Belum pun mahkamah membuat keputusan mengenai status pilihan raya Dewan Undangan Negeri Pensiangan di Sabah, Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah menggerakkan usahanya untuk merampas kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN)
Bagi aku inilah cara dan gaya seorang Jeneral yang ingin memenangi sesebuah peperangan.
Semuanya dimulakan dengan risikan, pengumpulan maklumat, dakyah, propaganda dan sebagainya sebelum diikuti dengan menghantar batalion tempur ke medan peperangan
Dan Anwar telah memulakan langkah itu. Ini yang aku kutip dari blognya.
” Saya sempat mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan gereja Sabah selain bersama peniaga Sabah di sebelah malam.
Selaku Pengurusi Perhubungan Keadilan Negeri Sabah, saya menyediakan ruang waktu lumayan mendengar pandangan dan rintihan wakil-wakil bahagian sehingga jam 1 pagi dan kemudian disambung selama 2 jam pagi tadi.”
Aku ingin bertanya kepada pemimpin BN, di saat Anwar mula mengatur strateginya di Pensiangan, di mana pula anda?
Adakah anda semua hendak tunggu waktu pencalonan baru semuanya terhegeh-hegeh nak cetak poster, baru nak terhegeh-hegeh kumpul orang, baru nak terhegeh-hegeh susun strategi…maaf, ketika itu anda semua mungkin sudah terlambat
Anwar Ibrahim mungkin musuh BN, tetapi banyak yang BN boleh belajar dari musuhnya itu
Fikir-fikirkanlah.
Sama berlaku di Kuala Terengganu…gerak kerja telah dimulakan terlebih awal oleh PAS. Selepas penetapan tarikh penamaan calon dan sebagainya oleh SPR, jentera PAS sudah menawan semua kampung di Parlimen Kuala Terengganu. Unit perang saraf pembangkang diakui paling mantap dari masa ke semasa.
Anwar, tokoh politik yang hebat…
salam sejahtera,
pak sheikh ni ambil ilmu dari orang lama2 dalam umno dulu org2 umno yang dah hilang dan pupus.puak2 umno sekarang nih koro sebab itulah jadi lagu tuh.
ada juga blogger yang dah dapat penyakit koro.orang nak buat cerita politik dia pun nak buat.akhirnya blog dia sekarang dah jadi koro.
hang maintain,iyelah inilah wartawan dan penulis sejati
Bro,
kekadang aku heran dengan ahli politik ni.. cakap je pandai.. “UMNO kena pembaharuanlah” UMNO kena berubahlah.. tapi strategi hampeh… idea hampeh… cuba nengok bang nuar kita.. saya ni takdelah nak sebelahi sesapa.. dan bukan pengikut ortodok pembakang.. tapi saya kagum.. KAGUM ngan cara bang Anwar kita berpolitik… idea, pandangan,, perancangan,, 10 tahun ke depan.. ni tak… harap jadi menteri je.. tapi bila nak berpikir nak majukan parti .. zero…
Aku kesian la kat BN. Ok lah aku bagi tips kat BN macamnana strategi PAS.
– PAS tidak pernah lalai, tak pernah leka, tak pernah goyang kaki menikmati kemenangan bila telah memenangi mana2 kerusi.
– Sebaik diumumkan menang, mereka telah siapsedia mempunyai strategi dan perancangan macamana nak menang untuk next election especially Unit Perang Saraf memang mantap. Walau bukan time p/raya , depa tetap buat Siri Penerangan Pas. Kalau tak caye, pi selak Harakah, depa dah senaraikan ceramah2 seluruh Malaysia, setiap hari tak pernah miss.
– Setiap PAS cawangan perkuatkan cawangan masing2, tak busybody kat cawangan lain.
– PAS rangka strategi kebarangkalian akan berlaku kat setiap kerusi walau kerusi tu sah2 BN menang.
– PAS ni dah biasa susah, maka prinsipnya mudah “Bersusah-susah dahulu bersenang2 kemudian”
Byk lagi tips tapi kalau yang aku tulis ni BN tak praktikkan, buang air liur aku je.
Sebab tu la bila ada pilihanraya kecil mcm di K.Tganu aritu, depa tak kalut,depa menang majoriti berganda2. Kawan aku buat lawak, katanya kalau ada mana2 wakil rakyat BN meninggal, kebumikan senyap2. Nanti kalau kecoh2 org tau kerusi tu kosong terpaksa buat p/raya kecil pastu tak pasal2 BN kalah. Atau org BN disarankan makan ubat kuat supaya sihat selalu. Aku tak komen cuma senyum kambing sumbing je…heheh