TANYALAH mana-mana anggota Tentera Darat, siapakah yang paling mereka risau apabila bertembung, jawapannya boleh dikatakan sama, orang itu tentunya yang memakai pangkat Sarjan Mejar Rejimen (SMR)
Kenapa SMR paling digeruni? Jawapannya mudah, SMR merupakan ketua bagi 89,000 orang anggota yang bukan bertaraf pegawai dalam Tentera Darat. Tugasnya yang paling utama adalah memastikan kesemua mereka, tidak tertinggal satu pun, mematuhi disiplin dan berada dalam keadaan terbaik, fizikal mahupun mental.
Dengan misai tebal yang melenting, badan yang tegap, suara kuat dan tegas, kehadiran SMR Mohd. Dzahar A. Rahman di sekitar kem, lebih-lebih lagi di padang kawad, persis seekor singa yang mengungguli belantara – diperhatikan dan pastinya memerhatikan yang lain.
Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Mohd. Dzahar telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan. Beliau juga telah melalui zaman pemodenan TD yang pesat.
“Justeru, TD mengalu-alukan kehadiran Cik (panggilan untuk jawatan PW) Mohd. Dzahar pada bila-bila masa bagi berkongsi pandangan dan buah fikiran beliau untuk penambahbaikan pasukan,” jelasnya.
Begitulah penghormatan yang diberi oleh ‘bos nombor satu TD’ itu kepada Mohd. Dzahar.
Aku secara peribadi sering bertembung dengan Dzahar ketika membuat liputan di Kementerian Pertahanan atau di majlis tertentu melibatkan TD.
Memang betul, wajahnya yang ala A. Galak dengan misai ‘ular sawanya’ dah cukup menggerunkan, jadi tak hairanlah jika anak buahnya selalu kecut perut bila bertembung dengan beliau.
Aku difahamkan, walaupun pangkat beliau bukan setaraf dengan pegawai, tetapi ‘kuasa’ yang dimilikinya membolehkan beliau ‘menegur’ sesiapa saja yang melanggar disiplin waima yang ditegur itu mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripadanya!
Kini Dzahar sudah di penghujung kariernya. Wajah garangnya sudah tiada, pekik dan jeritannya sudah tidak kedengaran, namun legasi kecemerlangannya dalam Tentera Darat khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya akan terus terpahat dan diingati sampai bila-bila.
Selamat Bersara Encik Dzahar!
hehehe..gerun nyer tgk sarjan misai ni..tapi saya lagi gerun apabila bila tgk muka pak sako imigresen..hensem katernyeww…kaedahnyer..lately muka dia asik kuar tV jek..bila lah nak bersara..hahahahha..rindu abg
rasanya RSM kut (SMR dlm bahasa malaysia), RSM saya biasa dengar masa aktiviti wataniah. pangkat pegawai waran tu betul
secara peribadi… bagi org yg tengok dia secara fizikal memang la gerun.. aku penah makan semeja dengan beliau.. aku respect gila dengan dia.. walaupun dia nampak mcm brutal tapi dia tegas ikut keadaan dan masa.. kalo masa dia bertugas memang dah tugas dia sbg rsm untuk pastikan semuanya betul. dia boleh sound mejar mcm tuh jer depan aku. terkulat2 mejar tuh aku tengok. hehehe. bukan takat org luar.. anak sedara aku pun nanges tengok dia punye misai. skali dua dia agah anak sedara aku (agah2 gurau budak).. melalak budak tuh sampai ngigau2 masa tido. hehehhe.. anyway CIK! Jasamu dalam TD akan sentiasa dikenang.Moga Allah merahmati perjalanan hidup CIk. TABIK SPRING!!
ooo…bleh than jgak kuasa dia niey blehla dikatan brdaulat gak dalam tentera.
tapi semua diorang yang pakai pgkat niiey mmg misai macam 2 ke or dia je….
tapi memang patut dia dihormati kerana dia pandai menjaga org bawahan dia and tak ada pilih kasih dalam undang2.
sebab tu orang hormat dia bukan kerana paras rupa tapi dasar hormat menghormati ant 1 sama lain 2 yang buat org senag terhadap dia
moga hudup sejahtera selalu………..
memang benar apa yang diceritkan oleh penulis……..Dalam padang kawat beliau yang berkuasa sepenuhnya,Tiada siapa yang boleh menegurnya….Tapi apa-apapun “ENCIK” SMR. Mohd. Dzahar A. Rahman, Saya ucapkan taniah diatas pesaraan ENCIK……semoga Allah panjangkan umur dan dilimpah rezeki melimpah ruah……..Hormat……..kehadapan…….hormat
Selamat bersara encik, Encik Dzahar ni guru saya sebelum jadi RSM TD,orang kecil tapi berbisa seperti cilli padi, tapi orang nya peramah dan boleh dibawa berbincang dan jugak boleh bergurau dengan cara yang berhemah. Dengan sokongan beliau juga membuat saya berani memegang jawatan seperti beliau tapi dalam unit sahaja. Terima kasih juga saya ucapkan kepada beliau semasa dalam perkhidmatannya sebagai seorang Ketua Jurulatih DiLATEDA, Cawangan Kawad.
Selamat bersara Encik, Jasa mu tetap dikenang,semoga beroleh kejayaan di dunia awam dari bekas penuntut KPSMK siri 1/2001
asskum seronok dlm tenra ye. tegok tak garan sagat pun……..
masa kawad KKU kat gemas, dia tegur lembut je terus jd elok KKU kitorang sedangkan dah 5 hari rehasel. takut beb. satu kem gemas bunyi suara dia. kalah bunyi meriam artileri kat bukit belakang tu….
semoga cik trus maju jaya dlm apa jua bidang yang cik ceburi,dah dikurniakn kesihatan yang sempurna daripada allah s.a.w amin….
Bagi mereka ini, misai tebal melentik tu sangat penting. Misai memang salah satu syarat dan mereka mendapat insentsif. Hasilnya mereka memang kelihatan garang dan bengis dari segi luaran.
Pada sy secara peribadi sifat tegas dan garang pada tempatnya itu penting. Khalifah Umar bin Al-Khattab ialah sahabat nabi yang paling garang sehingga dikatakan Syaitan pun takut bila bertembung dengan beliau. Betapa hebatnya Khalifah umar. Dari segi yang lain pulak beliau juga merupakan pemimpin yang adil dan tiada sesiapa yg mampu menafikan keadilannya. Beliau sangat adil dan sanggup berkorban untuk org dibawah pimpinannya. Beliau tidak suka membiasakan anak2nya dengan kemewahan. Hasilnya, Khalifah yang adil iaitu Umar Ibnu Abd Aziz atau dipanggil dengan Umar 2 lahir daripada keturunan Khalifah Umar Al-khattab.
Khalifah Umar Ibnu Abd Aziz ialah cucu khalifah Umar Al-khattab dan merupakan khalifah yang sangat adil dan berani menegur pembesar-pembesar yang menyeleweng dalam negara pada zaman pemerintahan muawiyyah. Beliau juga berani menegur kezaliman Khalifah sebelumnya walaupun menghadapi risiko di hukum pancung. Semua harta milik rakyat yg diambil secara zalim oleh pembesar2 muawiyyah yang zalim dikembalikan semula apabila Umar Abd Aziz dilantik menjadi Khalifah. Selain dari itu, beliau juga dikatakan sebagai seorang yang bertaraf ulama kerana ilmunya yg tinggi dan beliau memang selalu berguru dengan pelbagai ulama sebelum menjadi khalifah.
Itu sahaja secara serba ringkas. Apa yang sy tertarik ialah sifat Umar Bin Al-Khattab. Beliau sememangnya org yg sangat digeruni sejak beliau belum memeluk Islam. Sehingga apabila beliau memeluk Islam, menjadi manusia yang terbaik dan digeruni oleh musuh.
RSM TD ada lah bapak segala RSM2 yg ada dlm ATM. dan bapak kepada semua LLP yg ada. Seperti mana hanya ada seorang saja Panglima Tentera Darat begitu juga Cuma ada seorang saja RSM TD. Sepatut nya beliau layak menerima apa juga keistimewaan dan layanan seperti PTD.
Saya pun bekas RSM KorJLJD tapi sekarang ada k orang nak perjawatan RSM tapi kursus tak ada
saya mantan RSM didalam unit askar melayu dan mengakhiri dunia RSM saya di KOLEJ TENTERA DARAT, di mana tempat melahirkan pegawai-pegawai tentera, berasa bangga berada dalam kelompok RSM,..hanya ingin mengingatkan kepada RSM yang sedia ada sekarang dan bakal menjawat jawatan tersebut, jagalah perilaku anda supaya title RSM
tetap terpelihara….
tabik spring En.Dzahar. RSM TD yg baru pun boleh tahan tegasnya…
Assalam…
Sedikit pengalaman bersama Encik (SMR TD) Mohd. Dzahar A. Rahman…sewaktu kawad tauliah pegawai2 muda tahun 2004 sebelum di anugerahkan pangkat pegawai oleh YDP Agong (Ganti dgn Sultan Selangor)…
Sekali die jerit…berderau darah kami…masing2 sumer berdiri btl2 biarpun kaki dh tgn dh lenguh giler dan gatal2 dek peluh yg mencurah2 kuar sbb kat padang kawad (korg tahu lar kan)
Dan yg paling best bila die jerit nama RSM kami…Encik (SMR) Mohd Noor Mat Deni…”Encik Mat Noor”…spontan Encik Mat Noor menjawab “Encik!!”…bukannyer apa…juz nk mintak Encik Mat Noor ukur padang kawad dgn tongkat RSM…haha
Aku yg dlm baris…ketawa dlm hati jer lar…bila Encik Dzahar cek baris tu yg gerun tu…adeiii…tapi aku tetap rasa bangga sbb Encik Dzahar pernah cek baris kami…walaupun sekejap…haha
Apa2pun…semoga Encik Dzahar di rahmati dan diberi kejayaan dunia dan diakhirat…aminn
Hormat……..kehadapan…….hormat…
Kpt. Faizal
Hahaha , mcm tu lh adat dalam ketenteraan…..biasa lah , , kalau aku dah besar nnti aku nak sngt bergelar seorang Tentera , x kira lh pangkat ap pon , asal kn boleh bergelar Tentera…..skang ni aq Ting.4 , aq pnah memohon untk mmasuki Maktab Tentera Di Raja , tp x dpt , Ye lh kn , mngkin skang bkn rezeki aq…..misi aq bla bgelar askar nnti , aq nk tboh kn sQuad aq sndiri dngn Kelulusan Kerajaan..aq nk jdi mcm abah aq…SQuad I.D / S.I.D….