri cuba menutup kelemahan pentadbiran kerajaan yang lepas. Ini membuatkan Tan Sri Dr Koh ‘naik darah’ dan mencabar YB Lim Guan Eng agar membuat siasatan baru terhadap kes-kes yang ada jika tidak berpuas hati.

 

(4)  YB Lim Guang Eng seterusnya mendakwa kerajaan barunya telah memperkenalkan sistem pentadbiran baru yang lebih telus (CAT) sehingga penemuan skandal-skandal tersebut. Tan Sri Dr Koh kemudian, membidas YB Lim bahawa sistem tersebut hanya penambah-baikkan kepada sistem yang telah ada sebelum ini.

(5)  Seterusnya beliau berkata, sekiranya kerajaan PR hanya menemui 5-7 kes yang meragukan berbanding beratus-ratus fail yang ada, ini menunjukkan sistem terdahulu lebih berjaya dari segi peratusannya. YB Lim kemudian berkata.. walaupun sedikit, ianya melibatkan sejumlah wang yang besar dan boleh digunakan untuk kebajikan rakyat P.Pinang.

(6)  Tan Sri Dr Koh selanjutnya berkata, jika terdapat kes yang baru.. sudah tentulah tindakan akan diambil. Berkenaan kes-kes sebelumnya, biarlah mahkamah yang menentukannya.

(7)  YB Lim kemudian menggulung hujah dengan menyatakan kerajaan PR akan terus memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang telus dan ‘mesra rakyat’. Manakala Tan Sri Dr Koh pula menggulung hujah dengan membidas kerajaan PR agar mempunyai maklumat-maklumat yang kukuh dan cukup sebelum membuat tuduhan kepada kerajaan BN sebelum ini.

(petikan cekka.wordpress)

SAK: Bangganya bila dua orang bukan Melayu debat dalam bahasa ibunda kita…memang aku respek kat diaorang terutama Tsu Koon yang menggunakan bahasa Melayu ‘surat’ dan bukannya ‘pasar’.

Read Full Post »

(pix TheStar)

Kerajaan akan mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 31 Ogos ini, yang akan dikuatkuasa pada 1 September ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Harga yang akan ditetapkan adalah berdasarkan harga purata petrol sepanjang bulan Ogos.

“Harga baru itu akan kita tolak 30 sen yang diberi subsidi yang kerajaan telah setuju. Sekarang ini kita sedang pantau harga minyak (di pasaran antarabangsa) dan saya harap ia akan turun lagi

“Pada waktu ini agak awal sikit untuk membuat satu jangkaan tentang kemungkinan harga yang boleh kita tetapkan lagi. Hari ini baru 20 haribulan.

“Sepuluh hari lagi…harap jangan naik lagilah.

“Kalau nasib tidak baik nanti apa yang saya cakap semua tak betul, nanti orang kata Pak Lah bohong. Kita tengok dengan harapan kalau trend ke arah turun maka tentu sekali harga minyak akan kurang daripada yang dikenakan waktu ini.

“Kalau harga minyak di pasaran dunia turun maka kita akan turunkan tetapi jika melambung naik lebih daripada apa yang dibayar pada waktu ini, ianya tidak akan dijual lebih dari RM2.70 (seliter),” kata Perdana Menteri.

(sumber Utusan Malaysia)

Read Full Post »

GENERASI baru sekarang mungkin tak kenal siapa Tengku Abdullah yang juga merupakan adik Yang Dipertuan Besar Negri Sembilan sekarang.

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Charlie’ meninggal dunia ketika di KLIA pagi tadi akibat serangan jantung.

Senang citer macam nilah. Pernah dengar Melewar Group? Kalau tak tahu juga, pernah dengar syarikat insurans terkenal, MAA? Ok, beliaulah ‘taukehnya’.

Tengku Abdullah actually sangat terkenal di kalangan orang politik dan businessmen tanah air.

Aku sendiri tak tahu beliau pernah jadi Ahli Parlimen Rawang sehinggalah sahabatku, Razlin mengingatkan aku tentang perkara tersebut.

Sejarah hidupnya penuh hitam dan putih. Bekas diplomat itu juga dikatakan seorang ahli perniagaan yang cukup pintar dalam kariernya.

Dalam satu interview beliau pernah berkata,

`Once a Malay businessmen secures a lucrative government tender, he would set up a posh office, upgrade to a luxury car and employ a beautiful secretary.

‘ However, for his Chinese counterpart, he would sell his present car, put the money from the car into the business and employ a clerk as his secretary.” katanya yang membandingkan ‘gelagat’ ahli perniagaan Melayu dan ahli perniagaan Cina. 

Tengku Abdullah juga pernah mencetuskan kontroversi hebat di Malaysia suatu ketika dulu apabila beliau pergi ke Israel dan bertemu dengan Perdana Menteri Israel ketika itu, Yitzhak Rabin atas urusan perniagaannya.

Apalagi, ‘huru-haralah’ sekejap masa tu bila NGO kita belasah beliau kiri kanan.

Apapun, beliau sudah pergi. Tiada apa yang dapat kita kirim melainkan doa untuk dirinya.

Al-Fatihah.

Read Full Post »

anak kesayanganku Ammar Amsyar baru menyambut hari jadinya yang ke tiga tahun dua minggu lepas

malah dia still pakai pampers dan cakap pun banyak yang tak betul lagi..tetapi aku menyedari ada ‘sesuatu’ mengenai dirinya

dia sangat gemar perkara-perkara yang berkaitan dengan suruhan agama seperti membaca Al-Quran, melaungkan azan dan bersolat

mak aku adalah orang yang paling rajin melayan dia

baru-baru ini aku terkejut apabila dia mengambil surah Yassin sebelum membacanya selama kira-kira tiga minit

walaupun biji butirnya aku pun tak tahu, hehehe, tetapi adakalanya ayat-ayat yang dia alunkan memang ‘real’

takpelah, kalau ini ‘jalan’ yang dia pilih, aku sebagai ayah sangat gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT walaupun bapak dia masih rock n roll !

Tuhan, aku bersyukur..

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: