Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2008

Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang,Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

SAK: Macam tahu je orangnya..

Read Full Post »

 

selagi belum dibuktikan, jangan percaya gambar di atas, everyone is innocent until proven guilty, ingat tu

selagi belum dibuktikan, jangan percaya gambar di atas, everyone is innocent until proven guilty, ingat tu

 

rembau ponuh sawah lebar

sawah lebar depan muaro

Ada citor den nak khobar

tentang wakil rakyat kito

masuk lomak termasuk duri

sakit perut terberak-berak

semalam tersebar gambar Khairi

sebelah awek dopannya arak

mari beraya rumah khir toyo

khir toyo yang banyak harto

jangan kita cepat percayo

sekarang boleh buek banyak bondo

biar kurus biar gemok

kerano cinto semua den tolan

kalau betol eden mengamuk

kalau salah den kan pertahan

semalam termimpi kekasih lamo

kekasih lamo gilo meroyan

inilah dio resam dunio

fitnah memfitnah dan jadi amalan

orang Minang di Koto Rajo

orang Boyan di dalam Sogo

ini peringatan pado semuo

setiap langkah kono berjago!

Read Full Post »

 

 

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama,

Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya,

MALAYSIA

 

 

SURAT TERBUKA BURUNG NURI KEPADA PERDANA MENTERI

 

Terlebih saya bagi pihak ribuan burung Nuri di negara ini ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana sekali lagi bertindak menerajui sebuah kementerian yang mempunyai peranan paling penting dalam memartabatkan kedaulatan negara ini iaitu Kementerian Pertahanan.

 

2. Atas dasar itu Datuk Seri, izinkan kami menyampaikan keluh kesah rakan-rakan kami yang kini bekerja dengan Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu helikopter Nuri.

 

3. Walaupun secara fizikalnya mereka tidaklah sama seperti kami yang berbulu cantik dan berparuh ini, namun disebabkan mereka dinamakan sempena nama kami maka secara tidak langsung kami anggap mereka juga adalah sanak-saudara kami sendiri. Bak kata pepatah, cubit sayap kiri, sayap kanan kami pun terasa.

 

4. Datuk Seri, kami sangat sedih kerana pegawai tentera biasa hanya perlu berkhidmat dalam tempoh 20 hingga 30 tahun dan layak untuk pencen serta menikmati ganjaran yang sepatutnya, tetapi rakan-rakan kami di TUDM masih ‘dipaksa’ berkhidmat walaupun sudah bertugas lebih 40 tahun.

 

5. Memang betul, rakan-rakan kami itu telah mendapat banyak organ dalaman yang baru tetapi badan dan tubuh mereka tetap sama seperti mana waktu mereka mula-mula berkhidmat dalam TUDM dulu.

 

6. Terus-terang, kami tak sanggup lagi melihat rakan kami dihina setiap kali mereka terlibat dalam nahas sedangkan manusia seperti Datuk Seri merupakan penyumbang utama kepada kematian mereka. Ini terbukti kerana majoriti laporan nahas menunjukkan ia berlaku atas faktor kesilapan manusia.

 

7. Ketika Datuk Seri Najib menjadi Menteri Pertahanan dulu, kami ada mendengar  rakan-rakan kami di TUDM akan dipencenkan bagi membolehkan helikopter baru mengambil alih peranan mereka, malangnya semalam Datuk Seri memaklumkan yang perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan atas faktor kewangan.

 

8. Datuk Seri, memang betul helikoter baru itu lebih mahal daripada helikopter jenis  sama yang digunakan oleh Brazil. Ini disebabkan sistem radar dan persenjataan canggih yang kita hendak gunakan.

 

9. Justeru itu, kami berpendapat tak payahlah kita tambah senjata canggih dan pelbagai peralatan moden dekat helikopter baru ini buat sementara waktu, yang penting beli dulu apa yang ada dan bila ada duit kita tambahlah apa yang patut.

 

10. Kami bukan apa Datuk Seri, apa Datuk Seri nak jawab dekat lebih 20 juta rakyat Malaysia sekiranya selepas ini ramai lagi rakan kami yang terhempas? Tidakkah Datuk Seri akan dihantui rasa bersalah seandainya ditakdirkan ianya berlaku lagi?

 

11. Sekarang saya difahamkan yang panglima-panglima tentera Datuk Seri sendiri pun dah mula tak mahu naik Nuri, mereka katanya lebih sanggup naik ‘staff car’ daripada ikut ‘keranda terbang’ itu. Dan maaf cakap, saya sendiri tak pernah lihat Datuk Seri naik helikopter Nuri sejak 10 tahun lalu, kenapa, takutke?

 

12. Datuk Seri, kami faham Datuk Seri lebih minat bermain dengan ikan koi daripada bermain dengan burung seperti kami, tetapi Datuk Seri jangan lupa, Datuk Seri sendiri pun menamakan anak Datuk Seri dengan nama Nori. Biarpun ejaan lari sikit, tapi bunyinya tetap sama tau!

 

13. Akhir kata kami nak sangat Datuk Seri pertimbangkan pembatalan pembelian helikopter baru itu, kami tak kisah apa jenis pun janji Nuri yang ada sekarang mesti ditamatkan perkhidmatan mereka. Kesian mereka Datuk Seri, dah uzur benar nampaknya rakan-rakan kami itu.

 

14. Maafkan kami sekiranya surat ini menganggu kerja-kerja Datuk Seri. Sebagai mewakili rakan-rakan Nuri yang lain, kami berharap sangat agar rayuan kami dipertimbang dengan sewajarnya oleh pihak Datuk Seri

 

15. Ingat, jangan sesekali uji kejantanan kami, ini kerana walaupun Datuk Seri pun ada ‘burung’, tetapi kami telah membuktikan yang bulu kami lebih cantik dan kami lebih petah bercakap berbanding burung Datuk Seri yang hanya tahu mematuk!

 

Sekian.

Read Full Post »

aku betul-betul bangga lihat semua kaum sambut Deepavali hari ni, tak kira Melayu ke, India ke, Cina ke, kelabu ke, hitam ke, semua satu hati

ini yang kita nak..justeru bila wujudnya Al-Maunah, Dong Jia Zhong, HINDRAF, aku betul-betul rasa sakit hati

aku tak nampak sapa-sapa kat Malaysia ni perlu rasa takut, patut rasa hebat, patut rasa gengster dan sebagainya

kita semua sama, orang Melayu dibela, kaum lain dijaga

itu dah dijanjikan dalam perlembagaan

selagi memegang kerakyatan Malaysia, tiada siapa boleh anak tirikan sesiapa, siapa pandai dptlah masuk universiti, siapa rajin dapatlah kumpul rezeki, siapa berusaha dapatlah kejayaan, tak kira kau Jawa, Bugis, Pariah, Brahmin, Sakai, Negrito dan lain-lain

Ingat, jika berlaku rusuhan kaum, takde siapa akan menang, takde siapa akan menjadi juara

 Yang ada hanyalah darah dan airmata!

Read Full Post »

setelah setahun…

aku mula menulis blog kira-kira dua tahun lalu, tetapi ketika itu aku masih menggunakan blogspot sehinggalah ‘tragedi’ menimpa blog aku tu

kerana tangan asyik nak bereksperimen nak masuk lagu, nak masuk grafik dan berbagai lagi, blogspot aku tiba-tiba dah jadi haru biru, lebih parah lagi aku boleh lupa pasword yang aku guna!

masa tu aku frust giler, apatah lagi dah banyak entry aku tulis. Patah semangatlah jugak waktu tu sehinggalah aku diperkenalkan dengan wordpress.

Aku sebenarnya bukanlah IT savvy, semua yang aku buat adalah hasil ‘hentam menghentam’ di papan keyboard. Alhamdulilah, menjadi jugaklah akhirnya

Mengapa aku menulis blog? Actually menulis memang kerja rasmi dan tak rasmi aku. Dulu aku wartawan, memanglah kerja aku menulis tapi setelah meninggalkan bidang kewartawanan, aku merasakan yang aku perlu terus menulis.

Aku tak mahu skill yang aku peroleh secara formal dan tak formal ini hilang begitu saja.

Satu lagi aku ingin berkongsi pengalaman yang aku lalui, peristiwa yang aku tempuhi dan kenangan yang aku pernah rasai.

Niatnya hanya satu. Kalau baik, ambil lah pengajaran, kalau buruk jadikanlah sempadan

Setelah setahun menulis di wordpress ini, aku mendapat macam-macam komen, baik yang elok atau sebaliknya

Selalunya aku akan dipuji meleleh-leleh oleh para komentar kalau aku tulis sesuatu yang tak enak tentang kerajaan, tapi kalau aku tulis je sesuatu yang elok tentangnya, esok confirm aku terima komen yang sangat dahsyat, hehehe

Namun yang paling aku tak dapat lupakan ialah bila aku diserang habis-habisan oleh segelintir blogger underground yang marah dengan tindakan aku menulis mengenai tindakan tunjuk punggung oleh band Carberator Dung.

AKu juga dituduh seorang yang fasis apabila aku menulis mengenai pembelian jet pejuang terbaru oleh kerajaan Singapura sehingga gambar aku disebar di internet sambil dicap sebagai seorang blogger yang fasis!

Tapi tak mengapa, aku tidak pernah berdendam dengan mereka yang terlibat, ini kerana aku kenal sangat ‘puak-puak’ ini.

Dulu aku ingat nak sembunyi identiti aku, taknak bagi tau nama, taknak letak gambar dan sebagainya

Tapi bila fikir balik, aku perlu bertanggung jawab dengan apa yang aku tulis, justeru biarlah orang kenal siapa aku, aku tak mahu ikut pepatah Melayu-baling batu sembunyi tangan.

Tentang hits pulak, aku tak sangka dalam tempoh setahun ia dah cecah 60,000 pembaca. Yelah, sebagai orang yang tak dikenali macam CheDet dan Rockybru, sebagai sebuah blog yang takdak isu lucah dan pornografi, sebagai sebuah blog yang takde isu panas dan gossip artis, pencapaian itu bagi aku memberasangkan jugaklah.

Tak sangka ada juga orang yang sudi baca blog aku tak ntah apa-apa ni

Tadi salah seorang blogger, http://diamilikku.blogspot.com/ menulis dalam blognya yang dia suka baca blog aku, terharu siot

dalam pada itu, aku juga tak sangka yang melalui blog ini juga, aku dah dapat member-member baru. Contohnya www.putubambu.blogspot.com yang telefon aku pagi-pagi raya hari tu, hehehe

Sebelum aku stop, aku ingin sertakan madah daripada sasterawan tersohor Indonesia, Pramoedya Ananta Toer sebagai renungan, pepatah inilah yang memberikan aku inspirasi untuk terus menulis dan menulis sehingga ke hari ini

“Orang boleh pandai setinggi langit
tapi selama ia tidak menulis,
ia akan hilang di dalam masyarakat
 dan dari sejarah.
 Menulis adalah bekerja
untuk keabadian…”

Read Full Post »

Hari ini aku bukan pergi Bario di Sarawak atau pun Betong di sempadan Thailand

Aku cuma pergi ke Jasin, Melaka. Dan aku tak hingin nak usung laptop dan broadband yang aku bayar beratus sebulan hanya kerana nak tunjuk kat orang kampung yang aku ni celik IT dan mampu mempunyai gajet yang mahal-mahal ni

AKu cuma kena buat kerja aku! Kerja yang bagi anak bini aku makan tiap-tiap bulan!

Tetapi aku sangat merana kerana untuk buka emel saja aku sempat makan maggie sebungkus, air teh dua gelas dan kuih bahulu 10 ketul;

aku sangat merana kerana untuk balas emel saja aku boleh hisap empat batang Dunhill;

dan aku sangat merana kerana nak tulis entry ini saja aku ambil masa sejam hingga aku rasa macam nak bakar saja syarikat telekomunikasi ni bila aku balik KL!

jadi bagitau aku, salahkah aku marah? Aku bukan nak cari awek dalam IRC, aku bukan nak layan Friendster, aku bukan nak tersengeh sorang-sorang depan Myspace, aku bukan nak tengok muka si Kamsiah Juling dalam Facebook, aku nak buat kerjalah bengonggggggg!!!!!

Kalau tengok iklan tv syarikat ni bukan main lagi diaorang promote, seolah-olah nak buka internet kat Kutub Utara pun boleh, tapi hakikatnya, macam lahanat!

Memang la kalau kat KL bukan main laju speed dia, tapi nak buat apa, kat kedai mamak pun dah ada WiFi lah, tak payah aku terhegeh-hegeh nak bawak benda alah broadband ni

tujuan aku subscribe broadband ni bagi memudahkan aku kalau pi outstation tapi ini bukan memudahkan, ini membuatkan aku ‘meludah’ aje company korang tau tak!

Yang pasti bil diaorang dah ada kat tangan aku sekarang ni tapi servis macam @#$%^&*!!!

Aku betul-betul hilang sabar, lepas ni nak publish entry ni pun aku tak tau berapa lama lagi dia nak ambil masa

pada awek-awek yang baca blog aku ketika ini, meh pegang aku ramai-ramai, aku dah nak mengamuk dah ni, cepat! cepat!

SAK: Dahlah pergi makan ikan bakar kat Umbai tadi rasa hampeh, aku tak tahu yang ikan aku makan tu ikan kerapu atau arang batu, korang pikirlah sendiri. Aku dah tak tahan nak meletup dah ni

Read Full Post »

Oleh Denyut Malam

 

Orang UMNO bukanlah kaki dangdut walaupun dangdut dan orang UMNO sering disamakan.

 

Inilah bahayanya orang kita, kalau yang pergi dangdut tu orang ‘Datuk Y’, maka ‘Datuk Y’ pun dianggap kaki dangdut juga

 

Kalau orang ‘Datuk J’ kaki betina, maka ‘Datuk J’ pun diangap kaki betina juga

 

Walhal Datuk Y dan Datuk J masa tu mungkin tengah sembahyang istikharah bagi membolehkan mereka mendapat hidayah sama ada nak bertanding atau tidak, tetapi percuma saja dilibatkan sama dalam kerja-kerja tak berfaedah itu.

 

Namun pertemuan Denyut Malam dengan ‘bouncer’ sebuah kelab dangdut semalam ternyata telah memberi satu input baru yang tak disangka-sangka.

 

Kata Man Kodiang (bukan nama sebenar), mutakhir ini kelab dangdutnya mengalami masalah kekurangan pelanggan. Dan menurut Man Kodiang lagi, fenomena itu juga dialami oleh kebanyakan kelab dangdut yang lain di ibu kota.

 

Setelah puas mengkaji dan mengkaji, Man Kodiang datang dengan satu hipotesis.

 

“ Saya rasa ni sebab pemilihanlah bang, banyak YB nak pakai duit, bajet entertainment makin kurang, orang-orang YB dah makin sangap,” katanya sambil mengurut misai persis A. Galak yang disimpannya lebih lima tahun dulu.

 

Hampir tersembur teh tarik yang Denyut Malam hirup setelah mendengar keluhan Man Kodiang tu tadi.

 

Tak sangka Man Kodiang boleh membuat kesimpulan sebegini rupa. Tapi nampaknya dia bersungguh-sungguh mempertahankan hujahnya walaupun Denyut Malam cuba memberi pendapat yang sebaliknya.

 

Denyut Malam pun taknaklah berkeras dengan hujah sendiri, bukan apa, takut sawan Man Kodiang datang, habis satu warung diamuknya nanti

 

“Nak kata takde bisnis langsung tak jugaklah, tapi kalau datang setakat nak minum air gas, GRO tak ambil, beer tak ambik, kami nak buat untung macam mana.

 

“Elektrik nak bayar, air nak bayar, sewa nak bayar, GRO nak bayar, bouncer nak bayar, ‘mato-mato’ pun nak bayar, itu belum kira taukeh dangdut yang hutang Along, kalau semua minum air Coke, confirmlah kami semua ‘bengkok!’,” katanya.

 

Nak ketawa juga Denyut Malam bila mendengar keluhan Man Kodiang.

Malas mendengar luahan ‘jiwa luka’ Man Kodiang, Denyut Malam cuba mengalihkan topik lain.

 

“ Man, mana pergi Darus Sungai Manik? Lama dah tak nampak dia kat sini,” tanya Denyut Malam.

 

“ Owh, dia mana mai kat sini dah bang, dia tak lepak dangdut kat KL dah, dia lepak dangdut kat area Selangor je, maklumlah sejak dah jadi orang PKR,” kata Man Kodiang.

 

Selagi lagi teh tarik yang Denyut Malam minum tersembur. Tak sangka sungguh. Pergi dangdut pun ikut parti rupanya, alahai dunia, dunia…

 

(petikan dari www.malaysia-instinct.com)

Read Full Post »

Mungkin ramai yang dah lupa kes yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu di mana empat artis dikatakan terlibat dalam skandal pelacuran yang dipercayai diaturkan oleh Pengurus produksi sebuah syarikat penerbitan filem, Haslinda Merican dan bekas perunding kewangan Mohamed Amin Jamdi.

Kalau ikut kertas pertuduhan, Haslinda Merican, 43, dan Mohamed Amin, 40, dituduh menjadi pengantara bagi empat wanita yang identiti mereka dirahsiakan di lobi Hotel Ming Court di Jalan Ampang, antara 8 malam dan 10 malam pada 27 Jun, 1995.

Pada 5 Oktober 2000, Haslinda dan Mohamed Amin dihukum penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mereka disabitkan kesalahan tetapi kedua-dua tertuduh tetap meneruskan rayuan masing-masing.

Hari ini aku terbaca yang Mahkamah Tinggi akhirnya akan membuat keputusan berhubung rayuan mereka pada 14 November ini, maknanya setelah hampir lapan tahun daripada tarikh asal mereka dijatuhkan hukuman.

Bagi aku senang saja, ‘justice delay is a justice denied’

Apapun, jika inilah satu-satu caranya untuk mendapatkan keadilan, 10 tahun pun nak buat camana, tunggu ajelah

Lebih baik lepaskan tertuduh walaupun mereka sebenarnya bersalah daripada menahan tertuduh sedangkan mereka sebenarnya teraniaya. Full stop.

Read Full Post »

Seorang pelajar kejururawatan mendakwa tertekan kerana terpaksa menanggung malu apabila identitinya disalahgunakan di laman rangkaian sosial di internet oleh individu tidak bertanggungjawab.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shant, 27, dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara berkata, identiti dirinya telah digunakan di laman rangkaian sosial popular iaitu Friendster sejak pertengahan bulan lalu tanpa pengetahuannya.

“Dalam laman sosial tersebut nama, beberapa keping gambar, nombor telefon dan latar belakang diri saya telah digunakan.

“Lebih teruk lagi ayat-ayat di dalamnya berbaur lucah selain kapsyen gambar tertulis saya baru melakukan hubungan seks,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma MCA di Jalan Ampang semalam.

Tambahnya, dia tidak menolak laman sosial terbaru itu dilakukan oleh seorang rakan lelaki yang dikenalinya yang pernah berhasrat menjalinkan percintaan dengannya sebelum ini.

“Saya mengenali dia (suspek) kerana kami pernah belajar di kelas yang sama di sekolah menengah dulu sebelum hubungan kami terputus selepas saya tukar sekolah.

SAK: Friendster lah, myspace lah, facebook lah…aku pun dah pening!

Read Full Post »

Salah seorang gitaris yang dianggap terbaik yang pernah dilahirkan di negara ini selain dari Man Kidal (yang juga bekas gitaris kumpulan Lefthanded), Abdul Samad Mian 45,yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 1:30 petang tadi.

 Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

 Jenazah akan dibawa ke beliau di Ulu Kelang, Selangor untuk dimandi dan dikafankan.

 Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.

Klip di bawah adalah sesi latihan bermain gitar yang pernah dikendalikan beliau

Sejak tidak aktif bermain muzik bersama Lefthanded, Samad lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaannya sendiri.

 Pada masa yang sama, anak kelahiran Johor Bahru ini juga mengisi kerjayanya sebagai pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.

 Sepanjang beliau menjadi anak seni, Samad pernah memenangi Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.

 Al-Fatihah.

SAK: Aku mengenalinya sebagai tokoh muzik yang low profil dan sentiasa tersenyum…Kenangan Bersamamu akan terus dalam ingatan.

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: