Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

kpsprmAku secara peribadi mengenali Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Ahmad Said Hamdan yang boleh dianggap personaliti paling panas di Malaysia ketika ini

kenal dalam ruang lingkup kerjalah dulu, tapi takdelah sampai ke peringkat kenal secara mendalam

Ahmad Said ni kalau dari segi personaliti, sangat peramah dan baik orangnya, jauh bezalah dengan bos-bos besar BPR yang sebelum ini

beliau kerap solat berjemaah di salah sebuah masjid di Damansara ni, takyahlah aku bagitahu masjid mana, kang ada gak masjid yang kena bom ni kang

Ahmad Said merupakan pegawai BPR pertama dilantik ke jawatan itu, yang biasanya disandang oleh ‘orang luar’ malah beliau jadi pegawai anti-rasuah sejak tahun 1975.

Berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang, Ahmad Said berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang kriminologi dari Indiana State University, Amerika Syarikat.

Apapun, statement beliau mengenai kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid semalam membuatkan aku terdiam sejenak

sebagai orang yang jahil undang-undang, tak silap aku beliau tak boleh membuat kenyataan seolah-olah suspek sudah bersalah kerana tugas mendakwa adalah di tangan Peguam Negara, manakala Hakim yang akan menentukan segalanya

Ini jelas dalam Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dilaksanakan, kecuali melalui atau dengan kebenaran pendakwaraya.

kalau aku jadi Tan Sri Khalid, aku pun marah…bukankah SPRM kena berkecuali dan tak boleh memihak, atau dilihat memihak, kepada mana-mana pihak

satu lagi, memandangkan kes itu sedang disiasat, sepatutnya SPRM atau mana-mana individu tidak boleh mengeluarkan pendapat mereka sewenang-wenangnya kerana sudah tentu ia boleh menganggu perbicaraan di mahkamah nanti

mungkin Ahmad Said ada alasannya yang tersendiri, mungkin juga aku yang sebenarnya salah dalam hal ini 

entahlah.

Advertisements

Read Full Post »

Kafe Siber Yang Disaster!

cyber_cafe

Aku nak bercerita mengenai pengalaman aku semalam memasuki sebuah kafe siber di Damansara ni

sebenarnya ini semua bermula gara-gara broadband aku buat hal lagi sedangkan aku perlu menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh

sebaik saja masuk, bau rokok yang pelbagai jenama terus menusuk hidung, tapi nak buat camane, aku pun merokok gak so lubang hidung aku pun dah boleh kira immune dengan asap nih

tapi yang menghisapnya adalah sekumpulan remaja yang aku kira dalam usia yang masih muda…antara Form 1 ke form 3, malah salah seorang daripada mereka masih memakai t-shirt Pengakap yang tertulis perkataan FUTURE LEADER dibelakangnya, halahhhh

yang harunya, sebahagian daripada mereka bermain game online yang bunyi machine gun punyalah kuat, sebahagian lagi tengah download gambar bogel manakala sebahagian lagi tengah menonton Youtube, cerita awek Melayu pakai bra menari dalam asrama sekolah, aduhhh!

di satu sudut pula sekelompok mamat Negro tengah chat dengan beberapa orang awek, siap pakai web cam lagi, yang si awek kelihatan tergedik-gedik dalam monitor manakala mamat Negro ni tersengih-sengih depan PC, entah apalah yang diaorang chatkan

dibahagian belakang pula sekumpulan mamat Vietnam tengah chat ngan kengkawan mereka sambil terjerit-jerit dalam bahasa kampung diaorang, mungkin diaorang tengah diskus ngan member depa kat Hanoi macam mana nak masak tomyam kucing siam kot

yang ni paling best, ada satu batcha sudah masuk ngan awek dia tapi speaking English wa cakap lu, duduk pulak sebelah aku. Daripada perbualan diorang aku dapat tengkap yang si batcha ni tengah ajar awek dia macam mana nak borak guna Yahoo Mesenger

tapi apa kejadahnya si batcha ni masukkan tangan dalam tshirt awek dia! Betul aku tak tipu, diorang duduk sebelah akulah! Makk ooi…Bill Gates kalau nampak confirm pengsan, apataknya, tak pernah pulak dia terfikir orang Malaysia belajar YM dengan cara masuk tangan dalam baju awek, pergh

aku tak tahulah aku silap pilih kafe siber atau kafe siber ni yang silap kerana bagi aku masuk

aku rasa lagi sejam aku duduk dalam kafe siber ni mampus aku kena heart attack

sebelum tak pasal-pasal apek cashier kat kafe siber ni kena wat CPR kat aku, baik aku blah

disaster! disaster!

Read Full Post »

 

sudirman

(12 Mei 1954 – 22 Februari 1992)

” Dua perkara yang sangat memilukan hati saya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinan saya yang gagal.” – Majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF)

Read Full Post »

Apa Entry Yang Korang Suka?

