Diam tak diam beberapa hari lagi genaplah lima tahun ulang tahun percutianku di air terjun terbesar di dunia, Victoria Falls yang terletak di sempadan Zambia/ Tanzania. Lebarnya saja lebih 1.6 kilometer, tingginya mencecah 420 kaki, giler!
actually bukan cuti dalam erti kata sebenar, bekerja sebenarnya, kena buat liputan mengenai satu ekspedisi…tapi sempatlah beberapa hari bermalam di situ
aku tinggal di Zambezi Sun Hotel yang harga biliknya RM500 lebih semalam, pergh! Hotel itu betul-betul terletak sebelah Victoria Falls, nak buka tingkap pun tak boleh sebab percikan air sungai tu

hotel aku...yg berasap tulah percikan air Victoria Falls
nasib baik company bayar, kalau tak mau bengkok aku
Ketika memasuki wilayah air terjun utama itu, kita akan terasa seolah-olah terjadinya hujan sedangkan ia baru tempiasnya saja. Aku terpaksa bungkus kamera dengan plastik dan pakai siap-siap raincote sebab percikan dari air terjun itu terasa ibarat hujan. Kalau korang datang di antara bulan April-July, percikan itu akan sampai sehingga 1km jauhnya!
Kat sini pelbagai aktiviti boleh dibuat, just standby duit je. Pada yang datang bercouple atau nak berhoneymoon, korang boleh menikmati saat mentari tenggelam (sunset) dari atas kapal sambil menyaksikan kuda Nil menyelam dan gajah menyeberang Sungai Zambezi, arghh romantiknya
Bagi yang suka aktiviti lebih adventure, korang boleh berakit menelusuri Sungai Zambezi yang deras tu dengan membayar US$110, naik pesawat ringan ‘microlite’ dengan membayar US$85 per 15 minit atau membayar dengan harga yang sama untuk menikmati pemandangan indah Victoria Falls dengan helikopter
Kalau nak try jadi Tarzan, pengunjung boleh cuba ‘cable gliding’ dengan membayar US$30 per person, sungguh mendebarkan kerana buaya-buaya menanti di bawah. Bila jatuh, hanya Tuhan yang tahu apa yang bakal terjadi. Sebagai sajian khas Africa, kalau ke Victoria falls, rasanya kurang mantap bila tak duduk di atas gajah Afrika berkeliling sambil menyaksikan zebra, impala serta berbagai binatang Africa.
Tapi yang paling thrill adalah terjun dari Victoria Falls dengan tali bungee, cajnya US$90 seorang atau US$130 secara berpasangan. Ada dua orang member aku try, yang pasti lepas tu muka diorang macam mayat hidup, pucat lesi. Aku dengar salah seorang tu siap mandi bunga bila balik Malaysia hahahaha
hai manisnya kenangan, bilalah aku boleh pergi balik ke sana…