Gambar di atas adalah kenderaan yang membawa A. Kugan, mayat suspek kes curi kenderaan yang mati ketika berada dalam tahanan polis.
Adalah tidak mengejutkan jika emosi sebegini melanda keluarga atau rakan mendiang, apatah lagi bila mereka percaya dia menjadi mangsa kekejaman pihak polis sewaktu di soal siasat.
Aku pasti dan sangat pasti, jika benar ia adalah perbuatan jenayah anggota polis terbabit, kesemuanya pasti akan diheret ke mahkamah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Persoalannya, adakah kematian A. Kugan justifikasi kepada kenyataan yang PDRM adalah pembunuh berlesen, atau adakah kematiannya secara tidak langsung mengiktiraf polis sebagai pasukan yang dahagakan darah kaum India seperti mana yang tercetak pada poster di atas?
Entah, aku tak tahu…korang mungkin ada jawabannya.
Yang aku tahu, sejak 200 tahun penubuhan Polis Diraja Malaysia, hampir 2,000 orang pegawai dan anggota PDRM mati dan cedera demi menjaga keamanan bangsa dan tanah air yang tercinta ini.
Semasa komunis bermaharajalela dulu, seramai 1,346 warganya iaitu 511 anggota polis biasa, 593 anggota polis khas dan 243 anggota polis tambahan mati dibunuh sewaktu menjalalankan tanggung jawab mereka
Malah sejarah juga menunjukkan bagaimana Ketua Polis Negara sendiri maut di tangan anasir subversif seperti mana yang menimpa Tan Sri Abd Rahman Hashim
ini bukan fakta Syahril A. Kadir, ini adalah fakta yang tercatat sejarah kemerdekaan negara
memang benar, kita benci polis rasuah, kita benci polis berlagak, kita benci polis menyeleweng dan kita benci polis samseng
tetapi kita juga akui polis berjasa, kita akui polis cekap dan kita juga akui polis telah memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan kita semua
lalu di antara kebencian dan kekaguman kita kepada PDRM, di mana titik penyelesaiannya?
adakah dengan kematian suspek curi kereta bernama A. Kugan bermakna kita perlu menghumbankan segala fakta, sejarah dan pencapaian PDRM ini ke dalam lubang jamban dan kolam Indah Water?
Kepada mereka yang percaya PDRM dahagakan darah kaum India, aku akhiri entry ini dengan nama-nama berikut.
1) Vellu Raja Vellu
2) Gunasegaran Naidu Ratinum
3) Sagadevan Rajoo
4) S. Kulasingam
mungkin ia akan memberi jawaban kepada ‘kepercayaan’ anda itu, dan jika nama yang aku sebut itu pun anda tak tahu, toksahlah cakap pasal isu itu.
Bagi mereka yang hendak memberi komen, aku hanya akan approve komen yang dibuat BUKAN berlandaskan emosi atau perkauman. Terima kasih.
SAK: Faham perasaan keluarga A. Kugan, faham perasaan kaum India, faham perasaan polis, faham perasaan semua!