Diam tak diam, visitors ke blog ni dah mencecah ke 140,ooo orang

aku pada mulanya buat blog ni sajer suka-suka bila tamat waktu kerja, saje nak recall balik kenangan-kenangan lama

dari situ aku menulis untuk meluahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku pendam

dengan harapan yang baik sama-sama kita teladani, yang buruk sama-sama kita jauhi

dalam perjalanan hampir setahun itu, nampaknya ramai yang dah mula mendekati blog ini walaupun tak kurang juga yang membencinya, OKlah, rambut sama hitam, hati belum tentu kan

kadang-kadang aku berfikir sendiri, apa yang hendak diisi agar blog ini tidak terbiar dan bersawang

memang benar, lebih baik aku tulis saja apa yang aku nak, peduli apa orang lain kata

tetapi aku juga merasakan apa salahnya kalau kita menulis apa yang orang nak baca

takdelah aku syok sendiri je, hehehehe

anyway, aku harap sangat korang yang masuk blog ini agar ambil masa sedikit dan mengundi di kotak yang aku letakkan di bawah, tak kena caj macam nak undi Raja Lawak pun

aku berhasrat nak balas jasa baik korang yang masuk ke blog ni dengan menulis topik yang korang suka baca

mungkin aku pun suka benda yang sama, mana tahu kan?

aku juga beruntung kerana berjaya mendapat sokongan daripada Proton Holdings yang sudi menaja MPV barunya, Proton Exora untuk diberikan kepada mereka yang terpilih dalam soal selidik ini

betul, aku tak tipu, hadiahnya sebuah Proton Exora!

Kalau tak percaya korang pergi bayar downpayment sekarang, cukup bulan bayar ansuran, confirm korang akan dapat kereta ini

Selamat Mengundi!

Read Full Post »

Menziarah Jenazah Datuk Ib..

image0191

Aku tiba di kediaman arwah Datuk Ib @ Ibrahim Hussein di Lorong Bukit Pantai 1, Bangsar kira-kira pukul 2.30 petang tadi

kediamannya simple, tetapi penuh dengan sentuhan seni yang tersendiri

image0181

ramai VVIP dan seniman terkenal tanah air hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Datuk Seri Najib tiba tak lama kemudian

image025

sebak hati aku bila melihat isteri arwah, Datin Sim dan puterinya yang tak henti-henti menangis mengenangkan pemergian orang yang mereka sayang itu.

image0221

Dari-Nya kita datang, Kepada-Nya kita pergi.  

SAK: Takziah juga kepada blogger, Fazlan yang kehilangan bapa tercintanya tadi. Al-Fatihah

Read Full Post »

2348020679_72c9d227bf

“To me, painting is like praying. When I paint, I am dealing with my heart, my work and God. There is deep joy and gratitude. Each piece frames a moment in my life.”

Jutawan yang juga pelukis terkenal negara, Datuk Ibrahim Hussein telah pergi buat selama-lamanya akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai awal pagi tadi

Aku betul-betul tersentak dengan berita yang aku terima ini. Lebih 40 tahun arwah menghambakan diri dalam dunia lukisan ini sehingga dia dianggap pelukis paling berjaya dan terkaya dalam sejarah dunia seni tanah air

* Pengorbanan beliau untuk memartabatkan bangsa Melayu terbukti dengan penubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah sebagai tempat pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. Dua abangnya, Datuk Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein adalah sasterawan terulung di negara ini dan memberikan sumbangan besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Al- Fatihah.

Read Full Post »

n821928049_440065_2543

Hari itu adalah hari jadi salah seorang anak buahku, kakak tidak bercadang untuk meraikannya memandangkan abah dah dua minggu koma di wad

namun mak menyuruh juga kakak membeli sebiji kek, kata mak kita raikan sama-sama abah, mak yakin..walaupun abah tidak mampu lagi membuka mata namun dia pasti mendengar suara kita semua, dia pasti gembira kerana hari ini cucu kesayangannya itu akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya

akur dengan permintaan mak, kakak pun pergi ke kedai kek yang terletak tidak jauh dari Hospital Selayang

Aku masih di pejabat. Tetapi kaki ini berat benar hendak melangkah ke hospital. Aku tahu abah tengah menderita, aku tak sanggup sebenarnya melihat tubuh abah dililit dengan pelbagai tiub dan wayar yang entah apa fungsinya itu.

Namun kerana hendak memberi semangat kepada emak, aku gagahkan juga. Sepanjang perjalanan ke hospital, fikiranku melayang-layang mengenangkan nasib kami sekeluarga. Aku lebih risaukan emak sebenarnya, aku tak tahu bagaimana dia hendak menghadapi hari-hari mendatang sekiranya Allah memanggil abah pulang ke pangkuan-Nya

memandangkan hari itu hari Ahad, maka ramailah sanak-saudara datang menjenguk abah. Aku dapat bayangkan betapa sempitnya wad itu kerana abah sangat disayangi oleh sahabat dan taulan, sikap peramah dan suka membantu itu menyebabkan dia sangat popular baik di rumah mahu pun di pejabat

sampai di Jalan Kuching, aku mengambil keputusan untuk berhenti sekejap di sebuah restoran Mamak. Bukan hendak makan pun, apalah sangat yang diselerakan di saat-saat genting sebegini.Cuma entah kenapa, fikiran aku berkecamuk benar rasanya. Air Milo kegemaran aku tu pun terasa sukar benar hendak dihabiskan. Rokok jangan ceritalah, lepas satu, satu. Lepas satu, satu.

tiba-tiba aku mendapat panggilan dari emak. Sambil teresak-esak dia memberitahu abah makin tenat. Tanpa berfikir panjang, aku campakkan aje wang di atas meja dan terus menghidupkan enjin motor. Kalau tak silap aku, aku letak RM50. Argh tak kisahlah, walaupun air Milo aku tu mungkin hanya RM1.00, tetapi aku halalkan ajelah.

Sampai saja di hospital, seperti yang dijangka, wad padat dengan sanak-saudara aku. Semuanya gelisah dan gundah. Mak terus memelukku sambil berkali-kali mengulang perkataan yang sama…”Abah dah teruk, abah dah teruk”

Sebagai anak lelaki, aku cuba bertahan daripada mengalirkan airmata, aku tak mahu mak lebih sedih melihat keadaan aku, apatah lagi aku adalah anak paling disayangi abah. Mak tahu aku sangat manja dengan abah.

Di katil, nurse sudah memasang tirai. Sekurang-kurangnya ada tiga doktor di dalamnya. Namun aku tak peduli, aku redah juga masuk ke dalam. Doktor tak boleh nak kata apa. Aku terus peluk abah sambil meminta dia mengucap berkali-kali. Hati aku luluh apabila aku lihat airmata tiba-tiba mengalir dari kelopak mata abah. Mungkin dia sedang sakit, mungkin juga dia sedang sedih

Aku genggam tangan abah sekuat hati. Aku berulang-kali merayu pada abah agar menghalalkan makan minumku dan memaafkan dosa-dosaku padanya.

“Abah, abah halalkanlah segala makan minum saya, abah maafkanlah segala dosa saya, abah dengar tak abah, abah dengar tak,” aku merintih. Aku tak mampu lagi menahan kesedihan yang aku cuba bendung selama ini. Ketika itu semua salah dan dosa yang pernah aku lakukan pada abah tiba-tiba menerpa dalam kotak fikiran.

Di luar, semua sanak saudara termasuk pelawat yang lalu lalang mengalirkan airmata melihat apa yang berlaku. Seorang doktor kemudian menarik tanganku dan meminta aku bersabar. Dia beritahu yang mereka akan lakukan yang terbaik dengan syarat aku keluar dari wad untuk seketika kerana mereka hendak menjalankan tugas berat itu.

Dengan perlahan aku melepaskan tangan abah, dan aku tahu mungkin itulah kali terakhir aku dapat menggenggam tangan abah di kala dia masih bernyawa

tak sampai 10 minit, doktor itu pun keluar dan memberitahu yang abah dah meninggal kira-kira lima minit yang lalu

mak hampir pengsan mendengar khabar itu, kalaulah aku tak sempat memapah bahunya, dah tentu dia akan jatuh ke lantai

tak sampai beberapa minit, kakak aku pun sampai sambil menjinjing sebiji kek yang kami rancang untuk sambut bersama abah. Kakak terus campak saja kek itu dan meluru memeluk abah sebaik saja dia tahu abah dah meninggal dunia. Dia meraung sekuat mungkin. Kesian dia, sehingga sekarang dia masih terkilan kerana tak sempat bersama-sama abah ketika abah menghembuskan nafas terakhirnya.

Namun yang paling menghibakan aku adalah ketika menguruskan sijil kematian abah. Kebetulan kaunter urusan tersebut terletak di sebelah bilik mayat.Sambil mengisi borang, aku sempat menjeling tubuh kaku abah di atas stretcher. Keseorangan, bersendirian untuk sekian kalinya…untuk selama-lamanya

Dan lebih dari itu, aku tahu, akan tiba masanya aku, kakak, emak dan korang juga akan merasai apa yang abah dah lalui itu. Itukah hakikat yang kita perlu terima dan redha.

Al-Fatihah.

(Pegawai Waran 2, Abd Kadir Manaf meninggal dunia kira-kira 10 tahun yang lalu di Hospital Selayang akibat komplikasi jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua Selayang. Arwah juga adalah adik kepada Seniman Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud- pelakon yang memegang watak Dr. Ismadi di dalam filem Ibu Mertuaku )

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: