Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2009

wajah suspek

Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, aku pasti teringat kenangan sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah di Utusan Malaysia kira-kira tujuh tahun dulu

ketika itu di pejabat agak lengang kerana cuti umum, tapi disebabkan seorang rakan setugas pulang ke kampung kerana bercuti, aku terpaksa menggantikannya pada hari tersebut

kira-kira jam 11 pagi, aku mendapat berita mengenai satu penemuan mayat di sebuah longkang besar dekat Jalan SS 19, Subang Jaya

pada mulanya aku agak keberatan untuk ke lokasi kejadian, maklumlah mood cuti, tetapi disebabkan kerja punya pasal, aku gagahlah juga

aku ingat lagi, jurugambar aku ketika itu adalah abang Hussin, orang lama yang bermulut laser

” Syahril, kau ni reti duduk ofis tak, setakat jumpa seorang mayat Indon pun nak buat liputan ke, alah takde yang menariklah kes ni,” kata Hussin yang memang tak suka ikut tugasan wartawan jenayah. Penat katanya.

” Alah bang, daripada duduk melangut kat Utusan tu, baik kita pergi assignment ni. Dah kematu buntot duduk dekat kerusi,” kata aku. Hussin yang ‘angin’ satu badan tu nak tak nak terpaksalah ikut cakap aku.

Dipendekkan cerita, sampai aje di lokasi, kami pun terpandanglah sekujur tubuh terbaring dalam keadaan terletang di dalam parit besar tu. 

Tanpa banyak cakap, aku pun lompat ke dalam longkang tersebut untuk melihat fizikal mayat dengan lebih dekat. Abang Hussin pun masuk sekali bagi memudahkannya mengambil gambar mangsa.

Mayat mangsa ada kesan terbakar manakala jarinya pula ada yang terputus.

” Aku rasa budak Indon ni, tak bayar hutang punya pasal, Along bunuhla, tu yang ada kesan kena tetak kat jari,” bisik abang Hussein ke telinga aku.

Aku diam seribu bahasa. Aku tenung wajah mangsa dalam-dalam. Argh, malas aku fikir, dalam kepala otak aku ketika itu aku nak balik ofis dan tulis berita ini secepat mungkin. Lepas tu aku nak balik rumah.

Keesokan harinya aku pergi ke pejabat seperti biasa. Namun baru aku nak masuk ofis, bos aku En. Zaini Hassan tiba-tiba menyapa aku dari belakang.

” Syahril, kau kenal tak bekas wartawan sukan kita, Bakaruddin Busu. Sekarang dia lecturer UITM. Aku risaulah sebab bini dia cari dia ni. Errr…agak-agak kes bunuh yang tulis semalam tu, dia tak?,” tanya Zaini dalam keadaan cemas.

” Alamak bos, masa saya masuk Utusan, Bakaruddin dah berhenti, so saya tak cam muka dia,” kata aku.

” Takpelah kalau macam tu. Aku nak pergi hospital ni, saja nak check mana tahu mangsa adalah orang yang sama,” kata Zaini

Aku dah tak senang duduk. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Sepanjang hari aku gelisah.

Memang benar sangkaan En. Zaini. Tak lama kemudian aku dapat sms daripada beliau. Bunyinya lebih kurang begini..

SYAHRIL, MAYAT SMLM CONFIRM EX REPORTER KITA, BAKAR. WIFE DIA CONFIRMKAN. INI KES BESAR. TOLONG BUAT FOLLOW UP. INI CERITA FRONT PAGE. JANGAN MISS FAKTA PENTING DGN POLIS. DPTKAN SEMUA INFO. CARRY STORY NI

Aku terus terduduk. Bengong sekejap dibuatnya. Lepas hisap dua batang Dunhill, aku pun terus ke balai polis seperti mana sepatutnya..

* Ketika entry ini ditulis, kesemua suspek masih lagi sedang dibicarakan. Bagaimanapun seorang suspek wanita dibebaskan oleh mahkamah setelah didapati tidak terlibat dalam kes tersebut. Pembunuhan ini dikatakan berlaku disebabkan salah seorang suspek cemburu dengan perhubungan mangsa dengan wanita berkenaan yang juga anak murid mangsa sewaktu di UITM Shah Alam.

Advertisements

Read Full Post »

arenawati2

Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri  

ARENA WATI

Sasterawan negara Arena Wati kurang dikenali berbanding Usman Awang,  A.Samad Said dan Shahnon Ahmad.

Kurang sangat kedengaran tentang apa-apa sahaja yang kontroversi daripada beliau.

Hal ini dikatakan kerana Arena Wati sendiri memang kurang berminat untuk terseret sama dalam apa jua kehebohan.

 Saya malah diberitahu, beliau tidak mempunyai nombor telefon, atau memang tidak memberinya kepada sesiapa, maka jika ada yang ingin menemuinya untuk apa-apa urusan, harus langsung ke rumahnya sendiri.

Saya akan meninggalkan pembaca dengan satu tulisannya yang dikira relevan:

Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir, bukan di dada.

Bahasa Melayu diejek.

 Budaya diganti tamadun lucah.’ 

 (Halaman 349: Busa Hati)

Dan ya, dekad akan datang yang dimaksudkan Arena Wati itu ialah, tidak lain tidak bukan: Dekad ini!

(FAISAL TEHRANI)

Read Full Post »

33527_laka_lantas_122_115lo1

Aku tak faham mengapa tindakan pihak penguatkuasa menyaman seorang pelajar berserban kerana tidak pakai helmet boleh jadi isu besar

bagi aku soal undang-undang dalam hal ini adalah perkara nombor dua, perkara utamanya adalah keselamatan nyawa pelajar itu sendiri

apalah sangat nak dibanggakan dengan serban jika dibandingkan dengan nyawa yang tiada galang gantinya itu

Aku tidak memandang rendah kepada mereka yang berserban, tetapi ia harus dilihat dalam konteks yang lebih luas

pakailah apa saja, serban ke, semutar ke, kopiah ke, takde sapa nak larang

tetapi sampai sanggup nak masuk penjara kerana nak mempertahankan keputusan berserban daripada pakai helmet yang ternyata boleh menyelamatkan dia daripada kecelakaan itu bagi aku its to much

Nik Aziz sendiri dalam dalam komennya mengenai isu semalam berkata,

” Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai,” katanya

bukankah Allah juga menuntut kita menyayangi diri kita sendiri?

Toksahlah mana-mana pihak nak cuba jadi ‘champion’  dalam hal ini, ini soal nyawa, aku ulang ini soal nyawa.

Tak kena tak mengapa, tetapi kalau dah jadi macam penunggang motorsikal kat atas itu, orang Penang kata…’seduit pun dah tak guna!’

SAK: Meluat tengok orang yang nak jadi hero tak bertempat ni.

Read Full Post »

apa khabar Datuk N…

dengar kata ada seorang pemimpin kanan UMNO yang juga pemimpin terkenal Pemuda sedang ‘berehat’  dekat BPR sekarang

watpe tu Datuk? Saja lepak ke atau ada hal penting kat sana?

Tulah pasal, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar…

Read Full Post »

took2

Pagi ini aku terbaca mengenai pengorbanan seorang pegawai polis yang hancur tulang kakinya akibat ditembak penjenayah sewaktu terlibat dalam satu operasi khas membanteras jenayah

Cif Inspektor Ang Waei Leoong yang cedera terkena tembakan di kedua-dua kaki semasa menjalankan tugas menumpaskan kumpulan geng Ah Took pada 5 November lalu.

Serbuan itu sebenarnya bermula apabila seorang ahli kumpulan itu ditahan sehingga membawa kepada sepasukan enam pegawai dan anggota polis tiba di Kondominium Green Acre Park, Sungai Lon.

took11
Namun, arahan supaya dua suspek, seorang wanita berusia 20 tahun yang juga ketua kumpulan dan temannya, lelaki berusia 40 tahun dengan lapan kes jenayah supaya menyerah diri, tidak dilayan. Ini memaksa polis memecahkan pintu rumah dan pada waktu itulah, mereka dihujani enam das tembakan sehingga terkena kedua-dua belah betis pegawai berkenaan.

Hari ini juga aku membaca mengenai kisah seorang tahanan yang mati sewaktu di soal siasat polis berhubung satu kes kecurian kenderaan di Balai Polis Taipan, Subang

fullscreen-capture-1222009-83345-am

Keluarga A. Kuhan mendakwa mendiang dibelasah dengan teruk oleh polis  berdasarkan kesan kecederan di seluruh badannya 

Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi ia adalah satu tuduhan yang amat serius dan perlu diberi pertimbangan dan siasatan yang cukup terperinci

Lebih pada itu, aku tak mahu rekod kecemerlangan Cif Inspektor Leoong ‘dikotori’ dengan insiden kematian Kuhan

After all, matlamat tidak menghalalkan cara, dan polis cukup tahu tentang itu.

Read Full Post »

1) Pak Lah masih belum melawat negara-negara ASEAN seperti yang umum dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum berundur.

2) Pak Lah sepatutnya sudah membuat lawatan persahabatan dan perpisahan ke negara-negara rakan seperti China, India, Britain atau Amerika Syarikat.

3) Pihak beliau belum lagi memaklum atau menetapkan sebarang tarikh rasmi kepada Istana Negara akan bila Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru.

4) Pak Lah belum menetapkan bila mesyuarat jemaah Menteri yang terakhir.(Perkara ini perlu dimaklum awal bagi memastikan tidak ada Menteri yang membuat lawatan rasmi ke luar negara atau bercuti pada tarikh atau tempoh peralihan kepimpinan Perdana Menteri berlaku)

5) Pak Lah belum memulakan kunjungan sembah hormat dan terima kasih kepada Sultan-sultan di negeri-negeri seluruh negara (ini adalah sesuatu yang amat penting)

6) Di peringkat Kementerian Pertahanan, Lebah Kota dimaklumkan Pak Lah masih belum menetapkan tarikh perpisahan.

Secara umum, rekod di Putrajaya memperlihatkan Pak Lah masih belum menetapkan apa-apa tarikh untuk perkara-perkara penting itu.

Bagi faktor nombor 6, adalah menjadi amalan bahawa bagi seorang Menteri Pertahanan, beliau perlu melalui majlis perpisahan yang mengikut istiadat kententeraan dan juga awam.

Namun, sebelum melalui istiadat itu, adalah normal bagi seorang Menteri Pertahanan untuk melawat sekurang-kurangnya sebuah pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang biasanya adalah di Lumut.

Selepas melawat semua pengkalan-pengkalan itu, barulah akan diadakan majlis perpisahan rasmi di Kementerian Pertahanan.

Semasa Najib bertukar ke Kemeterian Kewangan, beliau tidak dapat melawat pengkalan-pengkalan berkenaan kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Namun, beliau tetap melakukan perpisahan rasmi peringkat Kementerian Pertahanan.

Rekod memperlihatkan Pak Lah belum menetapkan tarikh lawatan-lawatan berkenaan.

Dengan tempoh peralihan hanya dalam 2 bulan sahaja lagi yakni semasa atau sehari dua selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini, kegagalan Pak Lah dan pegawai-pegawainya menetapkan tarikh untuk perkara-perkara penting di atas amat jelas memperlihatkan niat beliau untuk tidak berundur daripada jawatan Perdana Menteri.

Beliau pasti tidak akan berkesempatan untuk melakukan semua perkara-perkara penting di atas jika bermula dari sekarang untuk berbuat demikian.

Kebimbangan untuk Pak Lah tidak berundur pernah disuarakan banyak pihak termasuk oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


(sumber http://www.malaysia-instinct.com)

p/s : Semua orang tahu yang Pak Lah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kira-kira dua bulan lagi bagi membolehkan Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan tersebut

tetapi apabila membaca artikel di atas, aku tertanya-tanya, mungkinkah ini semua cuma sandiwara Pak Lah untuk mengaburi mata rakyat Malaysia?

dan sekiranya ini benar-benar terjadi, adakah Najib akan berdiam diri?

Adakah Najib akan melawan Pak Lah?

Mungkinkah Malaysia sekali lagi akan berhadapan dengan krisis kepimpinan terbesar antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti mana konflik Mahathir-Anwar tempoh hari?

wow! ini sudah panas!

Read Full Post »

Kedai Kopi Hai Ping

dsc017643

Dah memang menjadi tabiat aku, kalau sampai je pekan-pekan kecil, tempat sasaran aku sudah tentu kedai kopi Cina atau orang panggil kopitiam

Ini kerana kopitiam adalah kedai yang menyediakan makanan yang sangat menyelerakan terutama sewaktu breakfast

sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu, aku pergi ke sebuah kopitiam yang sangat terkenal di Terengganu iaitu Kedai Kopi Hai Ping yang terletak di pekan Chukai, Kemaman

terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar Kuala Terengganu, kedai kopi Hai Ping berada betul-betul di tengah pekan ini

dsc01763

malah restoran yang dah berusia puluhan tahun ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran program Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 tak lama dulu

dsc01753

masuk saja ke sini, aku terus memesan satu set roti bakar kaya, segelas kopi, telur setengah masak dan sebungkus nasi dagang. Ini yang uniknya, aku rasa kedai kopi Hai Ping satu-satunya kopitiam yang ada nasi dagang

dsc01761

Bila aku hirup saja kopinya, mak ooii, kow beb! Kaya yang disapu bersama roti juga sangat lemak, pekat dan manis rasanya. Nasi dagangnya jangan ceritalah, sedap betul.

Yang bestnya, kopi dan kaya itu dimasak sendiri oleh pengusahanya…kira home made gitu.

dsc01754<

Patutlah kedai kopi Hai Ping ni terkenal bangat dekat negeri ni

Dalam erti kata lain, breakfast aku pagi ni sangat enak dan menyelerakan

Cakap tak guna, tak percaya datang sini, aku belanja, ko bayar!

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: