Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2009

Seperti yang dijangkakan, tak lama lagi Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru

ini bermakna, seperti kebiasaan, beliau akan mengumumkan senarai kabinet yang baru

seperti kebiasaan juga, akan ada yang hilang jawatan menteri, akan ada yang naik jadi menteri, persoalannya siapa?

aku pasti saat ini Najib mesti pening kepala dengan ahli-ahli politik yang akan cuba terus-menerus melobi beliau untuk jawatan menteri, maklumlah, kuasa melantik menteri adalah hak pregoratif Perdana Menteri

tapi aku juga percaya yang Najib dah pun ada nama dalam kepalanya siapa yang bakal beliau lantik

mungkinkah ada rombakan besar-besaran kali ini? itulah yang sampai ke telinga aku sejak akhir-akhir ini

namun siapalah kita untuk meneka…apatah lagi sejarah ada menunjukkan terdapat individu yang dipilih / digugurkan pada saat-saat akhir

yang pasti ramai pak menteri kita sekarang ada yang tidur tetapi tidak lena, ada yang mandi tapi terlupa nak sabun

inilah hakikat dalam dunia politik…hari ini mungkin kau di atas tetapi esok belum tentu

apapun ingatlah, bukan jawatan yang penting tetapi kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat itu yang lebih utama

SAK: Pernah dengar ada ahli politik terkenal pergi jumpa bomoh Siam dengan harapan dapat jadi menteri, last-last jangan kata menteri, jawatan wakil rakyat pun dia tak dapat, hah sapa nak jawab tu?

Read Full Post »

Yatt Dah Kahwin…

Yati Hamzah 1

Member baik aku Haryati Hamzah atau Yatt selamat melangsungkan perkahwinan semalam

Aku mengenali Yatt yang juga seorang pengacara dan pelakon masa kami sama-sama mengikuti rombongan media ke Tasik Kenyir beberapa tahun lalu

Terus terang aku katakan, dia ni memang lincah dan tak reti duduk diam. Hobi dia pun pelik-pelik, tapi yang paling aku tak boleh lupa apabila hidung dan mulut dia cedera parah dan terpaksa dijahit kerana digigit oleh biawak Iguana yang dia sendiri bela!

Yatt juga adalah di antara orang yang menyaksikan saat aku hampir tenggelam masa mandi kat Tasik Kenyir tempoh hari, muhahahaha

apapun, aku respek Yatt kerana dia pernah bagitahu aku walaupun macam-macam VIP nak ngurat dia, tapi dia tetap setia dengan boyfriend atau suami dia sekarang ni, tak silap aku diaorang dah lebih lima tahun berkawan

walaupun kami dah lost contact, tetapi berita perkahwinannya semalam membuatkan aku gembira sangat-sangat, sekurang-kurangnya percintaan mereka kini dah pun menuju ke kemuncaknya.

Semoga Bahagia Hingga Ke Akhirnya Buat Yatt dan Mutalib….Amin.

Read Full Post »

copy_of_copy_of_pic_tun

Bila aku terpandang gambar ni kat sebuah laman blog, aku ketawa berdekah-dekah

tak sangka rakyat Malaysia ni punyalah ‘analitikal dan kritikal’ sampai kaji foto tu hingga peringkat sedetail-detailnya

memang kalau lihat dari segi zahirnya, Tun pegang hujung jari Pak Lah saja sedangkan tangan Najib digenggamnya tapi aku takdelah rasa Tun menyampah dengan Pak Lah sampai nak pegang tangan pun dia ‘geli’ 

apapun terpulanglah macam mana korang nak menilainya…hari ni aku nak gelak je hahahaha

Read Full Post »

Perarakan Parlimen Bukit Gantang

Perarakan Parlimen Bukit Gantang

Berdasarkan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat (PR) pada proses penamaan calon di tiga kawasan pilihan raya iaitu di Dua Bukit Satu Batang, adalah tidak sukar untuk mengandaikan yang BN sekali lagi akan lingkup dalam ketiga-tiga pilihan raya kecil itu

ini kerana jumlah mereka jauh lebih besar daripada penyokong BN terutama di Bukit Gantang

ada orang berkata kat aku yang jumlah tersebut tidak boleh dijadikan kayu ukur kerana mungkin ramai yang hadir itu orang luar dari kawasan berkenaan, ini mungkin betul

tetapi waktu pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang lalu, situasi sama berlaku. Aku diberitahu kononnya kebanjiran ahli Pas dalam proses penamaan calon itu tak perlu dirisaukan sangat kerana ramai di antaranya adalah orang luar

last-last yang menang tetap Pas, bukannya BN

so aku rasa BN terpaksa bekerja habis-habisan sekiranya mahu menafikan andaian ini, malangnya apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin sekali lagi akan menjadi ‘excess bagage’ buat UMNO dan BN untuk menghadapi PR 

Isu Ali Rustam terlibat politik wang, isu Khairy Jamaluddin yang berjaya jadi Ketua Pemuda walau partinya sendiri mengisyhtiharkan beliau bersalah disebabkan perkara yang sama,  pasti akan memberi ‘bola tanggung’ kepada PR

ini belum dicampur kes Datuk Norza yang dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki rasuah dan kes Datuk Azalina yang sedang disiasat SPRM  

sebenarnya PR pun tak kurang dengan ‘cacat celanya’. Isu liwat Anwar dan Saiful, isu gambar bogel Elizabeth Wong, isu siasatan rasuah terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri P. Pinang, Fairus Khairuddin dan macam-macam lagi

tetapi berdasarkan sentimen semasa, nampaknya rakyat lebih yakin terhadap sebarang tuduhan yang dikenakan kepada pemimpin BN daripada tuduhan yang dihalakan kepada pemimpin PR

sebagai rakyat yang tidak ada kepentingan (maklumlah aku daftar di kawasan lain), aku minta rakyat di ketiga-tiga kawasan berkenaan pertimbanglah semasak-masak dan seadil-adilnya sebelum memangkah mana-mana calon yang mereka suka

jangan buat keputusan berdasarkan emosi, sentimen dan persepsi…kena lihat dalam skop yang lebih luas

salah pertimbangan, kesannya bukan saja pada kita tetapi juga pada anak dan cucu kita nanti

dalam apa juga keadaan, undi anda tetap rahsia dan aku tak perlu tahu tentangnya

SELAMAT BERKEMPEN!

Read Full Post »

bonda_051

dulu masa kat UIA, aku selalu kacau seorang awek ni…bukan kacau macam mana pun, mulut dia ni agak becok berbanding budak lain, so ‘target’ paling senang untuk aku usik hahaha

timbul tenggelam, timbul tenggelam, tup tup aku dengar dia dah pun kahwin, ada family and so onlah, fine

then aku dengar dia jadi cikgu, fine

tapi yang aku tak sangka, dia sekarang dah jadi deejay famouslah pulak kat radio, wow!!! Pandai cari duit betul

so kalau korang free layarilah http://melakafm.mmu.edu.my/, kalau dengar suara sorang deejay yang lembut dan ceria itu, ketahuilah, orang itu adalah awek becok yang aku selalu kacau dulu hahahaha

cayalah Deejay Linn!

Read Full Post »

Pak Lah Bersara

pak_lah

Saya tahu sebagai Perdana Menteri, tak mungkin Datuk Seri boleh memuaskan hati kesemua 26 juta rakyat Malaysia

Saya tahu sebagai manusia, Datuk Seri juga seperti saya yang tidak lepas salah dan dosa

Saya tahu sebagai pemimpin, tak mungkin tiada langsung budi yang Datuk Seri taburkan, tak mungkin tiada langsung kebaikan yang Datuk Seri berikan, tak mungkin tiada langsung pengorbanan yang Datuk Seri curahkan

Sejarah akan menghakimi apa yang Datuk Seri putuskan sepanjang berada di puncak kuasa

Dan sebagai manusia, saya mendoakan apa saja yang terbaik untuk Datuk Seri dan keluarga

Terima kasih Pak Lah…terima kasih atas segalanya.

Pisang Emas Dibawa Belayar

Masak sebiji di atas peti

Hutang emas boleh dibayar

Hutang budi di bawa mati

Read Full Post »

ert

Keprihatinan warga Malaysia terhadap perubahan iklim dan isu kepupusan sumber tenaga terbukti  apabila kita menjadi salah satu negara paling ramai menawarkan diri untuk bergelap bersama dunia sempena acara Earth Hour tahun lepas.

Acara kesedaran alam sekitar itu kini dianjurkan secara berkala setiap tahun dan dipromosikan secara besar-besaran oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Tahun lepas berpuluh-puluh monumen ikon dunia termasuk Opera House di Sydney, jambatan San Francisco malah tidak ketinggalan seluruh kampus Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyahut cabaran untuk bergelap selama satu jam.

Seperti tahun sebelumnya, Earth Hour 2009 akan berlangsung pada hari ini serta bakal dijayakan oleh sekurang-kurangnya 75 negara.

Earth Hour tahun ini turut disokong oleh stesen televisyen tempatan, 8TV, stesen radio Hot FM dan beberapa mercu tanda negara termasuk Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall.

Namun maafkan aku dunia, aku tidak mampu menyahutnya.

Bukan aku tak prihatin, bukan aku tak peduli.

Namun aku tak mampu menyahut seruan tersebut di saat rakyat Palestin terpaksa bergelap bukan disebabkan Earth Hour, tetapi disebabkan ketidakprihatinan dunia terhadap nasib dan kesengsaraan yang terpaksa mereka tanggung akibat daripada kezaliman kerajaan Zionis Israel!

kenapa tidak ada mana-mana badan antarabangsa melancarkan kempen memboikot walau sejam barangan Israel, kenapa tidak melancarkan kempen mengutuk walau sejam terhadap Amerika Syarikat, kenapa tidak ada mana-mana badan atau NGO melancarkan kempen membenci Ehud Ohlmert dan sekutunya walau sejam di atas tindakan zalim mereka

mungkin ada yang mempertikaikan, apa relevannya kemusnahan alam dan kezaliman Israel, namun aku tetap berpendirian kemusnahan alam bermula disebabkan manusia sendiri zalim terhadap manusia yang lain

di atas sebab itu aku memohon maaf, meminjam kata bekas Menteri Besar Perak, Saya Pohon Derhaka!

Read Full Post »

080720086041

ramai orang terutama gadis benci dengan tanda suntikan BCG di lengan mereka

maklumlah tanda tu kan besar dan mengelembung semacam…tak rocklah beb especially bila nak pakai baju singkat atau ‘tube’ kalau pergi disko

namun selain daripada dapat mengelakkan diri daripada terkena penyakit, ramai yang tak sedar tanda parut BCG itu jugalah yang sering dijadikan panduan pegawai polis dalam siasatan satu-satu kes pembunuhan

ini kerana bukan semua negara di dunia mewajibkan suntikan BCG pada rakyat mereka

img_4875xxx

minggu lepas polis menemui mayat seorang gadis yang hanya bercoli dan berseluar dalam tergantung pada sebatang pokok di Sungai Choh Rawang

disebabkan tiada kesan parut BCG di lengannya, polis mengesyaki gadis ini bukan rakyat tempatan

img_4889xxx

tepat sekali, maklumat terbaru yang diterima polis menunjukkan mangsa mungkin pelajar sebuah kolej dari China yang dilaporkan hilang oleh rakannya baru-baru ini

nah, siapa kata parut BCG tak boleh membantu?

* gambar ihsan blogger ondscene, bro shamsul

Read Full Post »

splash01aku sangat teruja bila MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pun dah ada blog sendiri, bagi aku ini patut dicontohi terutama oleh mereka yang bergelar ulamak

ini membuktikan Islam itu syumul dan meliputi semua aspek, termasuk dalam bidang teknologi maklumat atau ICT

cuma dulu ramai orang menyindir Tun Dr Mahathir kononnya beliau upah orang untuk tulis blog dia, aku harap lepas ni takdelah mana-mana pihak  yang cuba ‘pulangkan buah keras’ dengan menuduh Nik Aziz pun buat benda yang sama

macam ni lah, Tun Mahathir dan Nik Aziz mungkin tak sehebat orang muda dalam bab ICT, maklumlah orang lama….tapi bagi aku kecantikan, corak, bunyi, grafik dalam sesebuah blog itu cuma kosmetik, yang penting isi yang terkandung di dalamnya

biarlah kalau diaorang nak upah sapa-sapa pun nak develop blog diaorang janji kandungannya datang dari pemikiran dan hati nurani mereka sendiri

so pada mereka yang nak pergi ke blog Nik Aziz, layarilah http://blogtokguru.com/

LONG LIVE BLOGGERS!!!

Read Full Post »

mu

Sehari suntuk aku di PWTC hari ini menyaksikan pemilihan bersejarah UMNO yang bukan saja mencorakkan peralihan kepimpinan parti berkenaan tetapi yang lebih penting perubahan tampuk kepimpinan negara

maka malam tadi rasmilah Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO sekaligus 99 peratus akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kita yang baru

untuk rekod, kebiasaannya mereka yang duduk di kerusi no 2 dalam UMNO adalah orang yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan inilah tradisi yang berlaku selama ini

berdasarkan hubungan rapat beliau dengan Najib, maka sejarah sekali lagi dilihat akan meneruskan tradisi pemilihan jawatan nombor dua tertinggi negara ini

sememangnya Muhyiddin adalah di antara pemimpin  paling berpengalaman kerana dah jadi menteri lebih 20 tahun dan pernah menjadi Menteri Besar Johor suatu ketika dulu.

Beliau lulusan Ekonomi dari Universiti Malaya

oh ya, sebelum aku terlupa, dua menteri kalah dalam pemilihan semalam iaitu Datuk Shahrir Samad dan Datuk Azalina Said. Turut tewas empat Menteri Besar.

Nampaknya masa depan kesemua mereka ini sudah semakin kabur dan mungkin juga akan kehilangan jawatan kerana selalunya mereka yang tewas dalam Majlis Tertinggi, akan mula ‘kemas’ barang kat pejabat masing-masing, bahasa mudahnya, sendiri mau ingatlah…nasib, nasib.

Datuk Shahrir sendiri malam tadi pun dah umum akan letak jawatan sebagai menteri.

So kepada korang semua, tak payah bising-bising atau nak ngamuk sana sini. Inilah hakikat yang berlaku dalam iklim politik tempatan dan mahu tak mahu, inilah senarionya.

Hanya satu saja dapat mengubah semua keadaan ini iaitu melalui pilihan raya. So gunakanlah hak yang ada pada korang untuk memilih mana satu pemimpin yang korang suka

kutuk sana sini tak guna, ia takkan mengubah keadaan. Demonstrasi sana sini juga tak guna, buat sakit badan je.

masa kita kena pukul dengan FRU atau kena tembak gas, bukannya pemimpin yang kita sanjung tu datang melawat kita pun, duit ubat pun tak pernah hulur…kitalah terkontang kanting lari sana lari sini, yang depa awal-awal lagi dah chow ngan Mercedes, pergh!

so ingat, jangan lupa daftar sebagai pengundi, keputusan terletak di tangan korang!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: